Dulu kak Ngah benci wanita per4mpas, tiba2 kami dpt tahu dia kahwin dgn laki org di Siam

Kami tak sangka kakNgah akan kahwin dengan suami orang. Terasa lekat di kerongkong ingin mem4ki kak ngah. Selama ini dia men3ntang poIigami. Kalau aku g4duh dengan dia, walaupun takde kaitan, aku akan m4ki dia sebagai per4mpas, tidak tahu malu, terdesak. Sehinggalah satu hari aku tanya kakNgah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, sejujurnya aku ragu – ragu, nak tulis ke tidak cerita ini. Beberapa tahun yang lalu, kakak aku.. Ya.. Kakak aku yang kedua berkahwin lari di siam. Ketika kami tahu, ibu ayah aku diberi kekuatan luar biasa untuk memaafkan kerana ketika dia pulang dia telah pun mempunyai seorang anak.

Kakak aku bukan lah orang yang biasa, dia berpendidikan tinggi, cantik dan memang bijak. Lembut pula tu. Memang kami tidak menyangka dia akan melakukan perkara ini. Tambahan pula, kami dapat tahu dia berkahwin dengan suami orang dan akhirnya mereka suami isteri bercerai kerana isteri (dulu) suami kakak aku, tidak mahu bermadu.

(Yang ini kami tidak pasti, mereka bercerai dahulu sebelum berkahwin dengan kakak aku atau, berkahwin dahulu sebelum bercerai). Terasa lekat di kerongkong ingin mem4ki kak ngah. Selama ini dia men3ntang poIigami. Mengkritik siapa – siapa yang berkahwin dengan suami orang, tapi kini dia yang melakukan.

Hairan sungguh hairan. Jika ada perkara – perkara kecil yang aku tidak setuju dengan dia (berg4duh), aku cepat mem4ki kak ngah aku sebagai per4mpas, tidak tahu malu, terdesak, sanggup mengani4ya orang lain. Walaupun perg4duhan itu berkaitan jiran, atau adap aku pada kawan – kawan yang ditegur oleh kakak aku. (kakak aku memang sopan orangnya)

Aku masih ingat, kak ngah aku ini kerap kali gagal dalam percintaan mereka. Kadang – kadang dit3ntang dari pihak keluarga kami, kadang – kadang dit3ntang dari pihak lelaki, kerana ketika itu, kakak aku tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Kak ngah ini manja orangnya. Memang kerap kali suami orang suka kan dia, Pernah dipinang oleh suami orang yang memang kaya, tapi ditolak mentah oleh kak ngah kerana memang prinsipnya tidak mahu menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat.

Satu hari di usianya yang agak menghampiri 30an, dia putvs cinta lagi. Kami tidak nampak dia menangis, tidak setitik pun. Tetapi, dia jadi pendiam, sering terjaga di tengah malam, bangun dan bertahajut. Aku bawa dia bercuti, tetapi dia seperti kemurungan, walau diusik teman – teman aku dia tidak memberi respon.

Tapi dia tidak pernah menangis. Satu hari seorang lelaki datang dan ingin berkahwin dengannya. Lelaki itu kelihatan baik, kerap sekali datang ke rumah. Kak ngah? Dia kelihatan begitu jatuh cinta, tidak sabar bekahwin. Ibu menyelidik, dan mendapati, dia telah pun berkahwin dan mempunyai anak.

Seharusnya ibu men3ntang dengan keras. Bukan sahaja ibu, bahkan seluruh keluarga, makcik, pakcik, nenek, atok. Semuanya. Kak ngah diam, kami fikir, setelah kami beramai – ramai men3ntangnya, dia berfikir dan bersetuju. Diam – diam dia berkahwin di siam.

Bertahun dia kahwin kami tidak sedar, cuma. Kami perasan, dia jarang balik kampung selepas itu. Bertahun akhirnya kami dapat tahu berita ini, marah pun tiada guna. Dia pulang. Suaminya? Baik – baik sahaja orangnya. Normal…

Tidaklah pelik. Kehidupan mereka bahagia sekali (normal). Setelah bertahun, aku telah dapat terima, aku bertanya pada kak ngah, kenapa dia meIanggar prinsipnya. Dia berkata sehingga kini, dia masih tidak pasti kenapa dia boleh jatuh cinta dengan suaminya ketika itu.

Tapi dia rase ketika itu dia sebenarnya kemurungan yang sangat teruk. Sehingga tidak mampu menangis dan bersedih. Dia tidak bercerita pada orang, dia mahu lari dari dunia, sehingga dia bertemu dengan suaminya kini.

Tiba – tiba sahaja dia sanggup kahwin lari. MeninggaIkan dan mengecewakan ramai orang. Jika aku sebut saat aku bawa dia berjalan ke hulu hilir bercuti, dia memang tidak dapat ingat memori itu. Aku dapat simpulkan yang em0si dia ketika itu begitu h4ncur dan akhirnya jatuh cinta pada abang ipar aku sekarang.

Aku percaya, saat wanita senang dim4nipulasi, adalah ketika em0sinya tidak stabil. Mungkin juga j0doh mereka, aku tak mampu nak ulas.. Aku aIergik bab itu. Sekian. – Rose latipa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azrol Noni : Alhamdulillah dah hilang dah kemurungan kak ngah tu asbab berjumpa j0doh laki orang. Bahagia jugak akhirnya. Tapi tak pasal – pasal pulak orang lain pulak yang kemurungan kerana hilang suami. Hilang tempat berg4ntung.

Rumahtangga kita tersergam indah tetapi dalam masa yang sama rumahtangga orang h4ncur lebur. Saya sendiri menyaksikan 2 orang yang rapat dengan saya melalui episod kemurungan sehingga terp4ksa mendapatkan rawatan pakar ps1kiatri gara – gara seorang wanita seperti kak ngah.

Anak – anak terabai dan mend3rita akibat penceraian. Bahkan ada seorang anak ini terp4ksa dirujuk kepada kaunselor sekolah kerana selalu panjat pagar sekolah untuk lari balik. Ibunya hanya mampu menangis tak tau nak uruskan macam mana, sedangkan murid tersebut sangat baik budaknya dan merupakan pengawas sekolah.

Bila disoal siasat rupanya anak ini sangat sedih di atas penceraian ibu bapanya yang membawa kepada pember0ntakannya. Akhirnya anak ini juga terp4ksa mendapatkan rawatan pakar ps1kiatri sama seperti ibunya. Sedih kan.1 kes lagi seorang isteri diceraikan semasa sedang mengandungkan anak ke 2.

Belum pun sempat kawan tu bersalin si suami dah kahwin baru. Nasib baik tak mer0yan kawan tu. Sisi – sisi negatif poIigami macam nilah membuatkan saya amat skeptical dengan poIigami. Bukan saya men3ntang poIigami tapi tak suka orang yang mengamalkan poIigami yang tidak adil dalam masa yang sama mengani4ya isteri dan anak – anak.

Nur Jannah : Aku datang dari family yang h4ncur sebab poIigami yang s0ngsang. Setelah 5 tahun mak bersabar, terani4ya, gigih nak selamatkan rumahtangga, akhirnya ayah aku termakan juga hasutan bini muda supaya benci mak dan anak – anak mak.

Akhirnya kami dibuang. Aku saksi mak tersiksa mer4na bekerja dari pagi sampai malam nak bagi kami 4 beradik makan. Aku k0rbankan masa muda aku. Aku koyak surat tawaran ke UM sebab mak tak mampu. Bini muda dan anak – anak dia seronok dapat berjalan sana sini, duduk hotel duduk homestay tapi kami sibuk cari kerja bila cuti sekolah.

Sorry, aku benci per4mpas. Benci yang amat. Korang cakap la apa pun, aku memang benci. Per4mpas is Sampah. Aku kahwin pun lambat, umur 32. Tapi takdela menggatal sangat nak terima laki orang. Ramai je bujang.

Nor Asma : Kita diuji dengan kata – kata kita sendiri. Benci yang berlebihan, selalunya benda tu yang akan jadi kat kita. Aku dulu paling anti nikah sepupu, aku pernah kata kat kawan aku (dalam hati la) macam dah takdak orang lain sampai sepupu sendiri pun nak dijadikan laki.

Allah Maha Pendengar, cerca urusan Dia, Dia bagi balik apa yang aku tak suka tu kat aku. Maka kahwin la aku dengan sepupu sendiri. Nasib baik bahagia, Alhamdulillah. Lepas tu aku nak mengata aku akan kawal dari berlebih – lebihaan.

Seteruk mana aku benci dengan yang kedua (per4mpas ye, yang diizinkan dan hidup aman damai tak termasuk) aku sekali – kali tak mau komen yang ekstrim sangat. Aku ingat perjalanan hidup aku masih pananjg, hari ni mungkin hidup sebagai isteri pertama tapi ke depan kita tak tau. Aku ada anak – anak, aku tak mau apa yang aku ucap hari ni akan berbalik ke aku atau keturunan aku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.