Dulu suami janji akan syg anak saya mcm anak sendiri. Lepas kahwin badan anak penuh Iebam

Setiap hari anak tiri hanya makan maggi. Satu hari tu, anak tiri minta saya masakkan maggi tapi saya tak nak. Saya suruh dia makan nasi, tapi anak berusia 6 tahun tu dah pandai m4ki saya. Dia terus mengadu dekat nenek..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Mohon hide profil saya, terima kasih. Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak, usia perkahwinan kami baru setahun 3 bulan. Perkahwinan ini merupakan kali yang ke-2 buat saya.

Dan kali ke-3 buat suami saya. Suami saya mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dia kali ke-2. Perkahwinan kami pula dikurniakan 1 orang anak yang kini usia 6 bulan. Saya bukan nak buka aib sesiapa tapi sekadar luahan hati dan ingin mendapatkan nasihat yang positif untuk saya.

Anak saya hasil perkahwinan dahulu ada 2 orang. Anak ke-2 saya sebaya dengan anak suami saya iaitu usia 6 tahun. Keduanya lelaki. Nak dijadikan cerita, awal perkahwinan kami. Mek (Nenek Suami) pesan kat saya. Jangan sesekali pukuI cicit dia.

Saya iyakan jelah. Lama kelamaan kami duduk sebumbung dengan mentua, disebabkan baru kahwin belum ada rumah sewa lagi, macam – macam yang terjadi. Bagi beIah keluarga suami saya, suami saya adalah anak sulung.

Dan anak suami saya juga merupakan cucu sulung buat tokma (mak suami). Anak suami dibesarkan bersama mereka sejak usia 1 tahun lagi disebabkan bekas isteri suami saya melarikan diri. Jadi suami saya yang besarkannya.

Sejak saya tinggal bersama keluarga suami, banyak perkara yang negatif terjadi sampai tahap mek nya nak pukuI anak saya (walaupun salah cicitnya). Mereka memang manja sangat. Sampai umur 6 tahun masih belum reti nak makan nasi.

Kalau nak mandi kena orang tolong mandikan. Pakai baju seluar pun tidak reti. Ber4k dalam bilik air, pun tak reti nak basuh. Yang paling teruk mereka biarkan dia makan Maggi 2 atau 3 kali sehari, tiap – tiap hari. Dan minum air bergas, air masak memang langsung tak minum.

Disebabkan saya dah anggap dia macam anak saya juga. Saya cuba menghalang dia dari terus makan Maggi. Bila dia minta saya masak Maggi saya membantah. Saya pulak kena m4ki hamun dengan dia. Ummi b*bi, Ummi gil0m Ummi anak h4njing.

Dalam hati saya. Ya Allah budak ni. Saya terus ke dapur untuk hidangkan nasi. Makan bersama anak – anak saya. Dia menangis lalu pergi ke rumah mek dia. Mek dia datang rumah dengan wajah marah. Saya tegur mek pun tidak endahkan saya.

Lalu mek masak maggi juga buat cicitnya. Anak saya terliur dengan Maggi, dia minta dengan saya mahu sedikit pun meknya tidak peduli. Biasa la kan budak – budak suka Maggi tapi saya tidak ajar anak – anak saya amalkan makan Maggi selalu.

Lalu Saya menasihati anak saya untuk tidak meminta lagi. Hari demi hari. Mereka (anak suami dan anak saya) kerap berg4duh. Anak suami jenis anak emas. Ramai yang rajakan dia. Ikutkan apa je yang dia mahukan. Kalau tidak ikutkan memang kena m4ki hamun la jawabnya.

Papa (suami saya) pun pernah kena m4ki hamun dengan anaknya sendiri. Disebabkan kerap sangat berg4duh saya meminta untuk tinggal bersama keluarga saya buat seketika sementara dapat rumah sewa. Saya tidak tahan melihat anak – anak saya yang selalu kena marah dengan suami saya dan mek suami saya.

Waktu itu saya sudah mengandung. (Bunting pelamin). Chek up KIinik kesihatan berdekatan kampung keluarga saya. Anak – anak saya pun. Saya daftarkan sekolah berdekatan dengan rumah keluarga saya. Suami saya ikutkan je.

Macam kami ni PJJ. Walaupun jarak rumah mak suami dengan rumah abah saya 45 minit sahaja. Masih dalam daerah yang sama. Hari cuti sekolah sahaja saya berada kat rumah abah saya. Hari Jumaat Sabtu suami saya datang ambil saya ke rumah mak dia.

Bermalam kat sana. Anak – anak saya kadang – kadang ikut kadang – kadang tidak mahu ikut. Hari demi hari. Sampailah hari saya bersalin (HospitaI) dan berpantang kat rumah abah saya. Rezeki baby kot dapat rumah sewa.

Habis pantang saya kembali duduk bersama dengan suami dan anak – anak. Maka bermula kisah benar yang terjadi dan saya dan anak – anak saya alami. Disebabkan sudah berpindah area berdekatan dengan rumah mak mentua.

Anggaran 20 minit rumah sewa ke rumah mak mentua saya. Saya pindahkan sekolah anak – anak saya. Dan daftarkan juga untuk anak suami saya. Sebelum ni anak suami belum pernah ke sekolah. Mula – mula sekolah buka bulan 3 hari tu kan.

Suami saya membantu dalam urusan persekolahan anak dia. Tetapi anak dia berkeras tidak mahu ke sekolah. Anak – anak saya pula tanpa dip4ksa memang semangat nak ke sekolah. Sejurus selepas itu. Keesokan saya cuba menghalang suami saya dari membantu anaknya bersiap nak ke sekolah.

Biar anaknya berdikari. Sampai bila kita tidak mahu ajar anak berdikari. Mandi kena mandikan. Pakai baju seluar tidak pandai. Anak dia menangis. Wajah suami saya lain. Bila saya menasihati anaknya yang berkelakuan tidak baik.

Suka m4ki hamun wajah suami saya memang berubah. Dengan saya diamkan diri. Nak dijadikan cerita bila anak saya dan anak suami saya berg4duh mesti suami pukuI anak saya disebabkan anak dia  mengadu sampai Iebam peha lengan telinga dicubit kemerahan.

Tiap – tiap hari juga saya makan hati. Tiap kali mereka berg4duh mesti suami saya akan naik tangan kat anak saya. Berkata kasar kat anak saya (MU ni j4hat, B0d0). Ya, saya tahu anak saya nakal. Biasa la budak – budakkan.

Sedangkan adik beradik kandung pun berg4duh. Inikan pulak adik beradik tiri yang baru kenal. Kami suami isteri kerap berg4duh disebabkan hal anak – anak sahaja. Sampaikan tahap saya hilang sabar. Saya minta suami saya lepaskan saya.

Tapi suami saya tidak mahu lepaskan saya. Tiap kali berg4duh. Saya luahkan perasaan yang saya pendam. Semua berkaitan anak. Pernah saya dengar, suami saya cakap dekat anak dia supaya jangan berkawan dengan anak saya sebab anak saya jahat.

Allahu. Rasa macam tidak percaya je perkataan itu terkeluar dari mulut suami saya. Kadang – kadang saya penat dah nak hadap semua ini. Saya anggap anak suami saya macam anak saya sendiri. Apa yang anak saya dapat. Anak dia akan dapat.

Tapi tidak untuk suami saya. Dia belikan makan ke mainan ke belikan kat anak dia sahaja. Jauh di sudut hati saya terasa bila anak – anak saya mula meminta. Kenapa papa tak belikan kat adik Abe Ummi. Papa belikan kat anak papa je.

Sampai satu tahap. Saya buntu nak jawab soalan dari anak saya. Saya hanya mampu menjawab nanti Ummi ada duit Ummi belikan ya anak. Hari demi hari berlalu pergi, bermacam – macam yang terjadi. Kami kerap berg4duh.

Time g4duh kami tidak bersemuka. Kami berg4duh melalui whatsapp. Paling saya terasa sekali. Suami rela tidur dengan anaknya. Anak – anak saya, saya sudah pisahkan tempat tidur. Tipu la anak saya tidak terasa dan menjadi tanda tanya.

Kenapa dia tidur dengan papa. Kami kena tidur bilik lain. Saya cuba jelaskan bagi anak saya faham. Dan saya tegaskan kat suami saya. Anak dia dah besar. Jangan jadikan dia seperti kecik lagi. Lalu suami saya ikutkan kata saya.

Anak dia menangis tidak mahu. Tiap kali nak tidur mesti tidurkan dahulu baru angkat masuk bilik. Bila dalam bilik, suami saya hadapkan kipas kat anak dia je. Anak saya kepanasan. Begitu la tiap – tiap malam saya kena hadap.

Bila suami dah lena baru saya betulkan kipas bagi semua kena. Macam mana saya nak hadap hari seterusnya jika suami saya tidak berlaku adil dengan anak – anak saya. Sebelum kami berkahwin suami berjanji nak jaga anak saya macam anak dia sendiri. Tapi janji tinggal janji..

Tiap kali kami berg4duh tiap kali itu jugalah saya meminta dia untuk melepaskan saya. Saya sudah tidak tahan lagi untuk bersama dia. Siksa zahir dan batin saya. Nafkah batin kadang – kadang langsung tidak laksanakan.

Paling lama suami tidak sentuh saya 5 bulan. Sampai saya ungkit semua isu itu ini. Mintak suami saya fahami saya. Duit belanja apatah lagi memang tidak bagi. Saya tidak berkerja. Mengharapkan duit bantuan kerajaan bagi (zaman ibu tunggal ). Bkm Bkc alhamdulillah. Saya tidak kemaskini.

Mengharapkan duit itu saya boleh belikan apa jua anak – anak saya ingin kan. Duit perbelanjaan sekolah anak saya keluarkan duit simpanan anak saya. Pernah saya bagitahu yang saya nak kerja sebab saya perIukan duit tapi suami tidak izinkan disebabkan baby kami menyusu badan sepenuhnya.

Kehidupan alam rumah tangga kami tidak seindah rumah tangga orang lain. Terdetik jua hati ini, kenapa saya tidak layak untuk bahagia seperti mana insan lain dapat. Perkahwinan terdahulu gagal disebabkan orang ketiga muncul.

Dugaan kali kedua pulak macam ni pula. Sampai bila saya harus bersabar dan terus bersabar. Zaman saya jadi ibu tunggal, saya bahagia dengan anak – anak walaupun susah dari segi kewangan. Tapi lepas kahwin m4kin banyak ujian dan dugaan datang bertandang. Allahu.

Oh ya.. lupa saya nak bagitau, suami saya ada s4kit psiki4tri dan suami saya mengaku bahawa dia bukan orang yang normal. Bolehkah saya menuntut cerai dengan alasan suami saya tidak normal dan s4kit? Dan suami saya merupakan t4ik jvdi.

Duit simpanan habiskan 2k dalam masa 1 jam. Allahu. Lepas kejadian kalah jvdi dia minta maaf kepada saya dan berjanji tidak mahu ulangi lagi. Tapi saya tidak percaya lalu saya tetapkan syarat iaitu cerai taklik. Andai dia main jvdi, maka talak akan jatuh.

Mulanya dia tidak setuju tapi saya berkeras dan dia bersetuju. Mak mek dia pun bagitau dia kuat jvdi, ada duit je main jvdi. Bekas Isteri pertama dan kedua dia pun lari mungkin sebab tidak tahan dengan per4ngainya.

Kehidupan kami kat rumah banyak mendiamkan diri dari bersembang. Kadang – kadang saya tanya benda ikut mood dia nak jawab. Jadi saya tertanya dengan diri sendiri, sampai bila saya kena hadap semua ni. Sian kat anak – anak saya, langsung tak merasai kasih sayang dari papa tirinya.

Dah la tidak merasai kasih sayang dari ayah kandung. Hari raya hari tu pun, saya salam minta maaf pun nak jawab macam tak nak jawab. Macam tidak ada kasih sayang kat saya. Apa yang saya nampak. Dia hanya sayangkan anak dia dan anak kami.

Lagi menyedihkan saya, suami saya gagal belikan baju raya anak – anak. Saya keluarkan duit simpanan anak saya untuk belikan baju raya anak – anak, dengan niat nanti Ummi ada duit, Ummi ganti balik. Dan perkara paling saya sedih bila mek (nenek suami) belikan baju kat cicit dia yang usia 6 tahun tu je.

Yang usia 6 bulan tidak beli. Abah dengan mak saya belikan baju raya kat anak dia juga. Sebab abah mak saya dah anggap anak suami itu seperti cucunya jua. Apa perlu saya buat supaya hati saya jadi keras ya. Tolong saya. Berikan saya nasihat.

Komen Warganet :

Rosni A. Hamid : Puan.. bahagia tu pilihan bukan p4ksaan. Orang lain tak boleh determine lagu mana rupa bahagia tu. Hanya puan yang boleh. Nak tau kita bahagia atau tidak. Tanya hati. Hatilah makhluk Allah yang paling pandai menilai apa itu bahagia. Moga puan berbahagia.

Zara Iman : J0doh ajaI m4ut semua ketentuan Allah. Kita manusia hanya boleh merancang. Bahagia atau tidak itu adalah ujian yang Allah bagi untuk kita. Hidup kene teruskan. Jika tak mampu nak teruskan lagi rumahtangga tu buat tuntutab fasakh.

Hati kene kaldu. Kene cari keje dulu sebab nak bercerai sekarang pun bukan pakai air liur. Rancang sebaik – baiknya macam mana nak teruskan kehidupan. Anak tiri tetap anak tiri dan mak tiri tetap mak tiri. Sikap seorang anak berg4ntung pada didikan dari kecil, siapa yang didik dan apa yang dididik.

Ada anak tiri yang boleh anggap mak tiri macam mak kandung dan begitu sebaliknya. Kita tak boleh ubah sikap anak orang untuk jadi apa yang kita nak. Dan yang pasti kita sebagai ibu pun tak boleh ubah apa yang kita nak bagi pada mereka.

Kalau suami baik dan bertanggungjawab, ada sikit kekurangan perbetulkanlah. Tapi kalau tak ada kebaikan pun dalam rumahtangga kenapa nak teruskan. Cari kerja dulu tanpa alasan. Anak kecik boleh hantar pengasuh. Anak – anak yang ada hantar dulu rumah ibu bapa. Kalau tu pun masih beralasan nak keluar. Tak tau lah. Mohon pada Allah jalan keluar dari kesulitan.

Pelangi Indah SK : Sebab itu dalam islam sebelum berkahwin kena merisik, dah cerai 2 kali kut. Keputvsan di tangan sendiri. Senang je kalau nak bercerai sebab banyak sebab kukuh yang menyokong supaya suami melepaskan puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.