Isteri layan aku dengan baik, memang lakonan yang hebat sampai aku tertipu

Aku dulu memang yakin dengan sikap wanita yang dinamakan isteri ni, apabila dia dah berkahwin, ada suami, dia akan hanya menyayangi suami dia seorang sahaja. Kiranya aku tertipu dengan lakonan baik dia. Tapi alasan yang isteri aku bagi buat aku f0bia tambah lagi bila dia pergi kerja..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Tolong sharekan post aku ni, mungkin ada di antara pembaca yang boleh bantu aku min. Aku seorang suami, aku dan isteri dah 5 tahun berkahwin. Sepanjang perkahwinan memang tak pernah la aku dapat hidu yang isteri aku ni ada melayan mana – mana lelaki.

Kiranya aku memang percaya dengan kesetiaan dia 100%. Bila aku cek hp dia pun memang tak pernah ada lock, dan takde mesej yang bukan – bukan. Jadi, memang tak pernah terlintas di hati aku untuk fikir yang bukan – bukan tentang dia.

Hati aku cukup senang ketika itu. Sehinggalah sewaktu isteri aku selesai melahirkan anak kami yang ke-2 akhirnya terkant0i kalau dia hubungan dengan suami orang di pejabat dia sendiri. Aku dapat hidu per4ngai pelik dia dan bila selongkar hp dia memang betul ada mesej dengan lelaki tu dan dia pun mengaku yang memang dia ada perasaan dekat lelaki tu.

Masa tu hati aku h4ncur sangat bila dapat tau per4ngai dia macam tu, kepercayaan aku pada dia 100% dah musn4h. Terus aku terasa selama ni aku ditipu oleh lakonan dia. Dia cerita pada aku kononnya dia  baru start berhubung dengan laki tu dalam sebulan yang lepas.

Memang berg4duh teruk kami lepas tu tapi mengenangkan anak – anak yang tersayang, aku tak fikir bercerai adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ni. Jadi aku tetap cuba untuk perbaiki perasaan aku, jiwa aku, kepercayaan aku untuk terus pertahankan rumah tangga yang dah aku bina ni.

Tapi sekarang yang jadi masalahnya bila aku dah lalui benda macam ni, aku dah jadi sangat – sangat susah nak percayakan dia sebab aku masih f0bia dengan apa yang jadi dulu. Sebab masa dia ada skandaI dengan kawan kerja dia, isteri aku memang layan aku elok je dekat rumah.

Jadi memang tak ada yang mencurigakan. Kiranya aku tertipu dengan lakonan baik dia dan langsung tak syak apa – apa waktu tu. Yang jadi masalah sekarang sebab aku tak tau macam mana aku nak percayakan dia lagi dah, walaupun dia memang tetap buat baik dekat aku.

Dia layan, jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik. Memang berkali – kali dia kata dia dah tak akan ulang lagi kesilapan dia tu, dia betul – betul dah menyesal, dia nak berubah, tapi entah la. Bagi aku yang merasa dicurangi, aku tetap rasa f0bia tu ada lagi.

Aku dulu memang yakin dengan sikap seorang prempuan baik yang dinamakan isteri ni, apabila dia dah berkahwin, dah ada suami, dia akan hanya menyayangi suami dia seorang sahaja. Pintu hati dia dah tak akan terbuka untuk mana – mana lelaki lagi dah.

Walau macam mana teruk, miskin, s4kit, susah suami dia, si isteri yang baik ni tetap akan setia pada suaminya. Tapi bila benda camni jadi pada aku, aku jadi tersentak. Aku rasa macam semua fahaman aku tentang wanita bergelar isteri selama ni macam tipu belaka.

Rupa – rupanya ada juga isteri yang akan suka pada lelaki lain dan sanggup curang pada suami dia. Ibarat pintu hati dia tu tak tertutup dan boleh dibuka oleh lelaki lain. Jadi sekarang ni aku nak tanya pada para pembaca, adakah kejadian yang serupa ni bakal berulang dalam kehidupan dia.

Memandangkan pintu hati dia tu dah pernah terbuka untuk lelaki lain kan, ibarat dah dicer0boh. Adakah dia masih boleh pertahankan untuk tutup rapat – rapat pintu hati dan perasaan dia selepas ni supaya tak akan dicer0boh oleh mana – mana lelaki lain lagi atau macam mana?

Maksud aku benda macam ni kalau dah pernah terjadi sekali, dia akan berulang lagi tak, atau memang boleh diperbaiki semula sebab aku nak kene perbaiki balik kepercayaan aku pada dia. Buat masa ni memang aku dah susah nak percaya dengan dia sekarang ni walau macam mana dia berjanji sekalipun.

Dan satu lagi yang jadi masalahnya sekarang sebab benda ni terjadi dekat pejabat tempat dia bekerja dan dia masih lagi bekerja di tempat yang sama dengan lelaki tu. Jadi, setiap kali bila dia pergi kerja je hati aku dah mula akan tr4uma dengan benda yang pernah jadi dulu..

Aku harap sangat korang dapat bantu aku, mungkin korang ada nasihat atau cadangan yang boleh dikongsi dengan aku. Jujurnya, aku masih sayangkan rumah tangga aku ni, bila tengok muka anak – anak aku jadi sedih kalau semuanya h4ncur disebabkan kecurangan dia. Apa patut aku buat..

Komen Warganet :

Khalid Ahmad Khalid : Assalamualaikum bro, dunia ini sungguh luas. Dalam berjuta – juta kaum hawa kenapa awak hanya letakkan kebahagiaan awak pada wanita yang telah berlaku curang pada alam rumahtangga awak.

Ceraikan dia, buat apa nak simpan kalau ianya menjadi beban seumur hidup awak, awak pun rasa tak tenteram setiap hari bila dia pergi kerja, rasa dibayangi. Lebih baik lepaskan dan cari pengganti.

Diri awak dan anak – anak berhak mencari kebahagiaan sebenar. Perbaiki iman dan amal minta pertolongan dengan sabar dan solat. Kebahagiaan makhluk ciptaan Allah swt minta padaNya kerana Dialah sebaik – baik pemberi.

Julie Zainal Abidin : Tuan bagi dia peluang dan didik dia. Tarik tangan dia bawak ke jalan lurus. Jangan abaikan dia dan biar dia h4nyut. Itupun kalau tuan masih sayang isteri tuan la. Tak kan tuan nak biar dia hanyut, sama – sama nak masuk syurga kan.

Maafkan dia. Ajak dia bertaubat. Sama – sama bertaubat. Ini ujian bagi tuan dan isteri. Tuan dan isteri kena balik ke pangkal jalan. Jangan lalai. Bawa isteri pergi kelas – kelas agama, fardhu ain. Solat jangan lalai.

Coretan Asmara : Suruh jer lah dia berhenti kerja. Ko sebagai ketua rumah saralah isteri. Bagi nafkah secukupnya apa permintaanya. Tapi jangan selepas dia berhenti ko baIas pulak perbuatanya yang lalu.

Selalunya cerita lelaki yang main – main dengan pompuan. Macam tulah jika lelaki suka mainkan perasaan pompuan, pedih kan? Jika mahu yang terbaik cuba jadi yang terbaik.

Hi Hyree : Tu lah fitrah dunia, Allah bagi ujian berbeza – beza mengikut tahap kmampuan h4mbanya. Ada suami curang berkali – kali, isteri sanggup terima lagi. Kalau isteri curang kuasa suami nak tahan atau lepaskan.

Cuba perbaiki.. serah pada Allah walau hakik4tnya s4kit tapi kena terima jugak. Cuba perbaiki selagi boleh. Memang perasaan dikhi4nati bukan sekelip mata boleh trima. Sabar bro, yakin Allah sebaik – baik pemberi jalan yang terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.