Dengan sarat mengandung, ada anak ‘special’, akhirnya mak kena mer0yan. Dugaan bertambah ayah meninggaI dunia

Zaman c0viid sekali lagi dugaan datang. Selain kena buang kerja, cuba meniaga bakery, dapat kerja semula. Tanpa diduga arw4h abang sulung dan ayah dijemput ilahi selang seminggu. Saya dah mula soal diri sendiri, sampai bila saya kena beralah. Selagi hayat dikandung badan? Adil ke untuk saya?

#Foto sekadar hiasan. Saya “A” anak perempuan sulung dari 5 adik beradik. Abang 2 orang atas saya, adik 2 orang bawah saya. Beza jarak 12 tahun ya dengan adik. “A” adalah anak tengah tapi bukan lah typical “middle child” ya. Hehe..

Cerita bermula dengan abang no. 2 ni dari kecil mak selalu kata dia special sikit. Ingat dulu – dulu selalu kena heret teman mak ayah bawak abang pergi jumpa psiki4trist. Kata dari psikri4tist popular zaman tu (1900s) abang saya takde masalah cuma “kanak – kanak lambat berkembang” sebab dah umur 7 tahun masih tak pandai membaca menulis.

Tapi bila dia umur 9 tahun progress dia cepat. Dari orang terakhir dalam kelas ke dapat no.1 dalam kelas paling atas. Alkisahnya beliau ni belajar di boys school. Tahulah kalau budak nampak lembik ni kena buIi macam mana.

So mungkin ini pon menyumbang kepada masalah mentaI abang saya. Dipendekkan cerita, bila dia dah okay mak ayah memang paling sayang lah dengan dia sampai satu insiden bila sikap dia yang lemah lembut tukar 180° jadi agresif.

Kalau dulu nangis tak nak pergi sekolah sebab kena buIi sekarang jadi meng4muk pagi – pagi tak nak pergi sekolah. Tahap amvkan dia bukan biasa – biasa ya. Masa ni dia tingkatan 1. Tahap meng4muk pinggan mangkuk terbang.

Pis4u pacak dekat pintu. Dinding rumah berconteng ugvtan dan m4kian terhadap ibu sendiri. Mak ayah saya orang meniaga. Waalhualam tapi teori kami abang saya ni kena buatan orang selain dari kategori “mentaIIy special” dia.

Yalah faham – fahamlah kan bab – bab cab4ran meniaga dan hasad dengki. Lagipon peliknya tu dia memang benci sangat – sangat dengan mak saya. Boleh ke imagine anak kandung ugvt nak bvnvh mak sendiri? Tingkatan 2 dia berhenti sekolah sebab memang dah tak boleh nak handle amvkan dia setiap pagi.

Macam – macam usaha mak ayah saya buat untuk pulihkan abang. Berubat ke hospitaI, perubatan islam and perubatan kampung sampai ke seberang diorang cuba. Lama abang saya s4kit “special” ( mentaI + buatan) sampai tahap dia memang tak keluar rumah bertahun – tahun sebab dia tak boleh tengok orang.

Saya pon tak tahu kenapa. Adalah dalam 7 tahun melayan amvkan dia hampir setiap hari. Weekend je kerja saya cat dinding rumah yang berconteng ugvtan dan m4kian terhadap mak saya. Masa dugaan berat ni mak saya mengandung adik saya.

Dengan ekonomi teruk perniagaan lingkup dan ada anak kategori special. Mak saya pon kena s4kit angin mer0yan. Dugaan. Tapi alhamdulillah lepas banyak berubat ada elok sikit akhirnya bila saya ambil stpm. Abang saya pon ambil spm sebagai calon bebas.

Betapa tabahnya ibu saya besarkan anak – anak dan tak pernah putvs asa bawa abang berubat and pujuk untuk sambung belajar semula. Walaupun dia dah boleh ambil spm, habiskan diploma cari kerja per4ngai amvkan tu masih ada cuma berkurang.

Kalau ada yang tak kena kadang – kadang fuuh terbang lah pinggan mangkuk pis4u semua. Dengan hamburan jeritan kata – kata kesat satu kejiranan boleh dengar. Macam tu lah kisah hidup saya dan keluarga dari kecil sampai usia dewasa.

Alhamdulillah, Allah sayang saya, saya masih lagi mengekalkan kewarasan membesar dalam suasana yang sukar. Sebab mak s4kit. Masa dia s4kit angin mer0yan dia datang, adik – adik memang saya yang berusia 13 tahun ni lah jaga.

Ada sekali adik s4kit (baby umur 2 bulan) saya lah yang umur 13 tahun yang kena duduk hospitaI jaga adik 3 minggu sebab mak s4kit. Tapi seronok juga macam bercuti dari tekanan di rumah dan abang saya. Hidup ni ada pasang surut kata orang tapi dalam kes saya banyak yang surut entah bila nak pasang. Ada saja dugaan.

Tahun kedua universiti mak saya s4kit ganjil memang tak boleh jalan dan hanya terlantar atas katil. Setahun juga lah berulang ke hospitaI setiap minggu bawa mak ke theraphy. Semua tugas – tugas ni saya anak perempuan yang galas.

Alhamdulillah beliau pulih semula. Tapi mungkin sebab saya tak pernah merungut dengan ujian Allah bagi saya perasan ada benda – benda Allah mudahkan. Dapat peluang sambung master, dapat kerja yang baik, kawan – kawan yang baik.

Tapi kadang – kadang bila saya balik rumah memang hidup tak rasa tenteram dengan insiden – insiden amvkan. Tahun 2013, sekali lagi diuji ayah kena str0ke Iumpuh separuh badan dan s4kit buah pinggang. Saya baru saja menempuh alam pekerjaan selepas grad setahun lebih.

Memang tak ada pilihan urusan bawa ayah ke hospitaI, merawat ayah yang s4kit, perbelanjaan sekolah adik – adik, keperluan rumah saya cukupkan seboleh mungkin. Abang sulung saya ambil alih perniagaan ayah yang cukup – cukup makan walaupun dia agak tak pandai berniaga.

Jadi kalau dia ada duit, abang sulung lah banyak bantu tutup poket bocor. Alhamdulillah dia ada walaupun tak banyak. Masa tu gaji saya kecil tapi alhamdulillah cukup lah tampung perbelanjaan hidup sekeluarga termasuk kos perubatan.

Dan abang “mentaIIy special” masih juga macam tu. Tapi masa ni dia dah kerja di bank dan gaji boleh tahan. Duit belanja mak ayah memang tak pernah sikit pon beliau bagi. Dia sibuk dengan dunia sendiri dan asyik nak kahwin saja.

Tapi kalau dia tak buat masalah tu saya memang dah cukup syukur. Alhamdulillah beliau jumpa j0doh dengan kakak ipar yang sangat penyabar. Kak ipar tahu per4ngai dia da masih teruskan perkahwinan. Memang rahmat Allah hantar kakak ipar saya ni.

Maka berkahwin lah beliau, beli rumah sendiri dan pindah. Legaa… aman damai rumah ni. Tapi bak kata pepatah hujan tak sampai ke petang. Abang “mentaIIy special” saya kena buang kerja. Pindah kerja lagi dua kali pon kena buang kerja.

Buat grab kena “bar”. So bila hidup dia tertekan dia pon kembali menekan orang lain dalam keluarga ni dengan keluarga dia sendiri. Astaghfirullahal azim. Itu saja saya mampu ucapkan setiap kali episode amvkan berulang.

Kadang – kadang saya risau untuk kakak ipar saya and anak saud4ra saya bila amvkan dia datang. Tapi setakat ni cuma verbal abvse belum ada fizikaI abvse. Tak tahulah kalau ada tapi kakak ipar tak nak bagitahu. Kadang – kadang saya pon tak tahu nak buat macam mana.

Ada saja episode jiran report polis tapi bila polis datang elok je dia stop meng4muk. 180 degree gentleman character. Tapi kepahitan hidup sebelum ni tak rasa sangat sebab masih ada abang sulung, ayah, ibu, adik – adik kecil nak berkongsi duka Iara.

Zaman c0viid sekali lagi dugaan datang. Selain kena buang kerja, cuba meniaga bakery, dapat kerja semula. Tanpa diduga arw4h abang sulung dan ayah dijemput ilahi selang seminggu. Sejak tu keluarga kecil kami cuma lah berempat.

Bila ayah dan abang sulung baru meninggaI, “abang mentaIIy special” saya elok sikit lah per4ngai dia. Elok sekejap tanpa episode amvkan tapi lepas 3 bulan ni start balik dah. Abang saya ni memang ada s4kit “extr3me depr3ssion and bipolar”.

Memang kena makan ubat tapi bila ubat dia habis dia akan buat tak tahu tak nak ambil ubat berbulan – bulan. Hari ni dah sebulan lebih ubat dia habis, dia tak ke hospitaI. Beliau tak bekerja dah dekat dua tahun. Dah cuba pujuk untuk bekerja atau ambil alih bisnes abang sulung kami tapi bila saya nasihat katanya saya tak bersyukur sebab saya ada kerja.

Musykil jugak saya apa yang saya tak syukur. Saya ni kerja dari lepas subuh sampai lewat malam kot cari rezeki. Kebelakangan ni sebab saya dah tak tahan saya selalu menegur dia, jadi saya dah jadi sasaran amvkan dia.

Adik lelaki saya dan adik perempuan saya tamat diploma dan ijazah tahun lepas bulan 6. Saya rasa patutnya tanggungjawab keluarga saya sepatutnya dah habis sampai sini. Saya harap sangat adik – adik bantu ambil bebanan kewangan and tanggungjawab menjaga rumah dan ibu tapi susah juga tu nak mendidik nak bagi adik – adik faham.

Nasib baik adik perempuan faham juga akhirnya dah kurang sikit rungutan bila saya minta bantu beli barang dapur and bayar bil. Sekarang ni yang merisaukan adik lelaki. Walaupun dia banyak tolong jaga ibu tapi sebab terlalu manja tak ada usaha langsung nak bekerja.

Banyak habiskan masa main mobile legend. Kalau salah tegur nanti meng4muk juga. Saya bekerja sepenuh masa dan kena menjaga perniagaan kecil keluarga sejak pemergian arw4h abang sulung dan ayah. Mula – mula saya okay sekarang dah rasa tertekan dan terlalu penat.

Ikutkan hati mahu saja saya tutup dan jual semuanya tapi ibu tak bagi sayang katanya. Kalau ada adik – adik yang nak tolong ambil peranan tak apa. Ini semuanya saya kena uruskan. Kalau saya takde kat rumah berlari – lari antara dua kerja pon saya akan pastikan penghantaran makanan sampai di rumah walaupun saya tak sempat balik.

Bayangkan kerja non stop berbulan – bulan, weekend pon ada je urusan nak saya uruskan. Saya dah terIampu penat and frust. Bila saya cuba menegur adik beradik lain mulalah g4duh besar dan mak minta saya beralah. Nanti ceritanya pusing macam saya yang tak sudi jaga mak dah.

Mak saya minta maaf dia menyusahkan saya dan saya rasa macam saya orang jahat pulak sebab tak pernah pon terlintas dalam hati macam tu. Ntah lah dah tak tahu nak buat apa. Untuk tahun 2022 ni saya beritahu diri sendiri, kalau tak ada orang nak kisah pasal sedih and susahnya kau, mungkin sampai masa pentingkan diri.

Jadi saya tekad nak beli rumah, pindah and duduk sendiri. Biarlah duit habis bayar loan rumah jadi nanti pandai – pandai lah adik beradik jaga diri sendiri dan kongsi tanggungjawab jaga ibu sebab kakak dia memang dah takde duit los bagi ke bank.

Macam ini sajaIah jalan keluar saya nampak walaupun saya sangat risau nak tinggalkan mak di rumah dia. Padahal nak cari rumah paling jauh pon 20 min je jarak dari rumah mak. Ada jugak ajak mak duduk sekali tapi biasalah orang tua mana nak tinggalkan rumah sendiri.

Hari ni pon ada lagi episode amvkan dan drama air mata dalam keluarga saya. Pagi sekali… malam sekali.. penat ya.. kadang – kadang dengan tekanan kerja and tekanan em0si macam ni saya pon macam dah rasa separuh giIa tapi saya selalu ingat Allah masih ada. Alhamdulillah

Saja cerita dah tak tahan nak meluahkan rasa. Saya dah penat jadi orang kuat. Terima kasih baca dan tolong doakan keluarga kami kembali aman, mentaI depr3ssion abang saya pulih, beliau insaf, ibu saya sihat and kurang bersedih, takde episode duka and amvkan dari adik beradik lain.

Mak saya dah tua, saya kesian sangat tengok dugaan – dugaan yang Allah bagi kat dia tapi tu lah saya pon dah sama – sama penat dan saya rasa tak bolehlah nak tutup semuanya atas alasan.. “takpe dia adik – adik, kakak kena membimbing.. takpe abang s4kit.. kita tak faham.”

Saya dah mula soal diri sendiri, sampai bila saya kena beralah. Selagi hayat di kandung badan? Adil ke untuk saya? Umur saya dah 35 tahun macam dah sampai masa untuk saya pon ada hidup sendiri juga. Kalau adik baru grad dah rancang nak kahwin takkan lah saya yang dah berusia ni tak boleh nak utamakan hidup sendiri sekurang – kurangnya ada rumah sendiri. Mana tau dah tua besok kena halau dari rumah mak bila mak dah takde.

Satu doa dan harapan saya. Semoga Allah berikan ibu saya hari tua yang tenang tanpa masalah dengan anak – anak dia.. Aamiin. Okay dah habis merepek and lap air mata dengan tissue. Hahaha.. – Orang kuat yang lelah (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Najwa Suhaili Md Zin : Allahuakbar.. bebanan tak tertanggung. Puan, you ni kuat giIa. Tapi yang bagusnya, you tahu limit you kat mana. You need a shoulder to lean on, cari someone yang professional to be your listener. you’ve the right to enjoy your life as other people.

Lama you bertahan, your level of resiliency is amazingly uncommon. Bukan biasa – biasa you ni. If you think you’re too tired, dont force yourself. Berilah keizinan untuk diri sendiri berehat. Bisnes keluarga, you yang uruskan.

You bos, you susun waktu cuti. You’ve your own responsibility towards your own job. Ada satu kerja pun banyak dah workloads. Nak kawal em0si kat rumah lagi tempat kerja lagi. Semua ni overwhelming for anyone pun.

Semoga Allah merahm4ti usaha Puan yang selama ni bertahan dan bertahan. Sayang diri sendiri, cipta ruang sendiri buat sementara waktu. Nanti bila dah sedia, kembalilah pada keluarga. It can take a week, month, years.. depends on you.

You decide your own life based on your values. Untuk abang kedua TT yang s4kit tu, dapatkan advise daripada Doktor. Sebab once dah terik4t dengan ubat, memang kena makan. Takut ada cubaan ced3rakan orang lain, dan diri sendiri. MentaI iIInesses memang serius. Tak boleh pandang enteng. Tolong contact psiki4tris abang.

Adeeba Raxak : Tersentak bace bila tt tulis arw4h abang Sulong dan ayah. Tt saya nak suruh awak sabar tapi saya rase awak dah banyak bersabar. Semoga urusan awak dipermudahkan semuanya, semoga awak dikurniakan daripada Allah seorang pembantu. Jangan lupe solat tahajud minta tolong di hantar pembantu untuk diri awak sendiri.

Nurazura Ramli : Allah baca pon dah rasa penat. Macam mana la TT boleh hadap semua ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup TT. Saya stuju TT beli rumah. Jadi apa – apa nnt senang sebab kita dah ada tempat berteduh. Sebab nasib kedepan nnt belum tau macam mana.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.