Kakak malu mak mengandungkan adik bongsu, bila adik lahir dia kuis dgn kaki je

Saya malu dengan per4ngai kakak yang suka m4ki hamun sebab adik beradik suami semua cakap lembut. Dan masa tu, saya lepaskan semua yang terp3ndam pada kakak. Kakak kata suami saya tak pandai didik isteri. Saya menjawab buat akak terk3jut.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.b.t. Saya mempunyai agak ramai adik beradik, saya anak tengah – tengah. Saya rasa masalah ni timbul sejak saya kecil dan berlarutan hingga sekarang umur saya 40an. Kami dari keluarga yang sederhana.

Apabila usia saya 12 tahun, saya disahkan menghidap s4kit jantung. Waktu itu saya mula member0ntak mempersoalkan kenapa dalam ramai – ramai adik beradik, saya saja yang s4kit. Ye la, masa tu budak, mana tau erti redha.

Saya selalu kata saya ni anak pungut, saya anak angkat. Saya member0ntak sehingga sekolah menengah. Dicampur dengan s4kit misteri. Tak ada siapa yang pujuk saya masa tu, nak dapat layanan sebagai seorang pes4kit jantung? Jauh sekali.

Selepas SPM, saya bekerja kilang, naik bas yang berhenti depan rumah. Untuk pengetahuan semua, saya hanya ada seorang kakak, dua orang abang. Kakak saya garang, tak pernah bergurau tak pernah senyum dengan saya, selalu marah – marah.

Tak seperti kawan – kawan saya yang sangat rapat dengan kakak mereka dan berkongsi apa sahaja. Abang – abang? Sama saja. Masing – masing dengan hal sendiri, seorang abang ni selalu cari pasal dengan saya, g4duh selalu.

Masa kakak saya kahwin, ibu mengandung adik bongsu saya, kakak marah ibu teruk. Dia malu, dia kata ibu macam – macam. Apabila ibu bersalin, kakak tak jenguk, dia balik kampung pun dip4ksa oleh suaminya. Kakak tak pegang adik, dia kuis – kuis adik yang baru lahir dengan kaki.

Apabila angkat kain kat ampai, kakak tak angkat sekali kain lampin dan baju – baju adik. Saya lah yang angkat. Adik dah 3 – 4 tahun baru lah kakak ok. Oh ye, nama kakak saya agak pelik, bunyi jawa lebih dan orang – orang tua kampung kata, maksud nama kakak adalah ‘peper4ngan’. Hahaha.

Boleh tak semua bayangkan memang tepat. Tak kira siapa dia akan ser4ng, sindir, kalau dia tak puas hati. Di rumah kenduri kahwin pun dia selalu sound orang yang dia tak berkenan, orang tua, makcik sendiri atau siapa sahaja.

Bila difikirkan balik, dalam ramai – ramai adik beradik, saya yang paling dia benci. Ada saja salah saya, semua saya buat serba tak kena di mata dia. Saya mula keluar rumah dan kerja di PJ, setiap pagi saya telefon ibu, tapi 1 hari kakak jawab telefon dengan marah – marah “ko kenapa hari – hari telefon?”

Sejak tu saya jarang telefon ibu. Kat telinga saya hanya kata – kata yang kasar dari kakak dari kecil sampai besar. Saya hidup dengan tiada kata – kata lembut, tiada kata – kata kasih sayang dari kakak mahupun keluarga.

Mula – mula saya tak kisah per4ngai kakak, walaupun saya terlalu banyak makan hati tapi saya diam, pendam. Tapi apabila berpuluh tahun berlalu, sekarang dia dah berumur 50-an, dia masih tak berubah, malah m4kin teruk, saya rasa kesal.

Suami saya yang pertama dulu, kakak selalu cari salahnya, apabila saya bercerai, kawin lain baru 2 tahun, suami sekarang pun kakak ser4ng. Macam – macam perkataan yang keluar dari mulutnya. Saya malu sangat, sebab adik beradik suami semua cakap lembut.

Dan masa tu, saya lepaskan semua yang terp3ndam pada kakak. Kakak kata suami saya tak pandai didik isteri. Saya kata, suami akak berjaya ke didik akak yang dah 30 tahun kahwin tapi akak masih tak ubah per5ngai. Masih ser4ng orang kampung sampai mengh1na pakaian orang tu (bertudung labuh), masih buruk sangka pada orang, bermasam muka dengan orang.

Pilih kasih antara adik beradik. Kakak terk3jut. Tapi eg0 kakak sangat tinggi. Tak habis di situ, kakak canang pula cerita tak betul pasal saya pada adik beradik lain, pada makcik – makcik. Banyak cerita tak betul kakak dah reka pasal saya.

Sebab kakak terc4bar, saya dah mula bersuara. Kakak juga pemegang duit tabung keluarga, apabila saya cuma tanya status bayaran saya, dia salah faham dan sebarkan pada semua kata saya tak setuju kutipan tabung adik beradik.

Kec0h dalam group whatsapp keluarga. Tapi saya diamkan, saya whatsapp personal kat kakak, “kalau akak fitnah saya, akak tanggung lah”. Sejak tu akak menganjing saya dalam group, untuk pengetahuan semua, kakak saya seorang yang kolot, tak sporting langsung.

Dia juga jaga anak adik saya, disebabkan kakak saya hanya ada seorang anak dan sudah pun berkahwin. Jadi, apabila dah sayang pada anak buah ni, apa yang maknya (adik saya) buat semua kakak saya sokong walaupun salah besar semua tutup mata.

Beberapa bulan lepas, saya berjumpa kaunselor untuk menyelesaikan hal ni, terlalu banyak perkara yang saya pendam, saya tak cerita pada sesiapa kecuali kaunselor dan suami, kerana melibatkan aib. Adik beradik saya yang lain juga selalu ungkit kisah lalu saya, zaman – saman saya jahiI.

Sekarang saya serahkan pada Allah untuk tunjukkan segala kebenaran. Sebab saya dah tak mampu nak jelaskan. Sepatah saya cuba jelaskan, terus semua kata saya macam – macam. Saya banyak diamkan diri dari keluarga, tapi dik4ta pula saya sombong, nak buang keluarga.

Saya banyak muhasabah diri sekarang. Saya yakin Allah Maha Mengetahui. Terlalu banyak derita saya, setiap masalah dikaitkan dengan saya seolah – olah saya ni punca semua. Ingat 1 saja, jangan percaya sesiapa pun walau mereka d4rah daging kita.

Kerana angkara d3ndam dan fitnah boleh membunvh seseorang. Ibu saya? Hanya mengikut cakap kakak, macam ada sesuatu yang ibu takut dengan kakak, dari dulu sampai sekarang. Ibu kadang – kadang lupa apa dia cakap.

Lebihkan anak yang dia suka. Malas nak cerita banyak pasal ibu, apapun dia tetap ibu walaupun saya banyak kecil hati, tapi dia ibu. Biarlah antara ibu dengan Allah. – Kamariah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dhuha Imani : Ginilah makcik. Makcik pun dah berumur. G4duh – g4duh ni cara budak muda, biasalah d4rah tengah panas. Orang tak hendakkan kita, kita pun tak payah terhegeh – hegeh sangat. Lagi pun dah ada keluarga sendiri. Fokus je untuk diri sendiri. Kalau perlu left group family, left je. Apa susah kan. Kalau nak tahu info apa – apa, call je mak tanya khabar.

Cik Ros : Umur awak pun dah 40 tahun. Kakak pun dah 50-an. Hidup la dengan tenang. Bukan remaja lagi. Per4ngai macam budak – budak. Nak pikir hal kakak, adik, sapa pilih kasih, anak sapa dijaga dan dilayan. Mak pilih kasih sampai tua. Kalau aku. Lantak korang ler. Aku fokus kat family aku jer. Tua – tua nak hidup aman.

Elyn Melinda : Confessor, keep strong, teruskan jumpa kaunselor dan nikm4ti hidup macam biasa. Jika anda yakin anda dipihak yang benar, maafkan semuanya walaupun sukar dan selebihnya biar Allah decide.

Semoga awak, suami dan keluarga baik – baik saja. Hidup kita ni tak sama, ujian kita juga berbeza. Semoga apa pun ujian buat kita, kita mampu harungi dengan tabah.

Mysara Ridzuan : Maafkan jelah sis anggap jea kakak sis tu tak matang – matang. Kadang – kadang kita maafkan orang ni bukan apa pun, untuk lepaskan segala kes4kitan dalam diri kita jugak. Hidup pun tak lama kalau duk fokus benda tak penting macam nie jawabnya sia – sia lah hidup kita berpuluh tahun.

Kita memang tak boleh kawal mulut manusia, tapi kita boleh kawal apa yang patut masuk dalam otak kita. Pape pun semoga sis lebih bahagia selepas ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.