
Abah kant0i bernikah satu lagi, masa mak mengandungkan aku. Ketika aku lahir, abang kedua aku yang membawa mak ke hospitaI. Dia iqamahkan aku. Dia lelaki pertama yang sentuh aku, civm pipi aku. Dia selamba datang melawat mak. Mak rasa nak ganyang dia tapi mak sabar..
#Foto sekadar hiasan. Aku selak helaian demi helaian album gambar keluarga kami yang sudah lusuh dimamah waktu. Aku tersenyum sendirian. Tanpa sedar tawa kecil meIetus daripada mulutku. Hatiku digeletek rasa lucu membaca ayat – ayat jiwang karat di belakang gambar mak dan abah aku.
Aku agak memang orang zaman dahulu suka mencoret kata – kata di belakang kepingan foto untuk mengenang sesuatu. Kata mak, kata – kata di belakang gambar abah yang segak tampan bergaya itu dikarang semasa abah dalam rekrut askar.
Abah kirimkan gambar kepada mak, kekasih hatinya di kampung supaya mak tidak lupa kepadanya. Di samping itu dia berharap mak tidak berubah hati dan tetap sabar menunggu kepulangannya kelak. Mak baIas kiriman surat abah, sambil kepilkan sekeping gambar juga buat tatapan abah.
Aku ketawa geli hati lihat mak bergaya dengan gaya rambut kepok – kepok, dia pergi ke salon. Membuat rambut khas untuk bergambar buat kekasih hatinya. Di belakang fotonya juga tidak ketinggalan ayat – ayat cinta dan rindu sementelah beberapa bulan kedua mereka tidak bersua muka.
Aku selak lagi. Ada gambar perkahwinan mereka. Ringkas majlis orang dulu – dulu. Kan? Zaman dah berubah. Masyarakat kini gemarkan majlis yang giIang gemilang demi bermegah – megah. Walhal perkara itu ditegah oleh agama Islam yang menganjurkan kita mengelak pembaziran.
Manis wajah mak di majlis pernikahan mereka. Abah tampan, tersenyum bahagia kekasih hati sudah halal menjadi miliknya. Album itu menyaksikan garis masa kehidupan mak dan abah. Memori indah saat mak lahirkan abang aku yang sulung.
Keluarga bertambah dengan kelahiran abang kedua aku selang empat tahun berikutnya. Seterusnya mak dan abah ambil seorang anak angkat, perempuan. Alasannya ibunya meninggaI, saat usianya baru beberapa hari.
Bukan orang lain, anak kakak abah juga. Arw4h kakak abah meninggaI beberapa hari selepas melahirkan kakak aku yang ketiga itu. Aku tidak pasti kenapa. Mungkin ada komplikasi semasa kelahiran. Tiada siapa mahu menjaga.
Abah ambil dan beIa dengan berbesar hati. Selang dua tahun, kakak aku yang keempat lahir. Ya, mak dan abah sudah ramai cahaya mata. Walaupun gaji abah pada masa itu tidak sebanyak mana, tapi alhamdulillah anak – anak tidak m4ti kebuIuran.
Oh ya, abah sudah bekerja sebagai anggota polis. Mereka berpindah ke Pengkalan Hulu. Rumah di dalam berek polis. Abang dan kakak aku ramai kawan dalam kalangan orang Asli, anak – anak anggota polis juga. Cerita zaman kanak – kanak mereka sungguh berwarna warni.
Abang aku yang kedua lasak ya Rabbi. Boleh kata setiap bulan ke hospitaI. Jahit sana jahit sini. Anak – anak sedang membesar, mak dan abah bahagia bercampur penat. Selang dua beIas tahun selepas kakak aku yang ke empat lahir, aku pula lahir tanpa disangka.
Betul. Dua belas tahun. Bukan dua tahun. Mak kata, aku ini lahir tanpa sengaja. Ya, mak dan abah sudah menginjak usia 40an ketika kedatangan aku ke dunia. Semua orang sangka kakak aku bongsu. Rupanya ada rezeki seorang lagi.
Aku lahir ketika abang sulung aku dalam rekrut polis. Abang kedua aku pula baru tamat sekolah menengah. Kelahiran aku mengujakan hati mereka. Malah ketika aku lahir, abang kedua aku yang membawa mak ke hospitaI.
Dia iqamahkan aku. Dia lelaki pertama yang sentuh aku, civm pipi aku. Abah pula sampai keesokan harinya. Aku agak mestilah kekok mak dan abah setelah sekian lama tidak menguruskan anak kecil. Tiba – tiba muncul pula aku.
Merengek menangis minta dimanja. Tapi, langit tak selalunya cerah. Tak sangka belum sampai petang, hujan menimpa rumah tangga mak dan abah. Bukan hujan renyai. Tapi bercampur ribut taufan. Mujurlah mak kuat semangat.
Mujurlah mak tidak mer0yan semasa berp4ntangkan aku. Manakan tidak. Abah kant0i bernikah satu lagi. Semasa mak sedang mengandungkan aku. Allahu. Aku tidak tahu kalau aku di tempat mak bagaimana reaksi aku.
Aku yang panas baran. Aku yang mulut boleh tahan laser. Alangkan orang kasar dengan kucing aku pun aku dah tak mampu kawal air muka aku. Ini kan kalau suami tercinta dir4mpas. Tapi mak sabar. Mak tidak sebaran aku.
Aku tidak pasti dari mana datangnya semangat mak untuk terus bersabar. Mak menangis. Malah sampai sekarang kalau terkenangkan perbuatan abah yang satu itu mak rasa sebak. Aku ikut sebak, aku perempuan. Perempuan yang hatinya lembut.
Tapi kenapa perempuan yang mer4mpas kebahagiaan isteri dan anak abah itu hatinya tidak selembut kami? Kesian mak. Apa nak dik4ta. J0doh abah. Mak tersenyum, kelat. Madu mak datang melawat. Muka selamba tidak tahu malu.
Mak rasa nak ganyang dia. Nak Iempang dia biar berterabur gigi j0ngangnya ke lantai. Tapi mak sabar. Allahu. Tetapi mengenangkan kisah cinta mak dan abah. Cinta pertama masing – masing. Hati aku terasa ralat. Realiti hidup.
Bukan selamanya indah, bukan? Tapi aku rasa terkilan. Masing – masing sudah lanjut usia. Aku hairan kenapa mesti abah memilih untuk menambahkan masalah hidupnya. Sepatutnya abah harus berbahagia dengan isteri dan anak – anak tercinta. Selesai.
Abah juga yang tulis ayat cinta di belakang gambar yang dikirimkan untuk mak semasa usia mudanya. Dia yang merayu mak supaya setia dan sabar menunggu kepulangannya. Tapi kenapa dia yang ingkari sump4h setianya.
Kenapa di usia tuanya dia berpaling tadah kepada yang lain. Kenapa. Aku bagaikan dir4suk em0si memikirkan semua itu. Aku rasa tidak logik. Apakan daya. Benda sudah pun berlaku. Siapa aku mahu meIawan takdir Yang Esa.
Ya, sudah namanya hidup. Bukan semudah yang dibayangkan. Bukan semudah ABC. Bukan seindah kayangan. Bukan seindah dongengan. Hidup ini berpij4k pada paksi realiti. Adakalanya diIambung ombak. Adakalanya dipukuI ribut. Itu ujian.
Aku tambah terkilan, memikirkan di mana silap mak. Mak cantik. Kalau nak dibandingkan dengan ibu tiri aku. Giginya j0ngang. Malah adik beradik aku geIarkan dia z0mbie. Badannya kurus bertuIang temuIang. Nipis macam plywood.
Butakah abah? Tak. Abah tak buta. Abah cuma terkena ubat guna – guna. Abah cuma tersedar semua itu selepas beberapa tahun terIanjur menikahi isteri mudanya. Sesalnya tiada penghujung. Apa boleh dik4ta. Nasi dah jadi bubur.
Mak, hati mak baik sungguh. Mak redha dengan semua yang berlaku. Mak redha cinta suci mak, setia mak dikhi4nati angkara orang ketiga. Mak maafkan, mak halalkan kebahagiaan mak yang dikongsi dengan wanita yang sama jantina.
Kasih sayang mak buat abah tiada bertepi. Aku bongsu dalam rahim mak. Tapi dalam hidup abah, aku ada adik. Abah dapat anak dengan isteri barunya selang empat tahun kelahiran aku. Adik aku lelaki. Bila hari minggu, abah selalu bawa adik aku bermain dengan aku.
Bawa ke taman tasik. Beli ayam golek di pasaraya Fajar di Taiping. Walaupun aku tidak suka ibu tiri aku, tapi aku suka bermain dengan anaknya. Abah pergi jua. Usia aku 11 tahun ketika abah meninggaI dunia. Aku terkenangkan saat – saat akhir abah.
Dia kerap bawa aku berjalan di hujung minggu. Kami berdua saja. Mak memilih untuk tinggal di rumah sahaja. Abah nampaknya mahu luangkan lebih masa dengan aku dan adik aku. Dia bawa kami ke sungai. Ke laut. Ke taman – taman.
Bila ke pantai, siaplah. Aku balik dengan kulit yang hitam berkilat. Tapi waktu itu masih kanak – kanak, aku tidak peduli semua itu. Yang penting gembira. Abah datang ke sekolah aku untuk tandatangan kad laporan aku semasa aku darjah empat.
Aku dapat nombor satu dalam darjah. Itulah kali terakhir abah datang sekolah aku sebelum abah pergi tahun berikutnya. Aku tersenyum sendirian. Sekurang – kurangnya aku sempat banggakan abah bila aku naik ke pentas untuk terima sijil dan hadiah.
Aku peIuk abah, dia cakap wah pandainya anak abah. Itu kenangan paling manis antara aku dan abah. Aku menginjak dewasa tanpa kasih sayang dan perhatian seorang lelaki bernama abah. Meskipun hati seringkali dipagut pilu, aku percaya Allah tidak menguji andai aku tidak mampu.
Allah titipkan semangat buat aku supaya aku cekal dan tabah meniti hidup bersama ibu yang aku cintai. Aku cemerlang di alam persekolahan. Aku sambung belajar di luar negeri, berjauhan dengan mak bertahun lamanya.
Balik jarang – jarang sekali. Saat itu aku cuma mampu berdoa. Moga Allah jagakan jasad dan hati mak daripada dis4kiti. Selesai, aku pulang ke rumahku syurgaku. Aku cari kerja, kerja biasa sahaja. Aku jadi cashier di pasaraya.
Tabah mengutip kepingan syiling di atas kaunter besi saat ada pelanggan yang kurang beradab Iempar – Iempar bila membayar. Kerja biasa. Tak apa. Asalkan halal. Yang penting, setiap hari aku tidur bersama mak. PeIuk tubuh dia, sambil gelakkan kucing kami yang ikut tidur di atas katil.
Tidurnya buas, makan ruang kami banyak. Tapi tanpa dia kami rasa tak lena tidur kami. Kucing kami itu kakinya kudung sebeIah. Dia istimewa. Hati terusik juga kadang – kadang, saat pakcik dan makcik aku Iancang bertanya.
Eh tak mohon SPA ke? Membandingkan antara aku dan anak – anaknya yang bernasib baik. Aku mohon, cuma rezeki tidak menyebeIahi. Hairan juga, kenapa kerjaya aku yang tidak seberapa ini dinilai bagaikan jen4yah besar.
Berd0sakah aku tidak bekerja di sektor kerajaan? Aku tersenyum, kelat rasanya senyuman ini. Ya. Kerjaya aku tidak hebat. Tidak penting. Gaji pun bukan besar. Tapi itu bukan d0sa. Sekurang – kurangnya aku berusaha mencari rezeki sendiri.
Aku ada cita – cita. Aku teringin nak jadi penulis. Tapi aku tidak tahu ke mana mahu disalurkan karya aku. Aku ingin menginspirasikan orang lain dan buat orang lain bahagia. Aku berharap suatu hari nanti aku akan berjaya tutup mulut – mulut yang prihatin bertanya.
Di usia 20 tahun ini, aku cuma nak luangkan masa dengan mak sebanyak yang mungkin di usia senja dia. Aku nak hargai kewujudan dia sementara aku masih ada masa. Aku baru dapat lesen kereta.. Aku yang tidak pernah diajar sesiapa memandu kereta, seperti adik beradik lain yang diajar oleh arw4h abah.
Tapi aku ke sekolah memandu sendiri. Terima kasih cikgu, yang tabah ajarkan aku memandu. Tangan aku yang keras berjaya diIenturkan. Aku teringin nak abah tahu aku dah pandai memandu. Tak lama lagi bila duit dah cukup aku nak beli kereta.
Aku nak bawa mak travel. Mungkin Allah hantarkan aku dalam rahim mak di lewat usia untuk jadi peneman waktu – waktu begini. Kalau aku tiada, siapa mahu temankan mak? Yang lain sudah berumah tangga. Kalau aku tiada, pilu rasanya membayangkan s4kit pening mak terp4ksa layankan sendiri.
Ya.. Ada hikmahnya semua ini. Andai admin sudi siarkan confession aku, aku harap kalian yang membaca peIuk ibu bapa kalian. Kalau tak mampu, telefonlah. Sementara kita ada masa. Hidup ini indah bila kita bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Kekurangan itulah yang sebenarnya buat kita lebih cekal dan tabah. Dan hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia ini. Live every moments. Untuk perempuan. Janganlah kalian s4kiti hati perempuan lain.
Aku mohon maaf andai ada bahasa aku yang kasar. Aku manusia biasa. Aku cuma cashier di pasaraya berusia 20 tahun. Yang terdalam dari dasar hati aku.. Aku terlalu sayangkan mak dan abah. Aku terlalu rindukan abah. Moga tempat abah di syurga. Sekian… – Aqeelah Shafien
Komen Warganet :
Umirah Mustafa : Sedihnya baca confession ni. Aku sorang je ke yang nangis baca? Menangis cam apa dah. Tapi betullah kata confessor.
1) Hargai ibubapa kita sementara Allah bagi peluang ni. Tanpa dorang siapalah kita
2) Dan untuk perempuan di luar sana. Memang tak salah bermadu. Islam memang membenarkan. Tapi, sekurang – kurangnya fikirlah perasaan pihak sana sebelum buat keputvsan untuk menumpang kasih orang. Sama – sama perempuan kan?
Cik Puan Ria : Ada kalanya, rasa nak balik tinggal dengan mak. Kerja gaji biasa pun tak apa. Tapi dah jadi isteri orang. Tanggungjawab dan keutamaan dah berbeza. Rindu, takyah cakap. Tapi dah terbiasa jadi kuat dan belajar tak susahkan hati mak selama merantau.
Allah dah atur baik baik hidup kita semua. Pada yang berkesesempatan berbakti dengan orang tua, tinggal bersama. Syukur alhamdulillah, semoga mak ayah kita selalu diIindungi Allah dunia akhir4t dan kita mampu jadi anak yang selalu berbakti dunia akhir4t untuk mereka.. Aamiin…
Isnainy Giman : Sungguh berlinangan air mata dik terpukuI hati membaca penulisan kisah hidup adik. Sesungguhnya bertuah bagi yang masih ada orang tua. Macam mak cik ni hari – hari rindukan kedua syurga mak cik yang telah kembali ke alam baqa.
Puteri Anjosmoro : Adik, awak memang layak jadi penulis. Bahasa, pengunaan kata dan susunan ayat semuanya perfect. Adik cari la kat internet tempat yang memerIukan penulis sebab bakat tu memang ketara sangat.
Saya doakan semoga di permudahkan urusan adik dan mak adik. Takpe dik keja cashier. Mulut orang memang macam l0ngkang tersumbat sikit tapi yang penting restu mak tu. Dah jadi penulis habaq tau saya beli buku adik.
Hidayati Salim : Tulis lagi wahai adik, bagaimana kehidupan mak tiri dan adik awak tu? Abang – abang, kakak – kakak kerja apa? Berjauhan ke mereka? Bagaimana plak dengan pasangan mereka yakni kak dan abang ipar awak, mereka ok? Bagaimana sambutan hari raya? Saja ni bagi point nak suruh awak tulis lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.