Dari gaji 7k terp4ksa hadap gaji 2.5k je. Bila tengok payslip aku rasa down tapi ini yang jadi

Selama 7 tahun aku bekerja dengan gaji yang lumayan 7k sebulan, aku mampu pergi travel, makan yang sedap – sedap. Tiba – tiba masa PKP nama aku naik dan kena buang kerja. Aku jadi blur, sampai 5 bulan aku menganggur. Aku dapat kerja kerajaan tapi diorang kata aku kena mula dari bawah dengan gaji 2.5k!

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. aku Hanis, berumur 30 an, berkahwin tapi belum dikurniakan zuriat dan bekerjaya professional dalam bidang minyak dan gas. Aku berkerja sudah lebih 10 tahun selepas graduasi di sebuah syarik4t yang stabil dengan gaji RM7K dan faedah – faedah yang baik.

Kehidupan aku dan suami boleh dik4takan selesa dengan memiliki sebuah rumah sendiri dan 2 buah kenderaan yang dibeli semasa masing – masing semasa bujang. Melancong, makan best – best, berbelanja untuk diri sendiri dan keluarga adalah rezeki yang kami dapat buat dengan gaji masing – masing.

Urusan kerja dan hubungan aku dengan rakan sekerja juga baik termasuk dengan client. Aku sangat – sangat enjoy dengan kerja aku. Sikit – sikit masalah, tak smooth sailing projek biasalah dan masih boleh hadapi. Pandemik c0vid19 datang dan pada Oktober 2020 satu mesyuarat di organisasi aku bekerja dibuat.

Semua staf dipanggil dan berita yang memang kami tak mahu dengar terjadi. Organisasi aku akan buat rentrenchment dan downsizing dan aku antara “insan terpilih” itu. Satu tamparan untuk aku. 1 – 2 hari aku menangis kumpul kekuatan di samping sokongan suami, mak dan mertua aku.

Mereka tahu macam mane passion aku pada kerja. Aku rasa sia – sia usaha aku selama ini dalam selesaikan projek dan beri keuntungan pada organisasi aku bekerja. Pendekkan cerita, aku dapat p4mpasan, VSS agak lumayan dari rentrenchment ini dalam RM21k dan tarikh khidmat terakhir aku pada 31 Disember 2020.

Alhamdulillah hutang kereta aku dah lama settle dan aku cuma perlu bayar komitmen lain yang kecil seperti hp, insurance, cc sahaja. Alhamdullilah suami aku berkerjaya dan mampu untuk tanggung aku jika duit p4mpasan dan simpanan aku habis sebelum dapat keje.

Bermula Jan 2021 – Mei 2021 hiduplah aku sebagai seorang penganggur terhormat betul. Rutin aku bermula seawal 4.30 pagi (solat tahajud, subuh, buat sarapan dan bekal suami aku). Sebelum ini memang jarang lah aku buat sarapan untuk suami aku dan aku bangun masa zaman kerja dulu 6 – 6.30 pagi.

Selepas suami aku pergi kerja aku bukak laptop dan bermulalah perjalanan cari kerja aku di Jobstreet, Linkedin, dan semua platform cari kerja dan uruskan hal rumahtangga yang selama ini aku abaikan. Masa dengan Allah?

Ya aku lebih dekat dengan Allah. Bila aku bosan aku bereksperimen dengan masak dan call mak aku. Berbalik pada pencarian kerja aku. Beratus – ratus permohonan kerja aku buat, berpuluh interview aku hadiri dan akhir sekali aku terima interview dari satu badan kerajaan.

Selesai interview (banyak stage ya – aku tak pakai cabel). Dalam tempoh 5 bulan menganggur aku jadi orang yang self-esteem dan confident menurun. Sebelum ini orang kenal aku sebagai seorang yang berani, lantang bersuara dan memberi pendapat.

Berbalik pada intervew tu, aku lulus interview dan perlu melaporkan diri pada Jun 2021 sebagai pegawai pengurusan gred yang tinggi. Gaji yang ditawarkan? RM2.5K dan tidak termasuk elaun – elaun lain yang bila ditambah hampir ke RM3.5k.

Benefit as employee di sini sangat best dan cover untuk suami dan anak – anak. Alaa korang mesti tahu kan. Bonus dan Kenaikan gaji dan pangkat pun memberangsangkan. Masa ditawarkan gaji sebegitu HR inform aku adalah aku perlu mula dari bawah dan pengalaman aku selama ini? Ditolak tepi. Sedih ya.

Bersusah payah aku bekerja selama ini untuk dapatkan gaji besar dan akhirnya aku perlu mula semula dari bawah. Mak aku happy dia berharap sangat aku dapat kerja gomen jadi dia suruh aku terima. Aku laporkan diri atas kekuatan doa dan restu mak aku sebab aku percaya ada keberkatan doa mak dan niat aku happykan dia, jadi aku accept offer ini.

Duit VSS aku masih ada aku simpan untuk hal – hal kec3masan sahaja. Aku juga baru saja selesai lulus ujian untuk jadi agen insurance sebab aku nak c4bar diri selain tambah duit poket dan connection. hehe. Sekarang dah hampir 7 bulan aku di agensi ini.

Suasana yang berbeza dari segi gaji, skop kerja (relate tapi tak berat sangat – aku masih handle pengurusan projek) dan rakan – rakan sekerja baru. Di sebalik gaji yang sedikit ini aku dapat refleks – kerja lebih tenang (walaupun cabaran kerja agak kurang), masa bersama suami lebih (pukuI 5.30 aku terus angkat beg dan balik).

Bos lebih fleksibel dan memahami walaupun ada juga hal – hal “standard per4ngai gomen staf di sini terutama pekerja lama” yang payah terima perubahan dan pendapat. Alhamdullilah markah laporan prestasi akhir tahun 2021, bos aku beri markah yang menggembirakan aku.

Aku memang perform dan laksanakan tugasan diberi dengan baik dan aku selalu beri lebih dari sepatutnya bila selesaikan tugasan. Budaya kerja di private dulu aku bawak ke dalam diri aku di sini (fokus dan selesaikan tugasan dengan efisien dan teratur).

Walaupun aku perlu bertatih semula dari bawah dengan gaji begitu dan kadang – kadang s3tan datang bagi aku “down” bila tengok payslip gaji aku tu. Kekuatan aku siapa? Suami dan mak aku yang banyak beri sokongan, doa dan suruh aku sabar.

Sebenarnya aku dah redha dan tawakal andai ini takdir kerjaya aku dengan agensi ini andai kata sampai pencen (aku ada lagi lebih kurang 25 tahun nak berkhidmat ni). Aku sangat – sangat bersyukur aku diterima di sini.

Hari – hari dalam doa dan dhuha aku zahirkan rasa syukur dan redha aku pada rezeki kerjaya aku di sini. Aku serahkan segala urusan kerjaya aku di bawah aturan Allah. Untuk rakan – rakan yang senasib yang kene diberhentikan kerja, sedang struggIe cari kerja, bergaji kecil aku doakan Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan anda.

Percayalah bila kita redha dan syukur Allah pasti akan tambahkan lagi rezeki pada kita. Mungkin korang akan cakap, “alah cakap senang lah dia tak da komitmen besar, anak pun takde, suami pun mampu.” Percayalah jangan tinggal Allah. Utamakan Dia, berdoa, usaha dan yakin akan perancangan dia. Sekian, – Hanis (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Aishah Bechi : Bersyukur saja.. 2.5K ke, 7K ke.. 70 ringgit atau 250 ringgit pun itu rezeki yang Allah dah aturkan. Hidup kita ni diukur bukan pada banyaknya duit @ gaji yang kita ada. Tapi pada apa yang kita buat untuk jadikan nilai hidup dan amal kita lebih tinggi. Apa pun tahniah sebab dapat kerja baru.

Hasheida Umi Hussain : Bersyukur~ Tugasan kerja di Government agency dan private sector sangat berbeza. Memang perlu belajar dari bawah. Mostly former private sector yang dah biasa gaji besar masuk kerja government, banyak protocol dan ethics yang mereka langsung tak tahu.

Ada juga yang jenis, too ambitious nak terus naik atas dengan gaji yang tinggi. Siapa yang kerja government faham – faham la dengan politik dalaman (sebenarnya private sector pun politik dalaman boleh tahan). So buat TT, kuatkan semangat, kerja kerana Allah, tentang gaji tu sedikit sahaja berbanding nikmat benefits yang TT bakal dapat contoh gratuiti GCR, pencen dengan 25 tahun lagi services. Good Luck!

Seri Aidayati : Tahniah.. Awak memang bertuah satu antara seribu. Dalam puluhan ribu orang yang menganggur dan berharap untuk mendapat kerja gomen anda yang terpilih. Mulakan hidup baru tanpa perlu bandingkan waktu anda yang dahulu tapi cuba kenangkan apa yang berlaku jika anda tidak mendapat apa yang ada sekarang. Dengan itu anda lebih bersyukur dengan takdir kehidupan ini.

Sheha El Ayish : Alhamdulillah tahniah, anda bertuah, pernah merasa gaji 7.5 k, dan terpilih juga untuk jadi penjawat awam. Terima kasih perkongsian doa dan berserah kepada Allah. Semoga menjadi contoh pada yang lain.

Teruskan apa yang awak ada, cara kita nak bersyukur, kita perlu lihat sekeliling kita, orang yang berusaha nak cari kerja tapi tidak bernasib baik. Awak bernasib baik, tahniah sekali lagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.