
Suami jenis rajin buat OT, tapi dia ‘kedekut’ nak guna duit. Simpanan ada 100k tapi dia tak nak guna. Aku hari – hari kena masak bawak bekal pergi kerja. Aku mengadu s4kit bersalin anak no 3, tapi ini yang suami bagi dekat aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua. Aku Nawal. Ada 3 orang cahaya mata di usia perkahwinan aku dan suami masuk tahun ke 9. Yang sulong 7 tahun, 4 tahun dan 1 tahun.
Apa aku nak ceritakan kat sini perihal suamiku. Perkenalan aku dan suami di tempat kerja suami yang lama. Masa bujang laki aku ni seorang yang rajin bekerja dan suka 0vertime. Dia cakap selagi ada peluang nak buat OT tu buat je la.
Esok – esok syarik4t dah tak bagi OT tak ape la. Sekurang – kurangnya simpanan dah ada sikit. Dan supr1singnya masa dia rajin buat OT tu dia boleh kumpul hampir 100k dalam masa 2 tahun sahaja. Dia OT campur gaji boleh dapat dalam RM4 – 5k sebulan.
Laki aku masa tu ada masalah dengan bank, jadi dia tak boleh buat loan apa – apa. Dia tak boleh nak beli kereta macam kawan – kawan lain. Masa tu dia hanya ada EX5 je dan aku pakai Atos je. Sebulan duit belanja campur bagi mak ayah dia dalam RM500 je.
Yer mesti korang kata dia kedekut kan sebab gaji besar tapi bagi mak ayah sikit je. Takpe nanti aku cerita di bawah. Lupa nak bagitau gaji aku lebih besar dari suami dari kami mula kenal la. Walaupun masa aku kenal dia tu aku tau duit dia banyak tapi aku tak rasa pun nak habiskan ke apa sebab suami aku ni seorang yang teliti bab duit.
Mula – mula perkahwinan kami macam pasangan yang lain. Kami mula dari susah. Kenapa aku cakap susah sebab suami aku cakap dia tak nak manjakan aku dengan duit awal – awal. Kita anggap je simpanan yang dia ada tu macam tak ada.
Kata dia la. Sebab itu tabung kec3masan. Tak boleh usik kalau bukan masanya. Aku pun iyekan je la. Duit dia bukan duit aku. Duit gaji, bonus semua aku bagi pada suami. Sebab suami aku yang manage semua duit kami.
Dari situ kami agih – agihkan mana nak bayar sewa rumah, bil – bil, hutang kereta, PTPTN aku, bagi maka ayah dua – dua beIah pihak, duit minyak tol, duit dapur etc. Tinggal untuk aku yang aku akan guna masa kat opis.
Untuk lunch dan shoping aku time hari Jumaat. Hari Jumaat kan boleh rehat 2 jam. Panjang langkah aku masuk Alamanda. Walaupun orang kata jangan percayakan lelaki 100% tapi entah la. Aku ok je dia handle semua kewangan kami.
Tapi beruntungnya aku lepas aku bagi duit tu semua aku tak nak amik tau lagi apa – apa. Yang aku tau aku nak pegi kerja minyak aku full, TnGo aku full, makeup skincare aku cukup, baju tudung kalau aku nak aku order je.
Yer aku suka shoping kasut baju handbag. Walaupun tengah bulan kalau aku rasa nak, aku order je dengan suami. Duit maintenance kereta aku pun aku tak ambik tau. Aku hanya ingatkan dia je bila tarikh servis dengan roadtax nak expired.
Semua dia handle. Dan alhamdulillah semua itu dia tunaikan. Suami aku cakap aku tak payah fikir apa – apa biar dia pikirkan semua keperluan aku. Masa mula – mula kahwin suami suruh aku masak bekal pergi kerja.
Aku bangun 4.30am untuk siapkan bekalan dan selalu bila balik rumah aku dah tak yah fikir makan malam. Sebab memang aku masak untuk 2x makan. Walaupun mula – mula aku cakap penat semua, suami kata kadang – kadang je la rehat tak yah masak.
Sebab kita nak kukuhkan kewangan kita dulu. Dan sekarang kalau aku tak nak masak pun suami kata takpe, makan je luar tapi aku kesian plak dia bukan suka makan luar. Aku rasa puas kalau suami dan anak – anak kata aku masak sedap.
Kadang – kadang kalau aku bosan dengan masakan sendiri, suami akan offer untuk aku beli je makanan kat luar tu tapi masakkan untuk dia walaupun sambal telur je. Dia cakap makan luar bukan sedap pun.
Suami aku ni jenis rajin jaga anak, buat kerja rumah. Aku tak pernah basuh baju sejak kawin. Part aku meIipat dengan menggosok je la. Aku kerja jauh yang perjalanan sejam dari rumah. Bila balik aku selalu dah letih tapi semua suami dah siapkan.
Anak – anak dah ambil dari pengasuh, kain baju tinggal aku Iipat je malam nanti, makan malam suami dah siap – siap panaskan. Aku mandi rehat borak – borak pasal seharian kat opis pukuI 10 dah tidur.
Suami aku ni dia suka beli barang dapur. Suka cari mana yang buat offer best – best. Sebab dia yang pegang duit dapurkan jadi dia tau harga ikan, ayam semua la. Korang jangan nak tipu – tipu dia cakap barang sekarang murah, dia gelak je nanti.
Semua harga dalam kocek dia. Dengan hasil dia uruskan kewangan kami dengan baik, kami dah ada 4 buah rumah. 2 buah nama suami, 2 nama aku. 3 kami sewakan. Rumah keempat dalam proses nak siap.
Sepatutnya aku dapat kunci bulan 8 ni tapi sebab PKP ni delay ke bulan 12. Doakan aku dapat buat Kitchen cabinet idaman aku kawan – kawan. Aku dah tunjuk kat suami aku nak design macam mana. Dia cakap simpan je gambar – gambar tu nanti kita buat.
Rumah ke 4 ni pun ada banyak sentimental value untuk aku. First kami tengok rumah ni 2 week sebelum aku bersalin anak ke yang ketiga. Dari saja jalan – jalan pergi galeri rumah kami terbeli. Dari nak beli rumah 1 tingkat suami belikan aku rumah dua tingkat hampir 500k.
Rumah kedua kami dapat tau loan rumah tu lulus masa hari nak bersalin kan baby. Rumah ketiga aku sign loan bank esok je dekat hospitaI sebelum discharge sebab suami cakap dengan banker nak balik kampung lepas ni.
Terus banker siapkan document dan aku sign depan wad bersalin. Haha. Rumah keempat, rumah tu atas nama aku seorang tapi suami yang akan bayar nanti bulanannya. Suami tambah lagi downpayment rumah tu 10%.
Kira 10% dari pemaju, 10% dari kami. Suami cakap dia hadiahkan rumah ini untuk aku sebab aku cakap dengan dia aku s4kit giIa masa nak bersalin no 3 ni. Bukan kata bersalin sebelum ni tak s4kit tapi no 3 ni s4kit lain macam.
Dia tak dapat rasa macam mana s4kitnya aku nak lahirkan anak dia, so dia kata ni je dia mampu bagi untuk happykan aku. Thanks suami! Suami aku pun berjaya buat tabungan anak – anak kami dengan jumlah yang kalau anak – anak aku nak ambil diploma tu takyah pinjam PTPTN pun insyaallah cukup.
Setiap tahun pun suami akan masukkan sejumlah amaun ke dalam ASB aku dan aku tak pernah guna lagi duit tu. kereta pun kami dah tukar 4x. Bila kewangan kami dah bertambah kukuh ni baru suami tambah lagi amaun untuk bagi mak ayah.
Dia cakap dulu bukan tak nak bagi banyak tapi dia takut kalau esok – esok dia tak mampu bagi banyak lagi nanti mak ayah kecewa dah biasa dapat banyak tiba – tiba kene kurangkan. So sekarang bila – bila ayah dia perIukan duit, just call je nanti pandaila dia bagi.
Suami aku ni walaupun semua benda dia buatkan untuk aku tapi apa – apa perkara dia mesti nak Iibatkan aku. Contoh tukar tayar kereta pun dia suka angkut aku dengan anak – anak sama. Dia suka aku tengok apa dia buat.
Ke mana duit – duit habis, duit aku bagi kat dia, dia tak nak selewengkan, rasa bersalah dia cakap. Lagi satu dia kata kalau esok – esok kalau dia dah takde kalau kereta aku rosak ke aku tau camna nak handIe. Tak mudah kene tipu.
Suami aku ni pers0nality dia seorang yang tegas dan nampak macam garang tapi anak – anak manja giIa dengan ayah diorang. Balik kerja boleh layan anak – anak main ultr4man, per4ng – per4ng, ny0rok – ny0rok.
Dia cakap dia tak kan lepaskan moment – moment indah anak – anak membesar sebab moment ni ada sekali je. Bila anak dah besar dah tak akan rasa macam ni lagi. Jadi hargai la masa yang ada dengan anak – anak dan family sebaiknya sebab kita pun tak tau sampai bila kita boleh hidup. Itu pesanan dia selalu.
Antara amalan kami sepanjang perkahwinan ini untuk mencapai kesefahaman, kebahagiaan, saling percaya dan saling tolak ansur ialah:
1. Solat berjemaah selalu. Alhamdulillah tahun ni anak first dah join solat bersama.
2. Keep update whatsapp macam zaman bercinta dulu walaupun just nak inform dah sampai ofis, nak gi makan, nak balik. ada keje skit, jangan kacau yer. Gitulaa whatsapp aku hari – hari dengan suami.
3. Jadikan suami tu bff kita. Cerita la semua perkara dengan dia. Tak puas hati dengan bos pun aku citer. Macam tu jugak dia. Everyday sebelum tidur tu borak – borak jap pasal opis. Dengar je la kalau salah sorang ada rasa tak puas hati nak meluah dan bagi pendapat yang boleh calm kan pasangan kita tu.
4. Jangan sorok – sorok hp dengan pasangan. Password hp kami sama. Balik rumah aku selalunya letak hp merata. Malas dah nak tengok – tengok whatsapp ofis. Kadang – kadang suami rajin jugak belek – belek hp aku. Takde apa aku nak sorokkan. Begitu juga dengan hp dia.
5. Jangan kedekut dengan suami dan anak – anak. Kalau ada rezeki lebih tak salah belanja mereka lagi – lagi anak aku dah pandai tengok Shopee. Ada je barang dia dalam basket tu. – NAWAL (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Azlina Abd Wahab : Kenapa pulak dengan komen – komen kat sini pelik benor. Ada cerita yang positif macam ni. Kita tumpang happy lah. Takkan nak dengar cerita yang tak elok je pasal suami – suami kat malaysia, tak habis – habis pasal biawak hidup, pemalas, berkira, kedekut, kaki pukuI, panas baran sedangkan ramai je lelaki yang baik kat luar sana.
Zarina Ghazali : Suami puan bijak, mungkin kerana didikan orang tuanya tapi pandangan saya jangan cerita pada orang yang puan kenal tent4ng kelebihan suami puan. Dunia hari ni susah kita nak percaya orang luar. Nanti jangan ada plak yang berkenan. Harapan semoga puan bahagia till janah..
Kroll Shafi : Alhamdullilah.. Ada pun cerita positif rumahtangga pasal suami baik. Selalu sangat cerita suami yang negatif takut pulak kang orang muda nak kawin macam suami seluruh dunia jahat tak boleh percaya. Saya doa moga rumahtangga confessor terus bahagia dunia dan akhir4t… Aaminn…
Labu Joe : Bila confession tent4ng suami jahat mula la komen takde ke suami yang baik. Semua lelaki sama. Kebanyakan lelaki sekarang tak baik, takutnya nak kawin. Bila confessions suami baik, tak elok cerita, takut kena sond0l, jangan ri4k. Masyarakat kita ni suka tengok orang mend3rita. Ada benda nak di’bawang’kan. Kalau cerita elok takde modal.
Hashimah Hashim : Alhamdullilah syukur sis dapat suami baik. Cuma saya kurang bersetuju bab sis bagi semua duit gaji kepada suami untuk uruskan tu. Pada pendapat saya lagi elok kita kaum wanita uruskan duit gaji kita sendiri.
Yalah kita tak tahu apa yang akan berlaku dimasa depan. Saya suka berpegang kepada konsep ‘duit suami duit kita juga tapi duit kita adalah milik kita. Wanita perlu bijak urus kewangan sendiri, panas tidak selalunya sampai ke petang. Ini adalah pandangan peribadi saya sahaja. Tahniah sis dpt keluarga bahagia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.