Kaklong marah bila anak dia tak dpt keputvsan yang baik. Dia sanggup sorok surat Universiti saya kerana ‘d3ndam’

Setiap kali exam saya mesti dapat keputvsan yang cemerlang berbanding anak buah. Kak long tak habis – habis suruh saya ajar anak dia tapi anak dia nakal. Saya nak pergi asrama dia hasut mak suruh saya duduk kampung. Sehinggalah saya dapat tahu lepas SPM, dia sorok surat saya untuk masuk Universiti..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana siarkan cerita saya. Saya bernama Siti, berumur awal 40 an, saya merupakan anak bongsu daripada 13 orang adik beradik itu sebabnya panggiIan untuk saya Mak Adik, semua dah habis diguna oleh abang dan kakak saya.

Cerita yang hendak saya kongsi hari nie mengenai anak kak long saya yang sebaya dengan saya. Kami berkongsi segalanya dari kecil hingga lah remaja. Anak saud4ra saya ni lelaki, agak nakal dan selalu menyusahkan hidup saya sejak dari kecil.

Saya masih ingat lagi ketika tadika saya mendapat hadiah pada hari anugerah kecermerlangan tapi anak buah saya tidak mendapat apa – apa, kak long bising katanya saya tidak mahu belajar sama – sama dengan anaknya.

Semasa di sekolah rendah boleh dik4takan saya selalu mendapat perhatian guru dalam pelajaran tetapi anak buah saya tidak, tambahan pulak dia agak nakal dan selalu mendatangkan masalah di sekolah. Di sini juga menjadi masalah pada saya di mana kak long minta saya belajar bersama sedangkan anaknya bukan nak belajar, jujur saya cakap saya tidak ikhlas pun nak ajar dia.

Pada exam UPSR, saya mendapat keputvsan cemerlang 5A, anak buah hanya lulus saja. Kak long bising – bising katanya saya lah punca anak dia tidak mendapat keputvsan yang bagus. Masuk sekolah menengah plan asalnya saya hendak ke sekolah asrama penuh, kebetulan pada masa itu keadaan ibu agak tidak sihat, tambahan pulak tiada sesiapa lagi dalam rumah kami.

Pada masa itu seorang abang dan 2 orang kakak saya sudah berada di asrama, jadi saya terp4ksa k0rbankan niat saya untuk masuk asrama. Ketika itu 2 orang abang saya berada universiti, keadaan kewangan keluarga juga agak sempit.

Jadi saya memahami situasi ayah dan ibu. Semasa saya di tingkatan 3, sekali lagi saya mendapat result yang bagus untuk PMR, 7A 2B. Ibu saya siap buat kenduri kesyukuran untuk saya. Seperti biasa anak buah saya tetap menyusahkan saya yang mana result dia hanya ada 3B selebihnya saya tidak ambil peduli.

Sekali lagi kak long pertikaikan kejayaan saya. Saya masih kekal di sekolah yang sama, punca kali nie dari kak long, dia sengaja mengatakan saya tidak perlu ke sekolah jauh, sama saje sekolah mana asalkan mahu belajar. Saya dengan berat hati duduk seklah di kampung sedangkan rakan – rakan lain yang dapat keputvsan cemerlang dah masuk asrama.

Kemuncak semasa keputvsan SPM keluar, saya masih membanggakan ibu. Kali ni saya berharap saya boleh keluar dari rumah dan belajar lebih tenang tanpa gangguan. Sangkaan saya meleset, surat permohonan saya ke Universiti tidak sampai ke tempat sepatutnya, betapa saya kecewa.

Akhirnya saya masuk ke form 6 dan ambil exam STPM. Alhamdulillah, berkat usaha saya selama hampir 2 tahun membuahkan hasil. Kali ini segala urusan permohonan dan surat menyurat saya yang uruskan sendiri, saya hanya bertanya pada guru – guru, orang yang saya percaya.

Saya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam bidang yang saya minati iaitu pendidikan. Jujur saya akui, saya rimas sepanjang kehidupan kanak – kanak saya yang selalu disuruh menjaga anak buah, kemudian perlu ajar dia pula.

Jika anak buah nakal, kak long dan abang long saya akan menyalahkan seratus peratus pada saya, sedangkan saya sebaya usia anak mereka. Satu perkara yang tidak akan saya lupakan, semasa permohonan ke universiti lepasan SPM tu, borang tersebut kaklong saya tidak poskan, malah dia sembunyikan.

Tambahan pulak pada ketika itu hanya dia saja yang boleh diharapkan untuk pos tapi kak long tidak jujur. Buat kak long, adik maafkan segala – galanya apa yang telah kak long buat. Adik selalu doakan kebaikkan dan kebahagian kak long, adik tak pernah simpan d3ndam, semoga kaklong baik – baik saja.

Jika kak long ada kelapangan jemputlah datang rumah adik kelak, sepanjang 17 tahun adik berkahwin, kak long tak pernah datang rumah adik walaupun sekali. Hanya berjumpa di rumah ibu. Adik nak kak long tau, adik sayang kak long. – Mak adik (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Pelangi Indah : Adik beradik pun memang ada yang hati busuk la. Tak heran la cerita macam ni. Arw4h mak saya anak bongsu dia dapat tanah pus4ka yang dah diambil pemaju untuk buat rumah. Oleh kerana mak saya ni sekolah tak tinggi maka geran tanah ditumpang nama kakak dia.

Dengan alasan kalau papehal kakak bole tolong. Believe it or not bila dah nama orang lain kat atas geran rasa – rasa dia nak pulangkan tak kepada orang yang berhak? Tak.. dia jual rumah dia ambik separuh duit yang balance tu dia beri pada arw4h mak. Percaya adik beradik punya pasal.

Dee Ya : Kalau kakak jenis hati busuk. Awak mendoakan dia dari jauh dah la. Jangan diminta – minta datang rumah. Dikhuatiri dia akan menyusahkan awak pula nanti kalau dah rapat. Takut rapat bersebab. Nak amik kesempatan contohnya la. Awak dah hidup bahagia. Kerja pun ok. Cukup la tu. Jangan diundang masalah. Mesti ada sebab awak dijauhkan dari kakak awak tu.

Eima Hj Ikhsan : Alhamdulillah. Begitula.. setiap mereka yang melalui dugaan, Allah akan permudahkan ikut jalan lain pulak. Semoga terus berhati baik dan sabar. Aamiin. By the way, maafkan sudah, jumpa di runah ibu puan pun sudah, tak perlu harap apa – apa yang lain. Semoga kak long puan berubah ke arah kebaikan. Aamiin.

Hafizah Ibrahim : Saya anak bongsu sebaya dengan anak kedua kakak. Sama – sama berbasikal ke sekolah yang sama tapi bidang berlainan. Tak tau kenapa memang kami berbeza. Dia lebih matang berbanding saya yang masih kebudak – budakan.

Pada usia 9 tahun dia sudah pandai bercinta, saya pula masih bermain dengan rakan – rakan. Tambah pula kurang diambil berat oleh ibu bapa, maka pada usia 16 tahun anak dikahwinkan dan pastinya berhenti sekolah. Saya pada ketika itu sibuk dengan pelajaran, anak buah saya dah ada anak.

Kini pada usia awal 50-an, anak buah saya dah ada cucu yang dewasa, saya anak sulung baru habis belajar. Rezeki masing – masing dalam jalan yang ditentukanNya. Maka, usahlah banding membandingkan di antara kita yang jalan hidup tak sama. Alhamdulillah tt seorg yang positif.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.