Hampir 3thn bercinta tak pernah jumpa, rupanya saya bercinta dgn lelaki jadian

M4kin lama m4kin pelik dan saya rasa tak sedap hati. Saya berjaya mesej dengan seorang perempuan dan dia mengaku sudah kawan dengan ‘kekasih’ saya selama 9 tahun tapi langsung tak pernah jumpa. Saya nekad jalankan siasatan akhirnya saya jumpa gambar kekasih saya di FB tapi menggunakan nama lain..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum. Terima Kasih admin sudi kongsikan cerita saya. Cerita ini sekadar perkongsian kisah benar yang jadi pada diri saya dengan harapan dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca lain. Saya ceritakan kisah 2 Tahun 5 bulan hidup saya mencintai lelaki dalam diri seorang wanita.

Saya ingatkan drama melayu TV3 je ada kisah mengarut macam ni, tapi ini reality yang jadi dalam hidup saya. Pertengahan tahun 2016 semasa berada dalam semester akhir saya mengenali seorang lelaki bernama Azman Hafiz (Bukan nama sebenar) melalui whatapps.

Saya seorang peniaga online, jadi saya tak pelik ada orang whatapps saya secara personal. Ayat pertama whatapps “Hi awak, saya nak COD dekat Damansara boleh?” Saya baIas “Boleh, tapi sekarang saya tengah busy Final Year Project(FYP) , saya berada di UiTM Kedah, kalau sana dah balik sana boleh lah COD”.

“Eh, kalau macam tu raya ni saya balik Penang, boleh lah jumpa, by the way semoga dipermudahkan FYP awak, kalau nak tanye saya apa – apa tanya lah saya graduate engineering dulu mana tahu boleh share ilmu” Saya baIas “Ok awak”.

Saya tak layan pon dia sebab hidup saya busy dengan belajar, bisnes sebab misi saya kumpul duit Tapi.. 10hari lepas tu Azman Hafiz whatapps saya semula “Awak ada dekat uitm ke tu?” Saya jawab “ya saya. Kenape ya?” Dia senyap.

Keesokan harinya ade seorang gadis hantar whatapps pada saya “Hi Cik, saya Jannah surpr1se planner, boleh tak saya nak jumpa cik sekejap ada kiriman” Saya baIas “Maaf cik jannah, daripada siapa ya? sebab saya tak boleh terima”.

Dia baIas “ok kita jumpa dulu ya” Saya “ok cik datanglah ke Hostel saya” Daripada kirimin dia hanya tulis “Mr. Anonymous” Saya terus whatapps Azman Hafiz “Awak bagi ya?” Dia tak nak mengaku sampai lah saya desak dan dia cakap itu hadiah sebagai salam perkenalan.

Perempuan mana tak cair kalau hantar bunga, hantar whatapps disetiap waktu solat mengingatkan kita jangan lewatkan solat, bacakan yassin semasa saya bentangkan Final Year Project, bagi hadiah Yassin, Al-Quran, hantar makanan, cair. Sump4h!

Sampai lah saya intern dan bekerja dia buat perkara sama. Tapi KAMI TIDAK PERNAH BERJUMPA. Semasa hari lahir saya dia janji nak datang untuk pertemuan kali pertama dan meminta saya masakkan nasi lemak sambal kerang.

Saya masakkan tapi sampai ke petang dia tak muncul. Saya cari daripada pagi ke petang call tak berangkat. Sampai lah dia muncul dia cakap “Ex Tunang dia tiba – tiba muncul dah diorang berg4duh besar sampai ke balai. Tiba – tiba kakak dia dikenali sebagai Kak Yani muncul bagitahu jangan datang biar dia selesaikan.

Tapi saya degil, saya datang juga cari dia ke Damansara dengan bawa nasi lemak sambal kerang. Sedih, mereka hanya ignore saya. Saya kecewa tapi Azman Hafiz pandai, selepas 5 hari dia muncul minta maaf dan janji tak kan buat lagi sebab dia cakap saya je boleh terima dia.

Berbunga lagi hati saya sebab kesian. Perkara masih berulang janji nak datang masa raya tak datang. Dia cakap dia buka bisnes tapi saya langsung tak tergerak hati nak tahu sebab saya buta dengan hadiah dan makanan yang dia akan hantar pada saya.

Dia sangat CARING. Sampai lah dia pujuk saya untuk ambil takaful sebab saya selalu s4kit dan buat kerja berat dan dia janji untuk membayarnya. Ok saya ambil takaful dengan Encik Azrie(bukan nama sebenar). Memang dia yang bayar takaful saya untuk 4 bulan pertama dan bagi saya duit topup sewa bilik RM100 / bulan selama 4 bulan.

Tapi setiap kali masuk duit saya jadi pelik sebab bukan daripada akaun Azman Hafiz, tetapi daripada akaun bernama Nur Dania binti Iman Jusoh(bukan nama sebenar). Saya pertikaikan, g4duh tapi dia jawab (itu no akaun staff saya, saya tinggalkan duit kat dia.

Saya cuba buat Video Call dengan dia tapi dia mengelak. Saya ok, tapi rasa curiga m4kin menjadi bila hantar gambar (kononnya gambar dia) ada telekung di belakang, dia cakap itu sweater, ok lah. Setiap kali g4duh, saya tak dibenarkan keluar balik lewat, saya tak dibenarkan kawan dengan mana – mana lelaki.

Bila saat saya mer0yan jadi h4ntu hati saya jadi tak sedap, perempuan kan always right, so saya pert4hankan saya betul. Tapi dia pert4hankan dia betul. Sampai lah pada hari khamis, jam 7 pagi dia marah saya sebab tudung saya singkat, saya cuma cakap “Ok dah delete, memekak je pagi – pagi ni, relax lah dulu, dah delete pon, mana ade singkat sampai lilit leher pon”.

Dia jawab “Aku dah give up lah dengan kau ni, give up dengan per4ngai kau”. Saya cuma cakap “OK” dan saya bl0ck whatapps dia. Tapi saya ternampak ade seorang gadis mention dia dengan instagram yang dia create tapi tak pernah post gambar dia pon,

Saya terus PM gadis tersebut dan minta no hp, tapi dia tak baIas. Saya cari Facebook gadis tersebut dan PM gadis tersebut , saya cuma tanya “Boleh whatapps saya tak di 01x-$&$ #€£¥”. Gadis tersebut whatapps saya, dan saya cuma bertanya “Berape lama kenal Azman Hafiz? Pernah jumpa dia tak? Macam mana sepanjang kenal dia”

Gadis tersebut jawab “Dah 9 tahun, tak pernah jumpa, last dia contact saya bulan 8 masa birthday saya, dia bagi saya macam – macam, layanan dia baik sangat, ni dia ade cari saya kat whatapps”. On Point. Saya jawab “Awak layan dia saya cuba cari siapa dia sebab hati saya tak sedap sangat ni, 2 tahun setengah je saya kenal tapi macam pelik”.

Maka saya pon buka laptop saya, cari details tentang Azman Hafiz tapi tak jumpa langsung sebab sebelum ni pernah juga cari sama tak jumpa. Maka saya teringat nama penuh gadis yang Azman Hafiz kata kerani dia dan selalu tolong masukkan duit kepada saya.

Saya search tentang gadis itu tapi tak jumpa, saya cuma jumpa bl0g usang yang ada tarikh lahir, tempat tinggal dan nama penuh dia. Hati saya tak sedap, saya merintih pada Nya, tolong lah saya h4mba Nya, saya tak kuat, saya s4kit, jangan jadikan bvnvh diri sebagai pilihan terakhir.

Saya whatapps Dr Ahmad (Bukan nama sebenar) ceritakan tentang semuanya. Dr Ahmad call saya, dia cakap bertenang, benda ni pernah jadi juga sebelum ni dan saya rasa dia perempuan. Maka pencarian saya tak berhenti, 4hari saya tak makan, tak mandi, tak tidur sampai berat badan saya hilang 4kg untuk mencari kebenaran.

Saya teringat kawan sekerja saya di Mekah sedang tunaikan ibadah umrah, ini adalah pilihan terakhir saya, saya minta bantuan dia, saya mesej dia pada jam 2:39am “Assalammualaikum Aniq, boleh tak minta sangat – sangat doakan saya Mira Rafiza binti Razali (bukan nama sebenar) diberikan kekuatan,

dan Allah SWT tunjukkan siapa Azman Hafiz dan Nur Dania binti Iman Jusoh yang sebenar sebab saya betul – betul tak kuat nak menghadapi dugaan ini, Saya tahu ini amanah berat walaupun sekadar doa tapi saya tahu ini pilihan yang saya ada sekarang”

Keesokan harinya, jam 11:20pm saya tergerak nak search tentang service bisnes yang Azman Hafiz jalankan maka saya search di Facebook “Servis xxxxxxx Xxxxxxxx”. Tak Jumpa, tapi saya tekan “See All”. Yes, saya ternampak 1 facebook page yang profile picture dia sama macam Azman Hafiz pernah bagi saya sebelum ni dan dalam masa yang sama Aniq mesej saya, ” Alhamdulillah saya dan sampaikan kiriman dan pesanan awak, semoga dipermudahkan urusan”

Saya takut nak whatapps no yang page tu sertakan, saya call kawan baik saya adakah patut saya whatapps guna no saya sebab saya takut itu betul Azman Hafiz tapi nama dia Karim(bukan nama sebenar). Dia cakap whatapps je, i doakan semoga dipermudahkan

Maka saya pon whatapps “Assalammualaikum Encik Karim, buat service xxxxxxx di xxxxxx”. “Ya saya, siapa ya, nak service xxxxxx di mana ya”. Saya tanya “Encik Karim kan?” “Ya, ni siapa ya?”. Saya pon bagi gambar yang selama ni Azman Hafiz bagi pada saya dan bertanya “Ini encik ke? dan budak ni anak encik ke?”

Encik Karim baIas “Ya saya, mana awak dapat semua ni”. Saya jawab “saya xxxx, ada orang salah guna gambar encik”. Encik Karim jawab “sekejap saya video call nak pastikan awak ni betul ke tak”. Saya angkat video call tersebut dan sah rupa dia sebijik macam gambar yang selama ini Azman Hafiz bagi pada saya.

Saya tersentak saya tanya beliau kenal tak Nur Dania binti Iman Jusoh, beliau cakap kenal, Saya cakap “Staff encik ke? encik pernah bermusvh ke?”. Encik Karim cakap “tak, kenal biasa je”. Maka Encik Karim cerita lah semua pada saya yang gambar tersebut dapat daripada IG dan Facebook dia, dia sudah berkahwin dan mempunyai 3orang anak (Nam a- nama anak beliau selama kenal saya, Azman Hafiz gunakan sebagai nama anak kakak dia).

Saya senyap, saya terk3jut, doa depan Kaabah tiada hijab, Allah SWT dah tunjukkan semuanya. Sampai lah Nur Dania binti Iman Jusoh ini whatapps saya, saya rasa dia dah perasan sebab Encik Karim dan saya dah block IG dan Facebook sebenar beliau dan saya update tentang “Sej4hil – j4hil manusia, sekali Allah nak tunjuk DIA tetap akan tunjuk”.

Azman Hafiz aka Nur Dania binti Iman jusoh whatapps saya “Assalammualaikum, sekarang macam mana ya, saya tahu saya tak boleh betulkan ape saya dah buat selama ni, saya tahu salah saya, saya minta maaf”. Saya terkilan sebab Azman Hafiz baik sangat dengan saya, dia bayarkan kelas ilmu untuk saya, dia belikan ape saja makanan yang saya teringin nak makan dan hantar melalui servis runner.

Saya tersentap dan tapi saya belajar terima kenyataan dia adalah perempuan dan memiliki suara lelaki, sebab tu selama ni saya tak perasan langsung suara dia, tapi saya pernah pertikaikan, kak Yani yang sentiasa muncul apabila g4duh pernah call saya pertengahan bulan 9 dan saya perasan suara kak Yani dengan Azman Hafiz lebih kurang dan bila saya pertikaikan dia gelak je.

Untuk Nur Dania binti Iman Jusoh, saya maafkan awak, awak pon dah mengaku bersalah, tapi tolong lah jangan bermain dengan hati kerana awak boleh membvnvh tanpa menggunakan pis4u. Perkenalan saya dengan Azman Hafiz sangat – sangat beri kesan dalam diri saya, saya bukan perempuan kaki shopping, semasa kenal dia saya tulis 7 impian saya dan saya dah capai 5 daripada itu atas motivasi dia.

Terima kasih, semoga awak berubah dan tak bermain dengan hati orang lagi sebab awak baik dan saya tak rugi ape – ape kenal awak tapi hati saya sangat terkesan. Kepada isteri En Karim, saya minta maaf sebab pernah sayang bayang – bayang suami Puan.

Tapi ikhlas dan jujur saya cakap, saya boleh move on kerana Sayang dan Cinta yang wujud dalam hati saya pada Azman Hafiz sebelum ni bukan kerana paras rupa tapi kerana dia terIampau perfect cipta kehidupan seorang lelaki yang tak pernah wujud dan bantuan Azman Hafiz kepada saya selama ini sangat bermakna.

Kepada pembaca, berhati – hati lah dengan perkenalan alam maya, s4kit dia sama macam kehilangan orang yang kita sayang dan kepada gadis – gadis jangan terIampau mengharap yang sempurna kerana yang sempurna itu berbeza pada setiap orang. Doakan saya kuat, doakan saya dipermudahkan urusan. Yang Ikhlas, – Miss Anonymous

Komen Warganet :

Nadira Baharudin : Hahahaha.. memang cerita ni nmpak pelik tapi yang pernah lalui je akan faham. In my case, my sister sendiri yang boleh terjebak dengan cinta rahsia serba serbi. Sebab apa? Sebab yang ‘ex pakwe’ adik aku tu memang tak akan dan tak pernah la tunjuk muka.

Hanya voice call je, kalau mintak selfie macam – macam la alasan. Bila bagi gambar pun nmpak sangat edittt. Bila ajak jumpa, tak ready la apa la. Akhirnya adik aku pergi negeri dia nak buat surpr1se la konon. Sampai ke sudah adik aku call tak angkat – angkat.

Dari pagi sampai ke malam wei dia tak angkat phone. Dan banyak lagi la drama bersiri dari dia lepas tu. Tiba – tiba eksiden sampai k0ma la dan tiba  – tiba sepupu perempuan mana tah duk contact bgtau perkembangan masa dalam wad.

Eh seri0us lawak, rupanya orang macam ni ada masalah pers0nality, mentaI dis0rder. And ‘ex pakwe’ adik aku tu pun bila kami contact balik smua ex – ex gf dia memang semua cakap tak pernah jumpa. Ada yang dah tunang 5 tahun, 9 tahun tapi tak pernah jumpa.

Tunang by courier cincin je atau macam mana cara aku tak tau tapi memang diorang yang terkena ni jenis lurus benduI. Redho je berkawan bertahun – tahun tak pernah jumpa, giIa ke apa?? Dalam kes adik aku, diorang baru kenal 2 bulan adik aku dah mer0yan nak jumpa jugak sebab dah rasa tak sedap hati.

‘Ex pakwe’ adik aku tu pun memang sangatla baik, orang kata macam sangat sempurna la, dengan caringnya, dengan kuat agamanya, selalu remind adik aku solat, tak boleh pakai s3ksi – s3ksi, labuhkan tudung. Selalu nyanyi kat adik aku, selalu pos coklat kat adik aku. Kalau call dari malam sampai ke pagi. Eh macam sama je dengan azman hafiz confessor. Dia suka kucing tak?.. hahahahahaha.

Nurul Nurul : Yes. Perkara sama terjadi kat kawan aku masa semester pertama. Nasib diorang ‘bercinta’ tak lama sebab kant0i. Ingat lagi masa sem tu jadual aku dengan kawan aku sama 100%, jadinya tiap – tiap hari kena p4ksa dengar dia bercerita pasal ‘pakwe’.

Yang bezanya perempuan tu pandai sebab dia pegang dua watak iaitu ‘lelaki’ tu dengan adik perempuan. Jadi apa – apa yang ‘lelaki’ tu nak bagi hadiah ke makanan ke kat kawan aku dia akan amanahkan kat adik dia. Haha. Ingat lagi masa nk bagi makanan kat kawan aku, ‘adik dia’ pemalu giIa.

Yela bagi makanan cakap abang bagi pastu lari turun bas. Macam ni jugak la gigih dia siasat. Bila dah tahu dia layan lagi nak tengok permainan perempuan tu. Ingat lagi masa kawan aku bagitahu aku sebenarnya pakwe dia selama ni perempuan.

Aku apa lagi b4ntai gelakkan dia. Yela, selama ni dia duk p4ksa aku dengar crita r0mantik dia tu. Sekarang sem last dah. Bila dia cakap pasal perancangan nak kahwin je, aku ingatkan dia check betul pakwe kau tu! Aku taknak sejarah berulang lagi. Haha.

Nurfarahin Abdullah : Pengajaran, kalau pakwe asyik nak mengaku dia betul je, sila kaji semula, barangkali dia perempuan. sebab perempuan je yg slalu rase dia betul. K gurau je. Ok, Takpelah bende dah jadik, sabar ye confessor, tuhan uji awak. Takpe jadikan ini pengajaran untuk semua orang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.