Emak sedih tgk saya teruja nak masuk asrama tapi takde duit. Bila pergi jumpa abah, kami kena haIau

Bukan bantuan yang kami dapat dari ayah tapi m4ki hamun yang saya dan emak terima, kami kena haIau. Saya tipu mak, saya tak nak masuk asrama sebab tak sanggup tinggalkan adik – adik. Emak setuju, dengan linangan air mata sedih..

#Foto sekadar hiasan. Dalam dunia ini tidak ada orang yang paling saya sayang kecuali emak saya. Sebab pend3ritaan yang emak tanggung sejak saya dilahirkan hinggalah saya dapat dua orang adik lagi. Namun pend3ritaannya tidak berakhir di situ sahaja sebaliknya terp4ksa berk0rban tenaga untuk membesarkan kami tiga beradik.

Saya dibesarkan dalam tiga suasana yang berbeza dan penuh pend3ritaan, pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan. Ketika kecil saya lihat emak sering kena pukuI dan ditengking ayah. Kesalahannya saya tak tahu, tapi saya nampak emak kena sep4k, hinggakan saya pernah berdoa kepada Tuhan ayah tak balik, supaya emak tak kena pukuI.

Tetapi bila ayah tak balik, emak menangis juga sebab barang makan tak ada, biasanya kami makan bubur dengan telor, atau mi segera. Itulah makanan kami beberapa hari kalau ayah tak balik. Walaupun jemu, tapi saya rela makan bubur bersama kicap daripada melihat emak kena pukuI.

Namun adik sering menangis sebab tak suka makan bubur. Selepas dapat adik kedua dan berumur setahun, emak balik ke rumah nenek. Tetapi tak berapa lama balik semula ke rumah. Kata emak, ayah dah datang jemput emak balik.

Emak mengikut aja, lagi pun emak tak gembira duduk rumah nenek, sebab kena marah dengan adik – adik emak. Ketika itu saya tak tahu puncanya, tetapi selepas besar baru saya faham, kerana adik beradik emak tuduh kami menghabiskan beras duduk rumah nenek.

Nenek tak berani berkeras, sebab makan minum nenek pun mereka tanggung. Sebab datuk dah berhenti kerja. Nasib ada rumah nenek kalau tidak tentu kami duduk bawah jambatan. Itu kata adik beradik emak. Kembali ke rumah ayah, peristiwa lama berulang lagi, banyak kali kena haIau tetapi lahir juga adik ketiga.

Kata emak biarlah dia kena pukuI, emak tetap sabar demi kami tiga beradik dan asalkan tidak kena cerai dan kena keluar dari rumah kerajaan itu. Tapi akhirnya emak kena cerai juga ketika itu saya sudah bersekolah rendah.

Kerana tak mahu pulang ke rumah nenek takut masalah lama berulang, emak duduk tumpang sebuah bilik kecil di Keramat sambil bekerja membantu tuan rumah berniaga kedai makan. Emak bekerja pagi sampai malam.

Tujuannya nak cari duit lebih dan membaIas budi majikan. Jadi emak suruk saya jaga adik selepas balik sekolah. Besarlah kami bertiga beradik sendirian. Walaupun dapat makan lebihan orang tapi saya senang hati, sebab emak tak kena pukuI dan tak kena marah jika duduk rumah nenek.

Agaknya kerana kami hidup susah, maka keperitan dan kesengsaraan hidup cepat mematangkan kami. Kami adik beradik gembira dapat bersekolah dan hidup ceria. Sesekali nenek datang jengok kami. Peristiwa ini berlaku telah lama.

Kini saya dan adik sudah berumah tangga, tetapi kami masih ingat betapa susah payahnya emak berk0rban membesarkan kami dan memberi kami pelajaran hingga keadaan kami sekarang. Ketika saya dapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh emak susah hati.

Pertama emak tak ada duit bila lihat list yang diberi oleh kerajaan untuk buat persediaan tinggal di asrama. Semua benda kena sediakan, pakaian seragam, pakaian di asrama, sarung bantal, sarung tilam, baldi belum masuk buku, yuran dan sebagainya.

Emak termenong bila melihat saya ghairah nak ke sekolah berasrama. Tuan rumah cadangkan minta bantuan ayah yang selama ini tak pernah bagi nafkah. Emak beranikan diri pergi ke pejabat ayah. Bukan bantuan yang emak dapat m4ki hamun yang saya dan emak terima, kami kena haIau.

Sebab kami datang susahkan hidupnya, kerana dia pun ada anak isteri nak di tanggung. Kerana tak ada duit sebab ditawarkan sekolah jauh di selatan. Maka saya beritahu emak tak sanggup tinggalkan adik – adik sendirian.

Kalau dapat rezeki tawaran masuk tingkatan 4 mungkin saya boleh pergi. Emak setuju, dengan linangan air mata sedih. Nak jadikan cerita dua tahun kemudian adik dapat tawaran yang sama, saya galakkan adik pergi biar saya jaga adik yang masih bersekolah rendah sambil menunggu tawaran tingkatan 4.

Kerana rezeki kami adik pulak dapat masuk sekolah agama berasrama dan saya dapat masuk tingkatan emat berasrama. Maka tinggalkan emak sendirian. Kata emak biar dia berk0rban asalkan kami dapat pelajaran dan dapat kerja, jangan jadi macam emak bukan sahaja tak berpelajaran tapi tak bekerja.

Siksa hidup berg4ntung pada orang (suami). Dirinya dibuat seperti h4mba dan dibuang sesuka hati. Itu kata emak. Ketika saya sudah bekerja saya bawa emak tinggal bersama dan saya suruh emak berhenti bekerja yang ketika itu bekerja jaga anak orang dan memasak di tadika.

Hasil simpanan saya beli sebuah rumah teres di pinggir KL, kami duduk adik beradik. Hairannya ketika itulah adik beradik ayah sering hubungi kami nasihatkan supaya menjengok nenek yang telah tua dan ingatkan ayah kami.

Secara jujurnya ketika itu kami hampir terlupa macam mana wajah ayah. Sebab kami sudah terlupa kami ada ayah. Nama ayah cuma tersangkut pada hujung nama kami saja. Lepas bercerai ayah tak pernah jengok kami atau tanya apakah kami sudah makan atau belum, bersekolah atau tidak.

Kata mereka, ayah selalu ambil berat kehidupan kami. Betul ke? Kalau betul mengapa tak beri kami nafkah? Mereka sendiri tidak pernah jengok apa lagi bertanya khabar, kenapa mereka ingat kami selepas kami bekerja?

Kini 40 tahun sudah berlalu. Kami adik beradik (dua perempuan seorang lelaki) sudah berkeluarga. Pesanan emak sentiasa tersemat di hati. Kami sentiasa ingat kenangan pahit kami semasa kecil. Ia sentiasa jadi iktibar dalam kehidupan kami dan kami tidak mahu kenangan pahit itu ujud dalam hidup anak – anak kami.

Ketika menonton tv 9 baru – baru ini seorang ustaz berkata sebagai anak kita tidak boleh derh4ka kepada ayah atau ibu kerana Allah janjikan ner4ka baIasannya. Saya setuju seratus peratus. Tapi saya nak tanya apakah tidak ada ceramah menasihatkan ayah supaya memberi nafkah kepada anak – anaknya setelah bercerai, dan apakah baIasan yang bakal si ayah terima nanti jika dia gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya itu?

Pada pandangan saya disebabkan tidak ada nasihat kepada ayah tentang tanggungjawab mereka inilah, maka mereka ambil mudah bab beri nafkah. Malah menganggap nafkah anak hanya menyusahkan hidupnya sahaja. Apakah ini adil?

Walaupun masalah yang saya hadapi itu sudah lama berlalu, tetapi ia tetap jadi kenangan hidup kami adik beradik. Kerana itu bila ayah datang menikahkan kami dua beradik, kami tidak mesra dengan ayah. Hanya ucapan terima kasih lahir dari mulut saya.

Ayah seumpama tuan khadi yang datang untuk majlis pernikahan kami. Ayah datang dan pergi. Kerana tidak mesra, ayah tidak berbual dengan kami. Dia sendiri rasa janggal. Jadi salahkah kami? Saya bawa kisah hidup saya ini walaupun sudah lama berlaku semata – mata menyokong pengalaman pahit yang dilalui oleh ibu – ibu tunggal dan anak – anak mereka yang menghadapi masalah mendapatkan nafkah dari bekas suami mereka.

Janganlah kerana bencikan bekas isteri dan mahu membaIas d3ndam maka anak – anak jadi m4ngsa. Sedarlah bahawa perbuatan anda telah meninggaIkan titik hitam dalam hidup anak – anak hingga mereka dewasa. Lebih maIang jika si anak menghadapi masalah dalam hidup. Maka ayah akan dipersalahkan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.