Ibu jaga anak2 lepas cerai. Bila dah besar adik lupakan ibu dan rancang dgn abah kahwin diam2

‘Kenapa ko buat Ibu sampai menangis? Tak boleh faham ke Ibu rindu? Ibu rindu! Rindu nak bersama anak dia. Bukan lama pun. Bukannya tak bagi kahwin! Sanggup ko buat Ibu macam ni sebab giIa jantan???’ Adik tetap tak nak keluar jumpa ibu. Ibu pasrah minta abang patah balik. Ibu tak nak p4ksa adik..

#Foto sekadar hiasan. Menantu perempuan pada Ibu. Satu – satunya menantu perempuan, kerana Ibu hanya punya sorang anak lelaki, iaitu suami aku. Abang. Izinkan aku berkongsi tentang Ibu mertua aku yang aku sayang.

Ibu juga punya sorang anak perempuan, aku namakan satu – satunya adik ipar aku, Shi. Hanya 2 itu anak Ibu, dari perkahwinan pertamanya. Perkahwinan sekarang, Ibu dah tutup kilang, tak mahu anak dah. Ibu bercerai ketika umur pertengahan 20-an.

Dia kahwin muda. Masa tu Abang baru umur 8 tahun, dan Shi, 3 tahun. Lama Ibu membujang. Hingga Abang habis belajar, dan Shi di bangku sekolah menengah, baru Ibu kawin lain dengan Baba sekarang. Masa anak – anak kecik, Ibu yang jaga anak – anak.

Abah, lepas tangan. Nafkah culas. Kadang – kadang bagi, selalunya tak adalah. Ibu dan Abah walaupun lepas cerai, tak begitu baik. Tak boleh jadi kawan. Hanya atas dasar urusan anak – anak saja hubungan mereka. Abah pula, hampir 7 tahun dia cuba tackle Ibu balik lepas cerai, tapi Ibu tolak mentah – mentah.

Tambahan dengan sikap culas Abah pada anak – anak, Ibu sudah tak percayakan Abah lagi. Selepas putvs asa, Abah berkahwin baru dengan orang seberang. Sekarang sudah tambah anak baru lagi 5 orang. Hubungan Abah dan Ibu masih begitu.

Tidak baik, tapi tidak juga musvh. Hanya sebab anak – anak. Kisah bermula ketika Pkp 1.0, tahun 2020. Dari segi akademik, Shi agak kurang berbanding dengan si Abang. Shi yang ketika itu berkerja di franchise fast food, mahu melanjut pelajaran dalam bidang yang dia kerja.

Ibu sangat menyokong. Cuma, tempat belajar Shi jauh ke negeri Abah. Ini bermakna Shi dan Ibu akan berjauhan kerana berlainan negeri. Si Abang ketika tu sudah habis belajar dan baru mula kerja. Duduk dengan Abah. Yang paling seronok Abahlah.

“Shi boleh tolong jaga adik – adik sini sekali waktu cuti”

Ibu sudah b3ngang bila dengar ayat Abah. Tujuan dia hantar Shi ke sana untuk belajar, bukan jadi bibik jaga adik – adik  yang masih kecil. Setakat tolong – tolong boleh, tapi bukan ambik tanggungjawab penuh, pesan Ibu pada Shi supaya dia beringat jangan di ambik kesempatan oleh Abah.

Shi, anak perempuan bongsu Ibu, seorang yang lembut dan mudah kasihan. Kata Abang, Ibu memang sangat protected pada Shi, kerana sikap dia yang lembut dan mudah dipijak – pijak. Berbeza dengan Abang yang berdikari, Ibu lebih beratkan Shi.

Abang yang duduk dengan Abah juga mengaku, Abah suka suruh dia jaga adik – adik tak kira waktu. Alasannya dia dan Mama sibuk kerja. Memang takde sesiapa yang jaga adik – adik waktu Pkp tu. Abah dan Mama bergilir jaga.

Abah kerja pun tak menentu. Masa tu dia buat Rider dan delivery barang. Yang tak faham tu, Mama pun ikut sekali. Tinggal anak – anak, hanya harapkan pada Kakak yang sulung umur 9 tahun jaga 4 orang adik – adik kecil. Adik yang last masih baby.

Kata Abang, dia jaga je adik – adik lepas balik kerja. Waktu pagi dia dik3jut bangun awal oleh Abah untuk tengok adik – adik. Tapi dia juga kena pergi kerja. Kadang – kadang Abah suruh masuk kerja lewat sebab suruh urus makan minum adik – adik dulu.

Kata Abang, sesekali bolehlah lewat, kalau tiap hari mau dia pulak kena buang kerja. Abah tak cakap banyak dengan Abang bila Abang menolak. Sebab Abang tegas. Kata Abang, dia mula malas nak tolong sebab dapat tahu, Abah, Mama bukan pergi kerja, tapi pergi bersembang kat kedai mamak dengan kawan – kawan.

Atau pergi karoke.. Saja buat alasan tak nak jaga anak sebab str3ss duduk rumah. Jadi sejak tahu begitu, Abang buat hati kering je tinggalkan adik – adik. Dan masa yang sama, Shi sampai. Sebelum Ibu lepaskan Shi, Abah janji nak hantar dan ambik Shi lepas kelas.

Banyak kali Ibu tanya, Abah beria – ria janji dengan Ibu. Mula – mula memang ok. Tapi lama – lama per4ngai culas Abah mula keluar. Dia mula malas hantar Shi. Malas ambik Shi, padahal bukan jauh pun. Hanya 10 – 20 minit perjalanan ikut belakang taman.

Jalan pun tak jem sangat, sebab bukan masuk pusat bandar pun. Transpot lain memang takde. Shi yang lemah lembut mula terasa beban. Selalu dia mengadu kat Ibu per4ngai Abah yang culas. Abah suruh Shi ambik grab tapi tak bagi duit tambang, duit makan.

Ibu yang bankinkan duit belanja Shi. Abah mula p4ksa Shi masuk kelas lewat sebab suruh uruskan adik – adik. Bila Shi mengadu Grab lambat atau ada apa – apa hal, Abah akan kata, tak payah belajarlah. Semak. Duduk rumah je jaga adik – adik.

Mama memang tak menyebeIahi Shi. Kalau Shi culas, Mama akan mengadu pada Abah. Dan Abah akan marah Shi. Semua Shi yang salah. Mama je betul. Shi tambah str3ss. Abang pula masa ni kena tukar ke tempat lain, agak jauh dari rumah Abah.

Jadi tak dapat nak pantau keadaan Shi sangat. Bila cuti hujung minggu dia balik, kadang – kadang tak dapat bercakap dengan Shi pun. Keadaan ni berterusan beberapa bulan. Hinggakan Shi menumpang kawan – kawan untuk balik lepas habis kelas.

Abah, bila tengok begini, dia ambil kesempatan dengan menyuruh Shi terus tumpang moto, kereta kawan – kawan. Tak kira lelaki atau perempuan yang hantar, Abah ok saja. Malah kadang – kadang dia suruh kawan – kawan Shi ambikkan anak – anak dia kat sekolah pula.

Suruh hantar kafa, suruh ambik yang sekolah petang. Dalam masa inilah Shi berkenalan dengan sorang lelaki di tempat kerja yang selalu hantar Shi balik, si Am. Am umur awal 30an. Lama keadaan Shi berterusan begitu.

Ibu tak dapat pergi kat Shi sebab Pkp tak boleh rentas negeri. Lockdown sana sini. Kat tempat Ibu pun susah lepas, apalagi nak ke negeri lain. Abang, masa ini sudah ambik next step dengan aku. Pendekkan cerita, kami selamat berkahwin, dan aku mula kenal siapa sebenar Abah, siapa Ibu, Shi, Mama dan adik – adik lain.

Mula – mula kahwin, Abah suruh tinggal sekali memandangkan aku belum kerja waktu tu. Boleh tolong jaga adik – adik kata Abah. Tapi Ibu, awal – awal lagi dah tolak cadangan Abah. Tak payah, kata Ibu. Abang, ko pegi cari rumah sewa murah – murah, lepas kawin pegi duduk asing.

Ada duit ke takde duit, korang harung sama – sama. Jangan bagi bini ko jadi bibik Abah free – free, kata Ibu. Dan laki aku, betul – betul ikut cakap Ibu dia. Habis kenduri je dia bawak aku ke rumah sewa yang dia baru bayar deposit seminggu sebelum kami kawin.

Langsung tak bagi peluang aku ke rumah Abah. Kalau pergi pun, sekejap je. Malamnya kami akan balik ke rumah kami. Boleh kira dengan jari baru berapa kali je aku bermalam kat rumah Abah. Abah b3ngang kat Ibu. Berbalik pada cerita Shi.

Dia m4kin rapat dengan Am. Am sekarang yang akan pergi dan hantar dia balik. Bila cuti selalu keluar dengan Am. Kalau takde Mama Abah jaga adik – adik, Shi angkut semua bawak pegi dating sekali. Tiap hari Ibu akan call Shi.

Ibu jumpa Shi sekali saja tahun tu, masa aku dan Abang berkahwin. Am ambik peluang ni jumpa Ibu. Malah bawak mak ayah dia jumpa Ibu sekali. Ibu mintak Am dan keluarga tunggu Shi habis belajar dulu. Ada lagi setahun berbaki.

Ibu jelaskan pada Am, Shi bukan multi tasking. Dia jenis yang hanya boleh fokus satu benda pada satu masa. Dia cepat str3ss dan tak pandai handle str3ss atau isu – isu sekeliling dia. Sebab tu dia ambik masa lama untuk handle isu dia ke kelas dan untuk handle dan hadam situasi dia yang terp4ksa jaga adik – adik.

Ibu tak nak dia hilang fokus belajar. Tak nak Shi hadap hal rumahtangga lagi. Lagipun bukannya lama setahun tu. Sebagai Ibu yang jaga Shi dari kecil, dia lebih kenal siapa Shi dari Abah. Am setuju, dan janji akan tunggu hingga Shi habis belajar. Serta janji dia tak akan ganggu fokus Shi.

2021. Kekangan masa, kekangan cuti, kekangan kerja Ibu dan jadual padat Shi, membuatkan mereka tak dapat berjumpa. Aku selalu dengar Ibu berborak tentang Shi dengan Abang dalam telefon. Selalu juga Ibu kol sembang – sembang dengan aku.

Aku juga ada mak, bila lama tak jumpa mesti rindu. Jadi aku faham perasaan Ibu. Ibu, pada aku lebih rasional berbanding Abah. Lebih mudah dibawak berbincang. Tapi Shi masa ni sudah m4buk cinta. Di belakang Ibu, dia mula merancang diam – diam untuk berkahwin dengan Am.

Nak buat k3jutan untuk Ibu katanya. Dia mula survey barang – barang nikah. Mula isi borang nikah. Mula beli barang hantaran dan cari baju, pelamin semua. Abang, dan aku, ada tegur, jangan belakangkan Ibu. Tapi Shi buat b0doh dan tak ambik pusing.

Dia bagi hint pada Ibu. Tapi Ibu minta dia sabar sekejap, hanya tinggal beberapa bulan saja lagi nak peperiksaan akhir. Shi tak meIawan cakap Ibu. Memang dia anak baik, anak manja Ibu. Tapi tetap juga dia teruskan rancangan perkahwinan mereka.

Walaupun Ibu membantah, borang nikah dihantar dan dah submit tarikh. Abang mintak tukar ke tarikh lain lepas bincang dengan Ibu, Shi buat tak tahu. Ibu masih slow talk dengan Shi. Slow talk dengan Am beberapa kali.

Tapi Am salahkan Shi, katanya Shi yang ajak kawin cepat – cepat sebab tak tahan duduk dengan Abah. Selepas itu, Am block Ibu, tak nak bincang apa dah. Ibu pujuk Shi, tapi Shi tetap berdegil. Am hantar rombongan meminang ke rumah Abah.

Abah dengan gahnya berkata dia wali yang berhak ke atas anak perempuannya. Habis Ibu tu siapa? Sebulan dua kemudian, mak ayah Am datang ke negeri Ibu, cuba pujuk Ibu untuk benarkan Shi kawin. Aku dengan Abang ada dengan Ibu masa ni, kami balik ke kampung Ibu.

Ibu bukannya tak izin Shi kahwin, cuma mintak tempoh. Masa tu, tinggal lagi 2 bulan sebelum Shi final. Ibu minta Shi balik duduk dengan Ibu selepas habis final. Ibu rindu. Dah 2 tahun dia terpisah dengan satu – satunya anak manja dia.

Dalam masa yang sama, boleh buat persiapan kawin. Itu saja permintaan Ibu. Sebaknya aku dengar Ibu merayu begitu pada bakal besan dia. Tapi bakal besan juga gah seperti Abah. “Kami ikut cakap wali je. Wali cakap on, kami on, wali kata tunggu, kami tunggu.”

“Kakak, Abang, saya mintak tolong.. Tolong jangan ajar anak saya Iawan mak dia. Jangan buat anak saya jadi anak derh4ka. Saya cuma nak duduk dengan anak saya sebulan dua. Sorang tu saja anak pompuan saya. Lepas kawin, ambiklah bawak pegi.

Tapi sebelum tu, biar saya lepas rindu dulu, 2 tahun dah saya tunggu.” Aku ingat lagi, begitu Ibu merayu. Luluh hati aku. Lepas bakal besan balik, Ibu mengurung diri dalam bilik. Aku tahu Ibu menangis. Aku ternampak, Baba peIuk Ibu yang teresak – esak lepas solat.

Dedua mereka menangis. Baba sudah anggap Shi seperti anak dia sendiri. Abang kol Shi marah – marah. Kenapa ko buat Ibu sampai menangis? Tak boleh faham kah Ibu rindu? Ibu rindu! Rindu nak bersama anak dia. Bukan lama pun. Bukannya tak bagi kahwin! Sanggup ko buat Ibu macam ni sebab giIa jantan???

Pertama kali, selepas itu aku melihat suami aku menangis. Terlalu geram dan marah, bercampur sedih. Shi, macam biasa, tak meIawan. Dia hanya diam walaupun teruk kena sembur dengan Abang. Situasi keluarga kami selepas itu agak dingin.

Abang yang marah – marah. Ibu Baba yang bersedih. Abah? Seronok. Puas hati dapat memanipulasi Shi. Bila kami balik dari bercuti dan pulang melawat Abah pula, boleh nampak Abah yang bersungguh ‘masuk jarum’ pada Shi.

Bangga sungguh dia dengan title wali dia tu. Seolah tiada siapa boleh menc4bar kedudukan dia. Ibu sudah kalah dalam hal ni. Hubungan Ibu dan Shi jadi retak. Shi berdegil untuk teruskan pernikahan. Ditambah dengan sokongan Abah.

Shi uruskan sendiri urusan kenduri, urusan hantaran, urusan baju pelamin semua, tanpa berkongsi dengan Ibu. Abah hanya jadi pak sorak. Dia langsung tak membantu dari segi kewangan. Shi pula memang tak ada duit, cuba nak pinjam dari Abang.

Abang suruh Shi mintak maaf dari Ibu, Shi diam. Akhirnya, kami dapat tahu Shi guna semua duit hantaran dia untuk semua belanja kawin. Kenduri buat sebeIah lelaki. SebeIah sini, Abah bukan ada duit pun. Plan asalnya Ibu nak support semua sebagai hadiah kawin Shi, tapi dah dia buat macam ni, Ibu merajuk tak nak ambil tahu dah.

Ibu langsung tak tanya baju apa dia pakai, warna apa dia pilih, pelaminnya macam mana. Apapun Ibu tak tanya. Pandai – pandai lah, ikut sukalah nak buat macam mana pun. Tapi Ibu is Ibu.. Tetaplah dia sayangkan anak.

Beberapa hari sebelum Shi kawin, Ibu dan Baba nak datang. Ibu nak bagi barang kemas untuk Shi pakai pada hari kahwin dia. Malamnya, Abang nak bawa Ibu jumpa Shi, tapi Shi menolak. Kata Shi, dia penat hari tu dia keja full syif.

Balik kerja kena jaga adik – adik lagi. Mama takde balik lewat. Abah nak keluar jumpa kawan. Abang dah mula nak naik angin dengan per4ngai Shi. Ibu datang dari jauh, berjam – jam drive semata – mata nak jumpa dia, dia pulak tak nak jumpa mak sendiri.

Abah masuk campur. ‘Eh, kalau Shi tido sana, sapa nak jaga adik – adik??’ kata Abah. ‘Esok dia keja syif pagi, pukuI berapa ko nak hantar adik ko ni, kang lewat masuk keja’. Abang yang tengah drive, bila dengar Abah pr0vok macam tu, terus dia melenting.

“Abah, ni Ibu adik ni! IBU! Ibu nak jumpa adik. Tergamak Abah tak bagi dia jumpa Ibu!”. “Habis, ko ingat aku sapa? Aku ayahlah. Ayah!” Terus dia off telefon. Abang kol Shi pula. “Takpalah.. Lain kali jelah adik jumpa Ibu. Adik penat”

Di belakang Shi dengar suara Abah membebel – bebel. Walaupun Abang kol Shi dan janji akan hantar dia awal pagi, Ibu kol cakap dengan dia dan tahan sebak, dia tetap cakap dia tak nak jumpa Ibu. Lagi 10 minit nak sampai depan rumah Abah, Ibu suruh uturn.

Ibu tak nak p4ksa Shi. Dia tak nak jumpa Ibu tak apalah, Ibu balik. Masa ni aku dah tak boleh tahan dah. Aku, Abang, menangis dalam kereta jam – jam tu jugak. Sampai hati Shi. Aku nampak Ibu menangis. Betul – betul menangis.

Sepanjang jalan dari rumah Abah ke Putrajaya rumah kami, Ibu menangis. Sampai di rumah, Abang cerita semua pada Baba. Baba tak ikut sebab letih drive. Baba peIuk Ibu yang masih teresak. Baba suruh Ibu siap – siap. PukuI 2 pagi, Ibu dan Baba gerak balik ke kampung semula.

Hari kahwin Shi, Ibu tak ada. Abang dan aku pergi, tapi hati kami masih terasa dengan sikap Abah dan Shi. Apalah ertinya bila hari bahagia kita tak ada Ibu. Nampak kosong. Tak berseri. Shi sendiri merah mata bila ditanya semua saud4ra mana Ibunya.

Ibu memang baik dengan kaum keluarga Abah. Semua kenal Ibu. Nampak tak logik Ibu tak ada, sedangkan itu satu – satu anak perempuan dia. Anak bongsu. Lepas ni takde dah majlis kawin. Jadi peliklah, dan tanda tanya pada semua tetamu. Nampak sangat majlis tu majlis syok sendiri.

2022. Shi ada cakap, dia sentap bila Ibu tak datang hari kahwin dia. Terus dia kena hambur dengan Abang. Shi tak bercakap dengan Ibu langsung selepas tu sampailah hari ni. Tak kol, tak wasap. Hilangkan diri terus bagai lenyap ditelan angin.

Dia hide status, block aku, Abang dan Ibu di semua media sosiaI. Ibu pun, terus left dari group famili kami. Am pun sama. Terus diam seribu bahasa. Kadang – kadang bila kami balik rumah Abah dan jumpa mereka berdua, mereka jauhkan diri.

Aku, sepatah pun tak pernah bercakap dengan Am sejak dia kawin dengan Shi. Aku tahu Shi rindu pada Ibu, dia pernah cuba nak berbaik dengan Ibu, tapi Ibu sudah berkecil hati. Shi hantar hadiah harijadi Ibu, tapi Ibu pulangkan semula, tak mahu terima.

Ibu dan Shi berkongsi tarikh lahir yang sama. Macam mana Shi boleh happy dan seronok nak sambut birthday bila memori selama 20 tahun sambut birthday bersama Ibu terbayang teringat, tapi kali ni dia tahu Ibu sudah tergur1s hati?

Shi pernah kol nak minta maaf masa hari raya lepas, tapi Ibu cuma cakap, nak minta maaf, minta restu, mintak apa saja Ibu boleh bagi, tapi dengan syarat kena balik ke rumah. Dalam telefon, Ibu tak terima. Selepas tu, hingga saat ini, Shi tak pernah kol Ibu lagi.

Dia sudah ada tempat berg4ntung. Ibu bukan dahan teduh tempat dia berIindung lagi. Dia sudah buang Ibu. Ibu pula, aku tahu dia sedih. Sangat sangat sedih. 3 kali hari raya dia merindu anak perempuan dia. 3 tahun ni dia memendam rasa menangis dan hati Iuka, aku tahu tu.

Aku hanya menantu. Tidak mungkin aku dapat gantikan tempat Shi, anak manja Ibu. Sekarang aku sendiri sudah ada anak. Aku faham perasaan Ibu. Ibu banyak memendam. Kata Ibu, dia tak akan cari Shi lagi. Tak akan. Biarlah Shi dengan hidup dia.

Biarlah, dia jika tak nak balik jumpa Ibu. Biarlah, jika dia tak nak bercakap dengan Ibu. Dia dah tak perlu Ibu lagi. Ibu tak akan p4ksa dia. Ibu terima qada dan qadar segala, Ibu dah redha. Ibu tak pernah buang dia. Dia yang buang Ibu.

Maaf jika luahan aku terlalu panjang. Aku sangat sedih. Baba pernah cerita, Ibu menangis bila – bila masa, di mana saja. Ibu menangis bila kerinduan pada Shi datang. Dia duduk menangis termenung dalam bilik Shi. Cium tudung Shi. PeIuk bantal Shi. Lauk kegemaran Shi.

Masa memasak pun Ibu boleh menangis. Masa shoping, masa solat, masa mengaji. Apa saja kenangan tentang Shi, Ibu mudah sangat menangis. Kadang – kadang, walau hanya sebut nama Shi, Ibu terus bergenang airmata.

Ibu mertua aku ini seorang yang kelakar, dan bukan jenis cari g4duh atau cakap kasar, atau ada ragam yang bukan – bukan. Cuma, dia seorang yang tegas dengan pendirian. Melihat kehidupan Ibu dan Baba, bandingkan dengan Abah dan Mama, aku dapat melihat kehidupan Ibu lebih baik, lebih teratur dan sempurna.

Aku boleh nampak. Sesiapapun boleh nampak. Dan aku tak rasa Ibu layak dipijak – pijak begini, oleh anak sendiri. Tolonglah bantu aku untuk aku bantu Ibu.. – Afini. (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Jangan susah hati… orang yang meIukakan hati ibunya tak pernah Selamat Dunia mahupun akhir4t. Nanti Shi dah kena pijak ngan laki dia, anak berderet sampai makan bubur dengan minyak baru dia tahu mana tinggi langit dan bumi. Kalaupun laki dia baik jaga dia hingga ke tua. Anak – anak dia akan buat benda yang sama supaya dia rasa apa yang ibu dia rasa.

Fazidah Abdul Kadir : Takut tak sempat jumpa, jangan tunggu lama – lama tt. Kalau tt nak mereka berbaik, buat lah helah supaya kedua mak anak tu berjumpa. Allah sangat suka pada orang – orang yang menghubungkan silaturrahim. Pahala sangat – sangat besar.

1.Call adik suruh dia balik cakap ibu panggil.

2. Masakkan / beli makanan dan standby kat rumah ibu.

3. Plan dengan baba bawak ibu keluar dulu sebelum tu.

4. Ajak adik masuk rumah dan tunggu ibu dan baba balik.

5. Kalau dah ada depan mata takkan ibu suruh adik balik pulak kan. Nasihat yang baik – baik. Doakan yang baik – baik untuk mereka berdua. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Dan beri tt sebaik – baik baIasan di dunia dan akhir4t.

Ashikin Shah : Teruknya bapa dengan menantu lelaki. Si am tu tak boleh masuk campur hal keluarga, kalau shi dengan ibu dia tak baik tak bermakna dia pun kena diam tak bertegur dengan mama mentua. Sampai block lagi. Patut dia bawa bini dia balik kampung jumpa si ibu. Biadap betul punya menantu. Esok – esok dapat anak yang membelakangi orang tua baru ada akal.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.