
Aku mahu tindakan undang – undang ke atas abah dan perempuan tu. Sekurang – kurangnya biarlah ummi terbela dari segi wang ringgit selepas abah angkat kaki. Belum halal pun lagi, abah dah bertangungjawab kepada anak – anak perempuan tu.
#Foto sekadar hiasan. Kisah rumit ini aku cuba ringkaskan. Tak logik kalau aku dapat cerita semua dan harap kalian faham. Kami sekeluarga terhidu abah aku tak setia semenjak 8 bulan lepas bila abah aku jarang ada di rumah malah kerap bagi alasan ‘keluar minum dengan kawan’.
Sebelum ini, tak pernah abah aku keluar malam dan balik lewat. Sejak dari itulah, kami menghidu kewujudan orang ketiga di antara ibubapa aku. Semua andaian kami satu persatu terungkap dan Tuhan tunjuk semuanya betul.
Dari terjumpa resit transfer duit ke no. akaun tak dikenali hinggalah isu tangan abah yang tak lekang pegang phone. Semua locked with password. Sifatnya berubah mendadak, tak lagi aktif menukang atau mencuci kereta, sekarang banyak duduk saja dan tatap phone berjam – jam.
Tidur lewat, dah nak masuk tidur baru nak solat Isyak. Asyik! Aku menuduh ada asas. Akaun tu sudah tentulah kami siasat, buat – buat la nak transfer duit dan lihat nama siapa keluar atas no. akaun tersebut. Ternyata nama orang ketiga yang kami syak tu naik dan jumlah duitnya bukan sikit. Ribu riban.
Abah aku dalam senyap duk membela ‘betina’ ni dan bagi ummi bekalan duit kecil sebulan yang kadang – kadang ada kadang – kadang tak ada. Tak perlu tahu macam mana ummi boleh syak perempuan tu. Itu naluri dia.
Keadaan bertambah sulit bila abah aku memukuI ummi yang kerap tanya dan nak korek rahsia dia. Aku sentiasa jadi saksi pertengk4ran ummi dan abah. Ayat – ayat abah aku cukup pedih, aku tertanya, dia ingat dia bercakap dengan siapa ni, bahasa kasar dan hanya nak pert4hankan perempuan tu.
Menidakkan segalanya kepada ummi, tak pernah bahagia dan tiada lagi perasaan sayang pada ummi. Untuk pengetahuan semua, perempuan ketiga tu pun bukanlah ciri – ciri yang baik pada pandangan mata aku. Aku hanya menilai dari FB ya, dia banyak menyahut komen manis lelaki – lelaki puji rupa paras dia.
Mungkin sunyi dan kurang kasih sayang. Cuma. Dia pun pernah dicurangi suaminya dulu. Ummi pernah berbincang dari hati ke hati dengan perempuan tu, merayu untuk dia hentikan hubungan sulit ini. Ummi berharap dia memahami perasaan ummi sebab dia pun pernah lalui, kan?
Walaupun dia tahu abah aku adalah suami orang, perempuan tu masih teruskan hubungan ni. M4kin erat kerap hantar mesej dah tu kerap abah layan rajuk dia. Pura – pura ugvt abah untuk bre4k berkali – kali sehingga abah tak keruan.
Di depan kami abah moody dan menangis bila perempuan tu sebut nak berpisah. Abah cakap dia tak mahu pisah dengan perempuan tu. Bila bad mood dengan perempuan ni, abah mula meng4muk dan bercakap kasar dengan kami.
Abah pun dah jadi ‘bertanggungjawab’ pada perempuan tu seolah – olah dah kahwin! Macam laki bini. Bawa pergi makan. Ambil dan hantar pergi kerja. Ummi sendiri nampak. Bukan ini saja, bila abah tak balik, ummi mesej abah, abah selamba jawab dia keluar berjumpa perempuan tu.
Padahal mereka berdua belum halal. Langsung tak jaga perasaan isteri. Aku sedih tak sanggup lihat ummi derita dan berharap. Hati ummi terIuka dan ter0bek bertubi – tubi. Ummi masih nak pert4hankan rumahtangga ini.
Dah berg4duh patah riuk, tiada langsung kesal atau insaf dari abah aku. Tak berubah! Tak pedulikan perasaan kami. Aku mahu ummi lepaskan abah. Orang dah tak suka. Buat apa nak simpan dia. Aku pun gunalah ayat – ayat aku selalu jumpa dalam komen – komen dalam page ni.
“Suami tu hanya pinjaman dari Allah”. Ummi sedih. “Selama puluh – puluh tahun berkhidmat pada abah, ini ummi dapat. Sewenang – wenang ummi lepas abah pada perempuan yang dia baru kenal.” Hati aku tersentuh. Aku ni masih muda nak nasihat macam tu pada ummi.
“Ummi susah payah dengan abah dari dulu. Catu duit catu makanan. Banyak bantu dia beli barang dapur beli lauk pauk sebab dulu keduanya gaji kecil. Dulu ummi tak pernah ganggu tidur dia bila anak – anak menangis malam.
Sedia makan dan minum dia selama ini. Perempuan tu buat apa sangat yang abah boleh ‘buang’ kita macam ni. Selama ni ummi jaga abah elok….” Jadi adakah perempuan tu nak tumpang senang sebab tengok abah aku senang sekarang?
Dia kan tak ada kerja tetap. Sale h4mbar? Aku hanya boleh meneka. After all these years kenapa tiba – tiba saja abah tak setia pada ummi sedangkan ummi SETIA!? Apa perasaan kalian, kalian beli rumah, berk0rban makan dan lena untuk nak bayar bulan – bulan, lepas tu orang lain yang dapat rumah tu?
Padahal orang tu langsung tak keluar satu sen bayar rumah tu pun. Aku faham apa ummi rasa. Paling s4kit, mudah sungguh abah lupa semua tu bila dia kemaruk dengan perempuan tu. Kenapa abah pentingkan perempuan tu lebih dari kami?
Bercerai badan pun aku masih anak dia. Itu isteri dan ibu anak – anak dia. Aku dah malas nak dengar orang cakap sih1r la s4ntau la. Aku tak tau! Yang aku tau, kalau nak bermadu buat cara terhormat. Bukan memukuI, mencaci perasaan orang dan tak berlaku adil macam ni. Biased!
Ummi dah tak kerja, abah dan ummi ni pun dah tua. Aku heran juga kenapa abah ‘selera’ pelik tak macam orang tua yang lain, nak hidup seronok dengan anak dan cucu – cucu. Dah balik haji umrah dah pun. Allahu. Kongsilah buah fikiran dengan aku. Telah terbukti ini perbuatan orang ketiga.
Aku mahu tindakan undang – undang ke atas abah dan perempuan tu. Tuntutan harta sepencarian ke apa? Sekurang – kurangnya biarlah ummi terbela dari segi wang ringgit selepas abah angkat kaki. Aku tak nak ummi terabai.
Orang luar senang senang claim abah masa abah senang. Ibarat masuk rumah cuci kaki. Aku dan ummi banyak dah bagi peluang pada abah. Aku dah marah abah banyak kali. Aku mana boleh diam kan? Mengabaikan nafkah.
Tiada hormat – menghorm4ti dalam rumah tangga. Ummi lebam aku juga yang suruh dia ke balai hari tu. Report cancelled sebab ummi kesian dan masih harap abah berubah. Penjawat awam kot. Nanti hilang semua ganjaran dan pencen dia.
Ummi tak sampai hati. Belum halal pun lagi, abah dah bertangungjwab kepada anak – anak perempuan tu. Anak – anak abah sendiri, abah lepas tangan. Abah patuh dan bersikap sangat baik pada perempuan tu. Beri layanan terbaik!
Bila – bila saja, abah bantu anak – anak dia. Tolong hantar, tolong jemput, tolong bawa maknya melawat. Perempuan tu memang ‘pegang’ abah. Abah aku bagai lembu dicucuk hidung. Aku sebagai anak memang terasa. Anak sendiri dibiarkan.
Drive rata semua buat sendiri. Anak orang abah tatang bagai minyak yang penuh. Abah pengkhi4nat! Dasar tak kenang budi. – Angah Adina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Wann Asmah : Deep, memang banyak terjadi, selalu perempuan macam ni akan cari lelaki yang dah ank dekat pencen sebab dia tau duit banyak akan masuk, isteri dan anak memang akan diabaikan, sebab jiwa lelaki ni dah dibuai oleh perempuan muda tadi, cuba – cubalah bawak berubat dik, zaman sekarang sem4kin menjadi – jadi ilmu songsang ni, mak adik pon kena bangun malam bertahajud dan memohon pertolongan Allah.
Fikri Sara : Sertakan semua bukti” seperti gambar, resit, either pengeluaran untuk perempuan tu serta pengabaian nafkah dan pend3raan em0si / fizikal umi. Orang ketiga boleh dikenakam saman ye. Boleh buat report. Segala tuntutan, boleh rujuk pada bahagian syariah. Semoga dipermudah segala jalan dan urusan. Kuat yaa ummi
Adam Rao : Bapaq hang baru dapat duit pencen ka? Biasa janda cepat ja kalau orang tua berpencen. Bawa berubat. Paling tidak suh mak h4ng tuntut harta sepecarian. Mintak semua hak dia. Pastu jangan amik tau hal bapaq h4ng.
Tu cara kasar. Cara halus kena berdoa biar bapaq h4ng dapat petunjuk. Nak lagi jahat viralkan si betina tu. Kalau dia baik takkan laki dia tinggalkan dia dulu. Takda orang yang dicurangi akan bagi orang lain rasa s4kit dicurangi.
Cubalah dik bawak berubat dengan ustaz dulu. Sampai menangis – nangis nak kena tinggal. Somethings fishy here. Ni bukan zaman cintan cintun cinta monyet dulu – dulu ye . Pastu kalau dah bawa berubat memang ustaz kata takde apa – apa, boleh terus ambik tindakan mahkamah. Mak awak kena bagi kerjasama juga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.