
Kakak aku akan post gambar anak dia yang comel – comel dalam media sosiaI tapi lepas habis tangkap gambar, anak tu dibiarkan. Kakak aku pulak sibuk tengok telefon baIas pujian orang. Anak sed4ra aku tu nak pergi dekat ibu dia tapi kena tolak – tolak pergi dekat ayah tak pun mak aku atau aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Terima kasih kepada admin jika penulisan ini disiarkan. Hari ni aku nak meluahkan perasaan tentang kakak aku yang sudah lama aku pend4m. Aku masih berusia awal 20-an sementara kakak aku yang berusia lewat 20-an merupakan seseorang yang menjaga penampilan diri, telah berkahwin dan dikurniakan seorang anak.
Kakak aku sentiasa bersenam, jaga makan dan agak terkenal di media sosiaI. Semua orang memuji kakak aku kerana sentiasa kelihatan cantik dan ramping. Namun mereka tak tahu di sebalik segala kesempurnaan yang dipamerkan, banyak kekurangan diri yang hanya keluarga aku yang tahu.
Sejak daripada awal berkahwin, aku dan mak aku yang sudah tua ini yang harus melayani karenah kakak aku. Setiap kali aku dan mak aku pergi ke rumah mereka, kami yang harus masak, berkemas dan melayani sed4ra – mara yang datang ke rumah sedangkan dia hanya berkurung di dalam bilik.
Mak aku tak pernah ajar aku untuk bersikap macam ni bila tetamu datang. Mak aku sentiasa kata walau penat macam mana pun kita, kita kena layan tetamu yang datang ke rumah. Aku boleh katakan aku dan mak aku ni macam h4mba di rumah ini.
Alhamdulillah abang ipar aku baik dan selalu membantu kami. Kakak aku juga selalu suruh abang ipar aku yang jaga anak dan basuh pinggan sebab kakak aku kata dia dah melahirkan dan menyusukan anak. Tapi aku tengok anak sed4ra aku selalu kena marah dan cubit dengan ibu dia.
Aku masih belajar di universiti dan apabila cuti semester yang ditunggu – tunggu oleh semua pelajar, aku kena meng0rbankan masa cuti ini untuk menjaga anak sed4ra aku yang masih kecil. Maklumlah kalau ada budak kecik ni mesti rumah akan sentiasa bersepah.
Aku dan mak aku pula pembersih orangnya. Kami tak boleh kalau tengok mainan bersepah – sepah. Akulah yang masak masa kakak aku pantang. Walaupun aku tak kahwin lagi, tapi aku belajar masak makanan pantang. Aku jugak yang mandikan anak sed4ra, basuh ber4k dia, teman dia tidur, main dengan dia.
Aku tak kisah kalau aku yang penat tapi aku lebih kesian dekat mak aku yang dah tua ni. Aku menangis tengok tangan mak aku dah berkedut – kedut tapi masih kena layan cucu dengan kakak aku yang langsung tak membantu kami.
Anak sed4ra aku yang kini berumur 2 tahun lebih rapat dengan mak aku jadi kadang – kadang mak aku lah yang mandikan, ada jugak bagi dia makan sebab bila aku nak suap makan dia merengek nak dekat nenek dia. Kakak aku pula kalau kami bangun saja dari tido mesti akan suruh anak dia main dengan aku dan mak aku.
Kakak aku pula sibuk exercise dan post kat media sosiaI. Kebanyakan masa dihabiskan main telefon. Ada jugak masa kakak aku bantu jugak Iipat kain tapi boleh dikira dengan jari. Abang ipar aku pula sibuk dengan kerja tapi bila dia free, dia akan tolong bagi makan anak sed4ra aku dan uruskan yang selebihnya.
Walaupun kakak aku dah berkahwin, dia mesti ikut kalau aku dan mak aku pergi ke hotel. Mak aku pula lembut hati, kesian dekat anak tak dapat ikut. Alhamdulillah keluarga aku agak senang jadi kadang – kadang kami selalu melancong.
Kakak aku pulak akan post setiap hotel yang kami pergi sedangkan dia tak bayar sesen pun duit yang boleh mencecah beribu ringgit semalam. Aku paling sedih dengan anak dia. Kakak aku akan post gambar anak dia yang comel – comel dalam media sosiaI tapi lepas habis tangkap gambar, anak tu dibiarkan aku dengan mak aku yang tengok dia main.
Kakak aku pulak sibuk tengok telefon baIas pujian orang. Anak sed4ra aku tu nak pergi dekat ibu dia tapi kena tolak – tolak pergi dekat ayah tak pun mak aku atau aku. Aku sekarang dah buntu dan penat sebab family kakak aku dah duduk sebulan dekat rumah mak aku.
Alasan yang diorang bagi adalah nak rapatkan silaturahim anak sed4ra aku dengan mak aku. Mula – mula diorang duduk, aku dengan mak aku masih ikhlas tolong jaga anak diorang, masak, basuh baju, Iipat baju, suap makanan tapi bila dah lama ni kami jadi tak ikhlas.
Rasa macam kehadiran diorang satu bebanan sebab kakak aku tak pernah tolong sangat. Aku sedih bila tengok mak aku nangis sebab penat. Aku kalau boleh nak bagi mak aku rehat je tapi mak aku kesian tengok aku yang kemas rumah dan masak jadi mak aku pun tolong jugak.
Aku tak nak mak aku jadi kuIi kakak aku sebab bila kakak aku nak keluar jalan – jalan dengan abang ipar aku je, diaorang akan tinggalkan anak dekat kami. Aku dengar kakak aku masih nak stay lagi dekat rumah ni. Aku rasa nak menjerit dengan PKP tak boleh keluar rumah.
Aku tak kahwin lagi tapi rasa macam dah ada anak sebab akula yang ambik peduli pasal anak dia. Aku jadi takut pulak nak kahwin macam ni. Tolong bagi pendapat. Adakah aku yang terlebih em0si disebabkan per4ngai kakak aku ni? Apa yang aku patut buat? – Milo Tabur (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aqlili Riana : Ni bukan masalah per4ngai kakak ko je. Abang ipar ko tu problem. Tak tegas dengan bini. Sama naik kepala biar bini dia buat mak ko camtu. Apa kata ko call abang ipar ko, cakap terus terang tapi jangan berem0si lebih.
Better jangan ada campur tangan kakak ko time cakap tu. Cakap kena tegas, berhemah dan luahkan segala masalah korang ni. Selagi tak luah, selagi tu lah kakak dan abang ipar ko buat dekk aje. Pastu kalau keluar bcuti tu, pandai – pandailah rahsia – rahsiakan dari kakak ko tu, dengan mak ko sekali pon ko buat – buat surpr1se, kate nak manje – manje ngan mak je.
Ha pandai – pandaila tipu sunat ke ape. Tak guna ko dok luah belakang – belakang ni. Kena btindak. Memang kakak akan terasa tapi ko kena duIukan mak ko.
Ayeda Jane : Jangan berdiam diri. Bawak berbincang. Berterus terang! Jangan kerana nak menjaga hati orang, hati kita pulak yang mer4na. Nanti kita pulak jadi giIa, jadi tak tentu hala. Sedangkan punca masalah kita boleh pulak lepas tangan buat derk ja.
Walaupun itu kakak kita, tapi kita ada hak untuk bersuara, terutama sekali demi ibu. Kalau dek kerana takut nak berterus terang sebab tak nak kakak TT kecik hati, maka TT dan mak akan makan hati. Baik suruh kakak balik rumah dia sendiri, lepas tu barulah TT dan ibu boleh release dan takde str3ss lagi. Cubalah. Jaga hati sendiri dulu k, TT!
Senora Haznina : Memang betul berlaku dunia tipu – tipu ni. Dalam media sosiaI tunjuk segala yang baik – baik je. Tapi keluarga dan orang – orang terdekat je yang tau realitinya macam mana. Untuk confessor, mungkin boleh suruh mak awak slowtalk dengan abang ipar.
Atau pun mungkin stop melayan kehendak kakak awak tu. Kalau dia masih di rumah mak, mintak dia balik ke rumah sendiri. Dan stop pergi rumah dia sementara waktu. Stop jadi pengasuh anak dia. Stop masakkan untuk dia. Stoplah ajak dia bercuti sekali. Mungkin sebab terlalu mengikut kehendak dia sampai dia rasa perbuatan dia tu tak salah.
Deela Azahar : Bincang dengan abang ipar minta tegur kakak tu. Awak dengan mak pun bagi time yang korang boleh jagakan anak saud4ra, 3 jam sehari cukup la. Lepas tu suruh kakak jaga sendiri. Apa pun alasan jangan terima, nampak dia abaikan anak sound terus time tu.
Rakam pun boleh, nanti send kat dia ugvt nak sebar kat sosiaI media yang dia glamer sangat tu. Tolong jangan lembut hati dengan orang macam ni. Ya, kasihan dekat anak. Tapi kalau biar nanti apa la nasib anak tu. Takkan nak selamanya macam tu.
Kameena Ismail : Yang ditayang sempurna tu semua memang atas d3rita orang lain. Petua nak jadi macam mereka senang, perlu bersikap tak tahu malu, malas dan mengh4mbakan orang lain. Untuk apa? Secebis pujaan dan pujian dari manusia – manusia di luar sana semata – mata je la. Adeiiii. S4kit mentaI orang macam ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.