Emak beli surat khabar tapi tak pandai membaca, bila tgh masak mak panggil anak2 suruh ajar dia membaca

Mak dulunya hanya bersekolah rendah dan buta huruf. Dia pelik kenapa anak orang kaya je yang masuk asrama. Dia cemburu tengok ibu bapa lain siapkan anak – anak untuk hantar ke asrama. Bila ayah bagi jawapan, setiap hari mak beli surat khabar nak belajar membaca tapi mak tak pandai. Satu hari mak tanya satu perkataan dalam bahasa Inggeris..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya lepasan sekolah menengah harian kampung. Faham je apabila sekarang ramai ibu bapa yang resah apabila anak tak dapat masuk asrama. Dulu bila nak motivasikan anak, mesti akan cakap, belajar pandai – pandai nanti dapat masuk asrama.

Tu pun la kata – kata mak abah pada 3 orang abang dulu (along, angah dan uda). Abang – abang saya sekarang umur dorang dah lewat 40 an. Tua dah. Dulu, zaman mak abah membesarkan abang – abang, mak cerita, dia pernah tanya kat abah,

‘Hanya anak – anak cikgu je ke yang boleh masuk asrama dan jadi pandai?’ Itu persepsi mak, bila melihat jiran – jiran yang have – have macam cikgu tengah mempersiapkan anak – anak mereka ke universiti. Semuanya hasil keluaran asrama.

Yela, mak hanya suri rumah. abah ahli bomba biasa. ‘Eh tak la.. yang penting dorang dapat keputvsan semua A, dapatlah masuk asrama,’ abah jawab. Mak bagaikan dapat satu harapan. Mak yang dulunya hanya bersekolah rendah dan buta huruf, hari – hari beli surat khabar semata – mata untuk belajar dan mengajar anaknya.

Hajat hati nak anak masuk asrama. ‘Macam mana nak sebut u. m. b. r. e. l. l. a. ni? Perkataan bahasa inggeris. Mak tak reti. Tapi apa yang mak tahu, lepas balik sekolah akan diperiksanya beg anak untuk tengok kerja sekolah.

Hari cuti, masa mak masak, dia akan panggil anak – anak kat meja makan buat kerja sekolah depan dia dan mengeja supaya mak pun dapat belajar sekali.. haha. Mak sangat berdisiplin, tak kisah pasal akademik atau pun kerja rumah.

Mak takde lagi anak perempuan masa tu tapi mak pastikan juga mereka tahu buat kerja rumah. Along suka basuh kain, sampai sekarang lampin anaknya pun dia yang basuh. Angah ringan tuIang, semua yang mak suruh, dia buat.

Untung isteri angah, walaupun anak ada 7 orang, semuanya dirasakan ringan sebab angah rajin membantu. Uda suka mengemas rumah, rumah dia sekarang 1 helai rambut pun takde. Ke lagi untung jadi isteri uda, tak yah mengemas.. hehe.

Satu amalan mak abah yang dorang buat sampai sekarang, setiap kali anak nak exam, dorang dah siap – siap berwuduk 30 minit sebelum peperiksaan bermula, baca yasin dan berdoa. Alhamdulillah, akhirnya semua ketiga – tiga abang berjaya masuk asrama.

Di asrama mak abah kata, ada cikgu boleh ajar, buat tuisyen dan di asrama juga ada disiplin. Diajar berdikari dan diajak solat berjemaah. Akhirnya hajat mak tercapai, semuanya dapat masuk universiti, Alhamdulillah.

Kemudian zaman pun berubah. Saya lahir lambat sikit, masa abang di universiti, saya baru lahir.. hehe. Masa saya di darjah 6, persaingan sem4kin sengit. Dapat 4a 1b UPSR pun tak dapat tempat ke asrama. Saya lain dari abang saya.

Tapi mak abah tak kecewa. Masa tu, saya boleh rasa perubahan bila balik ke kampung atau di kalangan kawan – kawan. Sampai saya terfikir, adakah sebab saya tak dapat masuk asrama, saya kurang peluang berjaya. Saya terfikir, budak asrama je ke boleh dapat straight A?

Waktu tu baru nak masuk form 1, di sekolah kampung, saya ingat saya buat satu to do list, ‘Road to 8A PMR’. Ada 10 kot, antaranya kena baik dengan cikgu untuk dapat berkat, jadi pengawas, masuk sukan, dapat nombor 1.. yang lain tak ingat dah.

Satu persatu saya capai. Kat rumah, saya rasa lagi best dari budak asrama, setiap malam, mak buatkan segelas air susu dan teman study tapi 10 minit je, pastu mak tido dah. Bila along balik rumah mesti dia akan tolong buat jadual belajar.

Warna warni, ikut tak ikut nombor dua. Bila angah balik rumah, mesti akan beli 1 buku. Nak beli banyak tak mampu, sebab baru start kerja. Uda memang duduk rumah, pantang bilik bersepah, kasut sekolah tak basuh, memang mendapatlah.

Kat rumah, abah tak cakap banyak. Dia suka dengar saya bercerita. Walaupun cerita kawan suka tarik kerusi. Abah tak pernah p4ksa belajar. Tapi dialah penunggu setia depan sekolah untuk ambil dan hantar, bangun malam tahajjud setiap hari untuk doakan anak – anak dia.

Satu je yang dia pantang, kalau saya lambat solat. Alhamdulillah, saya berjaya dalam PMR dan SPM dengan straight A walaupun sekolah harian kampung dan ibu bapa bukan golongan profesional pun. Jadi doktor hari ni pun saya percaya, ia adalah sebab doa dorang sebab saya tahu saya tak pandai dan Allah takkan kecewakan orang yang berusaha.

Saya tak tahu hala tuju anak saya pada masa akan datang. Asrama atau tidak tapi saya tahu, saya perlu jadi ibu bapa sehebat ibu bapa saya. Ilmu akan lari kalau tak dikejar dan agama akan hilang kalau tak ditanam. Kan..

Zaman akan sentiasa berubah. Mungkin fungsi universiti pun lain nanti tapi fungsi ibu bapa tulah yang paling penting. R0bohnya universiti satu bangunan je runtvh. Tapi h4ncurnya ibu bapa, 1 tamadun musn4h. Dari Nabi Ibrahim dan Hajar, lahirnya Nabi Ismail dan tanah arab and of course Nabi Muhammad dan seisi dunia.

P/s : doakan mak abah saya.. dorang m4kin uzur dimamah usia. Tulisan ni semata – mata untuk bersyukur atas adanya mereka. – Anonymous

Komen Warganet :

Sufian Reddington : PMR aku 8A. Tapi sambung stay kat sekolah harian. Ustazah perli aku nak duk bawah ketiak mak. Cikgu fizik siap perli aku depan – depan kelas sebab aku aku hampir fail fizik (tu pun sebab tak jawab satu muka surat sebab tak perasan). Dik4takan aku sudah tak menjadi. Rugi tak pergi sekolah asrama. Alhamdulillah SPM dapat best student. Sekarang bekerja dalam bidang perubatan.

Tikah Mat Zin : Wahai adik – adik yang baca ni, kawan baik akak lepasan. Sekolah biasa which is sekolah kampung. SPM dapat 7A. Masuk asasi UPM. Sambung degree UPM dalam bidang Sains pertanian siap dapat scholarships lagi.

Lepas tu sambung MASTER. Lepas tu sekarang tengah buat PHD pun kat UPM. Umur 26 belum kawen lagi. Perempuan. Family susah dik. Adik beradik ramai. Anak yatim lagi tapi dia tak pernah putvs asa. So nampak tak kat situ, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Sekolah kat mana – mana pun takpe asalkan kita bersungguh – sungguh nak berjaya.

Adliah Ramli : Suka confession ini.. Ya.. sentiasa ingat peranan mak pak paling utama. Yang paling utama.. memotivasi, mendisiplin anak, mengakhlaq anak dan menanamkan agama dalam jiwa anak. Sejuk cikgu – cikgu dapat pelajar yang mak paknya berperanan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.