Hari ke-10 aku jadi janda, aku terk3jut jumpa suami dah bercerai dgn isteri baru

Tahun kelima perkahwinan aku nekad berhenti kerja sedangkan baru dinaikkan pangkat. K0rban punya k0rban baru setahun duduk bersama, suami buat keputvsan nak bercerai. Dia tak nak ada anak sebab nak hidup macam orang bujang. Baru ni kami jumpa dan aku terk3jut, tak sangka dia sehebat itu..

#Foto sekadar hiasan. Hai. Saja nak meluah perasaan. Hari ni hari ke-10 aku bertitle janda. Baru berusia 33 tahun. Aku berkahwin selama 6 tahun dengan bekas suami yang akan aku gelar sebagai Iz. Seawal perkahwinan, aku sudahpun melalui perkahwinan jarak jauh.

Aku bekerja di satu syarik4t besar di selatan. Pada mulanya, baik – baik sahaja. Iz tiada masalah dalam menyempurnakan nafkah. Kami hidup sebagai pasangan suami isteri yang di mata orang semuanya loving couple. Setiap tahun akan bercuti ke negara orang.

Alhamdulillah hubungan kami macam biasa. Masuk tahun ke-3, Iz mula ada perempuan lain. Tapi bila kant0i, alasannya saja suka – suka. So, aku maafkan. Masuk tahun ke 4, Iz kant0i lagi ada perempuan lain. Dan, sebab sayang aku maafkan lagi.

Tapi lama – lama, aku dah rasa perubahan Iz. sangat banyak alasan jika mahu melawat aku di negeri tempat aku bekerja. Tapi, sebagai seorang isteri, aku cuba faham situasinya yang sangat sibuk. Maka aku pejamkan mata, pujuk hati.. bergitulah aku lalui hari – hari sebagai pasangan jarak jauh.

Semuanya berdikari. Iz pernah tinggalkan aku di hospitaI sendirian gara – gara ada urgent meeting di office dan perlu balik ke kuantan segera. Kalau nak diikutkan banyak sangat perkara yang makan hati, tapi tak apalah. Aku dah terlalu biasa berdikari.

Sampailah pada tahun ke-5 perkahwinan, aku buat keputvsan untuk berhenti kerja disebabkan aku nak menunaikan kewajipan seorang isteri untuk suami. Aku berhenti kerja sedangkan sewaktu itu aku baru sahaja dinaikkan pangkat.

Nak cakap b0doh, memang b0doh. Tapi inikan perjalanan hidup? Aku fikir, tak apalah, buat untuk suami, insyaallah allah bantu. Pada mulanya, semuanya okay. Sampai lah satu hari ketika kami bercuti di indonesia, Iz kant0i curang lagi.

Allah maha kaya. Dia tunjuk depan mata aku. IZ sedang video call dengan girlfriend dia pukuI 3 pagi. Long short stories, semenjak dari ins1den tu, kami kerap berg4duh. Trust issue mula timbul. Aku kerap mengungkit. Hati perempuankan, boleh terima tapi untuk lupa sangat payahkan?

Aku rasa sangat useless. Aku dah berhenti kerja. Aku dah berk0rban semuanya untuk suami. Lagi sedih, rumahtangga m4kin goyah sewaktu hidup aku betul – betul berg4ntung pada dia. Tapi aku pujuk hati, tak apa ni lah kehidupan.

Moga – moga Allah bagi kehidupan yang bahagia lepas ni. Selepas setahun lebih kami hidup berdua, Iz dengan habit berkenalan dengan perempuan masih tak habis lagi. Iz sangat ketagih dengan aplikasi Big0. Aku sangat tak suka.

Tapi biasalah lelaki, depan isteri pura – pura. Bila keluar rumah, Big0 akan jadi peneman setia. Pasal anak? Kami tak ada anak. banyak kali aku ajak dia pergi kIinik untuk check masalah kami. Tapi Iz penuh dengan alasan.

Sampailah suatu hari dia cakap, dia memang tak nak anak. So, aku pun takkan nak p4ksa kan. Nak buat anak perlu 2 orang. Kalau aku je yang beria, tetap tak jadi kan. Jadi, pada Oct 2021, sampai lah satu tahap, Iz buat keputvsan untuk bercerai.

Atas alasan dia tak mahu lagi fikirkan aku as a wife. Dia tak mahu ada komitmen. Dia tak mahu aku Iarang dia main Big0. Kalau dia outstation, dia tak nak fikir aku ada dekat rumah tunggu dia. Katanya, dia nak bebas lepak sampai pukuI berapa yang dia nak. Tanpa fikirkan aku. Senang cakap, dia nak hidup macam single lah.

So, hari ni, kalau suami korang ada Big0, hati – hati lah. Itu aje aku boleh cakap. Banyak yang buruk dari yang baik. Awal Nov hari tu, aku dah sah diceraikan taIak 1. Kalau nak cakap sedih, tipulah tak sedihkan. 6 tahun aku bertahan.

Tapi orang dah taknak, apa yang boleh kita buat, kan? Sampai ke hari ni, aku masih belajar untuk terima kenyataan. Masih lagi dalam tempoh pujuk hati. Oh, hari tu aku ada jumpa dia sekejap, nak selesaikan beberapa dokumen.

Aku terk3jut, dia dah tukar gambar perempuan baru dekat wallpaper phone dia! Aku just, wow, amazing 2 minggu cerai dah dapat pengganti?? Hahaha hebat kan Iz. Doakan aku cepat – cepat move on dan cepat dapat kerja ye korang. Byeee… – Nadia (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Cik Puan Ria : Its okey tt. Aku faham sangat keputvsan ko berhenti sebab nak redha suami dan usaha untuk jadi isteri baik – baik. Jangan menyesal berhenti kerja. Memang orang kata b0doh tapi niat kita biar Allah yang adilkan.

Kita buat baik, apatahlagi mahu berbakti untuk suami ganjaran pahala Allah beri, jangan risau.. tak apa.. yang dah hilang biar ja. Pelan – pelan bina hidup sendiri semula. Allah dah tentukan walau dah usaha pun bekas suami masih tak hargai peng0rbanan.

In syaa Allah, jalan di hadapan lebih baik. Jangan putvs harapan untuk terus maju dalam hidup ya. Kalau dulu boleh berdikari, sekarang mesti lagi boleh. Mohon pada Allah, moga nanti Allah bantu segalanya dan buka pintu rezeki seluasnya selepas ni.. aamiin ya Allah. Jangan sedih lama – lama ya. Awak seorang wanita yang kuat! Semoga tt dalam perIindungan Allah selalu. aamiin ya Allah.

Alisa Suhana : Allah.. kena sangat lah luahan kali ni dengan situasi aku. Bila kita terlalu percaya pada pasangan kita. Bayangkan lah 11 tahun bersama tak pernah berahsia. Jadi bila tiba – tiba baru – baru ni dia curang, walaupun tak bawak ke z1na.

Tetap aku terbayang – bayang, overthinking, str3ss, sedih, kecewa sampai takleh nak tido malam, tak lalu makan. Allah je yang faham. Aku hadap 2 kali dah. Dan aku letak salah kat diri aku bila suami aku curang. Aku bagi lagi kepercayaan baru kat suami aku.

Bila jadi ke-3, dengan perempuan yang sama. Sump4h aku l0st! Aku jadi takut nak percaya. Aku jadi ins3cure. Aku jadi curiga dengan dia. Aku sedar benda tu tak elok untuk rumahtangga aku. Tapi aku dah f0bia! Aku f0bia dengan apa yang dah jadi. Walaupun memang salah aku.

Sekarang aku tengah usaha yang terakhir kali nya untuk selamatkan rumahtangga aku. Aku tengah kumpul balik kekuatan aku, kepercayaan aku, pulihkan balik em0si aku untuk baik pulih rumahtangga aku. Kalau aku tak mampu nak buat dia rasa cukup jugak, aku kena sedar diri, aku bukan pasangan yang terbaik untuk dia. Doakan aku gaiss.

Siti Shuhada Nani Tajuddin : Walaupun sedih awak sangat beruntung tt sebab husband awak ceraikan awak tak dig4ntung tak bertali. Nasib awak jauh lebih baik. Lepas ni. No regret. Nak kenang boleh, cuma cukuplah sebagai kenangan.

Dia tak cukup baik untuk awak. Hargai diri awak tt. Mulakan hidup baru dengan semangat baru.. impian baru dan dengan doa dari kami semua. Setiap kali rasa down, ingat kami yang sentiasa doakan kehidupan baru awak lebih baik dan dipermudahkan oleh Allah.

Awak hilang satu suami yang tak baik, Allah ganti, awak dapat sejumlah doa yang banyak dari orang yang tak pernah pun awak kenal. Sebagai permulaan hidup baru. Kadang – kadang kalah dengan menangis. Ya menangislah.. Tapi cukuplah sekadar melepas rasa hati. Selepas itu bangunlah mengadap Allah dan bina hidup baru. Good luck tt. Awak masih muda. Jangan pernah bimbang. Allah ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.