Dua minggu lepas kahwin, isteri dah kena masuk wad. Tapi kali ni aku gembira bila dia masuk wad

Aku bawak mak pergi rumah Aishah. Masa mak sembang duduk dekat dapur dengan makcik, aku duduk dengan pakcik. Aku dengan berani bagitahu pakcik yang aku nak melamar anak dia. Pakcik terk3jut, awal – awal lagi dia bagi ‘amaran’ dekat aku. Tapi Aishah setuju nak kahwin..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Adam. Pertama sekali, ketika perkataan pertama yang aku tulis, hanya sekadar menjadikan cerita aku ini sebagai “diari” yang terbuku di dalam hati. Dia, isteri aku. Cantik di mata aku, kulitnya putih kemerah merahan, sangat sopan santun orangnya, lucu, hormat orang tua, merupakan puteri idaman lelaki. Dialah Siti Aishah.

Gelaran Rasulullah berikan ialah Humaira. Ya, dia layak diberikan gelaran itu. Aku kenal dengan isteri aku ketika kami di sekolah rendah. Dan ketika itu kami sudah “bercinta”. Tapi cinta monyet je lah haha. Rumah kami di kampung yang sama.

Hanya selang beberapa buah saja. Personalitinya sehingga dewasa ini, aku tak pernah tengok Aishah sedih, yang aku selalu tengok, dia seorang yang ceria, happy go lucky gituu. Naik sekolah menengah, Aishah ditawarkan ke sekolah berprestasi tinggi.

Dan aku pula, di sekolah dekat dengan pekan. Sebab result exam memang kecundang. Aishah bijak orangnya. Tapi dia tak pergi pon sekolah yang ditawarkan tu, sebab asrama. Dia memang tak suka asrama, tak bebas katanya.

Maknya pon lagi seronok. Yelah mereka tinggal berdua, ayah Aishah kerja t3ntera yang sedang operasi. Jadi, mak Aishah setujulah Aishah sekolah dekat dengan pekan tu. Aku? Lagi seronok. Jadi, kami sekolah, naik basikal sama – sama, memang seronok.

Ala – ala cerita sembilu tu. Aishah, terkenal dengan sikap budi bahasanya, wajahnya persis kacukan arab kerana keningnya yang lebat, hidung yang mancung, ikut muka maknya juga. Tapi mereka tiada kacukan. Aku pula, tiada rupa, tapi kulit aku cerah tapi cerah lagi Aishah.

Aishah memang pujaan ramai, aku jeles. Result SPM keluar, result aku rembat semua. Ada 1A, yang lain paham – pahamlah. Hehehe. Aishah? Dia antara pelajar cemerlang. Dapat 7A+, yang lain B+. Aku bangga. Dia terus ditawarkan U di Johor dan aku masuk U juga tapi jauh dari Aishah.

Iaitu aku di Utara. Sedih tu memang sedih tapi aku gembira. Tu memang impian dia. Kami masih berhubung, guna telefon. Masa ni dah canggih cuma takde la rancak guna media sosiaI ni. Lepas habis diploma, Aishah sambung ijazah.

Dan aku, masih terkial – kial kena repeat paper, biasalah. Tapi sejak Aishah sambung ijazah, aku pelik. Dia jarang mesej aku. Aku call pon jarang sangat nak angkat. Kadang – kadang mesej aku, dibluetick je. Aku positif, mungkin banyak assignment dia perlu buat, takde masa nak mesej ni.

Okay aku fokus kepada diploma aku, tak nk repeat paper lagi. Lepas berminggu – minggu, aku tak dengar khabar Aishah. Aku pelik. Aku cuba tanya mak aku, Aishah ada balik kampung ke tak? Kotla cuti sem ke, mak aku kata tak ada. Aku pelik.

Last seen pon tak naik. Tapi aku abaikan, mungkin dia sibuk, budak pandai kan, mesti nak fokus belajar. Lepas sebulan, aku balik kampung. Dah habis diploma, nasib tak kena repeat paper. Sesampainya kat kampung, aku tengok dekat rumah Aishah ada kereta.

Setahu aku, Aishah tak ada kereta. Esoknya, niat aku nak pergi ziarah rumah Aishah lah, tapi kereta takde plak. Aku pergi bagi salam, tapi takde yang menyahut. Ahh sudah, pergi mana pulak ni. Aku tanya mak aku, tapi mak aku macam tak nak bagi kerjasama dengan aku.

Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Aku tanya mak aku, “mana pergi mereka semua? Kosong je rumah.” Pastu mak aku jawab, “tak pasti, hospitaI kot” . Hah?? Mak aku mungkin terlepas cakap. Aku p4ksa mak aku cakap benda yang betul.

Pastu mak aku terus terang, cakap yang diorang pergi hospitaI. Pastu aku tanya, siapa s4kit? Mak aku tak jawab. Bersertakan nama hospitaI yang mak aku bagi, aku pecut pergi ke hospitaI. Nasiblah masa tu cuti panjang. Aku dengan sebarang klu tak ada, aku pon tak tahu aku nak pergi wad mana, tingkat berapa. Aku tak tahu.

Dan aku tak tahu siapa yang s4kit. Tapi hati aku rasa tak sedap, tu yang membuatkan aku terus pergi ke hospitaI. Nasib menyebeIahi aku, sampai – sampai aku kat sana, aku nampak ayah Aishah, pakcik Abdullah, sedang bercakap dengan telefon.

Aku menuju ke pakcik, selepas berjabat tangan, bertanya kabar tu, aku terus tanya. Siapa s4kit pakcik? Syukur pakcik beri kerjasama dengan baik lalu dijawabnya, “AISHAH..” aku kaget. Terk3jut. Aku, “hah?? S4kit apa? Bila? Wad mana?”

Pastu pakcik suruh aku ikut dia. Aku pun ikut, sehingga ke wad “ICU”. Aku spechlees. Dalam hati, “ah sudah, dah kenapa sampai sini? Kenapa dengan Aishah?”. Aku tanya pakcik, kenapa dengan Aishah. Apa jadi sebenarnya?

Pakcik pon cerita, ketika Aishah sedang belajar dekat dalam bilik dia, dia jatuh pengsan. Menurut kawan – kawan sebilik Aishah, Aishah memang kerap munt4h d4rah, s4kit badan, sampai tak boleh bangun. Pensyarah call makcik dan bagitau tentang keadaan Aishah.

Makcik terus call Pakcik, yang kebetulan dah habis operasi. Pakcik terus balik. Ambil masa juga la pakcik nak ambik cuti waktu tu. Jadi makcik pergi tengok Aishah naik teksi ja. Doktor cakap Aishah didiagnos k4nser d4rah (linf0ma) stage 3.

Aku terk3jut, sedih. Patut la nampak kereta pakcik kat rumah semalam. Aku pada masa tu, air mata jantan dah jatuh, takde cover – cover dah. Aishah sekarang bert4rung nyawa. Patut aku call mesej, tak dijawab. Rupanya, Aishah s4kit.

Malam tu aku mintak izin pakcik makcik, nak jaga Aishah. Mulanya ditentang makcik, tapi pakcik yang pujuk makcik. Cuma pakcik cakap jaga batas batas. Aku pon okay. Malam tu, Pakcik makcik dah balik. Aku tunggu di kerusi depan kaunter tu.

Aku termenung. Aku takut. Takut sebab adakah aku akan kehilangan Aishah? Aku mohon kepada Allah panjangkan hayat srikandi hati aku ini. Dan dalam masa yang sama, aku masih belum menatap wajah Aishah, aku jadi takut.

Takut sehingga air mata aku jatuh lagi. Aku ke surau, panjatkan doa kepada Allah. Aku cintakan dia. Waktu tu hujan dah turun. Tapi tenang air hujannya seakan tahu keadaan ku ketika itu. Malam tu, aku tidur di surau.

Tertidur dalam air mata. Keesokannya, aku terjaga, ah sudah. Bila pula aku lelap kat surau ni. Aku terlupa, yang aku diamanahkan jaga Aishah. Aku cepat – cepat berlari dengan muka tak mandi, terus ke wad Aishah. Tapi aku tengok banyak nurse ketika itu. Aku takut.

Kalau sesuatu berlaku, aku takkan maafkan diri aku kalau apa – apa terjadi kepada Aishah sebab kecuaian aku malam tadi sebab tak jaga Aishah. Dari sudut dinding tu, aku tengok makcik dan pakcik. Aku menuju ke mereka.

Aku tanya, apa jadi ? Maaf pakcik makcik, adam tertidur dekat surau. Pastu makcik pakcik cakap Aishah dah pindah ke wad biasa. Tapi masih kena pemantauan rapi doktor lagi. Ya Allah, aku syukur. Syukur sangat. Terima kasih Allah.

Aku balik rumah, aku terus cakap keadaan Aishah kat mak. Mak mula – mula risau kat aku yelah, tidur kat hospitaI tak cakap dekat dia. Tapi mak paham. Aku mintak izin, nak jaga Aishah dekat hospitaI. Mak izinkan, mak suruh aku jaga kesihatan sama.

Mak cakap nanti dia nak melawat Aishah. Aku pon okay. Petang tu, aku takut, lesu, berdebar. Yelah setelah lama tak tatap muka kemerah – merahan Aishah, petang ni aku nak tatap. Aku jadi takut, takut aku tak kuat. Pakcik makcik bagi kata – kata semangat kat aku, cakap wajah Aishah seperti “Humaira”.

Aku perlahan -l ahan bukak pintu, tengok keadaan Aishah. Ya Aishah.. Tenang wajahnya, putih kemerah – merahan. Keningnya masih lebat. Hidungnya mancung. Ya Allah, Aishah masih guna mesin sokongan hayat. Tangannya penuh Iebam – Iebam sebab kena cucuk.

Wayar berselirat. Tapi wajahnya masih lagi cantik. Ya Humaira. Cantiknya awak sayang. Dan begitulah rutin harian aku, bergilir – gilir dengan pakcik, makcik jaga Aishah. Sehinggalah pada suatu hari, Aishah sedar dari k0ma.

Pakcik call aku yang berada di kantin, cakap Aishah dah sedar. Aku dari lapar, terus tak lapar. Cari lift terus ke wad Aishah. Tengok Aishah dah tak perlu guna mesin sokongan hayat. Nurse baru bukak. Alhamdulillah. Tapi doktor cakap, Aishah perlu jalani rawatan kim0 untuk bakar sel k4nser dan perlahankan sel k4nser. Selebihnya berserah kepada Allah.

Aku kembali takut. Pakcik makcik, aku memang tabik kat mereka. Setitis lelah pun tak pernah mereka keluh di depan Aishah. Tapi aku tahu, mereka inginkan yang terbaik buat “Humaira” mereka. Aku berbual dengan Aishah.

Aishah ketika itu masih lemah. Kepala Aishah ditutup dengan tuala untuk menjaga aur4tnya dengan lelaki seperti aku, dan doktor. Aishah sayang, Mulianya awak di sisi tuhan. Aku berbual denga Aishah, Aishah tanya dekat aku. “Kena repeat paper lagi tak?”

Aku ketawa dan kembali teringat zaman kanak – kanak kami. Aishah ketawa tapi masih dalam batasnya. Jam sudah menunjukkan pukuI 1 tengah hari. Aishah cakap, dia nak solat. Aku cakap, “boleh bangun ke?” Dia cakap boleh.

Aku panggil pakcik supaya pakcik boleh pimpin Aishah ke bilik air. Aku tunggu kat luar dan ke kantin sebab lapar balik. Sambil makan, sambil tersenyum teringat dekat Aishah. Nurse – nurse yang makan depan aku mungkin kata, aku baru keluar dari tanjung rambutan kot yelah, senyum sorang – sorang. Pelik diorang. Hahaha.

Lepas makan, aku terus ke surau, berdoa agar Aishah diberi syifa’. Hari demi hari berlalu, bulan demi bulan, aku masih dngan Aishah. Aku bawak mak aku melawat Aishah. Masa tu Aishah dah buat rawat kim0. Ya, memang effect yang aku nampak di wajah Aishah.

Namun, Aishah masih mampu mengukir senyuman. Aku nangis depan Aishah, ye, lelaki nangis depan perempuan hanya kerana senyuman dia. Aishah begitu kuat. Masih mampu mengukir senyuman walaupun s4kit. Lepas buat rawatan kemo ke-4, Aishah lebih stabil walaupun fizikaInya sudah berubah.

Tapi Aishah masih lagi “Humaira”. Rambutnya gugur, bibirnya meiecur, badan kulitnya muka susut. Namun, wajahnya masih cantik. Aishah mintak untuk keluar wad. Makcik pon setuju sebab nak cuba juga buat rawatan kampung.

Pihak hospitaI mulanya membantah, namun akur. Dua tiga hari selepas tu, Aishah balik ke kampung. Seminggu lepas tu, Aishah dah boleh berjalan. Tapi masih perlu dipimpin makcik pakcik. Aishah nak duduk di luar rumah. Rindu katanya.

Aku dengan mak aku melawat Aishah. Mak aku sembang dengan mak Aishah kat dapur. Aishah duk di atas kerusi roda di bawah pokok pelam. Dan aku, aku di sisi pakcik. Sebab? Sebab aku nak lamar Aishah. Awalnya pakcik terk3jut.

Dia bagitahu siap – siap risik0 yang aku akan hadapi. Aku faham dan aku bersetuju. Pakcik cakap, kena perIukan persetujuan Aishah. Aku okay. Malam tu, Aishah mesej aku, setelah sekian lama aku tak berbaIas mesej dengan Aishah. Rindu sungguh.

Aishah bertanyakan hal petang tadi kepada aku, aku jawab, aku serius. Dia suruh bagi masa. Dia perIukan masa. Aku setuju. Aku tak mahu mendesak Aishah. Aku solat istikharah tiap – tiap malam, mintak petunjuk kepada Allah, betulkah Aishah jodoh aku.

Seminggu lepas tu, aku tak tahu. Aku dapat rasa Aishah jodoh aku. Dan petang tu, aku pergi rumah Aishah. Petik buah rambutan. Aishah masih berkerusi roda. Wajahnya masih persis arab dan “Humaira”. Putih gebu tangannya.

Dia tersenyum melihat gelagat aku kena ketit kerengga. Haha. Lepas berbual dan makan. Aishah suruh aku bawak dia pergi ke tepi sungai. Aku pun iyakan aja. Sorong kerusi rodanya. Mujur sungai depan rumah sahaja. Mula – mula diam sahaja Aishah.

Dan Aishah mulakan bicara. Dia cakap dia tak seperti perempuan lain. Dia s4kit. Bila – bila masa ajaI boleh menjemput, banyak risik0 kalau bersama dengan dia. Aku tak fikir semua tu. Aku setuju. Aku cakap, aku dah buat istikharah. Aishah angguk.

Dia setuju dengan lamaran aku. Aku gembira. Ya gembira. Menitik lagi air mata aku. Dua minggu lepas tu, kami bernikah. Takda jemputan. Hanya kami, tok imam, makan – makan sikit. Atas permintaan Aishah. Semuanya selesai.

Dua hari lepas tu, Aishah perlu ke hospitaI untuk check sama ada sel k4nser dia masih aktif atau tidak. Aku teman Aishah. Dalam masa yang sama, aku kerja bisnes online sahaja. Dan dalam masa yang sama, aku uruskan kebun mak aku dengan dusun.

Ada juga duit aku walaupun diploma sahaja. Aku tak fikir nak sambung ijazah lagi. Aku hanya fikirkan Aishah. Menurut doktor, sel k4nser Aishah sudah kembali aktif. Sekali lagi, Aishah kena masuk hospitaI. Tapi aku gembira sebab dah tak ada batas lagi aku dengan Aishah.

Boleh aku uruskan dia. Aishah sudah tak boleh bangun. Tiub ditebuk bagi buang air kecil. Aku tersiksa tengok keadaan dia sebegitu. Aku selalu berdoa, agar peny4kitnya dipindahkan kepada aku. Aishah sayang, awak kuat.

Malam Jumaat, pukuI 11.10 malam, awak nazak sayang. Pakcik makcik dan mak semua datang. Awak masih lagi mampu mengukir senyuman. Aku duduk di atas katil, aku memangku Aishah. Aishah sempat berpesan, dalam keadaan separa sedar, aku masih faham apa yang disampaikan Aishah.

“Terima kasih bersama dengan saya. Saya harap awak cari kebahagiaan awak bila saya tiada nanti.” Allahu sayang. Sungguh, saya tak kuat, saya memang tak kuat. Suasana ketika tu memang suram. Tepat pukuI 11.21 malam, awak pergi bertemu pencipta.

Suci wajah awak sayang. Cantik wajah awak sayang. Tenang wajah awak sayang. Betul, awak persis humaira. Saya, beruntung mempunyai isteri seperti awak. Dan, disaat menghadap sakaratuI m4ut, tangan awak masih lagi mengenggam tasbih yang saya berikan kepada awak.

Awak memang mulia sayang. Terima kasih untuk segala kenangan kita bersama. Tenanglah awak di sana. Tiada s4kit lagi, tiada ubat lagi, kerana awak adalah bintang syurga. Siti Aishah binti Abdullah. – Adam

Komen Warganet :

Ameera Mansor : Subhanallah.. Tiada kata mampu saya ungkapkan. Hanya iringan doa yang dapat saya berikan. InsyaaAllah adam akan bertemu lagi dengan humaira di syurga sana. Kalian orang yang sangat baik. Adam sudi menerima humaira dan redha dengan ujian yang menimpa.

Saya doakan syurga buat kalian berdua. Walaupun saya takkan pernah bertemu humaira di dunia ini, moga Allah temukan saya dengan humaira ini di sana. Sungguh saya kagum dan teringin nak berkenalan dengannya. Terima kasih adam untuk cerita ini.

Sekarang saya tahu, ada yang jauh lebih besar ujiannya dari saya. Dan percayalah adam, lagi besar ujian yang kita redha. Lagi luas rahmat yang Allah akan bagi. Pesanan buat diri saya juga.

Nor Hati : Ikhlasnya cinta awak adam. Sanggup nikahi dia walau pun tau dia s4kit. Be strong ok. Semoga arw4h isteri di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh..aamiin

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.