
Saya seorang surirumah ada 3 orang anak. Dari awal kahwin lagi suami tak bagi saya masak, dia suruh jaga anak je. Tapi kata – kata kak ipar buat saya tr4uma, dia kata bekas isteri suami saya selalu masak, isteri solehah. Saya terngiang – ngiang sampai saya minta suami bawa saya ke kaunseling…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Memandangkan saya sangat suka baca page ni, saya tergerak hati nak tanya sesuatu kat pembaca semua. Serba sedikit mengenai diri saya, saya seorang isteri, surirumah tak sempat bekerja memandangkan suami lamar saya sebelum konvokesyen.
Suami saya sangatlah baik dan penyayang. Kami dikurniakan dengan 3 orang anak yang comel – comel. Alhamdulillah, dah berbelas tahun kahwin, sayang suami pada saya tak pernah berbeIah bahagi. Malahan awal perkahwinan sampai sekarang suami tak kisah saya nak masak ke tak.
Mula – mula masa awal kahwin memang lah semangat masak, semua try masak sedap. Kemudian bila suami balik kerja, dia cuba makan dia cuma cakap, ‘ayang tak yah susah – susah masak, kita makan luar je’. Memandangkan suami yang sarankan makan kat luar, dari mula – mula kahwin maka benda ni dah jadi habit.
Kerja kat rumah, lebih kepada kemas rumah dan jaga anak – anak. Memang takde pembantu walaupun suami sangatlah mampu nak bagi. Memandangkan jaga anak ni memang memenatkan, jadi syukur sangat suami tak kisah tak masak, malahan suami akan masak (suami sangatlah pandai masak).
Sekarang ni bertahun dah pindah mengikut suami balik ke negerinya, walaupun sangat tak terbiasa terp4ksa terima sebab suami. Yang jadi persoalan dan menimbulkan tr4uma ialah saya ada kakak ipar, pada mulanya tu memang tak berapa nak rapat lepas dah duduk dekat tu m4kin rapatlah sikit.
Bila dah mula rapat sikit ni kakak ipar selalu bagi nasihat dan buat perbandingan. Dah banyak kali nasihat dan bagitau, “bekas isteri suami dulu seorang isteri soleha dan selalu masak, kau kenapa tak masak?” Dan banyak lagiIah ceritanya pasal bekas isteri suami untuk buat perbandingan.
Sampai satu tahap tr4uma nak terserempak dengan dia. Saya punya tr4uma tu sampai seminggu susah nak tidur malam, nangis masa mandi. Akhir sekali sebab tak tahan nak pendam saya bagitau suami yang kakaknya selalu membandingkan bekas isterinya dengan saya.
Beginilah saya cakap kat suami saya, “memandangkan bekas isteri awak tu soleha macam kakak awak cakap apa kata awak kahwin balik je dengan dia, bawak saya pergi kaunseling sebab kata – kata kakak awak tu terngiang – ngiang kat telinga saya.”
Masa saya cakap tu memang marah yang amat dan saya juga minta cerai dengan suami. Ya. kerana mulut seorang wanita, pernahkah kita fikirkan apa yang keluar dari mulut kita impaknya macam mana? TAK pernah berg4duh besar dengan suami, tak pernah minta cerai tapi sebab kata – kata kakaknya. ALLAH betul saya tr4uma.
Mungkin orang cakap benda kecil sahaja tapi s4kitnya tuh di sini, di dalam hatiku. Terlalu banyak perbandingan yang kakaknya cakap sampai saya pun sikit nak terlepas cakap.. Habis tu kalau dah dia isteri solehah kenapa mereka bercerai?
Saya cintakan suami saya begitu juga dirinya. Saya nak minta pendapat mereka yang pernah alami perkara seperti ini, macam mana nak hilangkan tr4uma? Saya tak nak jumpa kakaknya tapi itu agak must4hil sebab dia kakak suami.
Adakah untuk jadi isteri soleha kita perlu memasak? Suami pujuk saya dia cakap, ‘ayang tau tak, hanya Allah yang tau isteri solehah tu siapa.. Ayang ni baik, cukuplah kebaikan ayang tu abang je tahu, kalau orang nak cakap apapun ayang masuk ke telinga dan pastu biar je..’
Suamiku sayang, Aku bukan isteri solehah seperti apa yang mereka perkatakan, Aku hanya ada sekeping hati untuk mu ku tawarkan, Aku tahu jauh betul diriku dari sesuatu yang bergelar solehah, Jika suatu hari nanti aku tidak mampu bertahan itu bukanlah sebab apapun,
Ianya hanya kerana mereka, Tentu mereka puas bila aku beralah.. Akhirnya kita tahu dunia ini hanya pinjaman, Hanya sand4ran, Hanya satu tempat persinggahan, Sebelum kita melangkah ke Sana, Datang sendiri ke dunia ini,
Apatah lagi nanti pasti pulang ke dunia fana juga bersendirian.. Sebenarnya penat betul hidup jika ada yang suka buat perbandingan. Tolonglah jangan sesekali buat perbandingan kalau nak nasihat tu tolonglah jangan buat perbandingan.
Aku penat ya Allah. Terima kasih atas bahagia yang ku rasa. Atas nikmat yang Allah berikan, nikmatnya ya Allah hidup ini. Cuma h4mba mu ini penat ya Allah. PerIukah aku mengalah. Aku ingin jauh dari tempat ni. Aku ingin pergi.
Andai jodoh itu panjang temukan kami di syurga mu ya Allah. Kekalkan jodoh kami. Andai bukan jodoh, bukan jodoh yang panjang. Aku mohon ya Allah temukan dia dengan yang soleha. – Scorpiogirls (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Atikah Mahadzir : Saya faham benda melibatkan kata – kata yang dalam ni kadangkala menced3rakan em0si kita sedikit sebanyak. Tapi apa yang puan buat tu tak selesaikan masalah. Kesian dekat suami puan tu.
Daripada puan serabut – serabut luah dekat suami sampai suruh kahwin balik dengan bekas isteri dan ceraikan puan, lebih baik la puan ‘menjawab’ sikit dengan persoalan kakak ipar tu. Jangan lupa doa sama puan, moga sama – sama dilembutkan hati.
Nurul Najwa Abd Karim : Hi confessor. Hatikan… Ada benda yang kita kuat untuk tepis. Ada benda yang terlalu rapuh untuk kita terima. Walaupun benda tu simple bagi orang lain. Memandangkan awak pun mengaku tak berapa nak solehah.
Apa kata awak confront sendiri dengan kakak ipar tu yang awak TAK OKAY dengan komen – komen dia berkenaan lifestyle awak sebagai surirumah. Siapa dia nak komen itu ini sedangkan kita ni isteri ni buat apa yang suami kita suka.
Rumahtangga bukan datang dengan 1 manual yang rigid untuk semua. Ada orang fikir soleha seorang isteri tu bila memasak, teruskan memasak untuk family sendiri. Kenapa nak mensolehakan wanita lain dengan acuan kita? Ewah. Terpuji sangat per4ngai.
Cakap dengan dia stop commenting itu ini hal rumahtangga awak. Benda dah lepas buat apa nak diungkit dan dibanding – banding. Jenis saya memang saya confront. Sebab lagi simpan jadi panas. Bila dah confront baru rasa legaaaa.
Sebab nak marah suami pun punca dia bukan suami. Tak memasal plak uols bertekak laki bini. Tapi confront elok – elok la ngan kakak tu. Benda boleh cakap buat apa nak tr4uma sorang.
Hidayah Maznan : Rasanya kakak ipar tu takde niat tak baik pun. Mungkin dia hairan. Tak keje tapi tak masak? Kenapa ye? Mungkin dia rasa pelik. Gitu je.. Patutnya akak bagitau jelah dah suami ajak makan luar. Simple 0 – 0. Takpe pasni akak masaklah. Seronok ape masak – masak ni..Hujung minggu ajak akak ipar datang umah makan – makan. Setel. Jangan sedih – sedih.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.