Kak aku sangat harap abang ipar balik semula, sebab dia tahu Allah akan ambil dia

Dari awal kandung perut tak nampak sehingga kini sudah sarat menunggu hari, abang ipar aku masih tak balik sebab merajuk berg4duh dengan kakak aku. Siang malam kakak aku menangis, dengan tiada nafkah yang diberi kakak aku jual aiskrim depan sekolah tengah panas. Dia kerja tanpa henti, kaki mulai bengkak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Aku harap confession aku dapat disiarkan. Terima kasih admin jika disiarkan. Aku terpanggil untuk menulis sebab terjaga dari tidur, kakak kesayangan aku mengigau. Dia dah berbulan bulan tidak bertemu suami kesayangannya!

Dari kandungan tak nampak hingga menanti hari. Jadi, korang boleh bayangkan berapa lamakan? Kalau family dia atau abang ipar aku yang membaca ni, baliklah. Kalau bukan demi isteri, demi anak – anak, d4rah daging sendiri, amanah yang akan dipersoalkan di akhir4t kelak.

Ibu bapa di sini tak pernah menyalahkan abang ipar, setiap manusia melakukan kesilapan dan tak akan ada yang sempurna. Kami bukan Tuhan untuk menghukvm, balik lah. Kisahnya macam ni, kakak aku ditinggalkan suami kesayangannya iaitu abang ipar yang sangat aku horm4ti selama ini ketika diawal usia kandungan kerana berg4duh. Yes, diorang selalu berg4duh.

Kakak aku pon ada silapnya, sejenis yang tak pandai menyimpan rasa, sejenis luah je apa yang dia rasa. Aku tak salahkan dia 100%, sebab dia jadi manusia yang memendam rasa dah lama. Macam – macam tekanan dari sekolah.

Dia mula bahagia bila dah kahwin dan dia takut untuk ditindas tapi silap dia kerana agak berkasar. Mungkin juga kerana dia terlalu risaukan masa depan anak – anaknya dengan kewangan mereka yang tidak menentu. Kakak aku seorang yang kuat bekerja sampai abang ipar naik rimas dan penat.

Dengan kerja sendiri, income tidak menentu, abang ipar menurut je segalanya. Dulu rumahtangga mereka aman bahagia waktu tinggal di rumah keluarga kami, lepas tu pindah rumah sendiri walaupun sewa tapi mereka sangat bahagia.

Makan pakai minum suami dia, dia jaga. Tak pernah terabai walaupun mulut kadang – kadang macam peIuru berpandu. Dia takut s4kit, takut bersalin tapi demi zuriat untuk suami, dia sanggup! Kalau korang tengok alahan yang dia alami setiap kali pregnant, confirm korang akan berfikir banyak kali! Aku yang mengadapnya! Pagi petang siang malam tak henti munt4h.

Tapi tu lah, kakak aku jenis cakap tak bertapis, tak pakai filter, cakap main keluar je tapi aku tahu dia sayang suami dia. Abang ipar aku pergi tanpa sebarang pesan lepas diorang g4duh. Suami dia terus pergi. Macam aku kata, bukan salah abang ipar aku semata – mata, ada salah kakak aku tapi tak bermakna salah akak aku semata.

Akak aku tengah mengandung, awal mengandung, em0si lagi lah bertambah ke laut. Walaupun mulut macam peIuru berpandu, tak pernah lagi mereka tak cukup keperluan. Semua akak aku akan pastikan terbayar tepat pada masanya.

Dia pun tak pernah kedekut bab makanan untuk family, adik ipar atau adik sendiri disayang sama rata! Mertua atau ibu bapa sendiri tak pernah ada perbandingan. Sayang sama rata. Tapi mengandung kali ni, lagi teruk alahannya, dengan uruskan bisnes, call aku menangis s4kit selalu.

Hanya harap abang ipar aku yang uruskan hal kerja rumah sebab memang tak larat tapi bila dia larat, dia tetap buat. Aku tak nak ceritakan keburukan abang ipar aku sebab kakak aku selalu pesan, jangan tengok pada keburukan dia tapi ingatlah pada kebaikan dia.

Manusia tak sempurna, cuma satu aku nak cakap, sebagai imam dalam keluarga, jadilah sebetul – betul imam dan tunjukkan contoh yang baik. Suami cerminan seorang isteri. Buat keputvsan sendiri, sebab baik buruk pon seorang suami, hanya isteri yang tahu lebih dari segalanya.. ingat setiap kebaikan bukan keburukan.

Bulan pertama abang ipar aku pergi, siang malam kakak aku menangis, dengan anak sulung yang selalu demam mungkin sebab rindu bapanya. Anak yang sentiasa berkepit dengan bapanya tiba – tiba hilang. Hampir kehilangan bayi dalam kandungannya sebab terlalu str3ss.

Dari banyak cakap berubah jadi pendiam. Sana sini kami cuba kembalikan semangat dia, duit simpanan m4kin susut. Tapi tak pernah sesen pon dia minta pertolongan dari keluarga. Suatu hari dia bangkit dari tidur. Dia cuba kuat demi anak, dia cuba bisnes dia di kampung tapi di kampung, jauh beza dengan bandar tapi dia cuba walaupun beberapa kali tersungkur.

Dia jual ais krim tengah panas depan sekolah, aku teman kakak aku. Aku selalu renungkan dan perhatikan dia, kuatnya seorang ibu! Ketika kandungan masih lemah, tetap gagah menjual di tengah panas. Kadang – kadang habis, kadang – kadang tak habis, bantuan dari kawan – kawan dia hadiahkan itu ini buat aku kagum.

Tak ada satu pon kawan – kawan yang tinggalkan dia ketika susah! Walaupun semua jauh tapi mereka tetap menolong dan memberi semangat tapi tak lama, alahan yang on off, kakak aku terp4ksa berhenti jual ais krim atas desakan ibu bapa aku.

Kami risau kandungannya tapi satu sahaja aku terkilan ketika menolong dia jual ais krim, boleh orang merisik dia. Bukan seorang ya. Aku yang single mingle ni tak ada pula tanya tapi kakak aku tak segan, dia beritahu semua orang yang dia dah kahwin.

Satu yang aku kagum, kakak aku sangat pandai bawa status sebagai isteri! Tak pernah curang walau sekali! Kakak aku m4kin berubah, tak se laser dulu, tetap menanti suami balik walaupun dih1na oleh ahli keluarga sana, dia tetap butakan mata, pekakkan telinga.

Dia tetap tunggu dan tunggu, dari perut tak nampak hingga dah menanti hari. Allah itu Maha Kaya, bisnes kakak aku m4kin okay. Cukuplah untuk bayar kereta dan keperluan anak – anak. Beli baju baru? Tak ada. Beli keperluan sendiri? Tak ada.. cukuplah untuk anak – anak.

Betapa strunggIe nya aku tengok dia kerja, langsung tak ada rehat, ada hari hampir pitam. Kami hanya bantu menjaga anaknya sebab dari segi duit, dia tak bagi. Selagi ada kudrat, dia akan jaga anak – anaknya.. nafkah? Tak pernah dapat satu sen pon dari pihak sana tapi kakak aku redha walaupun dia tahu je apa aktiviti suami, income semua.

Ada penyampai berita dari sana yang setia melaporkan segalanya. Tapi bila tanya, dia akan kata, biarlah suami dia merasa senang. Dia dan anak – anak dah banyak susahkan dan dia takkan menyusahkan lagi. Biarlah dia tunggu dan terus tunggu sebab dia ada sebab kenapa untuk terus tunggu. Jangan tanya sebab aku pon tak tahu sebabnya.

Cuma kebelakangan ni, aku agak risau dengan keadaan dia, dia kerja tanpa henti, kaki mulai bengk4k, jalan pon kadang terhuyung hayang. Bila suruh stop dan rehat, dia tahu anak dalam perut dia kuat kalau dia tak kerja nanti, macam mana dengan masa depan anak – anak kalau dia tak ada.

Dia buat surat wasi4t, buat perjanjian penjagaan anak – anak kalau dia tak ada. Sampailah aku dengar beberapa kali dia berdoa, kadang – kadang cakap dengan anak sulung atau baby, kalau dia tak ada nanti, kena macam ni, macam tu.

Macam – macam yang dia pesan sambil dia peIuk anak dia sambil menangis. Aku  terbaca diari dia, dia terlalu rindukan suami dia. Dia sangat berharap agar suami dia balik sebelum dia bersalin sebab dia kata, dia tahu Allah akan ambil dia.

Hampir setiap malam mengigau panggil suami dia. Aku tahu sebab aku tidur teman dia dan anak – anak. Allah itu Maha Mengasihani. Tak pernah walau satu malam pon dia tak mimpikan suami dia, semua dalam keadaan gembira.

Kepada abang ipar aku, baliklah.. Lupakanlah segala keburukan, ingatlah hanya kebaikan. Manusia boleh berubah. Andai tak sayangkan kakak aku, baliklah demi anak – anak. Siapa nak azankan anak kedua ni? Balik lah sebelum terlambat.

Aku harap korang dapat doakan kakak dan abang iparku kembali bersama sebelum baby kedua lahir. Mungkin berkat doa korang, mereka akan kembali bahagia. Kepada yang mereka yang tengah berg4duh, ingatlah setiap kenangan manis dan kebaikan pasangan.

Ingatlah peng0rbanan seorang isteri yang melahirkan zuriat korang. Melahirkan bukan semudah 1, 2, 3.. antara hidup dan m4ti. Sebagai suami, jadilah imam sebaiknya. Jaga solat kerana itu bukan sahaja tiang agama tapi tiang rumahtangga. Terima kasih. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Naazhira Nazri : Nak merajuk ke apa. Nafkah jangan buat – buat lupa yeaaaa.. haihhh.. senangnya hidup. Merajuk angkat kaki, bawak diri, anak bini biar macrm tu je. Seriously, tak boleh terima jenis laki macam ni. Kalau kata, memang dah takde hati dengan bini pun, cari la penyelesaian, jangan la biar macam gitu je. Ishkk geramnya.

Dah jadi suami dan bapak orang dah, tapi per4ngai ntah apa – apa je. Kalau betul sayang anak, fikirkanlah anak tu. Isteri pun tengah mengandung. Faham – fahamlah orang mengandung ni, dengan alahan, dengan mengidam, dengan s4kit itu ini, boleh pulak laki diaaaaa blah cam gitu.

Apepun, semoga keluarga confessor, sentiasa beri sokongan mentaI dan fizikaI kepada kakak, supaya kakak kuat hadapi ujian ini. Sedihnya lahaiii.

Amalina Musa : Sedihnya… Kesian kat anak – anak. Keras sangat ke hati abang ipar tu sampai abaikan semua tanpa toleh belakang langunsg. Moga – moga Allah buka pintu hati dia untuk kembali bersama keluarga.. Esok – esok jangan dah tua, tiba – tiba ngaku anak. Pastu anak taknak beIa, kata anak derh4ka.

Nancy Dolly Juence : Saya doakan semoga hubungan kakak dengan abang ipar sis berbaik semula. Semoga kandungan kakak sis sehat dan selamat bersalin. Harap suami akak sis terbaca luahan sis dan terbuka hati untuk kembali jangan sampai myesal. Macam yang sis cakap akak sis dapat merasa yang masa dia akan sampai mungkin masa dia bersalin nanti. Plzzz la tolong kembali buat anak kamu.

Salwa Syed Omar : Tinggalkan anak dan isteri tanpa nafkah tanpa khabar berita dah lebih dari 4 bulan isteri dah boleh report kat pejabat agama. Suami? Kalau tak nak lepaskan cara baik dari tanggung d0sa. Senang betul jadi suami, tinggal je tanpa peduli anak bini bila s4kit hati.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.