
Kami kerja di bandar tapi mertua p4ksa kami pindah balik kampung untuk jaga mereka. Bila saya ajak duduk rumah kami, mereka merungut rumah kami kecik. Saya bincang dengan kak ipar, dia kata nak upah nurse terlatih tapi kami yang kena bayar sebab suami yang akan dapat harta bila mertua meninggaI..
#Foto sekadar hiasan. Saya merasakan diri saya bukan seorang menantu yang baik. Terlalu banyak kekurangan dalam diri ini yang saya tidak tahu cara untuk memperbaiki. Pak and Mak Mertua saya yang sudah berusia tinggal jauh daripada kami suami isteri, jauhnya 4 – 5 jam perjalanan dengan kereta.
Kami telah mencadangkan agar kedua mertua datang tinggal bersama kami supaya kami boleh menjaga s4kit pening mereka tetapi mereka menolak. Alasan mereka, rumah kami kecil dan tidak dapat menampung mereka. Memang benar rumah kami kecil, tapi itulah saja yang kami mampu.
Saya cadangkan untuk menyewa sebuah rumah berdekatan dengan rumah saya untuk mereka tapi masih ditolak. Mertua berkeras mahu kami suami isteri berpindah balik dan tinggal dengan mereka di kampung. Tetapi kami suami isteri bekerja di ibukota dan anak – anak kami semua bersekolah di sini.
Suami dan saya bekerja di ibu pejabat dan di kampung tiada ibu pejabat atau cawangan untuk kami minta pindah. Cari kerja lain? Tiada kerja di kampung melainkan jika kerja – kerja kampung sahaja. Komitmen kami tinggi, harus bayar rumah, kereta, duit pengajian anak – anak dan macam – macam lagi.
Lagipun juga duit belanja / bayar bil – bil rumah / hospitaI mertua, kesemuanya ditanggung oleh suami. Sekiranya kami berhenti kerja dan buat kerja kampung, mana nak cari wang untuk bayar itu semua? Saud4ra mara pihak suami selalu melabelkan kami sebagai anak yang tak bertanggungjawab kerana membiarkan mak bapak yang dah tua tinggal berseorangan di kampung.
S4kit pening tak ada yang menjaga. Apa segalanya yang kami buat, contohnya, melawat mertua sekerap mungkin, tanggung belanja / bil dan lain – lain, tak pernah kami canangkan pada semua. Jadi sebenarnya sed4ra mara tak tahu pun apa yang berlaku, kerana mereka pun tinggal di ibukota seperti kami.
Semua perbincangan antara mertua dan kami tidak pernah kami canangkan pada sesiapa. Mereka cuma nampak mertua berdua di kampung sendirian seolah – olah tidak ada sesiapa yang peduli. Suami mempunyai seorang kakak yang tinggal di luar negeri kerana telah berkahwin dengan orang putih.
Walaupun kakak ini sudah bersara, dia cuma pulang ke Malaysia sekali setiap 5 – 7 tahun. Tetapi selalu dia hantar gambar – gambar percutiannya ke merata tempat di dunia setiap tahun. Saya pernah memberitahu kakak tentang masalah kami dengan mertua.
Kakak mahu kami mengaji jururawat terlatih (bukan pembantu Indonesia atau warga asing) untuk menjaga mertua di kampung. Kakak tak mahu ibubapanya dihantar ke nursing home sekiranya mereka s4kit. Dia hendak ibubapanya diurus oleh jururawat terlatih dan kos harus ditanggung oleh kami.
Kakak ipar pernah memberitahu saya bahawa ini kerana suami akan mewarisi segala harta mertua apabila mertua tiada kelak. Hingga ke hari ini saya tak ceritakan hal ini kepada suami kerana menjaga hubungan suami dan kakak.
Menurut mertua, mereka telah membahagikan harta antara kedua anak mereka. Mertua telah memberi sejumlah wang dan barang kemas kepada kakak ketika dia pulang ke Malaysia tidak lama dulu, sementara rumah dan lain – lain akan diberikan kepada suami.
Lagipun menurut mertua selama ini, kakak tak pernah memberi mereka sebarang belanja bulanan. Belanja bulanan mereka cuma datang daripada suami. Saya tidak tahu apa jalan penyelesaian yang terbaik harus saya ambil. Apa saja yang saya lakukan semuanya tak kena. Saya sangat runsing memikirkan perkara ini. – Bella (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ezd Airaniez : Tiada manusia yang sempurna. Dah buat yang terbaik, tak mahu kurang ajar, baik diam saja. M4kin kita bercakap nampak macam kita yang salah, padahal hanya yang mengaIami memahami kan. Biarkan suami yang buat keputusan.
Dia lebih kenal ibu bapanya. Dia juga ada tanggungjawab kepada isterinya jadi dia kena bijak mencari solusi – win win situation. Tapi puan jangan sekali – kali berhenti kerja ya. Apa – apa jadi pun ada duit sendiri. Anak – anak pun mesti nak tengok maknya tenang dan bahagia. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aamiin
Annie Mohd : Kenapa you yang kena deal dengan kak ipar sedangkan itu hal ehwal parents mereka? Kemudian bila dah dapat jawapan dari kak ipar, simpan pulak sorang – sorang. Patutnya suruh suami you bincang sendiri dengan kakak dia. Yang you patut utamakan adalah anak – anak dan tanggungjawab you sebagai isteri. Ni tak pasal dok pening sorang- sorang.
Cik Puan : Saya tak tahu nak komen macam mana sebab saya baru nak masuk 3th jadi isteri dan menantu. Macam saya, tak pernah masuk campur urusan keluarga mentua even ada sesetengah hal saya pun ada hak. Cuma.. saya tak faham kenapa ada segelintir yang try hard sangat nak jadi menantu terbaik.
Menantu tetap menantu dan mentua tetap mentua even status mereka sama taraf dengan ibu bapa kandung kita. Macam mana baik dan rapat pun hubungan kita dengan mentua. Tetap kena sedar diri yang kita ni MENANTU.
Dalam kes confessor ni.. nampak confessor plak yang 0ver mengalahkan anak kandung mentua tu. Bagi saya tak perlu masuk campur lebih – lebih urusan keluarga mentua sampai kita plak yang kena s4kit kepala nak fikir apa yang terbaik untuk mentua tu.
Dah kalau confessor je yang susah – susah fikir, susah hati mengenangkan nasib mentua. Jadi apa fungsi anak kandung mereka (suami confessor dan kakak ipar)? Daripada cerita confessor, nampak macam kakak ipar tu seakan merajuk dengan family dia dan bawa diri.
Then perlu ke point pasal harta yang suami bakal w4risi nanti? Sesuatu sangat… Kecuali kalau confessor ada niat lain dan nak tunjuk konon dah jadi menantu terbaik. Bagi saya, kita sebagai menantu ni buat apa yang termampu je lah.
Tak perlu try hard sangat, beria prihatin dengan mentua mengalahkan ibu bapa sendiri. Sedangkan tu tanggung jawab suami dan kakak ipar confessor (anak kandung mentua).
Cik Ros : Sebagai menantu tak perlu la lebih sudu dari kuah. Kalau tak dapat membantu jangan menyusahkan. Tu jer pegang. Kakak dia anak perempuan. Laki kau anak lelaki. Kakak ipar kau tinggal luar negara. Kalau bukan suami kau yang mentua boleh harap, mereka nak harap pada siapa lagi? Bab harta kau sebagai menantu elok tak payah masuk campur.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.