
Lepas graduasi, saya telah pun di ‘blacklist’ oleh bank kerana gagal bayar hutang yang ibu buat atas nama saya. Baru – baru ni ibu nak buat lagi pinjaman dan suruh saya bayar. Bila saya berkeras tak nak tolong ibu fitnah saya pada adik beradik yang lain.
#Foto sekadar hiasan. Kisah 1 : Hutang. Derh4ka Pada Ibu. Assalamualaikum dan salam Sejahtera. Tujuan saya kongsi cerita ni bukan sebab nak memburukkan orang. Tapi sebab saya rasa sangat tersiksa tanggung d3rita ni sorang – sorang.
Saya tak suka buka aib keluarga apatah lagi nak memburuk – burukkan orang yang saya sanjung dan sayang. Saya ada seorang ibu dan arw4h ayah telah meninggaI 20 tahun yang lepas. Saya sayangkan ibu saya dan saya selama – lamanya akan horm4ti dan bersump4h akan tunaikan kewajipan saya sebagai seorang anak.
Tambahan pulak sebagai anak lelaki dan beragama Islam. Memang saya titik beratkan tanggung jawab dalam hidup saya. Sejak arw4h ayah meninggaI dunia, ibu saya terp4ksa menyara 6 orang anak dan 5 orang yang masih bersekolah.
Abang sulung saya baru saja lepas SPM pada waktu itu dan ibu juga yang tolong abang saya mula – mula belajar berdikari. Saya pada waktu itu masih darjah satu. Alhamdulillah sekarang semua adik beradik saya sudah berkeluarga kecuali saya.
Memang jasa ibu saya tak dapat nak baIas sampai j4sad saya kembali ke tanah. Tetapi saya punyai masalah dan saya betul – betul bingung dan hampir putvs asa kerana masalah saya melibatkan tanggungjawab sebagai seorang anak.
Saya mempunyai pekerjaan yang baik (alhamdulillah). Tetapi ibu saya seringkali meminta duit berkali – kali dalam sebulan sehinggakan saya sendiri tiada simpanan dan abaikan hutang piutang saya. Pada zaman belajar, saya pernah membantu ibu untuk membuat pinjaman bank dengan menggunakan nama saya dan kakak saya dengan perjanjian antara kami sekeluarga, ibu janji yang akan membayar bulanan.
Namun disebabkan terlalu percayakan ibu kami reIakan sahaja atas niat menolong ibu sendiri. Tapi setelah 4 tahun dan saya telah bergraduasi saya telah pun di ‘blacklist’ oleh bank kerana gagal membuat pembayaran dan tunggakkan hutang sehingga mencecah RM23,000.
Sewaktu itu hati saya berkec4i kerana saya masih ada lagi hutang dengan PTPTN dengan jumlah yang hampir sama. Tetapi itu kisah 3 tahun lepas ketika saya baru bergraduasi. Saya tak boleh minta ibu bayar kembali kerana saya tahu ibu tidak punyai wang dan saya redha dan berserah dan cuba membuat simpanan sendiri untuk langsaikan hutang itu.
Namun ianya tidak berakhir sampai di situ saja. Ibu saya masih bergiat aktif dengan perniagaan MLM dan selalu membuat pinjaman dengan agensi luar. Kini ibu saya telah menggunakan nama kakak sepupu saya pula dan telah menyusahkan kakak sepupu saya dan menyebabkan kakak sepupu dan suaminya sering bertelagah kerana hutang ibu.
Kakak sepupu terp4ksa menghubungi saya untuk meminta saya membantu melangsaikan hutang piutang. Saya janji pada kakak sepupu untuk membantu melanaskan hutang itu sedikit demi sedikit. Di samping itu juga, ibu saya seringkali meminta wang dan janji untuk memulangkan pada saya namun tak pernah pulangkannya.
Saya tak kisah, kalau ibu pinjam duit saya memang saya takkan minta untuk pulangkan. Tapi saya juga manusia marhaen, saya juga perlu wang untuk lunaskan hutang piutang. Kadang – kadang sebulan saya terp4ksa beri hampir seribu ringgit sebulan pada ibu dan dalam masa yang sama adik beradik saya turut memberi apa yang termampu.
Disebabkan saya anak yang bekerjaya, sayalah tempat ibu saya meminta. Saya bukanlah seorang yang kaya raya. Sejak 4 tahun bekerja saya masih tidak punyai kereta kerana saya tak boleh membuat pinjaman atau menyimpan untuk membeli kereta.
Di samping itu saya sehingga kini belum mampu menyimpan duit nak membayar habis hutang dengan bank dan nama saya masih disenarai hitam. Saya kadang – kadang berasa putvs asa dan ingin berhenti kerja dan duduk saja di rumah kerana saya betul – betul risau akan situasi yang menimpa saya.
Kini saya telah laIi dengan teknik – teknik ibu saya minta duit. Bila saya tak beri macam – macam penipuan dia berikan sehingga saya tak sampai hati untuk tidak memberi wang dan walaupun saya tahu saya di tipu saya tetap beri juga wang kepada ibu.
Pernah beberapa kali ibu menipu saya dengan pura – pura s4kit dan meminta saya wang yang terlalu banyak yang saya rasa must4hil pihak kIinik minta. Pernah saya minta untuk berikan resit bayaran tapi ibu pura – pura merajuk dan sering mengungkit akan peng0rbanan yang beliau beri sewaktu kami masih kecil.
Ya Allah, saya tak pernah lupa peng0rbanan ibu saya, tetapi sekarang saya sendiri dah tak ada haluan hidup. Sampai sekarang saya lupakan niat untuk berkahwin kerana fikirkan ibu saya. Saya betul – betul kecewa dengan apa yang berlaku dan saya rasa tidak berguna saya untuk terus bekerja.
Saya tak pernah ceritakan masalah ini pada mana – mana sahabat saya. Rapat atau tidak, hanya adik beradik saya yang tahu berkenaan masalah saya dan sifat b0ros ibu saya. Sepanjang saya kecil, saya akui memang ibu sangat manjakan saya.
Saya anak kesayangan kerana hanya saya yang sampai ke menara gading. Memang ibu banyak berk0rban untuk saya. Jadi, sebab itu hubungan saya adik beradik tidak akhrab. Kakak saya yang terdekat membenci saya.
Katanya saya selalu menyusahkan ibu ketika saya masih belajar. Katanya saya yang paling suka meminta duit pada ibu sehingga ibu meminta duit pada adik beradik saya yang lain. Ya Allah, saya setiap semester, saya ada duit PTPTN.
Bila masuk semester baru, terus ibu tanya saya adakah duit PTPTN sudah masuk? Memang ibu suka pinjam duit PTPTN saya sewaktu saya belajar. Tapi duit PTPTN saya ibu saya bayar balik kerana PTPTN saja sumber wang saya untuk makan dan hidup di universiti.
Masa zaman belajar juga saya rajin ikuti program – program universiti yang memberikan wang ganjaran kepada yang menyertai. Kadang – kadang saya juga buat kerja sambilan di koperasi dan gerai di dalam kampus. Jadi saya punya wang saya sendiri.
Memang saya tak nafikan, ada masa saya juga ada mintak tolong ibu untuk pinjam wang, tapi saya boleh kira berapa sangat duit yang saya biasa pinjam. Pernah sekali abang sulung saya telefon marah – marah pada saya kenapa kerap minta mak saya duit.
Walhal sebenarnya, ibu saya selalu pinjam duit PTPTN saya ketika itu dan kebiasaan ibu beri duit untuk bayar kembali wang PTPTN. Paling terbaru, ibu saya ada buat pinjaman duit. Saya yang memang arif akan per4ngai ibu luahkan tidak setuju akan tindakan ibu.
Ibu masih ada pinjaman dengan kakak sepupu, kalau ibu ambil satu lagi pinjaman, bagaimana ibu ingin bayar hutang tersebut? Namun ibu berdegil dan tetap membuat pinjaman. Pinjaman ini merujuk kepada pinjaman yang dibuat awal tahun 2015 dan pinjaman yang diambil dengan nama dengan kakak sepupu juga pada bulan yang sama.
Akibatnya, ibu tak mampu untuk membayar hutang beliau dan hutang kakak sepupu. Jadi kakak sepupu meminta saya tolong lunaskan hutang yang beliau ambil untuk ibu. Dan ibu juga mengharap saya untuk menolong beliau juga.
Ya Allah, walaupun saya kerja bergaji besar, namun saya masih ada hutang bank yang ibu pinjam atas nama saya yang belum lunas. Jadi, total hutang ada 3 dan semua mengharap saya seorang untuk bayar. Buat pertama kali saya berkeras untuk tidak mahu tolong ibu.
Saya janji pada kakak sepupu untuk menolong beliau melangsaikan hutang ibu. Saya dalam masa yang sama akan fokus simpanan saya untuk hutang bank yang telah blacklistkan nama saya dan kakak. Perkara yang saya sangat terk3jut dan menggugat keimanan saya apabila ibu menyalahkan saya dan menuduh saya Anak Derh4ka dan mengh4sut adik beradik saya dan menfitnah menyatakan hutang – hutang itu untuk saya.
Ya Allah! Sungguh tak sangka Ibu saya sanggup mengfitnah saya sampai begitu sekali. Jujur saya katakan yang saya betul – betul kecewa dengan apa yang berlaku. Sekarang sudah setahun saya tidak balik ke kampung dan hati saya masih tawar untuk menerima perbuatan ibu.
Alhamdulillah saya masih punyai seorang kakak no.3 yang faham akan hal sebenar dan sering menyokong saya dan beri kata – kata semangat. Hanya dia saja seorang faham situasi saya. Dalam masa yang sama, adik beradik saya yang lain pakat pulaukan saya dan menuduh saya anak derh4ka. – Anak Derh4ka
Kisah 2 : Terbeban Dengan Hutang Ayah 20 Tahun. Konon nak bantu ayah buat pinjaman untuk modal berniaga. Tapi akhirnya kau terp4ksa tanggung beban hutang, sehingga duit isteri jadi m4ngsa. Sampai isteri pernah menangis cakap dia tak redha sebab duit tu kalau berhabis untuk mak ayah dia atau anak – anak, dia tak kisah. Tapi kami tak merasa sesen pun..
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Aku confess sebab harap sangat dapat pendapat mereka yang ahli dalam bidang ni. Mohon cadangan yang baik – baik sahaja, ya. Ok perkenalkan, aku F. Lelaki. Usia 30-an dan dah berkahwin.
Seperti tajuk di atas, ya aku telah ‘ter’buat loan beberapa tahun lalu, sejak mula – mula berkerja. Semuanya demi ayah aku yang aku sayangi. Ayah merancang untuk berniaga dengan beberapa orang kawan. Dan memandangkan aku mendapat kerjaya yang agak stabil, jadi ayah menyuruh aku keluarkan sejumlah modal buat dia.
Niat aku untuk berbakti pada ayah, dan aku fikir inilah masanya. Aku siap survey tapak berniaga, buat name card apa semua. Loan lulus. Kesilapan terbesar aku yang aku sesali sehingga kini ialah aku menyerahkan SEMUA duit pada ayah bulat – bulat, kerana mempercayai ayah dan kawan – kawannya.
Bukan sedikit. BERATUS RIBU. By hand sahaja. Tanpa melihat proposal bussiness mereka atau apa. Seminggu lepas tu, aku mula rasa tak sedap hati. Sebab bisnes tak jalan pun. Bila ditanya, duit tu HABIS diberi pada kawan yang kemudian lesap! Aduh.
Nak gugur jantung aku dibuatnya. Bulanan sahaja seribu lebih! Boleh buat duit beli rumah untuk mak ayah aku (mak ayah aku masih hidup berpindah randah menyewa, rumah sendiri takde lagi). Hubungan aku dengan ayah m4kin renggang selepas tu.
Lebih – lebih lagi bila ayah buat tak tahu, macam takde apa yang berlaku. S4kitnya aku, sebab aku menanggung hutang tu seorang diri. Yelah, ayah cuma bekerja sebagai jaga. Dengan kos sara hidup di kotaraya, memang menc4bar juga.
Masa tu masih belum kahwin. Kawan – kawan ayah entah ke mana. Puas aku cuba jejak melalui ayah, tapi bila ayah pun tak beri kerjasama, memang tak berhasil. Dan kini, sudah hampir 7 tahun aku menanggung hutang tersebut.
Tunggu anak – anakku dah habis sekolah baru langsai agaknya. Isteri aku memang aku mahu dia asuh anak – anak di rumah. Walaupun dia mampu untuk jadi wanita berkerjaya. Alhamdulillah, pendapatan isteri yang bekerja sambilan pada waktu malam dapat tolong aku sedikit sebanyak untuk c0ver mana yang lompong.
Kehidupan kami suami isteri memang simple. Isteri sedaya upaya untuk masak setiap hari walau sibuk dengan tugas di rumah dan anak – anak kecil. Lauk yang dimasak kadang – kadang bertahan untuk 2 hari. Aku pula lunch maggi di ofis.
Jika ada rezeki orang belanja makan atau jamuan di ofis, dapatlah aku makan nasi waktu tengahari. Pakaian aku dapat free bila ada event, aku jadikan pakaian bila ke site. Selagi tak lusuh atau k0yak rabak, selagi tu kami masih pakai.
Anak – anak pun begitu. Alhamdulillah, isteri dapat bersabar dan menerima keadaan aku seadanya walaupun kadangkala dia mengeluh keletihan. Kadang – kadang, kami berg4duh juga sebab duit. Dan sehingga kini, macam – macam yang aku dan isteri lakukan secara sambilan asalkan boleh mendapat rezeki yang halal.
Seolah – olah kami berkerja 24 jam sehari. Penat memang penat. Tapi hidup begini bersama isteri dan anak – anak tidaklah aku keluhkan sangat. Cuma yang buat aku sangat terkilan, bila aku lihat keluarga aku membelanjakan duit sewenang – wenangnya.
Makanan ayah, mak dan adik aku sahaja mencecah seribu lebih sebulan! Mereka hanya bertiga. Pendapatan ayah dan adik aku melebihi gaji aku dan isteri sebulan, tapi mereka sentiasa mengeluh tak cukup. Malah membebankan aku pula yang sedia terbeban.
Sampai ayah terp4ksa pinjam dengan kawan – kawan. Aku rasa ini semua sebab perancangan kewangan yang tak betul. Minyak untuk ulang alik hantar adik aku ke tempat kerja sahaja RM 700+ sebulan. Aku dah cadangkan macam – macam cara alternatif untuk jimatkan pengeluaran duit, tapi ada saja yang tak kena.
Suruh naik bas, tak nak. Suruh ambil lesen biar boleh memandu sendiri, taknak. Mak ayah aku pun turutkan saja per4ngai mengada – ngada adik aku. Sampai naik lemak. Umur dah nak menjangkau 30 tahun, dah patut jadi mak orang.
Tapi per4ngai manja tak bertempat. Dahla kuat meIawan kata – kata aku jugak. Dan mak dan ayah juga masih begitu. Hidup m4kin susah tapi makanan mesti mewah. Aku pun tak faham prinsip begitu. Akibatnya, aku dan isteri yang makan hati berulam jantung.
Ayah memang ada bayar hutang tu tak sampai separuh. Banyak yang mengelak. Bayar kadang – kadang tak cukup. Yang jadi m4ngsa duit isteri. Sampai isteri pernah menangis cakap dia tak redha sebab duit tu kalau berhabis untuk mak ayah dia or anak – anak, dia tak kisah.
Ni untuk hal yang kami sendiri tak rasa sesen pun. Orang sekeliIing pun pandang ser0ng pada kami suami isteri sebab kenapa biarkan mak ayah hidup susah sampai sekarang sedangkan aku bergaji besar (kononnya). Isteri pula yang jadi m4ngsa fitnah konon sejak berkahwin dengan aku, dia yang control semua gaji aku.
Sedangkan bila aku dapat gaji atau bonus sikit pun dia tak pernah tanya. Dan keluarga aku seolah – olah mengiyakan kata – kata orang sekeliIing yang kami tak pedulikan mereka. Sedangkan kalau susah, kamilah yang dicari.
Tapi bila kami cuba untuk minta difahami, diperlekehkan saja. Kami masih ada anak – anak yang masih kecil. Sampai sekarang, simpanan untuk anak tak boleh nak buat sebab tak cukup. Kalau ada pun orang beri pada anak – anak, mesti duit tu kami terp4ksa dahuIukan.
Macam mana caranya supaya aku dapat selesaikan hutang tu tanpa rasa terlalu terbeban. Duit tu memang aku tak guna langsung. Dan cara nak bagi mak ayah dan adik aku faham situasi sekarang ni. Duit bukan segala – galanya tapi segala – galanya perIukan duit.
Jangan membazir meIampaui batas sedangkan hutang ayah masih ada. Jenuh aku dan isteri nasihat tapi macam tak makan saman. Aku taknak sampai hubungan jadi sem4kin dingin antara isteri dan family aku. Harap dapat komen – komen yang membina. Thanks guys. – F
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.