Kalaulah suami saya Iemas di sungai, saya tak akan bantu dan selamatkan dia

Seminggu sebelum tarikh nikah tiba – tiba Kamal cakap dia tak nak datang pada hari pernikahan kami. Nasib baik ada masuk campur dari keluarga, kami dapat juga kahwin. Tapi sebulan selepas nikah saya dapat whatsapp dari bekas kekasih Kamal. Rupanya Kamal dah janji akan ceraikan saya sebulan lepas kahwin.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Kisah ini agak panjang jadi maafkan saya jika ada yang tak berapa gemar membaca panjang. Saya perkenalkan diri sebagai Sofea, berusia 30-an, bekerja sebagai manager di sebuah syarik4t telekomunikasi Malaysia.

Mempunyai seorang anak dan bakal melahirkan anak kedua pada bulan September tahun ni. Saya berkenalan dengan Kamal, berusia 30-an, melalui apps mencari jodoh dan kenalan. Saya mendaftar selepas saya baru sahaja putvs cinta dari satu hubungan yang agak lama.

Perkenalan kami pada mulanya bersifat plat0nic dan ketika itu, Kamal mempunyai seorang teman wanita. Kami mula rapat dan Kamal mula memberikan saya peluang. Kamal menceritakan bahawa teman wanitanya mempunyai masalah attitude dan jarang bercakap dengan dia, lebih mementingkan kerja dan Kamal tak nampak masa depan antara mereka.

Dipendekkan cerita, kami bertunang empat bulan selepas perkenalan kami. Agak cepat, ya saya setuju. Saya salahkan diri saya kerana :

1. Saya ins3cure

2. Takut hubungan yang lama

3. Ibu bapa mendesak. Pertunangan yang sangat simple dan memang ramai terk3jut dengan pertunangan kami.

Bermulalah dugaan perhubungan kami. Dua bulan selepas pertunangan, Kamal mula menunjukkan perubahan dalam sikapnya. Dia cepat marah, lambat reply mesej dan mula menyalahkan saya dalam setiap kejadian yang berlaku.

Saya kira dugaan bertunang, jadi saya banyak bersabar. M4kin lama, kami m4kin kerap berg4duh sehingga kedua beIah keluarga mula risau dan mencadangkan Tarikh pernikahan kami dipercepatkan.

Kami setuju tapi nak dijadikan cerita, seminggu seblum Tarikh, Kamal mengatakan bahawa dia tak akan hadir ke majlis pernikahan. Saya cuba berbincang dengan keluarga untuk membatalkan perkahwinan tapi ditolak mentah – mentah kerana malu dan terlalu singkat.

Kami berjaya juga dinikahkan. Tapi, hari yang cerah jangan disangka tiada mendungnya. Sebulan selepas tarikh pernikahan, saya mendapat whatsapp mesej dari bekas kekasih Kamal. Ia mengatakan mereka masih berhubung bermula pada dua bulan tarikh pertunangan kami dan mereka berhubung terakhir adalah dua hari sebelum bekas kekasih mesej saya.

Dan lebih meng3jutkan, bekas kekasih Kamal mengatakan Kamal berjanji untuk menceraikan saya sebulan selepas tarikh pernikahan. Saya berdepan Kamal dan beliau agak terk3jut dengan apa yang saya tahu.

Beliau merayu supaya dimaafkan. Saya katakan kepada bekas kekasih Kamal, saya minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini dan saya maafkan apa yang jadi. Jika Kamal memilih untuk Bersama bekas kekasihnya, saya terima dan saya akan pulangkan wang hantaran yang Kamal berikan.

Kamal bersungguh memilih saya dan kami mulakan hidup baru. Namun, benar orang katakan, mudah untuk memaafkan tetapi sukar untuk melupakan. Itulah yang terjadi. Saya menjadi lebih tr4uma, ins3cure dan lebih str3ss.

Saya mula tawar hati kepada Kamal. Apa sahaja dia buat, saya rasakan ada sesuatu di belakang saya yang dia lakukan. Saya sering check hp Kamal. Ada beberapa kali Kamal mesej dengan wanita lain dan walaupun atas dasar kawan, saya tidak mengizinkannya.

Saya katakan yang saya tr4uma dan beliau katakan beliau faham. Selepas kami bersanding, kami merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Rezeki kami mungkin, senang betul kami mendapat zuriat.

Saya pohon pada Allah untuk zuriat ini menjadi pengik4t kasih sayang kami dan sejarah bersama bekas kekasih Kamal akan dilupakan. Namun, setiap kali berg4duh kerana Kamal kant0i mesej perempuan lain.

Kamal tak suka cara saya atau sebaliknya, Kamal akan mencari bekas kekasihnya. Kami pindah masuk ke rumah keluarga Kamal kerana mungkin Kamal tak selesa di rumah keluarga saya (kami diminta untuk duduk rumah keluarga sehingga hubungan kami stabil atas permintaan keluarga).

Saya sangkakan okay tapi saya dapat detect yang Kamal sering berlegar – legar di rumah bekas kekasihnya. Saya mohon dilepaskan dan kedua – dua ahli keluarga minta kami duduk berasingan. Tiga bulan saya duduk bersendiri di rumah sendiri tanpa Kamal bertanya khabar atau ambil tahu.

Saya yakin beliau gembira. Namun satu hari beliau datang meminta peluang. Saya katakan okay tapi minta duduk rumah sendiri. Pada hari saya masuk wad untuk kelahiran, kami berg4duh. Barang – barang keperluan kelahiran anak dan kucing saya (untuk dihantar boarding), saya uruskan sendiri dengan tiada lift dan perut sarat.

Beliau tiba – tiba hadir ke wad dan saya malas nak berg4duh dan buat macam kami tiada apa – apa sebelum itu. Masa nak discharge, kami berg4duh kembali kerana kewangan dan beliau bertindak menc4mpakkan duit ke muka saya dan meningg4Ikan saya.

Saya telefon keluarga Kamal dan mereka meminta saya pulang ke rumah mereka sebentar sebelum saya ke kampung untuk p4ntang. D isitu, mama Kamal meminta saya untuk lebih banyak berdiam dan sabar serta banyakkan berdoa.

Mama juga minta Kamal ikut saya ke kampung untuk menjaga saya dan anak. Sama juga masih berg4duh. Saya diamkan dan banyakkan bersabar. Hari terakhir saya berp4ntang, kami pulang ke kota bandar dan saya lebih banyak berdiam dan bersabar kerana mengenangkan anak.

Kamal tidak bekerja. Kamal lebih suka menghabiskan masa dengan bermain pc dan hp, dan memilih pekerjaan menjurus kepada apa yang beliau selesa walaupun gaji sikit. Saya alhamdulilah mempunyai gaji yang agak tinggi dan selesa.

Saya minta beliau mencari kerja tapi sering sahaja ada jawapan yang lebih kepada meny4kitkan hati. Rezeki anak agaknya, saya dinaikkan pangkat dan dapat rumah yang selesa. Hari demi hari, Kamal masih tidak bekerja dan juga masih tidak membantu saya dalam menguruskan hal rumah tangga.

Saya tidak pandai memasak, jadi lebih banyak order food panda atau grab food. Saya tidak pandai mengemas rumah tetapi saya ada menyediakan alatan elektrik untuk Kamal gunakan agar dia menolong.

Hampa semuanya hanya dilakukan bila beliau ada mood atau bila merasa rumah sudah kotor. Saya pula lebih banyak melayan anak, kerja dan buat hal – hal yang Kamal tak buat. Saya cuba untuk mengelakkan perg4duhan dengan lebih banyak memend4m perasaan, bersabar dan cuba ikut cara Kamal.

Kamal adalah seorang yang suka menggunakan perIian dan meny4kitkan hati bila beliau ingin menegur saya atau bila berbincang. Tapi Kamal minta saya untuk menegurnya dengan cara baik dan mengunakan kata – kata baik.

Saya ikut kan dan sabar. Tapi, baru – baru ini saya m4kin menjadi tak puas hati dan mula membenci Kamal. Apa sahaja yang Kamal minta, saya akan berubah, minta dari saya, semua dia dapat. Saya mula berpura – pura dalam mengutarakan kata cinta kepada Kamal.

Kehidupan batin kami juga m4kin teruk dengan saya merasa macam tidak diingini dan dikehendaki. Saya salahkan diri kerana saya gemuk dan tua, tetapi berbanding dengan Kamal, saya lebih berjaya, masih mempunyai beberapa lelaki yang ingin mendekati saya.

Bila saya berbincang dengan Kamal, Kamal bertindak defensive dan membaIas soalan – soalan dan isu saya dengan remeh, sarc4stic dan masih tiada perubahan. Saya meminta beliau untuk mencari kerja untuk membantu saya menyimpan duit untuk kelahiran anak kedua.

Sebelum ini Kamal ada mengatakan niat untuk membuat grab. Saya berusaha membantu dengan mendapatkan orang bank yang boleh luluskan permohonan loan untuk mendapatkan kereta. Tapi, hanya buat dua tiga bulan selepas itu dah tak buat kerana alasan covid 19.

Saya sem4kin menjadi benci kepada Kamal tapi demi anak, saya pendam dan sabar. Kamal sering mengatakan kepada saya yang saya susah untuk dibawa berbincang dan bercakap. Manakan susah, bila saya balik, saya kena suapkan anak.

Saya juga dimarahi jika menunggu isyak terus (Kamal tak sembahyang jadi saya ingat dia boleh membantu tapi Kamal cakap dia susah nak hisap r0kok dan buat kerja). Bila saya ingin rehat dengan menonton tv, masa itulah Kamal akan datang untuk berbincang.

Saya tak suka untuk diganggu bila tonton tv sebab tak khusyuk, walaupun saya dah bagitahu Kamal dari mula kami berkenalan. Kerana itu semua, saya dik4takan susah untuk dibawa berbincang.

Kamal sering berbelanja sesuka hati untuk barangan computernya, tanpa berbincang dengan saya. Tiba – tiba Kamal akan datang meminta duit dari saya atau mengunakan duit company kami (ada melakukan busines kecilan), tanpa pengetahuan.

Bila saya marah, dia akan cakap yang saya kontrol dan kenapa saya boleh membeli barangan saya dan dia tak boleh. Saya katakan carilah kerja dan Kamal akan meIenting. Saya bekerja di dalam satu bidang yang menuntut waktu saya.

Kadang – kadang saya kena outstation dan anak saya dihantar ke nursery. Saya minta Kamal untuk menguruskan anak pada waktu pagi (bersiap dan hantar) dan ambil anak waktu petang. Tapi bangun pun pukuI berapa, akhirnya saya juga kena mandikan sebab tak nak anak lambat.

Masa tengah siapkan anak, nak siapkan diri dan masa tu jugak nak kena jerit – jerit k3jutkan Kamal sebab Kamal susah bangun pagi dan dia selalu tidur lambat sebab main game di computer. Sekali lagi, saya juga yang buat kerja sendiri sebab malas nak berg4duh.

Baru – baru ini kami berg4duh kerana Kamal sering tegur saya dengan sarc4stic dan kurang ajar. Sabar saya ada batasnya dan saya meIenting. Dua tiga hari kami tak bertegur dan tiba – tiba Kamal bawa keluar anak pertama dan bila saya tak izinkan, Kamal cakap dia ada hak.

Bila dia cakap dia ada hak, saya rasa gelap dunia sebab Kamal tidak memberikan sebarang nafkah untuk saya dan untuk penjagaan anak sejak dari dilahirkan. Kami berg4duh teruk dan Kamal katakan jangan salahkan dia kalau dia cari perempuan lain.

Saya sedar ketika itu bahawa saya penat dan letih hidup dalam kepura – puraan yang saya mempunyai cinta kepada Kamal dan hubungan kami okay. Saya penat bersabar dan menerima per4ngai Kamal.

Saya letih bekerja, dengan mengandung, dan diambil kesempatan oleh Kamal. Saya lalui dua malam tanpa anak yang disayangi. Saya nekad untuk memohon cerai selepas saya habis berp4ntang. Saya siapkan plan untuk saya duduk dimana, anak anak dijaga dan dihantar di sekolah mana, perbelanjaan selepas kami berpisah dan bercerai, dan juga mula membayangkan hidup saya tanpa Kamal.

Tipu kalau saya katakan yang saya tidak lagi menyayangi Kamal tapi kasih saying itu lebih kepada kasih saying superficial. Jika dia tanya, kalau dia Iemas di sungai, adakah saya akan datang membantu Kamal?

Saya akan katakan tidak kerana saya lebih bahagia tanpa dia, sikap sarc4stic dan kebudak – budakkan Kamal dan saya boleh menyimpan duit lebih banyak tanpa perlu berbelanja untuk dia.

Saya nekad untuk berpisah kerana saya terlalu penat berpura – pura dan bersabar. Saya juga masih ins3cure dan tr4uma dengan kejadian kaki perempuan Kamal bila dia mengugvt saya yang dia akan cari perempuan lain.

Apalah salah saya? Tidak boleh ke Kamal menegur saya dengan cara baik, kata – kata baik dan manis? Apa kurangnya saya yang banyak bersabar dengan dia dan kekurangannya? Jujur saya katakan, tiada perempuan yang mampu bersabar dengan Kamal dan kata – kata serta per4ngainya, termasuk mama.

Jika boleh diputarkan masa, saya akan mengelak untuk swipe right Kamal. Mungkin saya akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari Kamal. Mungkin. Doakan saya untuk bersabar dengan kehidupan selepas ini sehingga saya habis berp4ntang.

Besar kemungkinan saya sahaja yang kena mengumpul duit untuk perbelanjaan anak – anak. Satu tempoh yang lama untuk saya bersabar tapi kali ini, saya takkan berikan duit kepada Kamal, hanya akan bayar pembelanjaan anak dan saya sahaja dan uruskan hal kami berdua sahaja.

Mengenai Kamal, biarlah apa jadi dengan dia, dan saya harap beliau yang akan melafazkan taIak tanpa saya berju4ng untuk fasakh. Yang banyak bersabar, – Sofea (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Lateesya Azizon : Nak harap dia lafaz tanpa tuntut fasakh, macam susah je. Sebab dah selesa awak uruskan semua hal kewangan keluarga. Dengan tak solat, dengan sifat pemalas, suka bercakap perIi – perIi.

Lagi satu, kenapa nak rasa ins3cure, sedangkan awak yang tanggung segala perbelanjaan rumah dan anak? Pendapat saya, tinggalkan lelaki tu untuk kehidupan yang lebih baik. Dan kumpulkan segala bukti supaya dia tak akan dapat tuntut hak penjagaan anak – anak.

Kloe Kloey : Confessor, sebenarnya awak stay sampai dah beranak dua dengan dia bukan sebab awak punya tinggi kesabaran. Sebabnya adalah kerana awak ins3cure. Awak akui sendiri ni di awal cerita. Kenapa nak rasa begitu?

Takut tak dapat kahwinkah? Hidup sendiri lebih baik dari menanggung derita dengan lelaki tak guna camni. Kesian kat ibubapa awak. Dorang jaga awak dari kecik bukan untuk disiksa lelaki.

Perempuan kenalah ada harga diri yang tinggi. Tak perlu bertahan bila dipij4k – pij4k begini. Tak perlu kahwin pun bila dah nampak red fIags. Tak perlu desp3rate.

Siti Noraini Maidin : Lelaki dengan per4ngai panas baran, suka perIi dan susah dibawa berbincang macam ni biasanya takkan senang – senang lafazkan cerai. Sebab dia tahu apa yg perlu dia tanggung nanti.

Dia lebih beruntung dalam perkahwinan berbanding perceraian. Kalau tt memang tidak sanggup lagi dan bertekad, lebih baik tt minta fasakh sebab ada banyak sebab yang kukuh. Faham sangat dengan pihak keluarga yg tidak setuju semasa tt buat keputvsan untuk batalkan perkahwinan.

Tapi perkara yg tt risaukan tetap terjadi, maka benarlah red fIag sebelum ini. Tt sebenarnya seorang yang tabah, kerana masih memberi peluang berkali – kali, namun sang suami masih juga tidak berubah. Maka tt berhak untuk mengambil tindakan.

Wawa Husin : Kumpulkan segala bukti, termasuk segala bayaran yang puan buat, pembelian, segala – galanya.. kalau puan rasa dah tak tahan, teruskan niat puan untuk bercerai. Jangan siksa diri sendiri. Bukanlah saya nak jadi batu api.

Tapi anak pun akan terkesan kalau ibu bapanya bermasalah walaupun masih dalam perkahwinan. Perju4ngkan hak puan. Saya rasa puan mampu untuk beIa anak tanpa laki yang kufur nikmat tu kan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.