Kami terk3jut bila mak nak serahkan segala harta dekat abg ngah sedangkan dia org kaya

Sejak abang ngah kahwin, dia mula berubah tapi mak memang sayang dekat dia. Walaupun dia orang kaya dan berada, mak sentiasa bagi duit dekat abang ngah. Sampaikan duit pencen arw4h ayah, dan duit bulanan yang kami bagi pun mak bagi dekat abang ngah. Kami diam – diam curi buku bank mak tapi lain plak jadinya..

#Foto sekadar hiasan. ADIK beradik saya 6 orang iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Hubungan kami adik beradik sejak kecil memang rapat dan baik. Emak ajar kami saling membantu kerana kami bukan orang senang, namun kami tetap dapat makan dan pergi ke sekolah.

Kini semua sudah berkeluarga dan bekerja walaupun tak masuk universiti. Tetapi abang ngah kami ini lain macam pulak gayanya. Kalau dulu abang ngah tempat kami berbincang, tetapi sejak berkahwin, dia banyak berubah.

Jarang mahu berbual. Namun kami puji abang ngah dia lepaskan kami adik – beradik perempuan kahwin dulu barulah dia kahwin. Mulanya kami tak menyedari perubahan diri abang ngah sebab masing – masing sibuk dengan anak – anak yang masih kecil.

Lagi pun kami berjumpa sekali sekala, masa cuti raya. Itupun belum tentu semua dapat kumpul serentak, sebab ada antara kami terp4ksa beraya di rumah mertua dahulu. Kecuali bila emak buat kenduri arw4h atau saud4ra buat kenduri kahwin.

Kerana jarang berjumpa kami fikirkan tentulah tak ada masalah besar dan kami pastikan setiap kami memberi sumbangan kepada emak setiap bulan. Tiada p4ksaan, tetapi kami rela. Nak jadikan cerita sejak ayah meninggaI dunia 8 tahun lalu, kami mula dapat melihat banyak perubahan dalam kehidupan abang ngah.

Bermula apabila abang ngah berhentikan kerja. Tetapi kami tak rasakan beliau susah sebab isterinya bekerja tentulah mereka saling membantu. Namun dalam diam beliau sering meminjam duit emak. Mula – mula dia beri alasan anak nak masuk sekolah asrama perIukan duit, lepas tu pinjam lagi sebab nak hantar kepada anak setiap bulan.

Mulanya kami diam juga, hinggalah perkara ini berlarutan walaupun selepas abang ngah dapat kerja baru dan isterinya dah naik pangkat tentulah mereka tak susahkan emak lagi. Tetapi tidak, abang ngah masih minta duit emak dengan pelbagai alasan dan emak beri kerana kesian.

Dulu selepas kem4tian ayah, kami pernah ajak emak tinggal di rumah kami bergilir – gilir atau duduk saja di rumah anak mana yang emak lebih selesa, sebab kami tak mahu emak tinggal sendirian bimbangkan keselamatannya.

Tetapi emak enggan, katanya dia sayang nak tinggalkan rumahnya dan emak selesa duduk di rumah sendiri. Bila kami dapat tahu abang ngah selalu minta duit emak, sekali lagi kami ajak emak tinggal di rumah kami tetapi emak tolak.

Kata emak dia boleh jaga diri sendiri. Rupanya kami dapat tahu abang ngah selalu datang jengok emak, sebab tu emak tak mahu duduk rumah kami. Selain itu dia memang anak kesayangan emak sejak kecil lagi tapi kami rasakan abang ngah ambil kesempatan gunakan emak untuk kepentingannya.

Jika emak bantu masa abang ngah susah kami tak kisah tetapi setelah bekerja dia masih minta duit emak tentu kami tak senang hati. Memanglah seorang ibu tidak sanggup lihat anaknya hidup susah. Tapi ini dah lebih! Emak sentiasa beri duit pada abang ngah untuk apa?

Bukan sedikit, malah pernah mencecah ribuan ringgit. Anak – anak lain mula risau. Duit dalam bank emak sem4kin kurang. Jika arw4h ayah masih ada, tentu ayah sedih. Kami rasa per4ngai abang ngah teruk. Dia selalu pinjam duit emak dengan pelbagai alasan kereta rosaklah, roda pancit, antar duit anak kat asrama. Macam – macam.

Kalau dulu kami kesian abang ngah kerana tak bekerja dan patut dibantu tetapi kini kami naik benci per4ngainya yang kami rasakan memang dia nak susahkan emak. Dan kalau boleh dia nak habiskan semua duit simpanan emak dalam bank.

Jadi kami adik beradik berbincang untuk ambil emak tinggal bersama kami. Kami sepakat setuju, tetapi emak menolak. Satu hari sedang kami berbincang dengan emak, tiba – tiba abang ngah datang bawa emak duduk di rumahnya selama tiga hari.

Kami terk3jut sebab mak tak mahu ikut kami tapi mahu ikut abang ngah. Tapi abang ngah ada agenda lain apa yang kami khuatirkan memang berlaku, abang ngah bawa emak ke bank dan suruh emak keluarkan duit untuk dirinya.

Yang peliknya emak semacam kena pukau ikut cakap abang ngah. Dia keluarkan duit dan bagi abang ngah. Bila balik rumah emak termenung. Satu hari secara tidak langsung emak beritahu dia dah keluarkan duit bagi abang ngah.

Terk3jut kami. Peliknya bila kami cuba nasihatkan emak dia marah kami. Tambah sedih bila emak kata; “Tu duit aku, aku punya sukalah nak bagi sapa?” Rupanya emak marah, kami terdiam, tak berani cakap banyak. Kami cuba beritahu emak duit yang kami beri dan duit pencen ayah setiap bulan adalah untuk kegunaan emak bila keadaan memerIukan.

Manalah tahu emak perlu pembantu untuk jaga emak ketika s4kit pening nanti. Tapi emak menyindir kami, “kalau korang rasa susah nak jaga aku hantar aku rumah kebajikan!’’ Berdesing telinga kami. Tapi sebelum balik kami suruh kakak ambil buku bank emak untuk disimpan.

Rupanya bila tak ada buku bank, emak bertambah marah. Lepas seorang seorang emak telefon suruh pulangkan buku bank. Bukan kami giIakan duit emak, tetapi kami tak mahu abang ngah tipu emak. Lagi pun kami ada hak. Sebab kami beri emak duit

Tetapi kerana marah emak beritahu kami kalau dia mati nanti semua barang kemasnya akan diserahkan kepada abang ngah. Lagi kami terk3jut. Apa dah jadi? Apakah tindakan emak kerana marahkan kami ataupun dia kena ugvt dengan abang ngah.

Habis tu kami anak – anak perempuan tak ada hak ke? Sedangkan barang kemas itu nanti tentu diberikan kepada isterinya! Memang kami terk3jut, sudahlah abang ngah tak beri emak duit setiap bulan, duit yang kami beri pada emak pulak diambil termasuk pencen ayah.

Di mana ajaran emak dulu supaya kami adik – beradik berpakat agar hidup selamat, sekarang apa dah jadi? Sudahlah duit dalam bank hampir licin, barang kemas pula mahu diberi pada isteri abang ngah. Tak habis cerita duit bank dan barang kemas, emak juga berpesan kepada salah seorang daripada kami supaya rumah pusaka juga diberikan kepada anak lelaki.

Apa sudah jadi? Kata emak itu keputvsannya, kalau tak suka itu bukan masalah emak. Kata emak lagi, kalau kami bencikannya dia boleh duduk rumah orang tua – tua! Ini memang dah mengarut. Kami tahu emak bukan tua sangat, masih kuat, masih sihat dan boleh berfikir dengan waras, tetapi mengapa emak boleh berubah sedemikian.

Kami lihat sem4kin hari sem4kin emak buat per4ngai. Bila kami balik sesekali jengok emak, emak sudah pandai melaga – lagakan kami anak – anak perempuan. Malah emak pandai mereka – reka cerita supaya kami berg4duh.

Walhal, kami jaga emak macam menatang minyak yang penuh. Siapa yang tak sayang emak, emak yang melahirkan dan membesarkan kami. Kami mahu jaga emak bergilir – gilir. Tetapi dalam senyap emak masih beri duit pada abang ngah.

Peliknya abang ngah sentiasa menadah tangan minta duit emak tanpa rasa bersalah. Pada hal hidupnya kini sudah senang, ada kereta mewah dan rumah besar. Apa yang menghairankan kami mengapa abang ngah langsung tak pernah pelawa emak duduk di rumahnya apa lagi menjaga emak. Kalaulah emak harapkan anak lelaki menjaganya, mengapa emak tak duduk bersamanya?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.