
Suami hanya nak bayar bil api dan air je tapi duit sewa rumah isteri yang kena bayar. Akibat tak tak tahan isteri merungut suruh tukar bayaran komitmen. Suami sanggup tutup fuse box dan ketatkan dengan skru supaya isteri dan anak bergelap. Alasannya, “belajar la duduk dalam kubvr dan api ner4ka sebab cuba maIukan suami!”
#Foto sekadar hiasan. Pada kali ini saya ingin berkongsi suatu kisah kepada anda iaitu berkenaan dengan sikap suami yang terIampau kedekut dan berkira wang nafkah sehingga boleh memusn4hkan rumahtangga yang telah dibina.
Perkara ini telah diminta oleh si pengadu untuk dikongsikan dan beliau berharap agar dapat dijadikan ikhtibar buat pasangan lain atau mungkin ada wanita yang mengalami masalah yang sama. Sebenarnya, isteri telah berkali – kali meminta suaminya merujuk mana – mana pakar yang boleh membantu suaminya dalam menguruskan kewangan setiap bulan.
Tetapi suami enggan ikut nasihat isteri dengan alasan suami tahu untuk menguruskan sendiri. Isteri akur dengan keputvsan suaminya. Setelah satu tahun usia perkahwinan, isteri tersebut sem4kin berasa tertekan dengan sikap suami setelah mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki.
Bila tiada anak, suami kata segera nakkan anak macam pasangan lain tapi bila dah ada anak, suami enggan pula mengeluarkan wang belanja untuk anak sendiri. Nasib baiklah isteri ada perniagaannya sendiri, bolehlah menampung perbelanjaan anak sulung mereka sedikit sebanyak.
Beberapa bulan kemudian, isteri terp4ksa juga bersuara supaya suami lebih bertanggungjawab dengan nafkah isteri dan anak. MaIangnya, hanya membaIas kata, “aku dah bagi cukup makan pakai dan kau boleh bernafas kira bersyukurlah”.
Isteri pun bertanya, “apa yang awak beli?” Suami terus bertindak membuka tv siaran oasis dengan audio yang sangat kuat supaya isteri dapat mendengar zikir – zikir yang sedang berbunyi. Keesokkan hari isteri cuba meminta wang ansuran bulanan rumah pula terhadap suami, suami hanya memberi RM 10 sahaja dengan membaIas kata,
“Aku bayar duit api dan air. Cukuplah tu. Nak apa lagi?”. Isteri membaIas kata, “minta maaf cakap, berapa sangat duit api air jika nak dibandingkan dengan ansuran bulanan rumah? Ok kita tukar pula. Biar saya bayar bila api air dan awak pula bayar ansuran rumah. Boleh??”
Dengan sepantas kilat, suami terus bertindak membuka applikasi utube siaran ceramah agama dengan audio yang sangat kuat untuk memberitahu kepada isterinya “nafkah mengikut kemampuan suami”. Isteri malas berg4duh dan membuat bayaran ansuran rumah dengan menggunakan pendapatan isteri seperti biasa.
Apabila isteri berkali – kali cuba untuk duduk berbincang dengan suami berkenaan dengan wang pendapatan bulanan suami dan isteri, suami sering kali mengelak tidak mahu berbincang dan meminta isteri bersyukur dengan apa yang ada.
Isteri terp4ksa membuat aduan kaunseling di pejabat agama apabila isteri terjumpa beberapa kertas kecil tertulis “4D j4ckp0t” di dalam poket seluar suaminya berserta hendak membuat aduan sikap suaminya yang tidak mahu berbincang secara baik tentang nafkah.
Akibat dari aduan tersebut, suami mula berasa terc4bar. Sejak dari kejadian itu juga, sem4kin teruk sikap suami dan langsung tidak mahu berubah. Apabila suami hendak keluar bekerja, suami akan tutup suis dalam “ fuse box “ dan akan mengetatkan skru dengan pliers.
Isteri terp4ksa duduk dalam gelap bersama anak kecil dan hanya menyalakan lilin sebab tidak mampu untuk membuka fuse box tersebut. Ahli keluarga isteri pula tinggal jauh dari rumah. Isteri cuba bertanya kepada suami,
“kenapa awak awak buat begini dengan saya? Apa salah saya??”. Suami membaIas kata, “Belajar – belajar la sama duduk dalam kubvr dan api ner4ka sebab cuba maIukan suami”. Dipendekkan cerita hampir tiga bulan suami bersikap sedemikian setiap kali keluar bekerja, isteri berasa sangat tertekan dan tidak terkawal em0si.
Sayur – sayuran yang dibeli suami semasa berada di kampung pun, suami akan membungkus semula dan membawa sayur tersebut balik bersama ke rumah dan tidak meninggaIkan satu sayur pun di rumah ibu isteri. Milo, garam, gula, kicap pun begitulah semua dibawa balik bersama setiap kali mereka pulang dari kampung.
Kalau di rumah pula, suami akan membeli nasi bungkus sendiri. Kalau isteri nak makan, beli atau masak sendiri juga. Lama – kelamaan isteri sudah mula berasa tawar hati dengan sikap kedekut dan berkira suami sehingga berasa malu dengan ahli keluarga isteri yang tahu tentang sikap kedekut dan berkira suami.
Apabila ditegur, suami berkata, “aku penat kerja, penat cari duit. Itu duit aku”. Perkara ini telah setahun belarutan sehingga isteri terp4ksa bertindak memfailkan kes tuntutan nafkah isteri dan tuntutan nafkah anak di Mahkamah Syariah atas nasihat perundangan.
Namun, maIangnya suami memilih untuk berpisah dengan alasan, “isteri tak tahu bersyukur dan berIagak alim” serta suami enggan membayar nafkah kepada isteri dan tetap memilih untuk bercerai.
Komen Warganet :
Julia Mohamed Idris : Kadang – kadang hairan juga antara sebab wanita ramai di ner4ka sebab tak bersyukur dengan suaminya. Kes macam ni memang tak banyak tapi untuk kes suami yang seleweng memang banyak. Jenis narc1ssist memang sukalah gaslighting untuk cover kesalahan diri dan senyapkan orang yang tahu kelemahan dia.
Tapi kadang – kadang fakta ner4ka banyak wanita sebab bla bla tu dan suami yang nars1stik gaslighting boleh buat isteri hilang nafsu nak hidup, lebih baik m4ti dari terus berd0sa, jadi giIa dalam diam.
Puteri Balkis Batrisha Tak gunanya dapat laki macam ni. Dah kahwin dengan anak orang, sanggup ani4ya sampai macam ni . Aku rasa dia ni s4kit mentaI la. Kenapa busuk hati sangat dengan anak bini? Gerammnyaa.
Ceraikan jelaa laki macam ni, tak payah la nak bertahan lagi, anak pun akan membesar dalam persekitaran yang tak sihat dengan ada bapak yang macam ni. Dapat kat aku memang penumbvk kene kat dia .
Zubaidah Yunus : Tak payah nak hidup bersama kalau berkira sangat. Dah lah menumpang hidup rumah kita api air tak nak bayar. Setakat beli nasi 2 bungkus paig petang. Barang lain kita yang beli buat apa. Tak payah nak pening teruskan niat untuk sendiri jer.
Ila Fadzilah : Ni maha zaIim punya lelaki. Asas ilmu sebagai suami pun tak betul, ada hati nak didik isteri takutkan ner4ka. Nasib baik isteri (bekas isteri) tahu hak – haknya dan tak jadi pak turut. Eloklah dah tak ada j0doh. Semoga ada lelaki yang lebih baik untuk bekas isteri ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.