
Suami dah tak boleh sabar dan kami keluar dari rumah mertua sehelai sepinggang. Tiba – tiba ipar call bertalu – talu bagitahu mertua s4kit terlantar. Saya rendahkan eg0 tengok mertua dan terk3jut bila masuk rumah besar mertua. Bau busuk, rumah penuh dengan naj1s..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Hide facebook aku ye admin. Nama aku Sarah surirumah dan ada kerja partime bila hujung minggu. Aku dah berkahwin dengan suami (Man) dan ada 4 orang anak. Suami aku ada 6 orang adik beradik yang berjawatan tinggi.
Awal kahwin aku tinggal dengan mentua, masa tu suami kerja kilang je, aku plak kerani. Betul apa yang mak aku cakap, dekat bau b4ngkai, jauh bau wangi. Depan aku je mentua baik, belakang dicanang macam – macam pasal aku.
Orang lelaki kan, semua yang baik, yang betul tu mak dia. Kita, isteri ni je yang jahat. Aku tekad ajak suami pindah dan angkut semua barang – barang aku yang aku beli masa bujang pekakas. Kami duduk menyewa. sampai dapat 2 orang anak, mentua panggil kami balik (pindah sana).
Konon nak rapat dengan cucu padahal orang gaji lari. Suami aku ikutkan tapi dengan syarat semua barang dalam rumah kami akan dijual seluruhnya. B0d0hnya aku!!! Aku ikutkan dengan harapan mentua dah berubah. Tak sangka pisang berbuah dua kali tapi kali ni lebih teruk.
Masa aku mengandung mentua pertikaikan kandungan aku. Ko rasa? Aku bawak anak – anak lari balik rumah mak aku. Aku betul – betul str3ss, suami aku percaya je cakap mentua. Sedangkan dia tahu 24 jam aku ada je dekat rumah, jadi driver mak mertua.
Pagi – pagi aku bawak mertua sarapan kat warung, kemudian pergi pasar. Dah sampai tengahari makan kat kedai, lepas zohor baru balik rumah. Dah tu, laki aku demand nak makan air tangan aku, tak nak aku beli makanan lauk bungkus.
Tapi dia takkan tak nampak aku 24 jam dengan anak – anak ikut kemahuan mana orang tua tu nak pergi. Suami aku nak aku hormat ibu dia seolah – olah macam mertua tu sebaik manusia padahal dia tak tau per4ngai mak dia dengan aku macam mana?
Lepas aku lari, hari – hari aku doa supaya laki aku berubah dan dibukakan hatinya untuk aku. Alhamdulillah, suami berubah tapi mentua pulak yang panas d4rah. Berkali – kali dihalau kami anak beranak, suami tetap sabar. Macam – macam kata kesat caci m4ki yang dihambur, suami sabar je.
Sampai 1 tahap suami hilang sabar, kami keluar sehelai sepinggang dari rumah mertua. Masa tu aku baru lepas pantang ank no. 4, bertalu – talu ipar call aku, minta pujuk suami. Sehinggalah aku dikhabarkan mentua dah uzur. Tiba – tiba dia tak boleh berjalan, terlantar.
Aku rendahkan ego, pergi melawat dengan anak – anak. Ya Allah! kesiannya. Rumah cantik, tersergam indah namun bila melangkah masuk dalam rumah, tekak l0ya nak munt4h! Bau naj1s! M4kin dekat, m4kin kuat bau, tilam, rambut, lantai, penuh dengan naj1s.
Aku rasa mungkin ada naj1s yang dah masuk perut, kesian sangat. Takde sesiapa yang bantu tolong uruskan mertua. Hanya harapkan adik ipar yang datang sesekali untuk bersihkan. Whatttt?? Kau anak kot? Takkan tak kesian kat mak kau?
Sanggup kau biarkan orang tua tu sorang – sorang. Patutla orang tua tu sampai main dengan naj1s sendiri! Aku bagitau suami keadaan mak dia, barulah dia terbuka hati nak melawat. Tapi paling aku terk3jut suami terus angkut mertua balik rumah kami.
Masalahnya bincang dengan aku pun 2 – 3 jam sebelum balik. Kau rase? Sungguh! Aku tak sedia! Aku tak rela! Aku tak nak tapi aku hanya boleh cakap dalam hati je. Itu mertua, ibu kepada suami aku. Suamiku, syurgaku tapi jangan lupa kunci ada pada ibunya.
Ramai kawan dan jiran kata aku menantu yang baik, aku hanya mampu senyum pahit! D3ndam aku masih berbuku, geram aku masih tersisa, Iuka aku masih berd4rah. Sampai kadang – kadang aku lepaskan marah masa tukarkan pampers mertua.
Aku marah masa suapkan makan dekat dia. Aku s4kit tiap kali tatap wajah mertua. Aku luah pada suami, kenapa aku yang harus buat semua tu? Dulu aku dikeji, dulu aku dh1na. Sekarang tangan ni jugak yang cuci naj1snya! Suami hanya mampu diam, kerana dia pun berada dalam keadaan yang sama, serba salah.
Tak pernah sekali mertua sebut namanya. Bayangkan semua anak – anak dia sebut tapi nama suami? Aku pernah nampak, matanya berkaca, pipinya merah, lepas mak dia kata, ‘man? owwhhhh ntah! mana dia?’ Doakan kami, jadi anak – anak yang baik.
Doakan anak – anak kami untuk jadi cucu – cucu yang taat. Tak tau la sampai bila macam ni, kadang – kadang aku ok. Boleh gurau dengan mentua. Kadang – kadang aku jadi b3ngis macam nak buat apa – apa dekat dia.
Komen Pembaca :
كاميسه محمد : Jagalah mak sama – sama dengan suami. Jaga mak ayah uzur ni kena ada kerjasama antara suami isteri. Kalau ikut hawa nafsu memang geram dengan orang yang ani4ya kita tapi pandanglah mak mentua tu macam mak sendiri.
Bayangkn nanti kita tua dan tak berdaya, macam mana nasib kalau anak – anak biarkan. Mungkin lebih teruk dari makan naj1s. Inilah peluang terakhir awak untuk berbakti pada mak sambil diperhatikan oleh anak – anak awak yang mana nanti awak tua diorang buat pula pada awak. Kalau baik, baiklah.
Kalau awak ada rasa s4kit hati masa jaga mak, banyakkan istighfar. Doa minta awak banyak bersabar. Kerap peIuk dan usap badannya. Minta bantuan suami dan anak – anak untuk sama – sama juga mak. Awak buat ehsan kat mak, tak lama mana tu.
Takde dalam sejarah orang bela mak uzur sampai seratus tahun atau 50 tahun. Ambiklah peluang merebut pahala juga mak. Semoga awak dan keluarga awak sabar dan terus berbakti sehingga hujung nyawa.
Zana Kamis : Astaghfirullah AlAdzhim.. sudah – sudah d3ndam tu. Tu ujian untuk awak dik. Ikut contoh Rasullulah SAW. Orang lempar batu, t4hi Baginda SAW bagi kasih sayang. Sementara hayat mak mertua masih ada sabar, redha.
Anak – anak awak 4 orang tu tengah tengok awak dengan suami tau layan nenek mereka camne? Nak ke anak – anak baIas camne awak layan nenek dorang dalam keadaan uzur dan s4kit tu. Ingat! Bagitau mak mertua tu awak dah maafkan d0sa – d0sa dia.
Minta doa dia dik untuk awak sekeluarga apa sahaja sebab doa dia makbul sebab tengah s4kit. Sabau banyak – banyak k. Jika penat nak urus suruh suami pula buat. Gilir – gilir. Atau minta duit daripada adik beradik suami tu untuk urus mak mereka. Contoh upah pengasuh mak mertua untuk pagi hingga petang sahaja. Allahu Alam.
Kamaruhayati Jidin : Sis try pergi jumpa pakar kaunseling. Sis juga s4kit sebenarnya. Sis kena pulihkan semangat sis. Biar bagaimanapun syurga suami itu di bawah telapak kaki ibu. Memang susah, memang s4kit, memang pahit nak ikhlaskan semua tu tapi selagimana kita berd3ndam selagi itu kita tak tenang.
Semuanya makan masa nak pulih. Memang berat bahu memandang berat lagi bahu yang memikul. Sis dan suami adalah insan terpilih, insan hebat, insan yang kuat. Insan yang baik, suami juga boleh slowtalk dengan adik bradik dia, jangan lepas tangan.
Basuh sikit adik beradik tu. Kifarah tu ada, jangan main lepas tangan je. Nanti tua anak – anak baIas balik. Semoga sis sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt. Semoga sis dan suami kuat, semoga syurga buatmu. Amiiinnnnn… Saya akui saya tak sekuat sis. Maaf jika saya silap.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.