
Kak Long ada peny4kit, badan dia tak boleh membesar macam budak – budak lain. Dia dah biasa jadi bahan ejekan dekat sekolah tapi sistem otak, sikapnya normal. Pernah guru besar hantar surat kepada PPD agar Kak Long dipindahkan ke sekolah khas. Baru – baru ni aku menangis baca surat yang Kak long tulis dengan kawannya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. Walaupun ini bukan cerita aku, tapi aku terpanggil untuk berkongsi dengan semua kerana melibatkan ahli keluarga aku. Yang aku ingin kongsikan adalah kisah anak saud4raku (sebeIah isteri) yang disisih oleh kawan – kawan kerana dia terlalu istimewa dalam keluarga kami.
Aku bahasakan dia sebagai Kak Long. Anak pertama kepada kakak ipar aku dan merupakan cucu pertama dalam keluarga isteri aku, termasuk anak – anak aku, semuanya 4 orang cucu ibu mertua. Kak Long bersekolah rendah darjah 5.
Ada seorang adik lelaki darjah 2. Kakak ipar aku tak bekerja, surirumah tangga sepenuh masa. Suami pekerja biasa di syarik4t Iogistik swasta. Hidup mereka pun sederhana. Kak Long ada sejenis peny4kit. Namanya Mucopolysaccharidosis (MPS) jenis kelima (MPS-V) yang begitu jarang ditemui dan sukar dirawati.
Pembaca boleh google untuk tahu lebih lanjut. Peny4kit ni berkaitan dengan genetik, akibatnya Kak Long tak membesar macam anak – anak lain kerana tubuh badan tidak dapat menghasilkan enzim tumbesaran. Kak Long jadi kerdil, sendi – sendinya menjadi keras dan tidak boleh dibengk0k, rabun jauh dan dekat pada tahap yang tinggi.
Namun Kak Long seorang anak yang tabah, bermain, bersekolah dan melakukan aktiviti sekolah macam anak – anak lain walaupun ada yang terbatas. Hal ini menjadikan Kak Long bahan ejekan dan h1naan kawan – kawan di sekolah.
Kak Long bersekolah di sekolah biasa, kerana doktor pakar yang merawat menyarankan begitu kerana tahap MPS Kak Long hanya mengganggu tahap tumbesaran dan bukannya sistem otak, sikap dan perilaku. Nasib Kak Long beruntung kerana mendapat dana untuk perubatan daripada persatuan MPS Malaysia bagi menggalakkan enzim badan menghasilkan enzim.
Biaya untuk perubatan Kak Long dibiaya sepenuhnya oleh persatuan bernilai jutaan ringgit, dan Kak Long perlu menghadirkan diri ke hospitaI setiap minggu untuk memasukkan ubat penggalak penghasilan enzim.
Walau bagaimana pun, keadaan fizikaI Kak Long yang kerdil selalu sahaja menjadi perhatian masyarakat dengan pandangan yang sinis dan prejud1s. Pernah guru besar di sekolah Kak Long menghantar surat kepada PPD agar Kak Long dihantar ke sekolah khas seperti PPDK, dengan alasan kesukaran untuk menyantuni dan menguruskan Kak Long.
Alasannya adalah, Kak Long terlalu kecil berbanding rakan sekelas dan perIukan alat sokongan untuk duduk di kerusi, bersukan dan sebagainya. Namun kami menentang atas saranan doktor yang merawat kerana ini akan merendahkan semangat dan moral Kak Long.
Dia hanya kekurangan dari segi fizikaI, bukannya mentaI. Pernah satu ketika, kakak ipar aku membawa Kak Long ke pasaraya. Kak Long memang suka jalan – jalan. Kak Long minta dibelikan kentang goreng kegemarannya, perisa keju.
Semasa kakak ipar aku beratur bersama pembeli lain, 2 orang pekerja premis menjengah – jengah dan mengintai – intai Kak Long. Kemudian bergelak sakan dan bertepuk t4mpar di depan kakak ipar aku sambil menjuih – juihkan bibir.
Pada masa itu, kakak ipar aku perasan dan terus membatalkan hasrat untuk membeli kentang goreng. Berlinangan air matanya apabila melihat pekerja – pekerja tersebut mengh1na Kak Long di hadapan Kak Long.
Pembaca cuba bayangkan, jika orang dewasa pun memandang Kak Long begitu, apatah lagi kanak – kanak yang belum m4tang? Hari ini, ketika aku sedang bersarapan, kakak ipar aku post 2 buah gambar di dalam whatsapp keluarga.
Gambar tersebut adalah 2 helai kertas tulisan tangan perbualan Kak Long dengan rakan sekelasnya (macam kita baIas -baIas mesej). Kiranya c0nversation mereka seperti ini:
Kak Long : Boleh tanya tak? Macam mana nak dapat kawan? Perlu ke selalu berbuat baik?
Kawan : Perlu! Sebenarnya saya dah rimas berkawan dengan awak. Kawan – kawan saya di kampung lagi baik daripada kawan – kawan di sini. Lebih baik saya sekolah di sana.
Kak Long : Sebenarnya saya pun ada benda nak bagitahu.. Dah lama saya rahsiakan.. Ibu saya cakap saya s4kit dan kena pindah sekolah tapi saya tak mahu..
Kawan : Saya pun dah bosan dah di sini. Sebab awak asyik – asyik nak ikut saya..
Kak Long : Awak benci kat saya ke?
Kawan : Aah. Saya tak dapat nak berkawan lama dengan awak. Saya tak suka awak asyik berkepit dengan saya. Saya rimas!
Kak Long : Jadi awak tak suka sebab tadi saya duduk sebeIah awak?
Kawan : Saya dah cakap saya tak selesa dengan awak. Saya dah terbiasa dengan sepupu saya, Mysarah.
Kak Long : Takpe lah awak dah biasa dengan sepupu awak. Saya minta maaf ye..
Aku yang sedang makan ketika itu terus hilang selera. Aku dapat bayangkan wajah Kak Long sayu diperlakukan seperti itu, seperti kejadian semasa dipandang h1na oleh pekerja kiosk kentang goreng.
Kak Long yang balik dari sekolah masih menangis di biliknya kerana tidak dapat menerima hakik4t bahawa kawannya tidak mahu berkawan dengannya. Aku tidak marah pada kanak – kanak itu, cuma aku kesal sikap prejud1s masyarakat kita hingga menjadi ikutan kepada anak – anak yang masih mentah.
Pembaca sekalian, saya dengan rendah diri bermohon agar kita sama – sama mendidik anak – anak kita agar lebih hormat dan melayani insan – insan yang kurang bernasib baik. Supaya suatu hari nanti, anak – anak kita faham dan saling membantu insan – insan istimewa yang lain.
Kita ajar mereka supaya berkawan, melayan dan menerima kelemahan dan kekurangan orang lain. Semoga Kak Long tabah menghadapi hari – hari yang mendatang. – Pak Ngah
Komen Warganet :
Fab-Reydah Ida : Yup.. Aku sangat faham perasaan kak long tu sebab walau aku bukan category kerdil tapi tinggi tak sampai 140cm pun. Dahlah gemuk macam doramon dan muka tak kiut. Memang dulu rasa rendah diri giIa terutama zaman sekolah menengah, orang pandang sangat siapa cantik akan jadi popular.
Mende yang aku paling ingat sampai sekarang ade 3. 1st, aku jalan dengan sorang senior ni masa sekolah menengah, dia cakap “eh malulah nak jalan dengan awak ni sebab pended sangat. Orang semua pandang saya “senior tu glamer dekat sekolah.
Kedua bila kawan cakap “camnelah awak nanti yer. Siapalah nak awak dan kawen dengan awak. Mesti awak tak kawen kan”. Dan lagi satu, ada budak kecik dalam 5 tahun datang lawat akak dia. So aku pun try nak main – main dengan dia.
Tiba – tiba budak tu jerit sekuat hati “taknak awak! Taknak! Awak gemuk! Pendek! Buruk” Speechless GiIe aku sebab budak kecik tu biadap tahap gaban. Maybe sebab kakak dia cantik sangat. 3 perkara ni memang aku ingat sampai sekarang.
Alhamdulillah sekarang dapat husband yang tak pandang rupe aku. Husband mix dan handsome lah jugak sampai ade orang panggil Mat Dan. Husband cakap cantik tak penting yang penting brilliant.. “we can create million when we together, ibu”. Katanya.. huhu
Siti Sariff : Berada dalam lingkungan masyarakat berminda kelas bawahan walaupun berpakaian moden, itulah situasi yang perlu dihadapi oleh insan seperti Kak Long dan seumpamanya. Semoga Kak Long dan keluarga tabah menghadapi dugaan.
Mak cik doakan Kak Long menjadi insan yang berjaya dunia dan akhir4t. To masyarakat di luar sana, malulah sikit, pakaian moden tapi minda jauh terbelakang.
Nima Nia : Yang serba cukup pun kadang – kadang dih1na dan diejek kerana rupa tak cantik dan sebagainya. Inikan pulak kak long. Semoga kak long sentiasa kuat dan positif dalam meniti hari – hari mendatang.
Aku paham perasaan kak long. Insyaallah akan aku ajar anak – anak aku untuk sentiasa melayani manusia dengan sama rata. Insyaallah.
Mak Ngah Ira : Setiap parents harus ajari anak tauhid kepada Allah, yakin dan fahamkan anak – anak setiap kejadian yang Allah cipta pasti ade hikmah dan peranan masing – masing di dunia ini. Allah jadikan setiap manusia sebagai khalifah.
Mmengh1na kekurangan orang lain samalah seperti mengh1na ciptaan Allah. Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan dikembalikan. Jadi mengapa masih lagi mempertikaikan kejadian Allah.. Tilik hati masing – masing. Mungkin kita yang ada cacat di hati.
Lan Dan Nur Jiha : Lepas ni, kalau jadi lagi situasi kak long ditertawakan oleh orang dewasa, mohon ibu kak long tegur orang dewasa. Tegur dengan cara berhemah. Kalau dia bi4dap, baru tegur secara keras.
Dan tegur orang dewasa yang tak ada otak ni depan kak long. Biar kak long rasa ibu dia pert4hankan dia. Jangan bIah gitu je. Orang macam gini kena sound setepek. Baru otak dan akal berfungsi baik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.