
Saya peliklah, sekarang saya dah kahwin lain, bekas isteri add fb dan ig isteri saya. Dia hasut anak – anak bencikan mak tiri. Sampai sekarang bila kami balik kampung, isteri saya kena pulau dengan keluarga dan mak saud4ra. Saya rasa nak Iempang bekas isteri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide fb saya. Saya sekadar nak meluahkan rasa. Sebelum ni saya pernah berkahwin dengan isteri yang pertama dan dapat 2 orang anak. Ketika itu kami tinggal di Pahang.
Masa dapat anak kedua saya bersusah payah dengan kerja, kewangan susah sangat. Dan ini juga menjadi punca perbaIahan antara saya dan isteri sampai dia cakap saya lelaki tak berguna, b0doh dan macam – macam lagi sebab tak mampu bagi dia apa – apa.
Saya hanya mampu berdiam. Masa tu, saya cuma penjual burger. Dia mintak izin untuk balik tinggal di kampung keluarga dia memandangkan sewa rumah dah banyak bulan tertunggak. Dia cakap hidup bersama saya adalah perkara paling maIang bagi dia.
Saya izinkan dia bawak anak – anak kami sekali. Tak lama lepas tu saya pindah duduk bilik sewa di KL dan bekerja sebagai runner. Tiap bulan saya balik kampung tengok anak – anak dan beli barang keperluan dorang. Kalau tak dapat balik saya kirim duit saja.
Tak lama pastu saya dimurahkan rezeki dan mampu untuk sewa rumah, kewangan dah agak stabil. Saya ajak isteri dan anak – anak tinggal bersama tetapi isteri menolak. Per4ngai dia m4kin lama m4kin banyak yang berubah.
Dia ada pernah mintak izin saya nak kerja. Saya izinkan. Saya ingatkan dia kerja kat area rumah tapi rupanya dia bekerja di KL juga, jadi dia tinggal anak – anak di kampung. Saya tanye kerja apa dia tak nak bagitau. Dia cuma bagitau dia tinggal sini di bilik sewa saja.
Saya ajak tinggal sekali memandangkan dia juga cakap dia kerja di KL. Tapi dia tetap menolak. Perkara ni berlanjutan selama lebih kurang 3 – 4 tahun. Selama tu tiap kali tanya atau ajak duduk sekali je memang akan jadi berg4duh.
Kami berjumpa apabila nak dekat raya. Saya ambil dia di stesen keretapi ke kampung atau kami berjumpa di kampung saja. Saya m4kin curiga. Ada juga kawan – kawan saya tegur pernah nampak macam isteri saya bersekedudukan dan keluar dengan lelaki lain.
Saya tak percaya mungkin diorang salah orang. Saya ada tanye isteri sewa bilik di mana dia tak bagi jawapan juga. Bila tanya nanti akan jadi punca perg4duhan lagi dan lagi jadi saya tanya kawan saya pernah nampak dia di mana dan saya pergi ke kawasan situ.
Saya cari pusing – pusing 2 ke 3 kali tak jumpa. Banyak kali pergi. Satu hari Allah nak tunjuk masa dalam perjalanan balik balik saya ternampak isteri bersama dengan lelaki lain berjalan sambil berpegangan tangan masuk kedai makan, h4ncur hati saya.
Saya diam dan mesej atau call dia macam biasa. Berbulan – bulan pujuk dia baik – baik untuk tinggal bersama dengan anak – anak walaupun saya tahu apa dia buat belakang saya. Dia tetap berkeras. Dah 4 kali dia c4bar – c4bar saya mintak cerai dan ugvt dia tak akan bagi jumpa anak – anak.
Tiap kali nak balik jumpa anak mesti dia akan sampai terlebih dahulu, dia layan saya nak tak nak smpai lah saya mula bertanya. Dia mula bising – bising tapi saya pekakkan telinga. Saya balik nak tengok anak – anak dim4ki hamunnya saya macam – macam.
Perli – perli saya depan ipar dan mertua. Kata saya b0doh. Senang cerita dia memang tak hormatkan saya sebagai suami. Dia c4bar saya ceraikan dia depan mak ayah mertua. Bila saya diam dia pukuI – pukuI saya mintak cerai.
Saya hilang sabar saya ceraikan dia taIak 1. Saya mengaku saya sibuk degan kerja, saya bertungkus lumus sebab nak senangkn dia dan anak – anak tapi dia tak nampak. Bila saya dah mampu ada rumah dan kereta dia pula tak nak tinggal sekali, suka mengelak.
Saya nak ambik jaga anak bersama saya dia tak bagi. Dah macam anak dia sorang. Duit sentiasa mintak nak jaga anak-anak tapi anak saya mengadu mama dia tak belikan berus gigi dan beg sekolah baru pon. Kasut atuk yang beli. Jadi saya tertanya – tanya mana pergi duit yang selama saya bagi tu untuk keperluan anak – anak?
1 Tahun setengah kami bercerai saya dapat tahu dia dah kahwin lain. Alhamdulillah j0dohkan. Sepanjang tu kami berhubung macam biasa tentang hal anak – anak. Selalunya dia akan watsap saya masa nak mintak duit nafkah anak.
Lama – lama m4kin menjadi – jadi, anak – anak saya mengadu macam – macam. Banyak keperluan tak ada. Nak pergi jumpa kerap – kerap tak seronok pulak dia dah bersuami baru. Tahun 3 saya dipertemukn j0doh dengan isteri baru dan sampai sekarang.
Sepanjang perakhwinan kami baik – baik saja sampai la hari demi hari bekas isteri saya macam sengaja nak mencari pasal. Bekas isteri mula cari pasal bila dia add isteri saya di fb dan ig dan pernah juga dia mesej isteri saya di fb mem4ki hamun dia tak akan bagi anak – anak berhubung dengan saya, tambah – tambah dengan mak tiri jahat.
Saya nak ambik hak penjagaan anak dia tak bagi, katanya takut terikut per4ngai mak tiri jahat katanya. Macam – macam dihasut anak – anak saya supaya bencikan mak tiri mereka. Dik4ta mak tiri anak peIacurlah, mak tiri suka pukuIlah dan macam – macam lagi.
Tapi saya tengok hubungan isteri saya dan anak – anak okey je. Malah kadang – kadang anak – anak mengadu jugak pada isteri saya tentang bapak tiri dan sikap mama diorang sekarang. Isteri saya pula lebih pada dengar je tapi tak masok campur.
Lama – lama m4kin teruk min. Bekas isteri saya tu dalam diam pergi canang cerita macam – macam yang buruk pada keluarga saya dan mak – mak saud4ra saya supaya saling membenci. Kadang – kadang dia sengaja nak bagi kami berg4duh.
Saya tanya apa masalah dia dan kenapa tak puas hati tapi dia tak jawap juga. Saya penat min, saya kesian pada isteri. Isteri memang pendiam yang dia tau nangis je pastu cakap okey je. Sekarang kalau balik kampung saya 1 family dan mak saud4ra pulaukan isteri.
Saya kesian. Rase macam nak jumpa Iempang – Iempang jek bekas isteri dulu tu. Saya tak tahu ape dia nak padahal dia dah bersuami yang kononnya lebih baik dan penyayang lebih segalanya dari saya. Kat media social kemain up dia bahagia.
Lelaki beli emas lah apa lah tapi sibuk nak Iaga – Iagakan orang. Apa dia nak sebenarnya. Dulu dia yang mintak saya lepaskan dia, saya tak pahamla min. Pening dah. Terima kasih min saya sekadar meluahkn perasaan.
Komen Warganet :
Anna Hana : Memang ada spesies perempuan macamni. Guna anak nak mintak duit ex laki kononnya nafkah tapi duit kat anak tak pernah cukup. Memang ada ya pompuan camni even dia dah berkahwin lain pun. Bawak je kes ni ke mahkamah mintak hak penjagaan anak biar tengok siapa layak siapa tak. Tapi kalau ko Iembab camni, mer4na isteri ko nanti akibat ex isteri giIa taIak ko tu.
Nur Chombie : Kenapa nak jaga hati dan perasaan ex isteri sedangkn terang – terang isteri sekarang lebih baik dari ex isteri. Jangan bawa balik dulu isteri tu kat kampung. Kalau dah keluarga pulaukan dia. Sebagai suami sepatutnya jaga hati, maru4h dan perasaan isteri.
Untuk keluarga pulak, sepatutnya tanya dulu jangan terlalu percayakan cerita ex isteri tanpa bertanya kepada empunya badan. Sebaik – baiknya jangan masuk campur dalam hal ni. Sebagai bapa, suami dan ketua keluarga kena bijak membuat keputvsan.
Alahai.. kesian la si isteri tu. Sekarang ni ada akta yang boleh digunakan sekiranya ada yang mengganggu kerahmonian rumah tangga. Lagi sekali, kena bjak buat keputvsan.
Hrz Bundle Murah : Bang.. Kena berfikiran bijak sikit jer lagi bang. Ko jangan bagi duit kat bekas bini ko. Kau kene beli keperluan anak – anak ko. Setakat nak bagi duit belanja sekolah dah boleh bagi anak – anak sendiri atau boleh bagiĀ kat mak dia.
Lepas tu kau kene jaga maru4h isteri kau sekarang. Kau kene pert4hankan dia dan perbetulkan hubungan dengan family dan macikĀ – makcik ko tu. Anak – anak tu kau boleh tuntut kat mahkamah bang.
Sunita Jamaludin : Sebijiklah macam ex isteri menantu saya. Dia yang scandaI, dia yang mintak cerai berpuluh kali. Bila dah cerai, suaminya kahwin lain. Dia mer0yan bagai. Anak – anak memang dia tak bagi jumpa daddynya, sampai menantu buat kes mahkamah.
Memang tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Perempuan begini sebenarnya rasa diri dia diva, nak ex suami terus tunggu dia, jangan kahwin dengan sesiapa. Biar dia saja yang bahagia, ex suami biar d3rita. Satu hari Allah akan bagi kifarah juga kat perempuan macam ni. Tunggu dan lihat jelah.
Fiqa Tumiran : Patut tt tangkap gambar masa nampak ex isteri keluar pegang tangan dengan lelaki lain cari bukti kecurangan bagi letak kat makamah nanti nak tuntut anak tu mudah. Lepas tu tepek gambar – gambar tu kat mak saud4ra tt semua baru diorang boleh berfikir sebagai manusia yang berakal sikit.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.