Ibu berhenti kerja kononnya nak jaga adik 0KU, tapi terbongkang tak buat apa. Kemas, masak tak mahu. Asyik tidur je

Setiap kali baik cuti semester, apa yang sambut aku dekat rumah? Sampah. Rumah macam tongkang pecah. Tandas kotor berdaki. Dapur kotor berminyak. Ruang tamu pun kotor bersampah sebab adik punya tahap pengotor ni sampai sampah pun tak nak buang dalam tong sampah. Kalau boleh diselit lagi dalam sofa.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau kongsi luahan aku ini. Kali ini aku nak kongsi sikit sebahagian aku juga mungkin boleh jadi pedoman buat korang semua. Aku merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik.

3 orang perempuan dan seorang lelaki. Salah seorang kami adik beradik ada yang OKU. Yang buat aku tertekan bila ibu ayah aku asyik harapkan aku untuk menguruskan segala hal rumah. EVERY SINGLE INCH. Semua kerja rumah memang serah bulat – bulat dekat aku.

Yang lagi dua, adik lelaki dan perempuan tu dilayan bak putera dan puteri. Apa yang dorang nak, semua dapat. Tak perlu usaha. Minta je. Sedangkan aku dulu kena dapat straight A’s, tu baru boleh minta tu minta ni. Tu pun satu barang je.

Aku tak dengki tapi bila ibu ayah aku buat macam tu, mereka jadi manja dan tak boleh berdikari. Terbiasa tersedia segalanya walhal semua tu kena berusaha. Aku risau kalau satu hari dorang dah ‘kehilangan sumber’ , dorang tak boleh nak hidup.

Aku berumur 23 tahun. Yang lelaki tu 18 tahun dan yang bongsu 14 tahun. Setiap kali aku balik rumah bila cuti sem, kalau orang lain happy sangat tak sabar nak balik. Tapi aku sebaliknya. Aku str3ss bila fikir nak balik.

Sebab dorang memang tak hormat aku dan layan aku macam orang gaji. Sampai adik aku yang bongsu tu dah ada mentaliti “Tak payah kemas rumah, nanti orang gaji balik juga.” Aku dekat universiti pun ada program. Ada aktiviti.

Bukan duduk kuliah saja. Aku tak cukup tidur. Bila balik, aku penat sangat. Aku nak rehat. Kalau boleh nak juga balik orang sambut dengan happy, rumah dihias cantik dan kemas macam orang lain, ibu masak sedap – sedap.

Tapi aku? Benda pertama yang sambut aku adalah sampah. Ye, sampah sarap. Rumah macam tongkang pecah. Tandas kotor berdaki. Dapur kotor berminyak bagai. Ruang tamu pun mmg kotor bersampah sebab adik punya tahap pengotor ni sampai sampah pun tak nak buang dalam tong sampah. Kalau boleh diselit lagi dalam sofa.

Tempat tidur dorang pun Allahuakbar. Tikus pun takut nak duduk. Sangatlah kotor. Aku jadi sedih. Aku tertekan sangat – sangat. Waktu awal – awal tu boleh lah aku tolong tapi bila dah 18 kali benda sama juga yang jadi, sebelum aku balik universiti aku dah kemas rumah elok – elok tapi bila balik rumah, dorang tak jaga dan kotor balik.

Kau rasa kali ke-19 aku nak tolong lagi ke? Tambah lagi dituduh duduk rumah tak buat apa, goyang kaki sedangkan dorang tak nampak penat aku macam mana. Ibu ayah aku memang berat sebeIah tapi tak nak mengaku.

Memang dorang hanya harap aku, yang lagi dua tu dorang biarkan je. Alasannya dorang malas nak bertekak sebab adik – adik aku tak nak dengar cakap. Tapi bila aku tak nak dengar cakap, dorang marah sampai ugvt – ugvt.

Adik – adik aku tu bukan kecik lagi, dah besar. Boleh buat kerja rumah. Tolong lah kakak kau ni. Bukan nak riak tapi rumah kami ni bukan kecil. Dan kau expect aku sorang buat? Orang yang tengok rumah aku pun selalu cakap “Haih, macam mana mau kemas ni rumah kalau sorang – sorang.”

Kalau aku tak kemas rumah, aku yang kena marah padahal bukan aku yang kotorkan. Ni contoh. Bila tetamu nak datang, aku yang kena kemas SEMUA. Yang lagi dua tu macam biasa goyang kaki. Lepas kemas, dorang kotorkan balik dan bila mak aku nampak, dia meng4muk macam orang giIa.

Faham tak macam mana str3ssnya aku berhadapan keluarga macam ni? Aku bukan berkira sangat nak buat kerja – kerja rumah ni tapi agak – agaklah. Aku tak kisah menyapu mengemas hari – hari kalau dorang pun bagi kerjasama, jaga kebersihan. Tapi yang ini, meIampau sangat.

Aku hari – hari sedih tertekan. Mak aku pula dulu kerja tapi dah berhenti jadi suri rumah kononnya sebab nak jaga adik aku yang 0KU. Bukan jaga apa pun, asal ada kat rumah je sebab adik aku tu boleh la buat hal sendiri.

Dekat orang bukan main lagi dia canang bangga jadi surirumah tapi seandainya orang tahu dia cuma surirumah terbongkang. Kemas masak tak mahu. Asyik tidur je. Tak tidur dia keluar. Oh ya masak pun masa hari raya je. Tu pun aku yang sedia bahan, dia cuma campur – campur pastu, aku juga yang gaul.

Dia tak nak masuk dapur sebab dia tahu keadaan dapur macam mana tapi dia sendiri tak nak kemas dari awal. Untuk pengetahuan korang, ibu aku baru 45 tahun ni. Belum tua s4kit pun. Alasan tak kemas dan masak, sebab dia dah cari duit padahal business tu cousin aku yang buat. Dia duduk saja.

Oh yeah, ayah aku ni jenis kedekut. Gaji 8-9K tapi bagi bini RM250 je sebulan tu pun pulang balik sebab dorang kongsi bayar kereta dan rumah. Tambahan pula hujung tahun ni mak aku sponsor kami sekeluarga pergi luar negara, jadi itu menguatkan lagi alasan aku untuk tidak meIawan bila disuruh buat kerja.

Ayat dia selalu ulang juga “Tak payah lah berkira. Kerja perempuan jugak ni.” Jadinya mak aku ni ada mentaliti orang lama di mana kerja rumah hanya untuk perempuan. Sedangkan kerja rumah tu surv1val skill. Tak kisah perempuan ke, lelaki ke kena pandai.

Tapi sampai bila aku boleh tahan kena t0rture physical mentaI macam ni? Yang aku pelik tu kalau nak bawa anak-anak jalan ke, beli barang ke semua wujud. Tapi bila part buat keje rumah tiba-tiba yang lain tu hilang.

Tolonglah ibu bapa sekalian. Tolonglah layan anak seadil – adilnya. Kami tak minta dilahirkan kalau macam ni nasib kami. Satu lagi ayat yang mak aku selalu guna, “Ibu bapa tiada d0sa kepada anak, hanya anak berd0sa dengan ibu bapa”. Sebab tu dia t0rture habis – habisan.

Bukan adakah hukvm tidak boleh s4kiti hati anak. Kenapa kamu sanggup zaIimi anak begini. Kamu rasa dengan bagi makan pakai tempat tinggal cukup, kamu boleh layan dia sesuka hati? Batin dia? Tolonglah jangan zaIimi kami.

Jangan pilih kasih terhadap anak – anak. Kami tak minta dilahirkan macam ni. Maaf kalau susunan cerita tak menentu. Aku dah takde tempat nak meluahkan. – Along (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Fattanah : Boleh bayang. Aku anak sulung jugak. Aky tak kira.. Suruh je adik – adik buat. Mak aku tak boleh bising. Sebab aku main je tangan kaki mulut semua gerak. Dulu adik aku meIawan, pen4mpar la jadi ya. Sekarang pandai – padnai kau la. Ingat aku bibik kau. Hahaha. Pandai makan, pandai sepah, pandai – pandai la kau kemas. Bukan kecik lagi. Besar dahkan.

Sarbanon Ahmad : Adik sabar dulu ya. Tak lama lagi nak pergi luar negara kan. Buat je dulu kerja rumah seperti biasa. Niat sedekah setiap tugasan yang adik buat. Balik dari bercuti nanti, bincanglah masalah dalam rumah. Jika masih tak ada perubahan, adik buat kerja rumah yang adik suka nak buat je.

Nur Amira : Along, see it from the bright side. Along jangan str3ss sangat. Time along balik je along kena buat semua tu. Along anggap je along buat semua tu untuk diri along. For sure along takmo kan hidup dalam timbunan sampah sarap, mesti malu kan kalau kawan – kawan along datang berjalan ke rumah.

So, just anggap you do all the chores for yourself. Nanti along balik uni, takde kat rumah lantak dorang laa. Along buat je semua tu dengan ikhlas, baru along tak str3ss. Akak cakap ni based on my own experience. Akak pun bibik free family jugak. Hahahahaha..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.