
Aku tak boleh makan apa yang mak mertua masak, suami plak tak boleh makan apa yang masak. Dia punya benci kat aku, setiap kali nampak muka aku dia hent4k pintu, baling barang. Tapi masa raya baru ni, aku ada hadiahkan mertua sesuatu, terus aku jadi menantu kesayangan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca setia page ni. Aku pun salah seorang pembaca setia dan kali ni aku plak nak berkongsi tentang kisah aku dan mertua. Macam cliche kan, mak mertua tak suka menantu, tambah lagi kalau menantu perempuan.
Aku dah kahwin lebih dari 10 tahun. Suami baik dan bertanggungjawab alhamdulillah. Ceritanya dulu kami hidup susah tumpang rumah mertua mertua selalu buat muka sampaikan bila nampak aku dia akan hent4k – hent4k pintu dan baIing – baIing barang.
Tapi susah – susah macam mana pun, aku tetap ingatkan suami untuk belanja dapur untuk mak ayah dia. Pernah sekali kami betul – betul susah, suami pinjam duit RM200 dengan mertua, habis dicanangnya satu kampung kalau kami ni perabis duit mertua.
Mertua jenis berkira, barang – barang dia memang aku tak boleh sentuh dan makan tapi dia akan marah kalau suami aku tak makan masakan dia. Dengan erti kata lain, di rumah tu hanya dia je boleh masak dan aku tak boleh makan.
Jadi aku kena masak sendiri, suami pula dilarang sama sekali untuk makan masakan aku. Tapi kerja rumah kena aku yang buat, sapu, mop, basuh baju, dan segala kerja. Bila aku buat walaupun dah bersih, dia terus baling – baling cakap tak bersih, pastu dia buat semula. Pelik kan?
Jadi semua memang mertua control. Kalau aku masak, mesti dia komplen buat muka geIi dan cakap masakan macam tu serupa makanan kucing, bila suami makan, elok je tapi mertua larang. Lepas 2 tahun berkahwin, alhamdulillah aku hamil dan rezeki anak bila suami dapat kerja gomen, gaji alhamdulillah cukup dah.
Kami pun mula menyewa, mula – mula mertua tak izinkan kami pindah, dia nak kami duduk dengan dia sampai bila – bila. Pernah dia ugvt nak bagi kami bercerai kalau kami nak pindah keluar, duduk asing. Tapi aku sudah tak tahan, aku cakap pada suami, kalau dia nak duduk rumah mak dia, dia sahaja di sana tapi biarlah aku duduk rumah sewa tapi suami tak nak.
Namun, syukur Alhamdulillah juga sebab suami dapat transfer jauh luar negeri. Jadi nak atau tak, kami tetap pindah. Selepas anak lahir ketika usia perkahwinan kami 5 tahun, hidup kami dah mula normal. Namun aku tetap ingatkan suami supaya jangan lupa beri belanja pada ibu bapanya di kampung.
7 tahun perkahwinan, aku mengandung lagi dan rezeki anak, lepas saja melahirkan anak, aku mula berjinak – jinak dengan bisnes. Mula – mula memang s4kit sangat, aku bisnes sendiri – sendiri je dan suami tak dapat membantu terus kerana suami juga bekerja tapi lama – lama kelamaan bisnes m4kin maju.
Walaupun income tak besar mana tapi aku dah mampu upah berberapa orang pekerja. Dan sekarang syukur sangat kehidupan kami boleh katakan segalanya – galanya cukup. Kami dah mampu beli kereta, rumah dan apa yang kami teringin nak makan.
Masa cuti raya balik kampung, aku hadiahkan mak mertua gelang yang bernilai hampir 10k. Mak mertua ingat itu adalah duit suami dan dia berterima kasih pada suami aku. Pada akhirnya mertua dah tahu juga kalau menantu yang dia h1na sebelum ni sudah ada kerjaya.
Dan sejak tu aku sudah menjadi menantu favourite mertua. Sekarang walau aku goreng ikan masin pun mertua puji melambung kata sedap. Memang macam ni ke per4ngai mertua pada menantu? Yang ada kerjaya sahaja dipuja – puja.
Aku tak pernah menyimpan d3ndam, dari dulu sampai sekarang tetap hormat mertua. Tapi jauh di sudut hati, aku agak terkilan dengan sikap mertua macam ni. Pesan untuk diri sendiri juga dan semua para – para wanita di luar sana, semoga kita ikhlas sayangkan menantu seperti anak kandung sendiri.
Jangan menantu ada ada, baru nak pandang. Jangan benci menantu, mana lah tahu menantu yang kita benci itulah yang jaga kita bila tua nanti. Hormat mertua dan sayang menantu, itulah yang terbaik. Semoga mertua terus baik dengan kami sekeluarga walau apapun yang terjadi pada kami dimasa ini dan masa hadapan. Terima kasih.
Komen Warganet :
Nurri Nur : Dengan modal 10k trus jadi menantu kesayangan. Alhamdulillah. Orang lain masih struggIe nak beli jiwa mentua. Tambah – tambah lagi yang tak berharta ni. Silap sampai ke tua di benci, dicaci m4ki. Aku dulu pun mak mertua tak suka tapi alhamdulillah, ayah mertua ipar – ipar semua ok.
Lama – lama m4kin ok. Sampai mak mertua cakap kat suami. “kalau takde bini kau.. takde lah teman berborak mak” (masa duk asing dan jauh sikit dari rumah mak mertua). Dan sekarang duduk sekangkang kera je dengan mak mertua. Mak mertua boleh cakap kat suami “mak suka bini kau masak. Kena dengan selera mak”. Walaupun masak gulai biasa – biasa je. Pastu selalu hantar rumah mertua.
Syakirah Ke’ah Md Yusof : Manusia memang macam tu, hang bagi duit lebih, baru senyum lebor sampai ke telingga. Cuba hang tak bagi, tak beli produk dia contohnya. Apa – apalah, masam buat tak tahu je tak dipandang pon.
Aku dah terkena, buat iktibar kat aku, aku susah ke aku senang ke jangan buat manusia macam tu. Allah tak pernah pilih h4mba dia macam tu, manusia je yang suka memilih itu ini. Yang paling aku benci, bila senang, di pandang jelingnya kita, Allah tu ada, hidup kita macam roda. Sejak dari itu, aku susah nak percaya kat manusia lagi.
سارينا امت : Ada duit mertua sayang la, kalau tak de duit, kita kena tend4ng. Alhamdulillah aku ada mertua dan ipar – ipar yang baik. Cuma aku terkilan sikit kat diorang sebab aku kahwin dah lama 20 tahun tapi sekali pun diorang tak pernah datang ke rumah aku.
Alasan mereka sebab jauh tapi yang peliknya kami selalu je datang rumah diorang kalau kami balik kampung, terutamanya time raya. Tapi kisahlah, janji diorang baik.
Zainab Sidek : Alhamdulillah semoga terus berkekalan hingga akhir hayat budi baik dengan mak mertua. Biasa lah bila menantu selalu menghulur duit bulan – bulan bagi hadiah mewah mesti dia sanggung bau kentang pun dia cakap bau wangi. Jangan lupa hulur – hulur sedikit rezeki pada keluarga awak. Simpan untuk diri sendiri dan anak – anak untuk masa depan sediakan payung sebelum hujan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.