Gaji 5k tak cukup, mama nak aku dapat gaji 10k. Sekali dia jumpa boss sampai aku kena buang kerja

Aku sebenarnya tak kuat nak tinggalkan Mama sorang – sorang sebab aku je Mama ada. Tapi kenapa Mama buat macam ni? Hari ni aku dah tak tahan dah sebab Mama meraung duit tak ada. Aku geram sangat, aku suruh dia kerja dekat Aeon Big.

#Foto sekadar hiasan. Aku dah tah tahan! Aku perIukan nasihat. Aku habis belajar dua tahun yang lepas, Alhamdulillah dapat first class. Lepas grad, aku menganggur kejap dan ditawarkan bekerja dengan gaji lebih dari RM 5000.

Mama tak suka kerja aku, sebab aku kerja tak normal macam orang lain. Hujung minggu selalu kena bekerja, selalu balik lewat malam. Tapi aku suka dengan kerja aku sebab aku dapat travel, pergi ke luar negara. Memang aku akui kerja aku penat, tapi bukan senang dapat peluang yang macam ni.

Sepatutnya Mama bersyukur aku dapat kerja dengan gaji besar, dan inilah kehidupan yang aku nak. Tapi Mama tak suka, bagi Mama kalau dia tak suka, dia tak akan suka sampai bila – bila. Mula – mula aku dapat pergi ke satu negara ni, yang agak kontroversi, mama tak izinkan aku pergi.

Sampai kawan pejabat pelik kenapa aku tak pergi. Aku akur dengan mama. Alhamdulillah dekat negara lain Mama lepaskan pergi. Aku pon gembira cerita dekat Mama aku akan dapat pergi ke Europe, sebelum ni aku pergi negara dekat Asia je.

Aku ingatkan Mama benci kerja aku hanya setakat cakap benci je. Tak tergamak bila ingat balik Mama sanggup jumpa majikan aku, sampai aku digugurkan dekat semua projek dan tak lagi dapat ke luar negara. Dan lepas beberapa bulan atas tekanan majikan, aku terp4ksa berhenti.

Mama memang orangnya begini. Dari aku sekolah, kalau dia tak suka aku berkawan, Mama akan ser4ng orang tu dan termasuk cikgu. Aku ingatkan Mama sayang aku dan gembira bila aku dapat kerja, bukan senang dan calang – calang pekerjaan aku dapat.

Tapi Mama sanggup mengani4ya sebab Mama nak aku jadi cikgu. Perempuan katanya kena duduk mengajar. Dia benci kerja aku sebab kena pergi ke luar negara dan sebok sedangkan aku happy. Aku bekerja dengan syarik4t antarabangsa.

Bukan MLM, bukan pekerjaan h4ram. Pekerjaan aku buat adalah pekerjaan yang elok. Aku tak sangka Mama sampai hati ani4ya aku sampai aku tak ada kerja dan jadi penganggur. Aku pon pergiIah interview untuk jadi cikgu, dapat tawaran gaji dalam RM 1k lebih je untuk jadi cikgu tadika.

Tapi masalahnya dengan gaji aku yang dulu pon cukup – cukup nak bayar hutang Mama. Mama ada commitment hutang lebih kurang RM 1500 sebulan. Dan memandangkan aku anak tunggal, Mama plak ibu tunggal dan Mama dah berhenti kerja, hutang – hutang tu aku yang terp4ksa bayar.

Aku dah menganggur dekat setengah tahun, dan hutang Mama mula tertunggak. Kami dah tak ada duit sesen pon. Duit simpanan semua habis untuk cover perbelanjaan sementara menganggur ni. Malah dah negative sebab terp4ksa berhutang.

Sekarang hari – hari Mama nangis sebab tak ada duit. Tapi waktu aku ada kerja kenapa sampai sanggup ani4ya anak sendiri? Tak gembira ke anak sendiri berjaya? Tapi Mama memang macam ni. Bagi Mama dia je betul, semua orang salah.

Bukan je dengan aku, dengan semua orang. Semua orang lah tak betul. Aku bukan saja – saja berhenti kerja. Tapi Boss aku terk3jutlah dengan tindakan Mama tu sampai aku kena gugur semua project. Pergi kerja pon boss tak percaya apa – apa dah.

Akhirnya aku terp4ksa berhenti sebab Boss kata aku macam tak bergunalah sebab aku dah tak handle apa – apa project lagi. Dorang memang harap aku berhenti lah lepas kes Mama pergi jumpa Boss aku. Tapi aku buat tak reti bila aku kena gugur dari project.

Tapi dorang nak aku berhenti sendiri lah, sukarela.. Mama tak suka kerja aku, dia kata tak berbaloi aku ke hulu ke hilir macamni tapi dapat 5000 je. Patutnya dapat 10,000 atau sekurang – kurangnya 8 000. Sedangkan sepupu – sepupu aku yang kerja lagi lama pon ada je yang gaji 1000 lebih.

Aku dapat 5000 lebih pon sebab syarik4t aku syarik4t International dan peruntukkan Syarik4t adalah dalam bentuk USD. Aku baru je grad kiranya memang aku bernasib baik lah. Kiranya dengan fresh grad gaji aku lebih kurang dalam USD 1400++ lebih je.

Lepas tolak KWSP gaji aku dalam 5000 sharp. Setiap bulan aku cuma ambil 800 – 1200 je. Yang lain – lain semua aku bagi Mama untuk bayar hutang, simpan dan sebagainya. Selalu aku ambil dalam RM 800 je. Jarang sangat lebih dari tu.

Sebab 800 tu cukup untuk duit pergi balik kerja, makan minum, untuk shopping sikit – sikit. Sebab tu aku tak faham kenapa Mama tak happy sedangkan aku dah sedaya upaya bahagiakan Mama. Sekarang aku dah menganggur dekat setengah tahun.

Gaji yang ditawarkan pon tak sebanyak gaji sebelum ni. Kerja aku memang teruk dulu tapi aku seronok. Biasalah kalau nak kerja gaji banyak, setimpal la dengan kerjanya. Tapi Mama tak faham. Sekarang ni aku bercadang nak keluar dari rumah.

Jauh dari Mama dan mungkin bagi Mama duit bulanan dan jumpa kadang – kadang je. Sebab aku tahu apa je aku buat, Mama tak akan suka. Aku tahu ramai mak yang macam Mama. Dari confession yang aku baca. Tapi mak – mak orang lain mungkin lah setakat cakap, marah atau paling teruk m4ki je.

Mama sampai jumpa boss aku. Sampai aku kena gugur dekat semua project!!! Apa yang dia fikir bila dia buat macam tu? Aku rasa Mama fikir simple. Bila aku tak kerja situ, aku boleh kerja dekat tempat lain. Tapi market Malaysia kan? Berapa lah sangat gajinya

Kalau aku kerja sebagai cikgu tadika tu pon, cukup – cukup nak bayar hutang Mama, bil dekat rumah, duit makan semua nak bayar dengan apa? Aku sebenarnya tak kuat nak tinggalkan Mama sorang – sorang sebab aku je Mama ada.

Tapi kenapa Mama buat macam ni? Hari ni aku dah tak tahan dah sebab Mama meraung duit tak ada. Tapi kenapa dia buat sampai aku kena berhenti kerja. Mungkin Mama fikir aku grad kelas pertama, aku senang masuk gov.

Tapi sekarang ni pon katanya gov tak ada bajet nak ambil staff. Hari tu aku shortlisted untuk satu kerja ni. Gaji dalam RM6k. Sebelum dapat Mama asyik menyump4h je tak dapat. Kan tak dapat betul. Dia tak suka sebab industri aku kerja ni banyak lelaki.

Aku macam sedih la. Patut doa lah anak tu dapat. Masalah Mama dia dah ada plan dia. Semua benda kena macam apa yang dia inginkan. Selain dari tu walau berjaya macamana pon dia tak gembira. Waktu aku interview cikgu tadika tu, aku dapat offer RM 1k lebih je.

Aku ingat Mama tak happy lah sebab hutang dia je RM 1.5k. Bill je dalam RM 300. Nak hidup macamana? Tapi Mama suka. Aku baru je dapat offer tu this week. Kalau aku setuju, aku dapat masuk bulan 10. Tapi aku ada cita – cita sendiri. Aku bukanlah nak jadi cikgu.

Pernah aku geram sangat, aku suruh dia kerja dekat Aeon Big. Dia kata dekat aku, Mama dah tua tak larat, lupa nak bagitahu umur mama dalam 60-an. Tahu pon dah tua dan tak larat. Tapi kenapa benci sangat kerja aku.

Mama bukan je benci kerja aku. Semua benda Mama nak ikut cakap dia. Orang lain anak tunggal ditatang penuh kan? Mama pulak rasanya terbalik kot..= Dari aku kecil Mama control semua benda. Aku fikir mungkin Mama sayang sebab aku sorang je yang dia ada. Tapi adakah sampai tahap macam ni?

Mama ni negative yang sangat – sangat negative. Kalau aku cerita nanti kata mengutuk mak sendiri. Aku cuba elakkan tapi bukan lah aku je orang yang dia ani4ya. Baru – baru ni ada Majlis Kahwin sed4ra kami. Mama tak suka mereka dan langsung tak bantu apa pon.

Tapi sebelum majlis, asyik – asyik call, itu tak betul, ini tak betul. Bila majlis, mama pura – pura sebok ke hulu ke hilir tolong. Padahal mama tahu complain je. Habis je majlis, makanan banyak lebih, Mama buang dalam tong sampah.

Padahal makanan tu boleh bungkus bagi orang bawa balik. Mama selalu bungkuskan untuk orang makanan. Dan Mama selalu kata makanan tak boleh membazir, tapi Mama buang makanan selambak dan kata tu lah kamu semua tak betul.

Mama sanggup buang makanan. Puncanya beberapa bulan sebelum tu, dalam group whatsapp, mama kena tegur sebab mesej yang orang suka forward ni. Patut habis kat situ je la. Hari tu ada sed4ra aku meninggaI. Dia tak ada anak, bila dah tua hidup sebatang kara.

Bayangkan, orang dah meninggaI, Mama boleh kutuk – kutuk. Macam – macam yang dia kutuk sedangkan orang tu dah tak ada. Saat tu aku fikir, Mama ni kenapa macam ni? Sampai orang meninggaI pon dia kutuk – kutuk lagi.

Mama kalau dia benci ada je tak kena. Masalahnya dalam hidup Mama semua benda tak kena. Bukan je dekat aku, dekat sed4ra mara, berper4ng adik beradik sampai bertahun – tahun. Mama suka kutuk orang tapi kalau orang tegur sikit je, dia sampai baIas – baIas. Aku ada fikir nak kerja jauh. Sekarang aku apply kerja jauh – jauh. Sebab aku tak nak duduk dengan Mama lagi.

Komen Warganet :

Illyana : Ya Allah.. tak sangka ade orang macam mama kau. Bertabahlah kau. Semoga dipermudahkan segala urusan. Nampak macam mama kau em0si kurang stabil. Kena pergi kaunseling. Take charge of ur life. Jangan hidup sia – sia bawah bayangan mak kau. Banyakkan berdoa supaya mama kau berubah and come to her senses.

Rafidah : U ni baik lah TT. Mak u patut syukur dapat anak macam u. Aku harap kau dapat kerja yang lebih baik. Dan yes, aku setuju kau kena duduk jauh dengan mama kau. Apa – apa pun make sure everyday u doakan ur mom berubah tau. Sedih pulak aku sebab korang 2 beranak ajer. Be strong and stand up for yourself ok dear. All the best.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.