Ibu sanggup tipu s4kit str0ke konon tak mampu jalan sebab nak dapat duit JKM

Aku ada 8 orang adik beradik dan ayah dah meninggaI dunia. Tinggal ibu je yang sara kami tapi dia ada s4kit kr0nik. Sem4kin lama duit simpanan arw4h ayah m4kin sikit. Ibu berpura – pura str0ke tak boleh bangun nak dapatkan duit ‘h4ram’. Aku takut nak guna sebab duit tu masuk dalam bank aku, aku takut kena penjara..

#Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum. Aku seorang gadis yang berasal dari selatan tanah air. Aku mahu minta pendapat dan pandangan dari para pembaca. Khususnya pegawai – pegawai dari JKM atau siapa – siapa yang seangkatan dengan nya.

Maaf jika cerita aku berterabur. Aku tak pandai menulis. Aku berasal dari keluarga berpendapatan B40. Tak kaya tetapi tak juga miskin. Cuma jika ada makanan, aku sangat bersyukur. Begini, ibu aku seorang ibu tunggal. Bercerai m4ti.

Dan arw4h ayah ada tinggalkan sedikit simpanan yang tak seberapa. Ibu cuma keluarkan RM500 setiap bulan kerana khuatir wang ayah sem4kin susut. Aku mempunyai 8 orang adik beradik. 4 orang sudah bekerja. Wang kerja cuma mampu menampung hidup mereka sahaja.

Masing – masing bekerja sendiri. Kalau jualan laris adalah duit. Jika tidak, tunggu jualan esoknya pula. Jika ada rezeki lebih maka kami dapatlah makan besar. Kami semua tinggal bersama ibu. Manakala, 4 lagi masih bersekolah menengah dan sedang menganggur.

Aku lah anak yang sedang menganggur. Aku belajar cuma sampai PMR kerana tidak sanggup ke sekolah tanpa wang poket. 2 orang adik terlibat dengan n4jis d4dah tetapi sering pulang ke rumah untuk minta duit. Seorang lagi kakak sudah menjadi sangat sosiaI sering bertukar lelaki.

Seorang lagi kakak jarang pulang ke rumah. Hanya pulang untuk makan dan tidur kerana sering berada di rumah keluarga angkat. Seorang lagi abang yang menganggur bekerja sebagai penyeluk saku. Seorang lagi abang setelah dibuang sekolah beliau bekerja di kelab malam.

Begitulah sedikit sebanyak menggenai adik beradik aku. Dipendekkan cerita. Ibu aku sem4kin kesempitan wang. Mana kan tidak sempit. Ibu ada s4kit kr0nik yang memerIukan ibu berulang alik ke hospitaI untuk ambil ubat, ambil d4rah, jumpa doktor, melakukan beberapa TEST di hospitaI.

Rumah kitorang jauh dari pusat bandar. HospitaI sangatlah jauh. Tambang kereta saja sehari mencecah RM100. Ibu mendapat bantuan wang JKM dan ZAKAT. Tetapi masih tidak mencukupi. Ibu mesti bayar bil air api, sewa rumah, sewa motor jiran, bil rawatan ibu lagi.

Tambahan wang makan kami juga sering dicatu. Akhirnya, ibu berpura – pura str0k tidak boleh bangun atau berjalan. Hanya keluarga terdekat sahaja tahu hal sebenar. Ini berlaku kerana segala kesempitan ini. Ibu tidak mahu anak – anaknya kelaparan.

Ibu cuba cukupkan keperluan kami. Wang tersebut hasil dari ibu menipu str0k. Masalah sekarang, keluarga aku makan duit hasil h4ram. Aku takut dengan wang ini kerana ibu menggunakan nama aku dan bank aku. Aku tahu niat ibu tidak mahu kami kesempitan.

Tetapi ini wang hasil menipu. Ya. Ibu memang s4kit kr0nik. Ibu mempunyai lebih dari 6 peny4kit. Ditambah pula usia ibu menjengah usia warga emas. (Ibu lahirkan anak – anak lewat kerana kahwin lambat). Tetapi masih mampu berjalan dan melakukan hal – hal lain.

Setiap hari aku sem4kin cemas. Aku juga membelanjakan wang itu untuk keperluan sekolah adik adik aku. Keadaan mem4ksa aku untuk menggunakan wang h4ram itu. Aku tiada pilihan. Aku tidak mahu ke penjara. Aku masih muda.

Setiap hari aku dihantui rasa takut. Tetapi apa pilihan yang aku ada? Tetapi aku memerIukan wang. Apa pendapat kalian? PerIukah aku berterus terang hal sebenar kepada pegawai JKM? Atau terus menggunakan wang ini? – Unknown (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azwa Ghazali : Kerjalah dik. Banyak peluang kerja kat luar tu. Bantulah mak awak. Mak tu dah tua, sepatutnya anak – anak yang jagakan dia. Bagi mak berehat sementelah mak sendiri pun memang tak sihat. Pada abang awak tu, nasihatkan dia.

Penyeluk saku itu adalah perbuatan jen4yah bukan pekerjaan. Pada kakak, kalau dia dah ditegur dan tidak mahu berubah, doakan dia. Kalau kahwinkan dia pun tapi kemudian hari masalah? Silap – silap bertambah masalah kena tanggung laki dia.

Sesuatu yang tak kena. Solatlah dik. Mohon keampunan pada Allah. Kita ni, manusia sering kali melakukan kesilapan. Moga awak nampak jalan penyelesaian untuk keluarga awak. Aamiin.

Icad Dya : Apa yang perlu kau buat ? 1. Report polis, humban abang kau penyeluk saku tu masuk penjara. Jimat dah 1 tanggungan.

2. Humban abang ko pen4gih d4dah tu ke pusat serenti. Jimat lagi 1 tanggungan.

3. Kawinkan kakak ko yang bertukar jantan tu. Jimat lagi 1 tanggungan.

4. Ko pergi la cari kerja. Buat bisnes online ke. Jangan dok bertenggek kat umah. Mak ko pon bukannya str0k.

5. Nasihat mak ko stop menipu str0k. Jangan makan duit h4ram. Mintak maaf kalau aku cakap, anak 8 orang masing – masing tak boleh harap, mesti ada sesuatu yang tak kena. Dari segi keberkatan rezeki. Cuci balik rezeki keluarga kau tu.

6. Jaga hubungan dengan Allah. Solat 5 waktu jangan tinggal. Amalkan solat sunat dhuha setiap hari. Insyallah rezeki keluarga ko bertambah. Rezeki ni bukan dari duit. Tapi anak yang baik, cantik akhlak tu semua rezeki.
Akhir kata, aku doakan keluarga ko murah rezeki dan diberi keberkatan oleh allah.

Akrima Abu Bakar : Bagus dah ade rasa simpati pada ibu dan rasa bersalah guna duit hasil menipu tapi tak jadi ape kalau masih dok tang tu jugak. Pergi lah kerja, kalau awak lelaki kumpul modal beli mesin rumput ke, buat kerja p0tong rumput kalau rajin banyak la jugak hasilnya.

Carilah kerja apa – apa pun janganlah dok rumah harapkan ibu yang dah tua tu. Banyak je kerja yang tak perIukan sijil tinggi. Awak bujang kan, kalau gaji satu kerja tak cukup, kerja la part time kt mana – mana pulak. Jangan jadi sama tak guna macam adik beradik lain yang bermasalah tu..

Heyy Anis : Anak yang boleh berfikir macam kau, pergi cari kerja. Walau kau cuma ada PMR je, takpe. Mesti ada kerja walaupun kerja biasa – biasa, asalkan dapat pendapatan berkat. Aku tak salahkan mak kau atas apa dia buat sebab dia dah tak ade pilihan lain disebabkan anak – anak yg ada tak boleh diharap. Semoga Allah permudahkan urusan korang sekeluarga.

Zila Azman : Inilah dinamakan anak ramai yang tak ada kualiti. Hanya kuantiti je tak boleh pakai. Baik anak sikit dengan kualiti. Sedih sangat baca kisah keluarga awak ni dik. Ikut la komen dari kakak – kakak dan abang – abang dalam ni yang bermanfaat. Semoga ada sinar bahagia dan rahmat untuk awak sekeluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.