Janda suami aku saja mengendeng kat suami aku, bila aku marah dia pergi buat rep0rt p0lis

Aku pendam per4ngai bekas isteri suami aku. Dia suka la minta duit kat suami aku, konon lepas bercerai hidup susah tapi anak – anak semua kami yang jaga. Ada suatu hari kant0i dia wassap suami aku siap bahasakan diri ‘ibu abah’. Aku naik h4ntu sampai dia report polis. Sampai kat balai, si janda tu yang kena basuh dengan polis..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku nak mintak pendapat pembaca dalam ni. Aku janda anak satu, umur aku 20-an masa aku kahwin dengan suami baru. Keluarga aku yang kahwinkan aku dengan duda 20 tahun lebih tua dari aku.

Aku memang langsung tak kenal dia, background dia pun aku tak peduli sebab aku memang tak nak ambik kisah pasal dia masa tu. Dah keluarga aku suka, jadiĀ  aku terima. Awal tu memang aku tolak la tapi apa boleh buat dah mak bapak aku dah p4ksa – p4ksa suruh kahwin.

Masa awal – awal aku memang tak tahu dia ada anak 4 orang dan dia dengan ex wife dia cerai hidup. Masa bertunang baru aku tau dia cerai sebab ex wife dia curang tido denganĀ  jantan lain, bukan sorang tapi ramai. Siap tak balik rumah dan tak mengaku salah sendiri dan burukkan suami aku macam – macam dekat family.

Dorang cerai 3 tahun, baru suami aku kahwin dengan aku, aku pun sama dah cerai dengan bekas suami aku 3 tahun sebab dia t4ik d4dah, pukuI – pukuI aku. Lepas majlis aku ada terbaca mesej kat fon suami aku, ex wife dia mintak 1500 dan suami aku bagi, aku dah menyirap masa tu, alasan sebab lepas cerai dia hidup susah, jadi suami aku kesian.

Bermula lah dari situ memang sepanjang masa ex wife dia akan mintak duit, alasan nak bayar kereta, nak beli baju raya dan macam – macam lagi. Bagi aku memang tak patut pun dia mintak duit dekat suami aku sebab dorang dah tak ada ik4tan dan anak – anak tak duduk dengan dia.

Anak – anak semua tinggal dengan kami jadi kejadah apa dia mintak duit untuk tembolok sendiri sedangkan aku bayar kereta aku guna duit gaji aku tapi dia sedap – sedap duduk goyang kaki guna duit laki aku nak bayar hutang – hutang dia. Tak guna betul la betina mcm ni.

Anak – anak dia pulak memang kurang ajar dengan aku. Masa awal – awal kahwin aku menangis tiap hari. Aku bekerja, balik kerja malam kena masak, cuci baju, angkat jemuran, cuci mangkuk pinggan yang dorang makan masa siang sedangkan anak dia dah belasan tahun masa tu dah boleh diharap setakat masak simple – simple dan tolong cuci baju guna mesin autom4tik, memang kuat membuIi kuIikan aku.

Jangan anggap aku tahan je ya. Dah berkali – kali aku lari angkat kain baju sampai bertahun tak balik rumah suami aku tapi aku mengalah bila mak ayah aku pujuk. Suami aku jenis tak mahu g4duh – g4duh kalau ada masaalah memang akan diam dan biar sampai masalah tu hilang sendiri.

Sejenis dayus pun ye gak kalau tidak takkan sampai ex bini makan luar pun orang keliling bercerita jumpa ex bini dengan jantan sampai ke cameron highlands dia tak peduli. Bila ex bini dah kant0i terus cakap dia bz tak sempat nak pantau kegiatan ex bini kt luar.

Serius la aku letih dengan family mereng mcm ni. Ex bini sebelum kami kahwin memang tak peduli pasal anak – anak dorang, sampai anak dia yang bongsu tu demam panas lepas dorang cerai, h4ram dia tak peduli sebab tengah m4buk cinta dengan jantan.

Kalau nak ambik anak, dia akan suruh anak – anak dia jalan kaki tunggu seberang jalan besar sebab tak mau ambil depan rumah. Tapi lepas kami kahwin dia terus tunggu anak – anak depan pagar rumah siap hon – hon mentaI punya mak janda gatai.

Dalam fb jangan cerita la siap up post suami dia dir4mpas, bini baru jahat guna b0moh. Up posting dia ja yang baik mak tiri baru jahat. 7 tahun berkahwin aku memang dah kentaI habis, ada anak sorang perempuan 5 tahun.

Setiap kali ex bini dia nak himpit memang akan aku c4ntas siap – siap. Dia wasap suami aku, memang aku akan baIas dengan m4kian kaw – kaw. Habis adik beradik dia aku ngadu perbuatan dia. Mak si janda memang sayang sungguh kat suami aku sampai sekarang tak boleh terima kenyataan suami aku tu bukan suami anak dia dah.

Siap mintak tolong abang suami aku carikan b0moh supaya suami aku ni balik ke anak dia. Apa ke giIa orang tua ni. Setiap hari akan call suami aku tanya khabar dengan aku dia tak bercakap. Setiap kali kenduri kend4ra rumah dia, akan jemput suami aku tapi tak jemput aku.

Jadi suami aku yang muka tembok akan pegi tanpa bawak aku dan anak – anak. Memang aku hamun bab ni tapi apalah makna bila yang dihamun tu persis dinding pokok dan tembok. Aku makan hati dalam diam bukan sebab cemburu tapi siyes la aku rasa benda ni tak betul.

Aku tak buat salah apa – apa, bukan aku yang r4mpas menantu dia pun, dia nak benci aku kenapa lah. Apa – apa masaalah yang tak dak kaitan pun dengan suami aku dia akan call dan mengadu padahal anak – anak dia bersepah.

Bekas mertua aku tak pernah jemput aku kenduri rumah dorang, apa – apa majlis cuma ambil anak aku sahaja sebab dorang tak mahu ada masalah dengan suami aku ni. Nampak tak macam mana cara orang yang berakal berfikir.

Keluarga ex bini laki aku ni tak tahu lah otak letak mana, tak paham – paham ke bekas menantu dorang ni dah ada life baru kenapa nak diganggu lagi. Dorang tak boleh nak pikir ke benda – benda macam ni boleh timbulkan masalah dalam rumahtangga kami.

Bulan 6 hari tu memang aku berc4kar teruk dengan ex wife dia sebab dia berwasap dengan suami aku takdak sebab munasabah siap bahasakan diri ibu abah. Memang aku naik h4ntu, aku hamun suami aku, aku hamun ex bini dia kaw – kaw.

Si janda buat report polis siap anak – anak pert4hankan dia. Aku ke balai memang aku cerita semua kat polis sana apa yang dah jadi sepanjang kami kahwin ni. Teruk dia kena b4sh dengan polis tu, dah cerai nak ganggu lagi rumahtangga orang.

Aku tak puas hati lagi kalau dia nak berc4kar lagi memang aku ons je ni. Sekarang baru aku faham kenapa dia nak menghimpit suami aku, siap ngaku rumah yang suami aku beli ni rumah dia jugak sebab tahun depan suami aku dah pencen.

Dah nampak nak menghimpit sebab duit saguhati banyak. Ewahh ewahhhhh! Aku terpikir sampai bila nak bertahan dengan keadaan macam ni, tiap hari rasa marah, tiap hari pendam rasa. Aku tau pendapat pemes acik bawang dalam ni 99.9 persen adalah sila cerai.

YA, tiap kali aku baca tentang bab rumahtangga tu ja pendapat paling laju tapi tolong lah cerai bukan satu – satu jalan keluar. Aku ke yang ada masalah hati nak bertolak ansur? Sebagai mak tiri aku dah jalankan tanggungjawab aku sehabis baik, bagi anak – anak dia makan secukupnya.

Sampai tahap spender dorang pun aku Iipat dan susun dalam almari. Mak dorang ada layan anak sampai macam tu? Anak – anak semua loser, yang sulung kaki d4dah, memang purse aku tak boleh letak merata habis duit aku dikebas.

Yang bongsu lelaki dah 2 tahun habis SPM tapi tak mahu kerja. Duduk dalam bilik tidur dari malam bawak ke pukuI 5 petang. Lepas makan keluar ronda naik motor tengah malam balik umah sambung main game sampai 6pagi sambung tidur sampai petang.

Suami aku h4ram tak tegur anak tu. Ketuk – ketuk pintu panggil makan. Dah la tak kerja, satu kerja rumah tak mau buat. Bilik air kalau aku tak cuci sampai berlumut memang takkan dia cuci. Dah tak mau keja tolong – tolong la angkat kain kat ampaian ke sidai baju ke cuci mangkuk pinggan yang dia sendiri makan pun tak nak.

Kau tak angin ke bila malam kita dah siap cuci kemas dapur mop semua dia sepahkan dengan serbuk megi minyak tumpah ke lantai dengan mangkuk pinggan penuh sinki dia makan tengah malam tak cuci. Dah kenyang makan masuk bilik sambung ngumpat aku dengan mak dia kat fon. Aku serabut dan buntu dah ni.

Komen Warganet :

Ummi : Tak boleh mintak perintah mahkamah supaya ex wife husband you supaya tak kacau rumahtangga u ? Saya baca pun sesak nafas dengan per4ngai ex wife, husband u and anak – anak tiri u … adui laa.

Syarifah : Minta husband buat hibah rumah tu siap – siap. nanti senang dikemudian hari tak g4duh nak berc4karan. Tambah – tambah lagi anak – anak dia dengan ex wife tu lelaki. Duit kwsp sekarang pun dah boleh bubuh penama.

Duit ASB pun dah boleh buat hibah amanah. Nanti tak g4duh nak masuk faraid dah. Lagi satu TT, kalau husband ada insuran, suruh dia check siapa dia letak penama. Ada kes husband dah bercerai berbeIas tahun, huband meninggaI tapi penama insurans nama bekas wife lama. jenuhhh la. Memang tak dapat sekupang pun duit insurans tu sebab penama adalah hak milik mutlak.

Akak Noor : Pesanan kak. Hidup kita ni bukan berebut laki semata. Ada tujuan lain Allah jadikan kita ni. Sayangi diri dan anak – anak sendiri dan hidup dengan sempurna tanpa ada gangguan. Hidup dengan tenang. Kak tak suruh h4ng bercerai tapi hidup dengan tenang.

Buang semua rasa negatif dalam diri. Rezeki h4ng tetap rezeki h4ng. Tak payah fikir nanti aku tak dapat itu ini. Nanti janda tu dapat itu ini. H4ng marah – marah pun ada ke dia berundur. Lagi dia suka h4ng jadi giIa dan jatuh s4kit. Buat tak tau je dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pada anak – anak h4ng.

Nanti laki h4ng tengok h4ng lagi teruk dari bekas janda dia. Tunjukkan diri h4ng tak sama level macam janda tu. Sebab ni baru umur 20 an belum 30 an, 40an nanti lagi teruk masa depan. Jangan takut pasal harta. Duit EPF laki jatuh ke tangan sapa – sapa. Kalau tu nanti jadi rezeki h4ng tetap h4ng akan dapat. Tu semua tuhan tentukan rezeki ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.