
Saya kahwin dengan wanita kaya sedangkan saya orang biasa je. Saya tak pernah bayangkan betapa d3ritanya berkahwin. Saya terbaca mesej isteri dengna rakan sepejabat, rupa – rupanya isteri suka ‘makan luar’. Bila saya bagitahu keluarga mertua, mereka merayu pujuk supaya maafkan isteri..
#Foto sekadar hiasan. Saya nak kongsi cerita kisah hidup saya lepas berkahwin. Saya ditakdirkan berkahwin dengan anak bangsawan yang kaya raya sedangkan saya cumalah orang kebanyakan biasa. Mula – mula berkahwin memang sukar sebab cara hidup kami betul – betul berbeza.
Saya tak nak cerita bab harta tapi nak cerita tentang per4ngai isteri saya. Saya bukanlah lelaki sempurna seperti yang keluarga dia impikan tetapi keluarga mertua melayan saya dengan sangat baik terutamanya mak mertua baik sangat.
Saya kenal isteri saya sebelum berkahwin lebih kurang 10 tahun. Sepanjang saya kenal dia, saya rasa dia bagus baik dan sesuai untuk jadi suri dan melahirkan zuriat saya. Tapi ternyata saya silap, setelah berkahwin baru saya tahu isteri saya panas baran.
Dia selalu marah, m4ki hamun dan pukuI saya. Kami dikurniakan zuriat awal selepas berkahwin. Isteri saya baik tapi kadang – kadang em0si dia tak stabil macam mentaI. Kadang – kadang saya takut sendiri. Kadang – kadang bila marah dia akan baIing semua barang pada saya.
Semua saya dah rasa dari sekecik barang sampailah sebesar barang dan pis4u pun banyak kali dia baIing ke saya. Saya sayang isteri dan anak saya. Semenjak anak lahir, saya yang uruskan anak sendiri. Pagi sebelum kerja saya akan mandikan akan siapkan dan tinggal pada pembantu.
Saya balik kerja, saya lah jaga anak sampai tidur malam pun saya yang tidurkan anak, buat susu dan segalanya sedangkan isteri cuma tidur. Isteri tak nak anak tidur dekat sebab dia tak suka terjaga malam kalau dia terjaga malam sebab anak menangis, dia akan meng4muk kalau dia tak boleh lelapkan mata balik.
Tuhan saja tahu perasaan ni. Kalau ikut hati memang saya nak cerai saja tapi tak sampai hati sebab anak masih kecik dan nak jaga air muka keluarga dia. Keluarga dia sendiri pun banyak kali mintak maaf dan mintak saya bersabar dengan anaknya.
Saya akur dan bersabar. Isteri saya tak pernah hidup susah tak pernah buat kerja rumah jadi semua dia tak tahu buat. Saya buatkan semua tapi saya penat sangat kadang – kadang. Gaji saya tak seberapa tapi perlu ikut cara hidup senang dia.
Saya tak mampu bayar pembantu rumah jadi waktu saya kerja saya akan tinggal anak di rumah mertua jadi pembantu di rumah mertua tolong saya jaga anak sampai saya balik kerja. Isteri suka mem4ksa dan suka saya ikut kehendak dia seperti kerap melancong sedangkan saya tak mampu.
Tak tahu silap di mana atau mungkin saya b0doh saya tak pernah periksa telefon isteri sebab saya percaya dengan dia. Isteri sering bandingkan saya dengan lelaki lain. Gaji saya habis licin setiap bulan semua digunakan untuk anak dan belanja rumah.
Selalunya bila dapat gaji, dah tolak semua belanja tinggal berapa ringgit saja untuk saya. Tapi saya tak pernah bagitau isteri walaupun dia kaya, saya masih bagi dia nafkah duit setiap bulan tanpa miss semampu yang boleh.
Sampailah satu hari saya terbaca whatsapp isteri dengan teman pejabatnya, rupanya isteri saya sering mengadu pada teman pejabat lelaki dia tentang masalah rumah tangga macam dia yang jadi m4ngsa. Daripada mesej yang panjang tu rupanya mereka berdua dah selalu buat hubungan terIarang atas suka sama suka.
Lelaki tu pun dah berkahwin dan ada anak. Selain lelaki tu rupanya isteri saya dah banyak melayan lelaki yang dikenali di internet dan sering berjumpa untuk puaskan nafsu. Bila saya tahu dan cakap depan – depan dia terk3jut dan mintak maaf tak akan buat lagi.
Saya ceritakan semua pada keluarga dia dan saya nekad nak bercerai. Dengan alasan anak dan dipujuk oleh keluarga dia untuk jaga aib keluarganya, saya tak ceraikan isteri dan maafkan dia buta – buta. Sampai sekarang saya tak boleh lupa apa yang isteri saya buat dan dia masih dengan per4ngai lamanya yang panas baran dan suka kuIi kan saya.
Saya doa minta Tuhan kuatkan hati saya jika dia masih j0doh saya atau hilang sayang saya pada dia supaya kami boleh berpisah. Saya tak pernah bayangkan betapa d3ritanya berkahwin. Terlalu banyak untuk diceritakan dan ini cuma sedikit ringkasan sahaja.
Bila sedih saya akan menangis sedih sendiri mengadu padaNya.. Kuatkanlah hati h4mbaMu ini.. – Suamimu (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Laneige Laneige : Simple ajer tu, jangan jadikan alasan anak masih kecik. Fikirkan keselamatan diri (silap hari bulan kena tik4m pis4u, bini panas baran). Jangkitan peny4kit keIamin (bini suka s** rambang). Maru4h diri dan keluarga.
Sementara anak baru sorang, jangan dengar kata – kata mertua, awak yang akan mer4na selamanya. Saya beri nasihat ajer, selebihnya terserah kepada diri sendiri.
Anis ‘Atikah Mohamed : Pandangan saya, encik nasihat dulu isteri bagi tempoh dia berubah. Cuba encik bertegas dengan dia. Perempuan macam tu sebab dia belum pernah rasa kena t4mpar dengan suami. Dia rasa dia hebat sangat.
Eg0 melangit. Lepas encik nasihat dia, tegur dia dan bagi anc4man “jika awk tak berubah dalam masa setahun ni, kita cerai”. Kalau isteri encik betul – betul sayang dan care pasal encik dia akan berubah dan sedar diri. Jika tidak, better tinggalkan.
Dalam Islam isteri encik tu dah status nusyuz. Jika encik boleh bawa bukti ke mahkamah dan mahkamah jatuh nusyuz, anak tu encik yang dapat. Isteri takkan dapat tuntut satu sen pun daripada encik. You can walk freely. Nothing to worry. Wallahualam. All the best in life, bro.
Alaia Amanina : Pengajaran kat sini, pilih lah yang sekufu. Kena cermin kemampuan diri macam mana. Dah tak mampu, tapi masih nak ambil anak bangsawan jadi isteri. Jadinya isteri tu kerjanya membandingkan diri tu dengan lelaki lain.
Kahwin dengan orang biasa tak nak. Dengan perempuan tak cantik tak nak. Nak yang have – have, selera besar, belanja pun besar la. Lepas tu komplen belanja besar. Takkan sepanjang 10 tahun kenal tu tak ada red flags langsung?Confirm ada tapi dah buta dengan harta dan status kan? Haaaa hadap la selagi tak berpisah.
Skybuzzbiz Queen : Sebenarnya keluarga mertua da taknak jaga anak mereka. Ye la sapa yan tahan dengan per4ngai macam tu. Mertua bahagia sangat ada orang tolong jaga anak mereka yan mereka sendiri gagal nak didik supaya menjadi insan yan rendah diri dan baik.
Boleh je jadi kaya dan merendah diri, baik, pemurah. Kalau da cerai ofkos kembali menjadi beban mereka. Untuk bab anak pula. Penceraian tidak akan menjadikan anda seorang ibu bapa gagal. Ada je orang bertahan dengan hubungan t0ksik sampai mer0sakkan mentaI anak – anak.
Ada orang kalau bersama bukan main berper4ng tapi lepas bercerai elok pulak berbaik – baik jadi co-parent yang lebih bagus lagi bahagia. Cerai di tangan suami. Tak perlu rvshing. Fikir elok – elok, plan elok – elok. Semoga dipermudahkan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.