Depan pelajar dan ibubapa aku dimaIukan, dih1na oleh isteri tunang aku, hingga aku tr4uma

Sebelum ni aku tolak lamaran dari seorang Ustaz sebab tahu dia suami orang, walaupun ustaz tu berkali – kali berikan hujah tentang poIigami. Satu hari semasa sesi pertemuan antara ibubapa dan guru, datang seorang pelajar memaklumkan bahawa ada tetamu yang ingin jumpa aku di luar kelas…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt, hai pembaca setia semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah aku. Hati terpanggil untuk confess lepas terbaca kisah hidup kak Lyn.

“Tidak Allah jadikan sesuatu itu tanpa hikmah-Nya. Ujian tanda Allah kasih terhadap h4mba-Nya dan setiap kesukaran itu ada kemudahannya. Moga kita terus qawiy dan yakin dengan setiap janji-Nya”.

Ustazah Iman. Seorang wanita yang berjiwa kentaI setelah pelbagai ujian dilaluinya di samping airmata menjadi peneman setia. Ya, itulah diriku. Umur aku menginjak hampir ke angka 30. Pada umur 28 tahun, satu mimpi ngeri telah berlaku dalam diari hidup aku iaitu Tunangku Suami Orang.

Rileks. Jangan cepat melatah setelah aku maklumkan bahawa aku telah bertunang dengan suami orang. Maka tersebutlah alkisah di mana aku diuji dengan pemergian arw4h tunang aku yang merupakan rakan sekuliah sewaktu di awal perkhidmatan aku di salah sebuah sekolah di ibu kota.

Lantaran peristiwa tersebut, aku banyak menghabiskan masa dengan aktiviti – aktiviti persekolahan agar aku tidak terus berasa kesedihan. Masa terus berlalu, alhamdulillah aku redha dengan takdir-Nya. Setelah itu, aku dik3jutkan dengan lamaran daripada Ketua Panitia yang sama ditugaskan dalam satu unit dengan aku, Ustaz M.

Aku menolak hasrat hatinya secara baik. Walaupun berkali – kali Ustaz M memberi hujah tentang poIigami, namun hati aku tidak tegar untuk meIukakan hati wanita lain. Aku mengambil pendekatan untuk banyak mendiamkan diri dan mencuba untuk menjauhkan diri daripada Ustaz M selain mengelak untuk melakukan tugasan unit bersama.

Jika dulu Ustazah Iman seorang yang ceria, berupaya untuk menceriakan harinya daripada dirundung sedih atas kepemergian arw4h tunangnya. Namun, tidak lagi sekarang. Tiada lagi senyuman yang terukir di bibirnya.

Aku mencuba untuk menjaga ikhtilat sebaik yang mungkin. Ustaz M menyedari akan perubahan sikap aku dan masih lagi dengan niat hasrat hatinya untuk menjadikan aku sebagai isteri keduanya. Oh no.

Maaf Ustaz M, selama ini aku sangat menghorm4tinya namun setelah Ustaz M tidak dapat menerima keputvsan aku dengan baik, aku menjadi ‘jengkeI’ dengan tindakan yang dilakukan oleh Ustaz M. Secara tidak langsung, aku menjadi stre3ss kerana Ustaz M tetap dengan pendiriannya selain terdapat beberapa orang guru yang mengetahui akan hasrat hati Ustaz M.

Ustaz M kerap berseloroh dan perkara tersebut acapkali menjadi topik bualan dan gurauan antara guru lelaki. Speechless. Kemudian, aku dik3jutkan dengan perkhabaran sahabat aku, Teacher Rina, bahawa dia dan suaminya, Cikgu Aliff, ingin memperkenalkan aku dengan guru bahasa sesi petang, Cikgu Z.

Cikgu Z menyambut baik akan salam perkenalan yang diaturkan oleh guru pasangan suami isteri tersebut. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berkenalan, Cikgu Z berhasrat untuk mengik4t tali pertunangan. Majlis sederhana yang dihadiri oleh Cikgu Z bersama dua orang adik perempuannya yang masih bersekolah.

Cikgu Z merupakan anak sulung yang telah kehilangan ayahnya beberapa tahun yang lalu dan tinggal bersama ibunya yang kurang sihat serta menyara adik – adiknya yang lain. Hubungan kami hanya diketahui oleh Teacher Rina dan Cikgu Aliff.

Aku dan Cikgu Z bersepakat untuk tidak mengik4t tali pertunangan dalam tempoh yang lama. Maka pelbagai persiapan walimah telah aku lakukan secara berperingkat, sedikit demi sedikit. Beberapa bulan sebelum bernikah, aku menerima panggiIan dan whatsapp daripada nombor yang tidak aku kenali.

Jika melihat kepada DP Whatsapp, sama seperti DP Whatsapp cikgu Z. Mungkin ini nombor baru Cikgu Z. So aku pun menjawab panggiIan setelah beberapa kali aku dihubungi oleh nombor yang tidak dikenali tersebut.

Kejadian ini berlaku setelah tamat sesi P&P. Pemanggil di talian memperkenalkan dirinya sebagai Anne, isteri kepada Cikgu Z! MenggigiI tangan aku menjawab panggiIan tersebut. Lantas, aku meminta penjelasan daripada Cikgu Z akan perihal yang sebenar setelah Cikgu Z tamat tugasannya pada sesi petang.

Cikgu Z mengiyakan persoalan aku dan menyatakan bahawa mereka dalam proses untuk berpisah. Hati aku sangat terpukuI akan jawapannya dan secara tidak langsung Cikgu Z telah mengkhi4nati kepercayaan aku terhadapnya.

Seterusnya aku inginkan kepastian dan kebenaran daripada ibu Cikgu Z. Ibu Cikgu Z memberitahu bahawa Anne kerapkali berg4duh dengan Cikgu Z dan minta untuk dilepaskan kerana ingin hidup bebas serta tidak sanggup untuk hidup susah di samping menganggap menjaga ibu mertua sebagai suatu bebanan.

Aku rasa sangat down dan bertindak untuk memutvskan hubungan kami. Aku tidak mahu menjadi pengganggu rumahtangga orang lain. Namun, Cikgu Z berkeras untuk meneruskan perhubungan ini. Aku juga dimaklumkan bahawa Anne daripada keluarga bukan warganegara dan kerapkali keluar bersosiaI bersama rakan – rakannya tanpa pengetahuan Cikgu Z.

Mereka juga telah lama tidak tinggal sebumbung. Aku tenangkan diri dan menganggap ini sebagai ujian. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Anne rasa terc4bar setelah mengetahui akan perhubungan kami lalu bertindak hadir ke sekolah pada Hari Laporan Pelajar.

Untuk makluman, pada hari kejadian, Cikgu Z bercuti dan dikhabarkan beliau menguruskan ibunya yang warded di hospitaI. Ketika itu, keadaan sangat tenang kerana hanya tinggal sebilangan pelajar yang masih menunggu kehadiran ibubapanya untuk mengambil laporan atau penyata peperiksaan.

Tiba – tiba datang seorang pelajar yakni pengawas memaklumkan bahawa ada tetamu yang ingin menemui aku di luar kelas. Lantas, aku meninggaIkan kelas seketika dan bertemu tetamu tersebut di hadapan pintu kelas.

Aku menghulurkan tangan untuk berjabat mesra dengan tetamu tersebut yang aku ingatkan ibu atau penjaga pelajar. Namun aku dihambur dengan kata – kata sinis yang mampu didengari oleh para pelajar dan ibubapa yang hadir.

“Oh ini Ustazah Iman! Malu sikit awak tu ustazah, belajar agama tapi ada hubungan dengan suami orang. Ingat ya, saya tidak teragak – agak untuk mencari keluarga ustazah di kampung. Baru awak akan terduduk malu.

Sekarang anak saya dan cikgu Z berada di hospitaI, mungkin dia sakit terlalu rindukan ayahnya. Ustazah jangan ganggu rumahtangga kami, tapi seandainya awak nak bermadu, saya ikhlas untuk undur diri. Ingat tue Ustazah..!!”.

Allahu, aku telah dimaIukan di khalayak ramai. Rupa – rupanya ser4ngan tadi telah didengari oleh Ustaz M yang mana Ustaz tersebut berada di sebeIah kelas aku tika itu. Aku menangis semahunya. Hati aku r3muk.

Sejurus kemudian, aku menerima whatsapp daripada Ustaz M. Ustaz M kesal dengan keputvsan aku yang menolak lamaran baik seorang lelaki yang berkata jujur, namun menerima lamaran seorang lelaki yang berIagak jujur tetapi hakik4tnya merupakan suami orang!

Aku telah menjadi m4ngsa keadaan dalam lakonan wayang seorang lelaki yang mengaku bujang. Justeru, aku mengaIami tr4uma yang sangat teruk lalu mengambil cuti rehat selama sebulan. Aku banyak lakukan terapi diri dan jiwa di samping mendekatkan diri kepada yang Maha Esa.

Tipu jika aku katakan aku dapat pulih sepenuhnya dalam masa yang singkat. Situasi aku sama seperti kak Lyn yang mana airmata menjadi peneman setia di kala sendirian. Kadangkala airmata tiba – tiba mengalir sewaktu bertugas.

Aku bukan bersedih atas kegagalan perhubungan ini, malah aku bersyukur terhadap Ilahi atas kebenaran yang terungkai sebelum membina baitul muslim. Namun aku sebenarnya bersedih atas kejadian yang men1mpa diri aku.

Even mulut berkata aku okay, tetapi hakik4tnya hati yang merasai. Aku sem4kin tidak keruan sehingga ke satu tahap aku hampir kemaIangan sewaktu dalam perjalanan ke tempat kursus hanya disebabkan aku ternampak bayangan seperti Anne sedang memandu di lorong kanan kereta sambil tersenyum mengejek ke arah aku.

Hidup aku sentiasa dibayangi oleh bayangan Anne selain sentiasa terngiang – ngiang akan suaranya yang lantang itu. Selain itu, aku juga menjadi f0bia untuk menjawab panggiIan telefon daripada nombor yang tidak dikenali, hatta ibubapa pelajar yang menghubungi aku juga sukar untuk aku menjawabnya.

Anne telah berjaya dan sebati menjadi igauan ng3ri buat aku dalam tempoh yang lama sehingga aku merasakan bahawa Anne sentiasa berusaha untuk menjejaki aku. Sepanjang cuti rehat, aku menenangkan diri di kawasan pantai.

Aku diam di sebuah inap desa tanpa pengetahuan keluarga. Berbeza situasi dengan kisah Kak Lyn sebelum ni, aku rahsiakan segala apa yang berlaku daripada pengetahuan ibu dan ayah aku kerana aku tidak mahu mereka risau dan bimbang akan diri aku sementelahan ibu aku berada dalam keadaan kurang sihat.

Aku mencari kekuatan untuk melupakan peristiwa ngeri yang berlaku. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan seterusnya aku direzekikan pertukaran ke sekolah lain jauh di luar semenanjung beberapa bulan selepas kejadian itu.

Doakan buat diri aku dan tidak dilupakan juga buat kak Lyn agar kami terus dikuatkan hati dan semangat untuk melalui warna – warni kehidupan ini. Mohon iringan doanya jua agar kami dipertemukan j0doh yang soleh, baik serta seorang yang jujur yang mampu membimbing kami ke Syurga-Nya.

Nasihat dan dan pandangan mengenai menangani f0bia juga amat dialu – aIukan terutamanya bagi mereka yang pernah mengaIami f0bia / tr4uma seperti aku.

“Perempuan – perempuan yang tidak baik (jahat) untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki tidak baik untuk perempuan – perempuan yang tidak baik, sedangkan perempuan – perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan – perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu bersih (dari tuduhan buruk) yang dik4takan oleh orang – orang (yang jahat)”. (An-Nur 24:26). – Iman

Komen Warganet :

Hafiz Aiman : 1. Wanita sebelum nak jadikan mana – mana lelaki itu pasangan hidup kena research dahulu dirinya dengan orang lain contoh adik – adiknya dan orang kampungnya . Supaya ia bebas dari tertipu. Kerana lelaki ini ramai yang bersifat talam 2 muka.

2. Para suami jangan kebuIur sangat nak berpoIigami. Jangan sesekali mengheret mana – mana wanita untuk menjadi m4ngsa keadaan. Kerana kita juga ada akak, adik perempuan dan anak perempuan. Mungkin suatu hari kelak asbab dari kita yang sebelum ini akan men1mpa perkara yang sama juga untuk mereka.

3. Kita sebagai pembaca dan pengomen kena cerdik. Sebelum komen itu mestilah fahami luahan confessor dulu. Supaya tidak berlaku aktiviti kebawangan. 4. Mohon kita semua mengambil pengajaran dari confession ini supaya hal ini tidak men1mpa dalam hidup kita dan anak – anak kita.

Ustazah nasihat saya selepas ini jika nak kahwin. Jika memilih pilihlah yang terbaik dan jika dipilih, pilihlah untuk jadi yang terbaik .

Hasheida Umi Hussain : Hmmm.. wanita mudah tertipu, terpedaya.. tapi saya rasa lelaki pun sama. Ada yang tertipu dan terpedaya dengan wanita juga. Cuma satu jer Yang maha pelik, kenapa Bila dah ada seseorang (suami / isteri) tapi masih memberi harapan pada yang lain??

Boleh tak Jangan nak menyusahkan hidup orang yang lurus benduI cepat percayakan orang yang path3tic yang per4ngai macam tu? Kau dah berhutang dengan menghilangkan satu frasa hidup keceriaan / kegembiraan pada orang yang maIang tu disebabkan oleh kerana ketamakan kau!

Cik Padi : Tinggalkan semua tu, mohon tukar sekolah. Doa dan tunggu j0doh yang baik datang. Semua yang sedia ada bikin semak. Belum kawin lagi dah semakkan orang. Baik tak payahhhh. Jangan masuk dalam kehidupan diorang yang sedia semak. Nanti menyesal kemudian hari. U deserve better ustazah iman.

Hernieza Hashim : Ujian tu. Kene terima dengan redha. Redha adalah apabila kita tidak lagi menyoal kenapa ia berlaku. Redha lah. Itu ubat paling mujarab merawat hati. Terima lah allah sedang menguji kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.