Ibu layan isteri aku mcm binatang masa pantang, sehinggalah nurse dtg tengking ibu sebab isteri aku dah teruk

Aku sayang keluarga mentua sebab mereka layan aku macam anak kandung. Ibu aku pilih kasih sebab aku paling b0doh dalam adik beradik, kerja cleaner. Selama ni ibu tak ambil peduli pasal aku, tapi bila isteri bersalin, ibu sibuk datang rumah aku konon nak jaga isteri pantang. Tapi tak sangka, isteri aku diperlakukan sebegitu rupa..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Yami. Aku terlalu penat pendam kes4kitan ini. Sejak kecil aku merupakan seorang anak yang b0doh dan lembab. Tidak seperti abang dan adik aku dilahirkan serba serbi bijak. Aku susah nak faham apa yang cikgu ajar.

Aku tak pernah rasa layanan yang penuh kasih sayang dari ibu bapa. Cara orang tua aku melayan anak – anak kegemaran mereka buat aku rasa terpinggir dan menjauh. Tamat sahaja PLKN aku terus keluar dari kampung dan tekad untuk cari kebahagian hidup sendiri.

Sampailah aku bertemu dengan isteri aku. Kami berkawan selama hampir sepuluh tahun dan aku dilayan dengan baik oleh keluarganya. Dia terima aku seadanya yang serba serbi b0doh dan lembab. Dia banyak bagi semangat pada aku untuk aku ubah nasib hidup aku ke arah lebih baik.

Sentiasa bagi moral support dari aku bekerja sebagai seorang cleaner sehingga aku berjaya dapatkan pekerjaan yang baik disebuah syarik4t gergasi dikenali dunia. Selepas dia tamatkan pengajian, dia bekerja dan ajak aku berkahwin.

Tapi ibu aku tak suka sebab dia bukan dari negeri pantai timur. Aku tekad untuk berkahwin dengan pilihan aku kerana aku pun sudah jadi penduduk tetap di selatan. Isteri aku juga ajak teruskan perkahwinan, katanya dia akan usaha untuk ambil hati ibu aku.

Perkahwinan kami bahagia, aman dan sentosa. Rumah sewa aku dengan mentua aku satu taman perumahan ni je. Jadi aku sangat rapat dengan emak kerana dia layan aku seperti anak kandung. Perkahwinan aku sangat mudah, permintaan hantaran sebanyak 7k, tapi semasa hari pernikahan, mentua aku tak minta satu sen pun duit hantaran.

Dia suruh aku simpan duit tu. Allah maha baik. Dia kurniakan aku keluarga mentua yang sangat baik dan mulia. Aku tak pernah rasa layanan sebahagia begini dari keluarga sendiri. Sehinggalah ketika hari berpantang selepas isteri aku melahirkan anak sulung kami.

Sepatutnya mak mentua aku yang jaga isteri aku sebab dia pernah ada pengalaman berpantang em3rgency czer. Ketika ini isteri aku berada dalam keadaan kemurungan memandangkan ketika nak bersalin, isteri aku dah positif untuk lahirkan anak secara normal.

Malah bukaan sudah buka 8cm, tapi apakan daya, anak dalam perut mengalami komplikasi fetal distress. Isteri aku rasa down sangat ketika ini. Tiba – tiba keluarga aku datang dari kampung. Emak dah sediakan tempat berpantang isteri aku di bawah memandangkan isteri aku sukar untuk naik tangga ke bilik atas.

Kehadiran keluarga aku secara meng3jut dan tidak diundang menimbulkan kesukaran untuk emak mentua menjaga anak sulungnya berpantang. Emak terp4ksa jalan kaki ulang alik dari rumah dalam 10 minit untuk bawa makanan berpantang setiap hari.

Ibu aku menyuruh isteri aku duduk di atas, isteri aku akur. Iuka czer mula terbuka kerana tiada siapa datang jenguk isteri aku di bilik atas yang mengalami kesukaran untuk duduk dan bangun. Dia hanya terbaring tanpa bayi di sisi.

Aku pula bekerja shift pagi minggu tu. Ibu hanya naik ke bilik untuk minta susu yang dah siap di pump. Isteri aku dilayan seperti Iembu. Tiada makanan, tiada orang datang tanya khabar. Hanya mengharap emak datang jalan kaki tengah panas hantar makanan.

Rumah mak mentua aku banyak kucing belaan abah. Terp4ksa berpantang di rumah sewa sendiri sebab takut bayi ada alahan dengan bulu kucing. Isteri aku sem4kin kemurungan dan tersiksa. Nurse datang melawat terk3jut melihat jahitan isteri aku mula terbuka sebab tiada aliran d4rah.

Dia hanya terbaring seharian tanpa ada pergerakan. Bayi aku juga tidak dapat disusukan secara direct kerana keluarga aku taksub dengan cucu sulung mereka. Nurse sempat sound dan tengking ibu bapa aku kerana biarkan menantu di atas keseorangan dan pump susu di awal kelahiran.

Sungguh merugikan bonding time si ibu dan anak. Sejak dari kes itu sem4kin banyak kisah yang meny4kitkan hati. Saban tahun isteri aku makan hati dengan layanan keluargaku. Tapi dia memilih untuk diam sabar dan senyum dan terus mengambil hati.

Masuk tahun ke empat, isteri aku memilih untuk diam dan menjauh dari keluarga aku kerana terasa hati yang amat dasyat. Kesihatan mentaI dia sem4kin terjejas. Aku juga memilih untuk menghilangkan diri dek kerana sedih dengan kata – kata ibu aku dan abang aku yang sering masuk campur dalam hal rumahtangga aku.

Tapi pihak mereka sering datang ke rumah sewa kami untuk menyer4ng dan meny4kitkan hati kami suami isteri. Isteri aku hilang kawalan, hist3ria dan menjerit – jerit suruh abang aku pulang dan berhenti dari berkata – kata kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut abang aku penuh dusta dan cukup lidah bercabang putar belit cerita.

Setiap kali dia datang untuk cari pasal di rumah, isteri aku akan str3ss sehingga mengalami pend4rahan. Sekarang isteri aku sedang hamil anak ke dua kami selepas keguguran tiga kali sebelum ni. Pihak keluarga aku minta kami cerita punca kenapa kami berdua menghilangkan diri.

Block media social dan nombor phone. Setiap luahan kami, akan dibaIas dengan kata – kata penuh tipu dusta. Benar kata orang, cakap dengan orang takde perikemanusiaan ni memang buat kite bertambah s4kit hati. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah DIAM dan bawa diri.

Teruskan hidup di tempat yang orang hargai kita. Segala cerita yang diputar belit dan dicanang di kampung tu aku hanya mampu berserah pada Allah. Sesungguhnya Dia maha mengetahui. – Yami (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Norizan Mamat : Salam, betul la tu lari jangan jumpa jumpa dah. Makcik sokong tindakan isteri confessor. Yang confessor plak, kalau nak berhubung berhubung, tapi jangan bagi datang rumah. Kena rahsiakan rumah baru supaya mereka tak datang terjah.

Jika kita sedar kita b0doh, jangan terus b0doh sampai tua dan senang senang diperb0dohkan. Kuatkan diri, dan bela keluarga kecil kita. Semoga bahagia dan terus kuat.

Kamalia Kamal : Jangan risau, ingat Allah ada. Cukup suami isteri memahami dan bahagia, biar Allah je buat mereka sedar suatu hari nanti. Kalau kita defend diri kita (menjelaskan perkara sebenar), akan memburukkan lagi keadaan.

Lagi buat kita s4kit hati. Sebab dah tak suka kan, cakap la apa pon ada je putar belit untuk buktikan mereka betul. Tindakan yang terbaik adalah menjauhkan diri. Biar mereka dengan perangai t0ksik mereka. Jangan ambil tahu sed4ra mara bercerita ke apa. Kena kuat, Allah hanya beri ujian atas kemampuan kita. Anggap je Allah nak angkat darjat tu. Semoga berbahagia.

Ct-k Whomyra : Masya Allah.. sedihnya baca.. tak dapat bayangkan kalau diri sendiri ada dalam situasi si isteri tu. Dah lah kena p4ksa duduk kat bilik atas dengan keadaan baru lepas czer, Iuka czer terbuka, tak dapat bonding dengan anak sendiri yang baru lahir, pastu dilayan macam Iembu.

Macam kena perah susu pastu tak pedulik makan minum dan kesihatan fizikaI dan mentaI. Demi kesihatan mental isteri encik yang dah sanggup terima segala kekurangan encik, tolonglah buang keluarga t0ksik encik tu. Diorang memang dari encik kecik lagi dah layan encik macam tak guna kan?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.