Kakak dtg nak ‘pinjam’ barang baby, bila aku dtg nak ambil balik aku terk3jut tengok barang2 anak aku

Barut baby hilang, baby swing rosak, mainan hilang ke mana. Balik tu menangis aku. Ingat senang nak dapat semua tu, aku ni surirumah je. Kakak aku kata nak ganti, tapi masa aku mengandung anak kedua, aku minta dia ganti. Tapi dia kata masa dia pinjam yang dah guna, takkan nak ganti yang baru.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Straightforward, aku Rose, awal 30-an. Anak 2 orang, suami penjawat awam, level B40. Dan aku surirumah. Kami tak kaya, tapi alhamdulillah tak juga susah. Hanya sederhana, cukup sekadar makan pakai. Nak bermewah jauh sekali.

Walaupun aku tak kerja dan suami berpendapatan sederhana, aku sentiasa berusaha kumpul duit, buat dropship kecil – kecilan untuk membeli barang kehendak yang memudahkan kerja aku. Aku tak suka meminjam barang orang, sebab tu aku usaha kumpul duit beli.

Sebab bagi aku, kalau tak ada, tak payah guna, jangan sampai meminjam. nak guna, usaha sendiri kumpul duit. Aku beli iron philips, periuk noxa, air fryer, microwave oven, pengukus. Ya dengar macam membazir, tapi bagi aku semua untuk kesenangan aku buat kerja rumah.

Barang anak – anak aku pun macam tu. Start saja aku mengandung, aku akan kumpul duit. Beli keperluan baby, barut baby. Walau semua tu guna hanya dalam pantang, tapi benda boleh simpan dan boleh digunakan lagi bila ada baby baru kelak.

Walker, buaian elektrik semua barang anak aku beli. Dan aku beli yang terbaik sebab aku nak guna lama, dan juga aku fikir boleh digunakan jika ada baby kecil di masa akan datang. Aku jenis tak suka meminjam, ini bermakna aku tak suka juga orang pinjam barang – barang aku.

Masalah sekarang, bila orang tahu rumah aku ada barang cukup lengkap, orang suka pinjam. Dalam adik beradik aku, kiranya aku la yang paling susah. Kakak – kakak abang aku semua kerja laki bini, taraf M40, T20. Tapi masing – masing kedekut nak beli barang rumah, barang baby.

Masa aku beli barang rumah aku, semua kata membazir berlagak, lepas tu sampai masa barang rumah aku jugak dia pinjam. Aku berat hati nak bagi pinjam kat adik beradik, sebab aku dah tahu ragam masing – masing. Bila pinjam bukan jaga elok – elok pun, dah rosak susah nak ganti.

Aku tak tidur siang malam kumpul duit beli barang, bila orang pinjam calar balar, ada part rosak. Kakak aku umur 40 an, kategori m40 memang senang kehidupan dia, masa tu dia pregnnat dan lepas bersalin terus ik4t peranakan sebab dah berusia.

Dia pun tak beli sangat barang baby sebab guna kejap saja katanya. Dia datang rumah aku, dia ambik semua barang – barang baby dlm bilik. Aku dah simpan kemas, wangi – wangi sebab sayang takut rosak berhabuk. Memang barang – barang macam baru beli.

Dia kata alah pinjam kejap nanti bagi balik. Barut baby, walker, baby swing dia kebas. Buaian elektrik dia nak ambik juga tapi kebetulan anak aku tengah guna, elok saja dia beli yang baru. Hinggalah lepas dia pinjam, aku pergi rumah dia nak pergi ambik balik barang – barang. korang tahu tak, semua benda tak cukup sifat.

Barut baby hilang entah ke mana, baby swing rosak, mainan hilang ke mana. Allah luluh hati aku. Balik tu menangis aku. Ingat senang nak dapat semua tu. Dia kata nak ganti, tapi guess what. Masa aku pregnant nombor 2, aku claim semua tu.

Dia culas weh nak ganti. Dia kata masa dia pinjam yang dah guna, takkan nak ganti yang baru. Allah dah tahu jenis kedekut tak reti jaga barang orang kenapa suka meminjam. Masa tu kebetulan kakak aku yang T20 saksi segalanya, dia kesiankan aku, dia bagi aku RM1k ganti semua tu.

Walau dah ganti, aku tetap tak puas hati dekat manusia jenis meminjam ni. Lepas tu kakak ipar aku pun orang senang. Masa dia bersalin, dia nak pun pinjam buaian aku. Dia kata guna kejap. Guna kejap apa weh kalau sampai 2 tahun guna.

Kalau guna buaian elektrik hari – harai selama 2 tahun ingat tak rosak ke. memang aku tak bagi pinjam, aku kata adik suami aku pinjam. Padahal ada saja tersimpan bawah katil. Dulu vacuum pun ada sed4ra aku yang dekat – dekat rumah datang pinjam.

Bila pinjam, susah nak pulang balik. Nak guna aku yang terhegeh – hegeh kena pergi ambik rumah dia. Pernah aku pesan dah pinjam petang hantar balik, dia kata “alah esok – esok saja lah ko guna”. Susahkan bila di kelilingi ornag suka pinjam.

Aku bukan nak kedekut sangat, tapi dah pinjam buat cara pinjam. Pinjam elok, jaga elok – elok, pulang cara elok. Satu lagi kalau benda yang memang guna selalu, elok beli sendiri saja la. Kalau pinjam tangga boleh la dimaafkan sebab memang guna sekali sekala saja.

Tapi kalau charger phone, seterika, vacuum baik beli sendiri. Yang sorang tu gigih pinjam charger phone rumah aku. Aku kata aku masih guna, dia boleh plak bagi idea suruh kongsi charger dengan suami aku. Aku siap bagi link shopee dekat dia charger tu, harga belas – belas saja aku beli.

Dia tetap tak beli. Bukan dia tak berduit ye. Last – last aku beli kat dia. Pandai plak tersipu – sipu konon susahkan aku. Dah tu pinjam charger orang tak susahkan orang ke. Tolongla ada common sense apa yang patut dipinjam, apa yang tak patut dipinjam.

Benda yang guna hari – hari memang wajib beli. Aku bukan riak sombong, tapi tolonglah kesian juga kepada pemberi pinjam. Semua tu beli guna duit, nak boleh duit bukan senang. Satu lagi orang beli untuk kesenangan diri, bukan nak buat amal. Itu sahaja dari saya. Terima kasih. – Rose (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azura Halem : Dari kecil mak selalu pesan “kalau ada buat cara ada. Kalau tak ada jangan suka meminjam, so kalau dengan adik – adik dulu pinjam – pinjam baju normal la. Sengkek la katakan. Lagi la kita kakak.. Selalu pinjm barang – barang adik kita.

Tapi bila semua dah kahwin memang tiada istilah pinjam barang. Tapi kalau kalau nak pinjam kend3raan, adik beradik tahu nak isi minyak (tak pernah la tinggal kan E bila pulang kereta), lepas guna cuci kereta dan tak mer0kok sebab dia tau kakaknya tegas dan tak suka guna barang – barang dorang.

Masalah tt nie lebih banyak pendam, tu akak – akak awak tindas. Rasa boleh je “kedekut” pada orang yang tak tau menjaga barang. Jangan berat mulut kataan TIDAK. Kalau saya ada je orang suka pinjam barang, tapi saya selalu tegaskan “saya tak suka pinjam barang orang, tapi kalau saya guna barang orang, macam mana saya ambil, masa pulang macam itu juga barang nya”.

Dan sifat saya kalau ada orang pandai jaga barang saya yang offer bagi pinjam, sebab kita tahu orang itu cermat dalam menjaga barang kita. Tapi tu la, boleh kira dengan dengan jari orang yang sayang pada barang – barang kita.
Bukan kedekut. Tapi cermat.

Faranisyah Hakim : Setuju dengan tt, saya tak suka meminjam. Kalau tak mampu beli, saya rela tak guna dari nak pinjam harta orang. Dan jugak tak suka orang pinjam barang saya sewenang – wenangnya. Sesekali nak pinjam okey lah tapi dengan syarat kena jaga elok – elok dan saya ingat semua details barang.

Tapi, i’m bit lucky, adik beradik dan ipar duai bukan jenis yang suka meminjam jugak, kecuali masa diorang bujang – bujang dulu jer. Ataupun depa takut dengan saya kut… hihihihi. Sebab saya memang garang kalau melibatkan barang – barang saya. Macam mak ayam, kacau anak aku.. siap aku patuk. kikikiki..

Hazwani Mohd Dah : Sis, mesti sis ni baik sangat. Lain kali sis kena tegas ya. Belajar cakap no dan tak boleh. Saya ni jenis tegas. Saya perasan bila kita tegas, orang tak mudah nak rendah – rendahkan dan atur hidup kita.
Tegas bukan bermaksud sombong. Tapi tahu dan jelas dengan hak kita. All the best sis!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.