Hari2 ayah pergi surau, mengaji tapi dia ‘pembunvh’. Ayah beri RM5 supaya saya tutup mulut

Pernah, ayah tengok movie ada perempuan cantik dan ayah kata dekat pakcik saya (adik ayah), “Best ada bini macam ni, tak macam kak (ibu kesayangan saya) kau.” Dan waktu itu, ibu di sebeIahnya. Sebelum ni ayah pernah bagi saya duit RM5 untuk tutup mulut saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, salam syawal, Selamat Hari Raya. Saya kenalkan diri sebagai Nana, seorang anak perempuan, umur baru 18 tahun. Cukup itu sahaja pengenalan diri saya. Saya tak tahu nak luahkan pada siapa, jadi saya luah di sini sebab sekurangnya saya tahu ada yang baca.

Mungkin boleh kurangkan sesak dekat otak dan d4da ni. Hari sem4kin hari, perasaan benci pada ayah sem4kin menebal. Ayah saya bukan pencuri, pembunvh orang, tetapi ayah pembunvh jiwa dan em0si saya sekeluarga.

Hanya kerana dia ayah, dan suami. Dia boleh buat apa yang dia mahu. Selamba je dia menengking ibu di depan orang ramai, suka hati dia mengutuk ibu bersama adik beradiknya yang lain. Layan ibu seperti babu, h4mba abdi.

Kadang – kadang saya persoalkan, walaupun saya sedar saya tidak layak untuk persoalkan semua ni. Kenapa ayah hari – hari ke surau, mengaji hari – hari tapi masih begitu sikapnya? Pernah, ayah tengok movie ada perempuan cantik dan ayah kata dekat pakcik saya (adik ayah), “Best ada bini macam ni, tak macam kak (ibu kesayangan saya) kau” Dan waktu itu, ibu di sebeIahnya.

Curang, main kayu tiga, usah dicakap. M4kin meningkat umur, m4kin menjadi – jadi per4ngai gatalnya. Saya pernah kata pada ibu, “saya ada lesen kereta kita boleh senyap – senyap pergi mana – mana yang boleh settlekan urusan fasakh.

Saya teringin nak ibu kesayangan saya bercerai, tetapi ibu saya masih memikirkan tentang anak. Ibu saya tidak bekerja, ayah pula pesara tent3ra. Tiap kali duit gaji masuk, ayah akan bagi ibu duit untuk beli lauk. Baginya kadang – kadang RM 300 atau RM 250.

Itulah duit ibu beli lauk tapi itu jugalah duit yang akan diminta semula. Saya tidak tahu ayah duduk di zaman bila, bila dia pernah menjerkah ibu di hadapan orang sebab katanya ibu boros. Walhal, ibu hanya beli barang dapur untuk seminggu.

Kadang- kadang, saya rasa saya nak bunvh ayah. Saya dah terbayang, saya berjalan dan bunvh ayah. Kenapa hanya ada istilah Anak Derh4ka? Isteri Derh4ka? Ke mana hilangnya istilah Bapa Durjana? Jika salah sedikit, bersedia sajaIah dengan m4kian yang keluar dari mulutnya.

Dia orang kuat surau, orang puji ayah kata ayah lemah lembut tak pernah marah, dan kadangkala saya terapung dengan mimpi membayangkan ayah seperti yang dik4takan orang. Ibu pun ayah m4ki. 4akit betul hati saya tengok ibu saya, syurga saya dim4ki dari mulut si tua itu.

Saya pujuk ibu, cerai sajaIah. Saya akan ada dengan ibu, tetapi saya masih tidak faham bagaimana berbezanya pemikiran ibu dan saya. Saya selalu kata dengan diri sendiri, kalau ibu tak ada bila saya dah bekerja nanti. Siaplah ayah saya tinggalkan di pusat kebajikan.

Biarlah dia. Saya benci ayah. Sangat. Ayah bercakap soal agama, seolah – olah dialah yang duduk di zaman Nabi. Kadang – kadang, kalau ibu masak tersikit masin, dia mula meIudah kembali dalam masakan, dan kata “duduk dapur bertahun b0doh lagi ke masak?”

Tuan, Puan. Usahlah menyalahkan satu pihak sahaja jika ada terbaca atau ternampak ibu bapa ditinggalkan anak – anak dipusat kebajikan ataupun di tepi jalan. Kadangkala sikap ibu bapa juga yang membuatkan kita rasa begitu.

Sikap mereka ketika membesarkan anak – anak yang amat sukar untuk dimaafkan. MeninggaIkan d3ndam yang mendalam. Fikiran saya celaru sangat sekarang, sampaikan jalan cerita saya berterabur. Pernah masa kecil, saya diberi RM 5 untuk menutup mulut agar tak beritahu ibu, yang ayah sedang keluar makan dengan seorang perempuan.

Naif b0dohnya saya ketika itu. Saya akur. Pernah saya baca mesej ayah sedang bersayang – sayang dengan perempuan lain, siap mengutuk ibu dengan perempuan itu. Kalian tahu, saya sebenarnya anak luar nikah. Wallah, saya tidak menyalahkan ibu ayah berkaitan dengan taraf saya.

Ibu minta maaf, dan dia betul – betul dah bertaubat. Ibu baik, ibu selalu doakan ayah, dan ibu selalu pesan pada saya, ‘itu ayah’. Cukup dua kalimat ini, saya terus memahami maksud ibu. Ayah? Ya, dia akan mengungkit ibu dengan istilah ‘murah’.

Bersyukur yang tidak dapat saya katakan lagi, saya tidak berbintikan lelaki itu. Doakan ibu saya. Ibu tak bagi saya kerja part time, katanya supaya dapat fokus saja belajar. Ibu memang tak bekerja, cuma ibu kadangkala ambil tempahan untuk buat nasi dan kuih – muih

Jika ada tempahan, ibu adalah duit. Nak menjual hari – hari? Mimpi sahajaIah, ayah akan mengungkit gajinya cukup setakat nak menyara “tiga ekor” ini. Haha. Kalau ambil tempahan pun, ayah mula kata, “kebulur sangat ke?” “tak cukup ke apa yang dibagi”.

Saya ada hari ini pun sebab saya bertahan untuk teman ibu berju4ng. Sekiranya tidak, pasti sudah dikambus tanah. Semoga segala keperitan Ibu diberi kebahagiaan yang melimpah, walaupun bukan dengan ayah. Itu saja. – Anak Ibu. (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Leeyana Hariz : Actually, ada beberapa perkara yang dialami TT saya rasa sendiri. Di usia 8 tahun, saya sendiri cakap kat mak lepas mak g4duh dengan ayah, “takpe mak, kalau mak nak cerai pun along faham”. with that thoughts saya menjalani kehidupan melihatkan ibu bapa berg4duh, pinggan terbang depan mata, sampai berpis4u p4rang, tapi kemudian baik.

Cuma soal tanggungjawab terhadap isteri dan anak – anak, ayah tak culas. Buruk kan mak, tu ada. dalam kalangan keluarga. cuma ayah setia. But living with that situation juga tr1gger diri saya dalam banyak perkara. Jadi, melihatkan situasi TT, saya sangat faham perasaan dia untuk lihat ibu dia bahagia.

Kejarlah t4rget mu adik. Kadang – kadang kita kena bertahan sebelum kita boleh bertindak. Mungkin ibu masih memikirkan adik nak cari duit sendiri dalam usaha nak sambung belajar sebab tu ibu masih bertahan. Akak doakan adik dipermudahkan segala urusan.

Rita Manuela : Awak macam anak – anak saya. Bezanya saya bukan ibu awak. Saya lain. Saya dan anak – anak sama – sama panjat law firm failkan fasakh. Kami berempat (saya dan 3 anak) sama -sama beri keterangan pada peguam. Dan kemudiannya anak – anak juga jadi saksi di mahkamah. Alhamdulillah d3rita kami berakhir. Dan bahagia yang sebenar – benar bahagia apabila lelaki itu tiada dalam hidup kami. Syukur sangat.

SuffianHarun SyarifahBonita : Allahuakbar.. Aunty doakan adik dipermudahkan urusan hidup, dikurniakan kesihatan yang baik untuk jaga ibu.. dimewahkan rezeki one day bawak ibu dok jauh – jauh pi overseas ka.. sentiasa di bawah Iindungan, rahmat dan kasih sayang Allah.. Lari pi overseas tau bawak ibu… huuggsss

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.