Isteri berskandal dgn budak pejabat. Aku c4bar dia dtg jumpa mak ayah mertua, sekali dia sanggup dtg

Keputvsan harus dibuat petang tu. Aku respect budak tu sebab berani dia datang hadap keluarga isteri aku dan aku. Biras dan ipar aku 2 – 3 orang memang dah ready nak cepuk budak tu. Tapi aku tahan mereka..

#Foto sekadar hiasan. Assalaumualaikum admin, hide profile aku ya, terima kasih. Kisah aku ni tak tahu lah pada aku memang amat menyiksakan. Aku pernah berkahwin sebelum ni, perkahwinan kami amat bahagia. Namun jodoh aku dan dia tak lama, dalam usia perkahwinan aku jejak 5 tahun, isteri aku meninggaI akibat kemaIangan jalan raya.

Untuk pengetahuan pembaca, aku bercinta dengan arw4h isteri aku dari sekolah menengah lagi. Dah macam – macam yang kami lalui, susah senang. Banyak kali juga kami hampir berpisah kerana orang ketiga tapi dengan kuasa Allah, dapat juga aku diijabkabulkan dan mempunyai 2 orang anak. Alhamdulillah. C

uma Jodoh kami tak panjang. Dia meninggaI pada Tahun 2008, waktu tu anak anak aku masih kecil lagi. Seorang berumur 4 tahun dan sorang lagi umur 3 tahun. Kesian kat anak – anak aku. Nak dijadikan cerita, meranalah juga aku dalam 7 – 8 bulan. Sasau aku dibuatnya.

Yang aku kesalkan beberapa bulan sebelum isteri aku meninggaI aku banyak habiskan masa aku main motor hingga balik rumah jauh malam. Dah tebiat agaknya. Sampai aku kurang beri perhatian pada arw4h isteri aku. Lepas isteri pergi aku jadi suram, jadi blur tak tahu nak buat apa tambah agi dengan dua orang anak yang masih kecik.

Satu hari aku didatangi saud4ra aku yang agak kesian melihat aku dan anak – anak tidak terurus. Dia mencadangkan supaya aku bernikah dengan saud4ra terdekat. Mula – mula aku menolak sebab aku agak khuatir tentang hubungan baru aku akan menjejaskan anak – anak.

Setelah aku berfikir betul – betul aku pun setuju dengan cadangan mereka. Aku hanya fikirkan anak – anak yang perIukan kasih sayang seorang ibu. Rupanya calon tu ada pangkat anak saud4ra aku sendiri. Mula – mula aku agak skeptikal, takkan lah umurnya yang muda baru awal 21 tahun nak kahwin dengan aku yang dah 31 tahun. Jarak 10 tahun tu.

Mungkin disebabkan dia diasuh oleh keluarga yang baik – baik. Dia menerima aku dengan sepenuh hati, terharu aku lihat dia melayan anak – anak aku. Anak – anak aku pula pada mulanya macam tak suka tapi lama kelamaan mereka dah boleh terima isteri aku.

Nampaklah yang mereka bahagia sama macam waktu arw4h ada dulu. Ok lah, diam tak diam selama 10 tahun usia perkahwinan kami dan telah dikurniakan seorang puteri. Dari anak – anak aku kecil, sekarang semua dah besar panjang.

Aku bekerja tungkus lumus untuk keluarga aku. Hasil kerja kuat aku selama ni aku telah dinaikkan pangkat yang agak tinggi juga lah tapi masa pulak menjadi sempadan hubungan dengan isteri aku. Susah sebenarnya nak balance kan dua – dua, aku kerja kuat pun untuk keluarga jugak bukan berpoya – poya.

Aku dah takde hobi naik motor ride dengan kawan – kawan. Aku bukan tak luangkan masa langsung, setiap hujung minggu atau cuti mesti aku bawa mereka berjalan atau membeli beIah. Nak kirakan agak mewah jugalah aku layan anak dan isteri aku.

Isteri aku tu penjawat awam, dalam 2 – 3 tahun ke belakang ni dia agak sibuk. Aku pun pernah tengok kerja dia, memang str3ss lah. Balik rumah lewat hari, kadang – kadang sampai pukuI 8 – 9 malam baru tiba rumah. Kalau hari Sabtu dan cuti umum jangan cakap lah, memang ke office sahaja dari pukuI 9 hingga 6 petang.

Hanya hari Ahad je dia dapat luangkan masa dengan aku dan anak – anak. Selalu juga aku berg4duh dengan dia tentang kerjanya, bukan aku tak pernah ikut dia ke pejabat, kadang – kadang dah macam berkampung kat surau office dia.

Lama – lama aku pun malas nak ikut dia lagi. Aku pun ada tuntutan kerja di site. Tapi kebelakangan ini aku macam syak sesuatu kepada dia. Bermula masa hari raya, aku tak sengaja ternampak whatsaap notification, “Sayang buat apa tu.” Hati aku berd3rau.

Aku bukan tak pernah cek handphone dia tapi dia pandai sembunyikan. Cuma mungkin hari tu tuhan nak tunjuk dekat aku kan. Berg4duh juga lah aku Raya kedua tu, alasan dia cakap budak lelaki tu memang panggil staff perempuan kat situ dengan panggiIan sayang lah, kodok lah, macam – macam lah.

Sebab dia seorang je staff lelaki kat department tu. Konon memang manja lah, kata isteri aku. Dia sampai tunjukkan perbualan WhatsApp group antara mereka, memang macam tu lah komunikasi mereka semua. Aku pun tak faham sebenarnya, aku lagi lah mampir 17 tahun kerja, takde plak aku nak bersayang – sayang dengan staff perempuan pejabat aku.

Dan bidang tugas aku banyak juga aku berurusan dengan permpuan, janda pun banyak, cuma aku sematkan dalam hati, kita kerja secara professional, jangan libakan personal dalam kerja. Sebenarnya aku kenal dan kira kawan juga dengan budak tu.

Aku tak terfikir selama ni dia banyak bantu isteri aku dalam kerja harian, isteri aku ni macam tak pandai berdikari sangat, selalu mengharapkan kawan dia yang lelaki tu. Tahulah kalau office banyak staff perempuan ada macam berpuak – puak pulak.

Jadi isteri aku ni mungkin lama – lama jatuh cinta dengan budak lelaki tu. Sehinggalah minggu lepas dia berani cakap yang dia tak boleh lupakan budak tu dan budak tu juga beriya nak aku lepaskan isteri aku. Aku buntu sekarang.

Ada sekali tu aku ugvt budak tu supaya datang bersemuka dengan aku dan jumpa mak ayah isteri aku. Aku ingat nak buat perhitungan dengan dia. Jika isteri aku betul – betul nak kan dia. Keputvsan harus dibuat petang tu.

Isteri aku menangis – nangis cakap tak boleh lupakan aku dan dalam masa yang sama tak boleh lupakan lelaki tu. Aku respect budak tu sebab berani dia datang hadap keluarga isteri aku dan aku. Biras dan ipar aku 2 – 3 orang memang dah ready nak cepuk budak tu.

Tapi aku tahan mereka, aku kata budak ni memang gentle nak selesaikan masalah, kalau tak takkan dia sanggup datang serah tengkuk. Persoalannya min. Apa yang aku nak buat. Aku sayang isteri aku tu. Saban hari aku dan keluarga pujuk dia lupakan budak tu.

Dia setuju tapi bila aku takde kat rumah dia cakap tak boleh lupakan budak tu. Aku dalam dilema min. Anak – anak aku dah besar. Aku pun tak sanggup nak kahwin lagi.

Komen Warganet :

Sheila Abdul Hisham : Report kan budak lelaki tu kat atasan dia dan buat report polis kerana mengganggu rumahtangga orang. Selain tu cuba ikhtiar cara perubatan tradisional, kita taknak menuduh yang bukan – bukan tanpa barang bukti, namun ikhtiar tak salah.

Hal ni memang berat bagi lelaki sebab melibatkan maru4h diri dan aqidah, orang takkan masuk rumah kita kalau kita tak jemput dan bukakan dia pintu, melainkan pencer0boh dan pencuri, ajak isteri tu pergi bersama ke majlis majlis ilmu, luangkan masa untuk bersama melakukan solat berjemaah.

Isteri dah terlalu jauh melangkah hingga terpesong ke jalan yang salah. So tt bimbing dia semula balik ke pangkal jalan kembali kepada fitrah, fitrah diri tu adalah isteri orang yang harus menjaga maru4h diri dan tak sepatutnya berjantan lain.

Ann Ann : Awak suami. Beli hati dia balik. Ada kemungkinan hati dia kosong. Sebab jarang bersama awak. Rajin – rajin solat berimam bersama dia. Banyakkan berdoa agar dipanjangkan jodoh bersama isteri. Sentiasa romantik dengan dia agar dia rasa disayangi dan dihargai.

Hati perempuan mudah cair dengan kasih sayang. Mintak dia luangkan masa bersama – sama. Kesilapan mungkin dari kita yang kadang – kadang kita tak perasan. Kalau masih sayang plz lakukan yang sebaiknya.

Tiara Ashikin : Saya rasa encik kena buat solat istikhrah. Solat hajat. Bangun pukuI 3 pagi. Sungguh – sungguh mintak pertolongan Allah. Tunjukkan kebenaran. Mintak bantuan Allah untuk selamatkan rumah tangga. Mohon pada Allah sesungguh – sungguhnya.

Kadang – kadang Allah nak jentik hati kita supaya kite mengadu dan dekat dengan Allah. Ingat, Allah yang pegang hati pasangan kita. InsyaAllah yakin dengan Allah. Cakap dengan isteri bagi encik masa 3 bulan untuk fikir, tapi encik try buat solat hajat, istikharah dan taubat.

InsyaAllah, Allah akan bantu encik cari jalan keluar. Yakinlah pada Allah, inshaaAllah, Allah akan selamatkan rumahtangga encik. Jangan putvs asa. Sesungguhnya rahmat Allah tu luas. Semoga rumahtangga encik dan isteri kekal bahagia, harmoni sampai Syurga Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.