
Awal PKP hari tu suami terjebak dengan konvoi motor tapi dia bawak anak kami umur 12 tahun. Aku percayakan suami sampailah aku baca komen di facebook kenenkan suami dengan janda. Satu hari suami cakap dia nak carikan ‘pembantu’ untuk jaga mak mertua di kampung iaitu isteri baru untuk jaga mertua..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku berumur 37 tahun dan suami pun sebaya. Kami berkawan dari tingkatan 3. Dah berkahwin selama 13 tahun. Jadi hubungan kami ni dah terlalu lama dan kenal per4ngai masing – masing.
Kami mempunyai 3 org anak. Dari susah senang dan kami memiliki aset bersama – sama. Susah senang dah lalui bersama – sama. Sama – sama kerja sebagai penjawat awam. Hidup tidak mewah sangat tapi segalanya mencukupi. Suami seorang guru, aku pon bergaji tetap.
Selama berkahwin, segalanya berkongsi, bukan duit semata – mata dari suami. Aku banyak membantu dari segi kewangan untuk melengkapkan keperluan keluarga kami. Bohonglah sepanjang perkahwinan, kami tidak diuji. G4duh – g4duh biasalah, adat dalam berumahtangga.
Di musim PKP ni aku diuji dengan ujian yang semua orang perempuan berat untuk terima. Tapi aku redha, mungkin hikmah Allah nak beri untuk aku muhasabah diri. Awal tahun suami terjebak dengan ride motorsikal. Aku izinkan dia ikut kumpulan konvoi motor kerana aku terlalu percayakan yang suami aku seorang yang setia dan tidak akan buat perkara bukan – bukan belakang aku.
Suami ride pon bawak anak kami yang berumur 12 tahun bersama – samanya. Jadi memang aku tidak akan syak apa – apa, tapi hakik4tnya bukan begitu. Suami berlaku curang belakang aku kerana dia sempat berkenalan dengan janda anak 2 dalam kumpulan ride motor tu.
Perkara ni aku tahu sikit – sikit, apabila kawan – kawannya komen di Facebook usik – usik pasal jumpe ‘isteri’ baru. Pada mulanya suami menafikan cakap kawan – kawan hanya mengusik, jadi aku tenang semula. Rupa – rupanya masa ride tu suami boncengan motor bersama janda tu.
Kawan – kawan perempuan yang sama – sama ride galakkan mereka naik motor bersama. Anak aku disuruh bonceng motor orang lain. Kawan – kawan ride semua bagi sokongan. Perkara ini terb0ngkar apabila pada hari lahir aku suami menyatakan hasrat untuk mencari pembantu untuk menjaga ibunya di kampung sebab ibunya takut bila sorang – sorang di rumah.
Jadi suami nak cari peneman kononnya untuk menjaga ibunya. Aku ingatkan pembantu yang boleh datang balik hari, tetapi rupanya isteri baru untuk dirinya. Sambil menyelam sambil minum air la ni!! Sungguh h4ncur hati aku apabila suami menyatakan sebab untuk beristeri baru tu.
Sambil memberitahu akan kekurangan diri aku, kiranya kehadiran janda tu untuk melengkapkan kekurangan aku. Allahu akbar!! Sungguh aku kecewa. Selama mana kami berkahwin, aku terima segala keburukan suami tanpa mengaibkan suami pon.
Aku bersabar dengan sikap panas barannya, sikap suka m4ki hamunnya. Dia berkenalan dengan janda tu pon tidak sampai sebulan, baru beberapa hari tetapi sanggup buat keputvsan sebegini rupa. Suami cakap janda tu hidup susah, duduk kampung bercerai dengan suaminya sebab ex suaminya isap ice.
Suami nak bantu.. Allahhhh.. Aku tak kuat, suami suruh aku meminang janda tu untuk dirinya. Aku tak sekuat itu. Aku sangkakan cinta dan sayang suami aku hanya untuk aku dan anak – anak tapi tidak. Allah benar menguji aku! Aku redha.
Ujian tidak berakhir di situ, janda tersebut berani mesej aku mintak izin untuk dia berkahwin dengan suami atas alasan untuk menjaga syurga suami aku. Takdirnya mereka bertemu dan saling jatuh cinta atas aturan Allah, sangat manis kata – kata dia.
Konon nak cari pahala menjaga orang tua dan dia tidak mahu tuntut apa – apa dari suami dan aku. Aku cakap takkan la dia mahu nafkah, makan minum zahir batin semua. Macam aku b0doh pulak dibuatnya tidak boleh berfikir pasal nafkah.
Dia tidak tahu yang suami dan mak mertua aku sangat kedekut dan berkira – kira dalam beli makan dan barang – barang. Susah untuk suami belanja aku dan anak makan yang sedap – sedap kalau keluar berjalan mana pon selama ni, aku yang belanja makan.
Bukan nak mengungkit, tapi hakik4t yang suami sangatlah kedekut orangnya. Sungguh ayat – ayat manis dari seorang janda yang nak sangat suami aku sebab suami aku bekerjaya. Cuba kalau suami aku tak ada kerja yang bagus, mahu ke dia yang bini no 2?
Semata – mata nak jaga mak mertua aku pulak tu. Janda tu tak kenal lagi per4ngai sebenar suami aku. Kalau dia berada tempat aku sekarang, sump4hh dia menyesal. Allah.. sungguh singkat fikirkan suami aku. Dia nak bertindak macam tu kerana terlalu ikutkan perasaan, nafsu semata – mata.
Dia ambil kesempatan atas kebaikan aku sebab aku menerima kesalahan dia yang dulu. Menjadikan dia yakin aku boleh terima lagi. Janda anak 2 tu cakap bukan – bukan pasal aku. Dia cakap suami dah sediakan segalanya kat rumah aku semua ada, apa lagi yang tak cukup.
Allah.. duit aku pon berhabis untuk kumpul aset bersama, sedap mulut dia nak s4kitkan hati aku. Suami aku ada sikap suka buruk – burukkan isteri pada orang yang baru dia kenal. Nak meraih simpati janda tu untuk berkahwin dengan dia, sanggup burukkan aku.
Allah!! Aku benar – benar diuji. Aku suruh pilih sama ada suami nak aku atau janda tu, tapi suami nak dua – dua. Sungguh tamak! Janda tu ugvt aku untuk menjaga hati suami aku. Kalau aku tidak berubah, (balik duduk rumah emak suami) dia tidak teragak – agak untuk kahwin dengan suami aku. (Panjang cerita sebenarnya dalam masalah menjaga mak mertua yg tinggal sorang – sorang ni) Allah.
Walaupon hubungan kami suami isteri bermasalah, bukan hak janda tu untuk datang dalam hidup kami untuk selesaikan, bukan ini caranya. Aku beraIah, suami akui dia tersilap. Dia tidak patut buat macam ni. Dia cakap aku sangat baik sebab aku tidak pernah tinggikan suara pada suami.
Walaupun dia m4ki aku, aku hanya mampu menangis je. Lepas tu hubungan kami baik semula, dia pon tak sanggup kalau beristeri 2. Besar tanggungjawab, nak pelihara anak – anak tiri lagi. Akhirnya kami berpindah ke rumah mak suami aku.
Rumah kami tidak dijual, jadi tempat persinggahan kami. Aku sanggup berulang alik tiap hari dan menguruskan anak – anak aku sekolah. Aku nak jadi seorang isteri yang terbaik untuk suami, menjaga ibunya. Aku cakap mak kena tunggu sampai aku balik kerja.
Aku suruh jiran mak tengok – tengokkan emak sementara aku sampai rumah. Aku buat apa yang suami nak, takpe aku berk0rban. Walaupon perasaan aku sangat h4ncur. Duit aku habis untuk beli macam – macam kat rumah mertua.
Takpe pahala aku kejar jugak. Setelah melihat hubungan kami suami isteri sem4kin baik, akhirnya janda tu mengundurkan diri. Dia jeles dengan apa yang aku ada dan dapat dari suami. Kalau dia jadi madu aku, macam mana la dia nak kawal rasa cemburunya melihat aku memiliki segalanya.
Janda tu katanya dah takde apa – apa tapi aku sentiasa berhati – hati sebab tr4umanya dan f0bia tu sangat terkesan di hati. Aku sangat takut berbuat salah sebab suami aku akan bertindak mencari perempuan lain dari mencari Allah kalau kami ada masalah.
Hikmah PKP ni, ride pon takde, suami berjanji akan bawak aku ke mana saja suami ride lepas ni sebab janda tu ada dalam kumpulan ride tuuu. Aku sentiasa berdoa suami pencen terus dari ikut ride. Rasa nak g4ntung motor tu, motor tu atas nama aku. Doakan aku kawan – kawan. Dunia tempat ujian.
Komen Warganet :
Yaya Chantik : Hmmm sampai takut nak buat salah sebab takut kena tinggal dengan suami, lama – lama mentaI camni hidup dalam ketakutan ditinggalkan suami. Awak kan bekerjaya, patut jual mahal la dengan laki macam ni.
Nak takot apa sis. Malu? Sekejap je malu, kang awak jadi janda, meleleh air liuq duda tu tengok awk melaram, jadi janda meIetop. Awak ugvt la dia camtu lak. Cakap camni, kalau abang nak kawen lagi satu, bagi i jadi janda dulu. I pon nak kejar laki lain. Mana tau dapat anak dato ka, dapat mat salleh ka. Haa giteew
Heryta Hery : Kadang – kadang mertua juga menyumbang kepada kucar kacir rumahtangga anak – anak sampai ada yang bercerai berai, cuba mertua offer diri nak duduk rumah orang tua – tua tak ada lah nak susahkan anak menantu.
Yang si suami pon kalau dah kedekut, tak boleh nak senangkan isteri janganlah tambah susahkan dia lagi. Dah la gatal pastu pura – pura nak jadi anak mithali pulak.
Nurul Hazwani Zakaria : Kalau saya sori, motor tu aku jual dulu. Kalau saya ler biar g4duh besar, asal apa semua kat d4da ni terluah. Baru dia tahu. Dia apa pun tak tolong jalankan tanggungjawab. Anda sayangkan hubungan yang dari tingkatan 3 dibina.
Saya siap tengok dekat mahkamah makcik pakcik tu berpuluh tahun bersama, siap dah tak boleh jalan dah makcik tu. Pegang kerusi mahkamah, diceraikan laki dia. Sikit toleh pun tak pakcik tu. Apa lagi nak tolong. Jadi fikir sendiri.
Berk0rban duit tu berpada – pada. Fikir tentang anak – anak, kelak nak belajar kena pakai duit. Bukannya perabiskan duit untuk jaga hati orang yang tak pandai dan hargai. Apa – apa pun laki anda yang rugi tak hargai anda. Anda terlalu baik.
Dee Ya : MasyaAllah, kenapa la masih bertahan dengan suami macam ni. Elok sedekah suami tu kat perempuan lain lah. Awak tak letih ke jaga suami, anak – anak dan mertua lagi. Tugas jaga mak mertua tu tugas suami, bukan awak.
Duit gaji awak tu bukan untuk beli barang – barang rumah mertua. Ni awak yang berhabis duit sebab tu la suami awak banyak duit dan boleh join ride. Lepas ni duit awak semua awak simpan, baru la suami tak ada duit untuk pergi ride.
Keperluan anak – anak, dia dan mak dia, awak jangan tolong keluarkan duit. Biar suami awak urus, baru la suami tak ada masa untuk ride, tak ada duit untuk ride.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.