
Ali cakap dengan Mak yang dia mimpi anak – anak dia m4ti Iemas. Dia kata dia nak pergi tengok anak – anak dia kat rumah bekas mertua dia. Ali redah pergi rumah bekas mertua dia naik motor buruk, tak pakai helmet. Sampai je rumah mak mertua, Ali peIuk anak – anak..
#Foto sekadar hiasan. Cerita yang akan aku kongsikan ini sebenarnya memberi kesan mendalam untuk aku. Ini kisah benar yang betul – betul jadi di antara orang terdekat dengan aku. Aku gelarkan dia ni Ali. Ali ni dah berkahwin dengan Lia dan dikurniakan 2 orang anak lelaki.
Masa tahun 2003, lahir anak sulung mereka. Hidup diorang bahagia sangat. Hidup nampak senang, pakaian anak pun semua branded. Masuk umur anak dia dalam 3 – 4 tahun, Ali terjebak dengan d4dah. Lepas lahir anak kedua, Ali m4kin teruk.
Kerja berhenti, kerja berhenti. Keluarga dah tak bahagia macam dulu. Anak – anak terabai. Ali dah start kena tangkap dan masuk pusat serenti. Tahun 2013, Lia minta cerai kat Ali. Masa tu Ali kat dalam pusat serenti lagi. Ali ni walaupun dia ni pen4gih d4dah, tapi dia seorang yang sangat jaga adab, akhlak dengan orang sekeliling dia.
Dia ni rajin sangat kat rumah. Masa dia tinggal duduk sama dengan mertua dia, bila hari cuti je dia mesti bangun awal lepas tu terus sapu dan bakar sampah. Kemas dalam rumah apa yang patut. Dia memang rajin. Dengan orang – orang terdekat dia baik je.
Tak pernah aku dengar dia mengata orang ke apa. Muka dia sentiasa senyum je tengok orang. Satu lagi yang aku perasan, dia kalau berjalan mesti tundukkan kepala. Tak tengok depan. Maksud aku ni bukan lah dia tak tengok depan terus sampai jatuh Ianggar dinding.
Bukan gitu lah. Dia macam seorang yang humble macam tu. Sebulan yang lepas, Allah dah ambik Ali sebab organ dalaman dia semua dah tak berfungsi. Dia ada A1ds. Kau nak tahu macam mana kem4tian dia? Aku ni tak habis asyik fikir je apa sebab rezeki Ali dapat m4ti macam tu. Hmm
2 minggu sebelum kem4tian Ali, kesihatan Ali dah merosot. Ali cakap dengan Mak dia yang dia mimpi anak – anak dia m4ti Iemas. Dia kata dia nak pergi tengok anak – anak dia kat rumah bekas mertua dia. Ali redah pergi rumah bekas mertua dia naik motor buruk, tak pakai helmet.
Jauh kau tahu. Lebih 40 km. Ali nekad nak pergi tengok anak – anak dia. Ali sebenarnya dah 2 – 3 tahun juga tak datang rumah bekas mertua dia lepas Lia kahwin baru. Biasa cuti sekolah, anak – anak dia yang datang rumah Mak Ali ni.
Ok sambung tadi. Masa Ali jumpa anak – anak dia, Ali nangis peIuk – peIuk anak dia minta maaf sebab tak jadi ayah yang baik. 2 malam Ali tidur rumah bekas mertua dia sebab dia nak tidur dengan anak – anak dia. (Lia dah duduk rumah lain ikut laki dia. Dekat – dekat situ jugak)
Masa kat rumah bekas mertua tu pun Ali s4kit. Anak dia bawa pergi kIinik. Anak dia yang uruskan mandi, makan minum dia. Masa kat sana tu, Ali sempat minta maaf dengan bekas mertua dia, bekas ipar – ipar dia dan kat Lia sekali.
Ali sempat jadi imam buat kali pertama dan terakhir masa solat dengan anak dia. 2 hari lepas Ali balik dari rumah bekas mertua tu, Ali kena tahan wad. Anak sulung dia yang jaga kat hospitaI. 3 hari Ali kat wad dan boleh balik.
Lebih kurang 8 hari lepas keluar dari wad tu, Ali meninggaI. Tapi cerita sebelum dia meninggaI tu, Ya Allah cemburunya aku rasa. Mak dia cerita sendiri kat aku malam sebelum Ali meninggaI, Ali tak dapat tidur. Ali cakap kat mak dia kenapa rumah dia ramai orang datang sedangkan tak ada pun sesiapa kat rumah melainkan 2 – 3 orang adik beradik dia yang memang tinggal situ.
Masa lepas Subuh pagi tu, Ali panggil mak dia. Ali baring kat riba mak dia. Ali minta mak dia ajarkan lah apa – apa. Sebab Ali kata dia macam dah tak ingat apa – apa. Ali kata mata dia dah kabur. Nafas dia pun masa tu dah laju.
Mak Ali ajarkan dia mengucap. Ali ikut beberapa kali. Mak Ali sempat cakap kat Ali yang mak dia memang ampunkan segala d0sa – d0sa dia. Ali sempat ucap terima kasih kat mak dia. PukuI 7 pagi, Ali nampak macam dah naz4k tapi masih boleh bercakap jelas.
Ali minta hantarkan pergi kIinik. Dalam kereta, Ali masih bercakap, masih mengucap. Masa kat kIinik tengah terima rawatan, Ali terserempak dengan kawan dia. Ali masih sempat berbual dan minta maaf kat kawan dia kalau – kalau dia ada buat salah.
Lepas kawan Ali keluar dari bilik rawatan, doktor terus panggil semua w4ris Ali masuk bilik untuk menghadap Ali yang tengah n4zak. Mak Ali ajarkan lagi dia mengucap. Masa tu mata Ali dah ke atas je, mulut masih boleh ikut mengucap.
Tapi badan semua dah tak boleh gerak. Tak berapa minit lepas tu, Allah dah ambik Ali. Anak – anak dia sedih sangat masa tu. Menangis tak berhenti. Anak – anak dia lah yang solatkan jen4zah Ali, angkat jen4zah, teman jen4zah dalam van dan angkat sampai masukkan dalam liang Iahad.
Walaupun diorang tak pernah rasa membesar dengan Ayah, tak rasa nafkah dari Ayah tapi diorang tahu yang Ayah dia memang seorang yang baik. Ikut pada cerita yang mak Ali sendiri bagitahu kat aku, sejak Ali kurang sihat ni, Ali ada jumpa jiran – jiran dia minta maaf.
Ali sempat call adik beradik dia yang duduk jauh untuk minta maaf juga. Ya Allah. Nak menangis rasa masa aku dengar cerita dari mak dia ni. Sebak weh! Banyaknya kesempatan yang Allah bagi kat Ali di pengakhiran hayatnya.
Sempat minta maaf dengan ramai orang sekeliling dia. Walaupun masa hidup dia, dia nampak h1na sampah masyarakat. Tapi siapalah kita nak membenci dan mengeji sesama manusia kan? Aku tak tahu lah macam mana hubungan Ali dengan Pencipta.
Itu rahsia Ali dengan Allah. Tapi yang aku nampak, hubungan dia sesama manusia memang baik. Pergi dia pun dengan pengakhiran yang baik. Husnul Khotimah ke ni namanya? Wallahualam.
Komen Warganet :
Ummu Adi : Banyak kisah macam ni. Biasa jumpa.. Allah jua sebaik – baik hakim. Allah jua sebaik – baik pengadil. Sebab tu kita manusia kena ajar diri supaya tengok kebaikan orang walaupun dia ada 99 keburukan, tetapi ada 1 kebaikan maka tengoklah yang 1 tu. Sebaliknya bila tengok diri sendiri walaupun punya 99 kebaikan, tetapi jika ada buruk walau 1 maka tengoklah buruk kita tu.
Nick Moktan : Alhamdulillah.. pengakhiran yang baik. Semoga syurga buat arw4h. Bukan d4dah saja pemusn4h hidup dan rumahtangga. Kecurangan juga r4cun yg menjadi b4rah dalam hidup berpasangan. Sekali kau buat, seumur hidup kau dapat baIasan.. beware.
Sofia Mujahidah : Semoga kita semua dijauhi dari n4jis d4dah. D4dah bukan sahaja merosakkan badan dan akal fikiran, tapi merosakkan hubungan dan kasih anak kecil yang memerIukan belaian. Tentang husnul khatimah, Allahu’alam.
Kita serahkan segalanya kepada Allah. Apa pun, kita sama – sama berdoa semoga Allah ampunkan d0sa – d0sa beliau dan tempatkan beliau di jannah. Inshaa Allah.
Nor Aishah Ibrahim : Allah kater jangan lihat bagaimana ia bermula. Lihatlah pengakhirannya. Semuga syurga buat Ali dan kita semua.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.