
Saya anak sulung dan saya ada gaji yang lumayan. Tapi saya tak suka tolong dan bagi adik – adik pinjam duit Tak kisahlah apa alasan nanti saya takut mereka tak ada usaha. Saya buat b0doh je. Satu hari, mak terlepas cakap yang dia gunakan duit yang saya bagi untuk tolong adik beradik dia. Saya terk3jut bila mak bagi alasan…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, baru lepas mengalir air mata melihat video Ustaz Ebit Lew dengan Arwah Abam Bocey. Intipati video, berbuat baiklah pada ibubapa adik beradik sendiri. Jangan kedekut pada harta, dalam rezeki kita sesungguhnya ada rezeki orang lain.
Saya anak sulung dari empat beradik. Tuhan rezekikan saya kerjaya yang gajinya lumayan dan suami juga ada pendapatan yang boleh tahan. Amat berbangga dengan pendapatan yang masa tu tak sedar hanyalah pinjaman.
Adik beradik yang lainnya biasa biasa gaji mereka, selayaknya mengikut kelayakan pendidikan mereka. Dengan gaji yang mewah saya memang duIukan ibubapa, apa sahaja yang ibubapa saya hendak saya cepat – cepat berikan.
Mertua juga begitu tapi jujur lebih pada ibubapa sendiri la kan. Pada ibubapa saya memang tidak berkira, tapi tidak pada adik beradik saya. Kadang – kadang sebelumnya ada juga adik beradik ingin meminjam duit bagi berbagai alasan yang munasabah.
Nak kahwin, gaji tak cukup, nak pinjam sedikit untuk urusan jual beli rumah, kereta rosak, saya buat b0doh saja. Paling – paling saya akan bagi tazkirah panjang lebar betapa mereka perlu pandai mentadbir urusan kewangan mereka sebaik – baiknya.
Sudahnya saya memang tak beri pinjam pun dekat mereka sebab saya risau jika terbiasa beri pinjam nanti mereka akan suka minta dan tak reti berusaha. Atau disebabkan isu pinjam duit ini akan menyebabkan hubungan adik beradik jadi bermusvh jika ditakdirkan wang yang dipinjam tak berjaya dibayar.
Jadi atas sebab sebab itu saya memang tidak beri pinjaman wang pada adik beradik saya. Tapi itulah walaupun begitu hubungan kami adik beradik tetap rapat dan adik beradik saya memang tidak pernah terasa dengan per4ngai kedekut saya.
Mereka tetap melayan saya dengan baik dan hormat saya sebagai kakak yang sulung. Cuma pada suatu hari tiba – tiba ibu saya semasa kami berborak – borak senggang di dapur, dia bercerita duit yang saya selalu beri tu dia beri kepada adik beradiknya mana yang tidak mampu atau diketahui ada kesulitan.
Saya terk3jut dan mulalah berikan alasan – alasan mengapa tidak sesuai beri pinjam wang kepada adik beradik sendiri atas alasan alasan yang saya berikan sebelumnya. Namun ibu saya hanya katakan, duit mak beri tu tak sebabkan duit yang ada dalam simpanan mak terusik pun.
Rezeki mak, kau dan adik – adik selalu bagi duit. Tapi duit banyak – banyak pun apa guna kalau adik beradik mak susah mak tak tolong langsung. Tak sanggup fikir sed4rah sedaging susah diorang minta pertolongan pada orang lain atau dibiarkan susah sedangkan kita ni hidup tuhan dah berikan yang sebaik – baiknya. Saya diam.
Mak saya sambung lagi, kang aku m4ti, diorang juga dengan korang anak – anak mak yang akan uruskan jen4zah mak, doakan mak, ngajikan mak. Apalah sangat setakat harta yang tuhan bagi pinjam ni mak sedekahkan pada adik beradik.
Mak bagi pinjam tapi kalau sampai sudah mereka tak bayar balik mak niat sedekah ajelah. Saya diam lagi. Malamnya di rumah sendiri, saya teringat ingat saya ni adik – adik nak pinjam duit nak pinjam kereta memang beribu alasan tak beri atas prinsip hidup.
Saya juga duduk di luar kawasan dari adik beradik yang lain dan jauh dari ibubapa atas alasan yang sama “kalau selalu jumpa nanti asyik nak g4duh?” Saya biasa – biasa sahaja dengan adik beradik “agak” rapat cuma saya kononnya tegas dan ada prinsip berkenaan hal kewangan.
Saya teringat ingat masa saya tak beri pinjam duit dan kenderaan tu bagaimanalah agaknya perasaan mereka. Bukanlah adik beradik saya kerjanya pinjam duit tapi kebetulan pada tahun tahun tersebut macam – macam jadi pada mereka, kereta rosak, duit nak bayar duti setem tak cukup, anak s4kit, suami isteri kena retrench macam- macam.
Selepas itu memang mereka tidak pernah meminta – minta dari saya. Saya menangis semahunya tiba – tiba kerana terfikir Ya Tuhan, h1nanya perilaku saya ini, jika saya ditempat adik – adik saya, saya dilayan sebegitu apakah perasaan saya?
Dahla tengah ada kesulitan mesti malu nak minta tolong tapi sebab terp4ksa meminta juga dan kemudian ditolak. Saya menangis semahunya malam tu. Tak dapat tidur saya solat taubat minta ampun pada Tuhan (harap Tuhan terima taubat saya yang angkuh dan somb0ng pada adik beradik).
Saya berazam untuk ubah mentaliti saya dan lebih compassionate pada adik beradik dan anak – anak buah saya. Saya mulakan dengan belanja percutian bersama – sama, lebih kerap balik kampung untuk berjumpa dengan mereka (sebelum ini saya hanya nak jumpa parents), dan sp0nsor anak – anak buah saya punya pelajaran.
Seorang adik saya yang kena berhentikan kerja suami isteri, alhamdulilah suaminya dah dapat pekerjaan tapi gaji agak rendah. Saya tolong bayarkan duit sewa, duit belanja sekolah anak dan duit van. Seorang lagi adik saya yang keretanya dah berusia 18 tahun saya belikan myvi baru.
Yang seorang lagi alhamdulilah kerja baik dan mampu serta sama – sama tolong adik kami yang dalam kesulitan. Kehidupan saya sekarang, Alhamdulillah hati tenang, saya sekarang tak risau duit saya m4kin kurang atau m4kin sikit, saya content kalau saya Tuhan takdirkan m4ti besok pun saya dah buat sebaiknya untuk d4rah daging saya.
Saya sedar rezeki saya yang mewah itu Tuhan yang berikan. Bagaimana dia boleh beri semewah – mewahnya Dia juga boleh tarik dalam sekelip mata. Rezeki itu bukan hak saya seorang. Saya akhirnya faham konsep dalam rezeki yang tuhan berikan untuk kita ada rezeki untuk orang lain.
Sedih bukan jika kita masa hidup duit berkoyan – koyan tapi adik beradik hidup susah sana sini. Saya tulis dalam konteks adik beradik atau ahli keluarga lainnya yang tidak ada masalah d4dah, kaki tipu, biawak hidup.
Saya tulis confession ini juga bukan untuk tunjuk saya baik sebab saya sebelum ini adalah segala yang opposite dari baik. Berbalik pada video Ebit Lew dan arw4h Abam Bocey, arw4h cakap ramai gelandangan dan orang miskin di luar sana kerana tak ada ahli keluarga yang ingin membantu.
Jika kita saling tolong menolong sesama kita percayalah hidup kita lagi diberkati dan dirahm4ti. Aamiin. – Kakak sulung (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Ezanlena Emny : Di dalam rezeki kita ada rezeki orang lain yang Allah telah atur dan satu lagi kalau kita dah bagi duit pada ibubapa kita, kita tak de hak untuk persoalkan ke mana arah tuju duit yang kita dah bagi, itu hak ibubapa kita, selepas kita bagi.
Tu terpulang dia nak bantu anak yang susah. Semoga dengan sedekah pada adik beradik, rezeki kita akan bertambah kalau kita ikhlas. Lagipun adik beradik tak akan mintak kalau dia mampu, sebab malu,
MaYa : Alhamdulillah. Syukur sebab awak mendapat kesed4ran. Saya pun kakak sulung, kadang – kadang adik beradik mintak tolong. Mana yang boleh saya tolong saya tolong mereka.
Sebab bagi saya mungkin rezeki kita meIimpah ruah sebab doa orang – orang sekeliIing mak ayah adik beradik suami anak – anak. Lagipun tak selama nya kita kat atas. Takot kemudian hari kita perIukan pertolongan mereka pulak.
Nur Sumayyah : Ayah saya beginilah orangnya. Atuk dan opah saya cakap ayah saya anak soleh, anak syurga sebab menjaga dan ambil berat dengan mereka dan adik beradik. Ayah saya meninggaI dan kami melihat janji Allah.
Benarlah anak yang mendapat redha ibu bapa, disayangi adik beradik, sahabat handai. Tempatnya baik di sisi Allah. Dan pengakhiran hidup mereka sangat indah dan Allah permudahkn serta menunjukkan rahmatNya pada kita.
Mawar Putih : Tak salah pun dengan prinsip tentang pinjam duit tu. confessor saya boleh kata 90% sama dengan akak sulung and the only sister. Dia belanjakn duit dia untuk mak ayah adik – adik. Tak pernah berkira bab duit untuk beli barang – barang kelengkapan rumah mak, pelajaran adik – adik, duit belanja, makanan.. semua la.
Cuma dia pesan selagi boleh elakkan meminjam duit walaupun antara adik beradik kecuali diberi secara rela (ikhlas) untuk membantu antara satu sama lain.
Faezah Halidin : Tak salah nak tolong adik beradik, ada rezeki lebih boleh hulurkan sorang sikit tapi ni kalau dah asyik harap bantuan adik beradik je. Sampai nak menanggung semua. Pun payah jugak. Umpama ambil kesempatan atas kebaikan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.