
Kak lang aku ni dekat office memang orang hormat dia sebab kerja dia tiptop. Memang dekat bawah dia ramai staff yang dia monitor. Tapi, walaupun kau hebat dekat office, dekat rumah dia tak ubah macam biawak hidup..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan haiii semua. Terima kasih admin sudi approve post aku. Kalau sebelum ini aku baca banyak cerita suami pemalas la, ayah pemalas la, adik ataupun abang lelaki pemalas la. Kali ini, aku nak cerita kakak aku seumpama biawak hidup dekat rumah.
Sebelum aku start, aku copy ayat penutup aku. Tak kisah la orang tu jawatan Vice President ke, Manager ke, PTD ke, Jusa B ke, Gred 52 ke, tapi kau hanya seorang biawak hidup dekat rumah, mungkin kau kena muhasabah balik la diri kau.
Takde makna dekat office cemerlang bagai nak giIer, dekat rumah kau hanyalah seorang L0SER. Aku kenalkan diri, nama aku Seloma. Berkahwin, dan mak kepada tiga orang anak. Bekerja dalam bidang Pendidikan. Aku anak bongsu dari empat beradik.
Adik beradik aku semua perempuan. Aku duduk dengan family di negeri berlainan dengan parents. Sebelum meneruskan dengan lebih jauh, post ini agak panjang ya. Aku straight forward. Bukan niat untuk mengaibkan, tetapi lebih kepada ingin meluahkan.
Tajuk post aku pasal “biawak hidup” dan aku refer biawak hidup tu kepada kakak yang nombor tiga. Kak Lang aku pernah berkahwin dan ada dua orang anak. Seorang darjah 5, seorang 4 tahun. Duduk dengan mak bapak aku.
Dia bekerja dalam swasta, level – level manager. Kenapa aku cakap dia biawak hidup? Anak.. Benda – benda melibatkan anak memang sebulat – bulatnya dia serah dekat mak bapak aku. Hantar sekolah memang dia hantar sambal – sambil pergi office, tengahari bapak aku ambik, kadang – kadang petang pun bapak aku hantar pergi sekolah agama.
Seterusnya benda – benda kehidupan anak. Ada sekali masa raya, anak dia nak pergi solat raya, tapi dia tak sediakan langsung baju anak dia nak ikut atok dia pergi solat raya. Dia tengah membiak lemak dalam bilik. Boleh bayang tak, anak semangat nak pergi solat raya, tetapi pagi tu anak dia sendiri kena cari baju raya.
Sudahnya pergi raya dengan baju tak bergosok. Apa punya mak la macam ini. Tu tak ambil kira lagi kedekut nak m4ti dengan anak. Baju raya untuk anak – anak dia, aku tak taula dia ada beli ke idok. Kadang – kadang kami yang makcik – makcik ni beli baju raya untuk anak – anak dia.
Bukan la kami ni nak mengungkit, tapi nak bagitahu yang betapa mak ni jenis tak peduli kat anak. Kadang – kadang bila kami yang makcik bawa anak dia gi jalan, kadang – kadang p4ksa anak dia ambil apa – apa kalau ada dekat kedai sebab nampak anak dia tu macam malu nak minta apa – apa.
Mak dia? Beli barang dekat shopee sebulan sampai 10 – 15 barang. Kehidupan dekat rumah, kalau dah nak mengurus anak pun malas tahap gaban, korang rasa dia rajin nak buat kerja rumah? Memang sampai ke sudah idok la nak tolong buat kerja rumah.
Kalau bab baju, memang basuh sendiri – sendiri. Jemur sendiri – sendiri. Takde la nak offer tolong basuh sekali ke. Lepas tu tak silap aku, baju anak dia, baju sekolah je dia basuh dan jemur. Baju lain anak – anak dia memang mak aku la yang uruskan.
Kalau bab tolong dapur, yang tu memang lagi tak boleh bawa bincang. Dia memang kerja dia, duduk dalam bilik, membiak lemak, turun, pergi dekat meja makan, angkat saji, lepas tu ambil makanan. Musim raya, memang takde langsung la nak offer tolong p0tong apa – apa.
Ada sekali tu, kira aku je yang balik beraya dekat rumah mak. Akak aku yang lain balik rumah mertua dia. Aku ni yang dengan nak urus anak lagi, kebetulan ada urusan office sikit yang kena selesaikan yang memang urgent kena siapkan (office ni pun masalah jugak jenis tak consider orang nak raya).
Memang masa tu dia duduk membiak lemak dekat bilik je. Dan yang tolong mak aku dekat dapur tu, suami aku je. Alhamdulillah, husband aku ni jenis memang pandai masak. Aku ni jadi naik malu dengan suami aku dengan per4ngai kak lang aku macam tu.
Esok masa raya, memang dia tolong sikit sangat – sangat angkat pinggan mangkuk untuk hidang untuk makan. Nak harap basuh pinggan mangkuk, periuk semua tu? Memang takde maknanya. Memang dia lagi rela membiak lemak dekat bilik jelah.
Menyantuni mak ayah, part last aku nak cerita, macam mana kak lang aku ni layan mak bapak aku. Secara jujurnya, memang dia layan mak bapak aku macam orang gaji. Macam aku cerita tadi, bab anak ni memang dia serah dekat mak dengan bapak aku.
Mak dengan bapak pulak tak boleh buat macam mana, kalua tak tolong tengokkan cucu dia yang dua orang tu, memang alamatnya kesian dekat mereka. Jadi tu yang biawak tu jadi naik lemak, suka ambil kesempatan banyak benda, sebab dia tahu akhirnya ada orang yang akan settlekan untuk dia.
Tu satu cerita, tak payah cerita kisah kurang ajar dia dengan mak bapak aku. Kadang – kadang SURUH mak aku buat itu ini, tanpa ada perkataan tolong langsung. Cara bercakap dengan mak bapak aku yang kadang – kadang aku rasa nak sep4k je dia.
Tak kira kedekut nak m4ti dengan parents. Dah la anak – anak mak aku bagi makan, dia takde nak hulur duit ke apa beli barang basah. Duduk rumah, bil api air tak ada nak bagi sumbangan ke apa, jadi memang sesuai la aku namakan biawak hidup.
Bukan mak aku tak pernah cakap dekat dia, tapi jenis hati kering. Jenis tak peduli dekat orang. Kak lang aku ni dekat office memang orang hormat dia sebab kerja dia tiptop. Sampai nak ambil cuti sebab urusan family pun susah.
Memang workaholic yang memang hidup untuk kerja. Memang dekat bawah dia ramai staff yang dia monitor. Tapi, walaupun kau hebat dekat office, kau hanyalah biawak hidup dekat rumah. Kalau la budak – budak office kau tahu kebiawakan kehidupan kau dekat rumah, memang orang akan hilang hormat dekat kau.
Cara kau layan mak dengan ayah, cara kau tak urus langsung anak – anak. Kadang – kadang jahat la kalau aku harap satu hari nanti ada sesuatu yang berlaku yang akan buat dia sedar diri dan berubah, tapi itula, fikir balik, akak sendiri.
Penutup last, tak kisah la orang tu jawatan Vice President ke, Manager ke, PTD ke, Jusa B ke, Gred 52 ke, tapi kau hanya seorang biawak hidup dekat rumah, mungkin kau kena muhasabah balik la diri kau. Takde makna dekat office perform bagai nak giIer, dekat rumah kau hanyalah seorang LOSER. Moga Allah beri hidayah kepada beliau untuk berubah, especially cara dia layan mak bapak aku dan anak – anak dia. Sekian. – Seloma (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Jan Salleh : Kalau ada rezeki lebih, bincang adik beradik, hantar mak ayah pergi umrah. Amik package yang duduk lama sikit tu. Biar dia tahu langit tinggi rendah nak urus anak beranak dia sendiri. Kalau idak pon bawak mak ayah awak duduk duduk rumah awak seminggu, pastu rotate rumah adik beradik lain plak. Bagitau kakak awak mak ayah nak makan angin rumah anak – anak. Bior dia rasa plak urus rumah dan anak – anak dia sendiri.
Kamalya Desu : Mesti parents dia risaukan cucu tak terjaga kalau halau si kakak tu keluar. Si kakak tu pula tau cucu tu kelemahan mak pak dia. Tu yang naik lemak tu. Dah didik elok – elok untuk jadi manusia berguna tapi..
Ni lah ujian untuk mak ayah tt. Kalau berani, tt marahlah kakak tu, marah depan anak – anak dia. ‘Berlakon’ jadi mak untuk anak buah. Tunjuk betapa salahnya kaklang tu dalam menjaga anak dan orang tua so that anak – anak tak terikut per4ngai dia. Stop that cycle. Budak kecik masih boleh dibentuk, dah tua – tua auto b0do susah nak proses common sense walaupun dah ditegur.
Nurul Zol : D4hsyatnya per4ngai kakak awak ni tt. Aku rasa kakak dia ni jenis eagle. Selfish tahap dewa. Hati kering. Setakat ni aku rasa takde ujian hidup yang berat sangat untuk bagi titik tolak supaya dia berubah ke arah yang lebih baik.
Orang yang takde ujian hidup yang berat memang per4ngai dia macam ni. Takde EMPATI pada orang lain. Hanya fikir diri sendiri dan kerja. Kena ada orang tegur dia. Jangan biar. Sebab dia rasa apa yang dia buat tu betul. Padahal.. hmm..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.