
Tahun pertama kahwin aku ajak suami pergi bazaar tapi dia bagi alasan MALAS. Aku dengan perut memboyot pergi jalan sorang – sorang. Bila aku balik tengah tunggu lif terserempak dengan suami, dia kata kawan ajak pergi bazaar. Sejak dari itu aku dah tahu nasib aku kahwin dengan dia. Sekarang dah 13 tahun kahwin..
#Foto sekadar hiasan. Salam Sejahtera semua, Aku Munah. Semestinya bukan nama sebenar. Pinjam sekejap. Pelikkan tajuk coretan aku ni, Kelebihan Mempunyai Suami Pemalas? Suami aku ni bukan jenis pemalas bekerja, pemalas sampai nak harapkan orang.
Tapi pemalas dia bila bab isteri dan anak – anak. Aku dengan suami dah berumah tangga hampir 13 tahun. Lama kan? Sejak dari tahun pertama aku dah hadap per4ngai pemalas family dia ni. Tahun pertama kahwin, first time berpuasa sama – sama, ajak dia beli juadah kat bazaar yang mana sekangkang kera je dari rumah.
Malas katanya. ‘Awak la pegi sendiri.’ Aku pulak jenis ‘tak mau buat, aku buat’ jadi dengan perut boyot aku (masa tu tengah mengandung anak sulung), berjalan la sorang – sorang pegi bazaar. Beli juadah untuk aku dengan dia.
Dah on the way nak naik rumah, terserempak dia kat lif. ‘”unggu si ‘A’ dia ajak pi bazaar.” Walawey, bini ajak kau suruh pegi sendiri? Kawan ajak kau sanggup tunggu di bawah. Time tu aku dah boleh agak macam mana keadaan masa depan aku.
Dari hari tu, aku dah belajar, aku tak perlu tunggu dia kalau aku nak apa – apa. Aku boleh buat sendiri. Disebabkan kemalasan suami aku, aku belajar berdikari naik transport sendiri. Masa ni belum ambik lesen lagi, sebab kenderaan yang ada pun motor saja.
Dia guna untuk ke tempat kerja. Jadi aku selalunya naik bas ke mana – mana saja aku nak pergi. Checkup anak, hospitaI, jalan – jalan. Sampai anak ke dua pun aku naik bas. Senang. Seronok naik bas dengan anak – anak.
Diorang happy tengok permandangan. Lagipun murah. RM2.50 dah sampai destinasi. Anak – anak half price. Suami aku? Selagi tak menyusahkan dia, dia OK. Jadi selalunya aku dengan anak – anak boleh rancang nak ke mana – mana sesuka hati kami.
Duit? Alhamdulillah gaji aku masa tu lebih dari mencukupi untuk aku dengan anak – anak. ‘Kau tinggal je suami macam tu, dia ‘makan luar’ nanti macam mana?’ Isu ‘makan luar’ dari anak pertama aku dah tau dia ada perempuan simpanan.
Maklumlah, suami aku kerja malam. Restoran dan bar. Jadi haruslah ada side chick. Sebab aku kan dah tak fun macam awal – awal dia kenal aku. Aku sibuk dengan anak dan rumah tangga. Jadi benda ni aku pun naik malas nak g4duh.
Bila sampai masa dia sendiri akan berubah. Mana taknya, duit gaji RM4k sebulan. Duit untuk aku dengan anak2 RM500 je. Bil semua dia bayar. Gaji dia habis ke perempuan simpanan la apa lagi. So dia takde simpanan langsung.
Malas nak menyimpan katanya. Aku gaji RM2K je sebulan. Tapi setengah aku buat simpanan. Sebab bercita – cita nak beli kereta sendiri. Jadi dia pelik macam mana aku boleh bermewah padahal dia macam tak ada apa – apa.
Sekarang dia dah tak kerja malam, gaji dah 2K je sebulan. Masih dia pelik macam mana aku yang buat Grab ni boleh surv1ve sampai waktu PKP aritu. Bila aku dah ambik kereta second hand, aku selalu jugak minta tolong dia hantar kami ke mana – mana.
Macam biasa la alasan dia, ‘Awak boleh pegi sendiri kan, dah ada lesen kan?’. Jadi aku pun tak pernah harapkan dia. Berdikari. Pegi mana pun hadap. Dari pakai GPS sampai la zaman Waze aku hadap sendiri. So aku sekarang lebih tahu berkenaan teknolgi ni dari dia.
Dan dari kerja dengan orang sekarang aku dah kerja sendiri. Buat Grab. Buat runner. Masa sendiri. S4kit nak beranak? Pegi hospitaI sendiri. Suami busy. Jadi kelebihan sekarang aku lebih tau macam – macam prosedur dan aku lebih kenal ramai orang yang boleh tolong aku dari segi rasmi dan tak rasmi.
Bulan puasa selalunya bulan yang paling menc4bar. Aku tak pernah berharap dia nak pegi beli apa – apa pun kat bazaar. Dari 1st year kahwin sampai la sekarang. Alasan dia malas nak bersesak. Tapi nak aku belikan dia tepung pelita la, karipap la, nasi beriyani la, onde – onde la.
Duit? Guna duit aku la. Disebabkan kemalasan dia nak ke bazaar dan nak bagi duit, aku belajar semua resepi makanan yang dia nak. Semua aku dah pro sekarang. Terkadang buat lebih untuk berniaga. Dapat duit sikit.
Bertambah simpanan aku. Terkadang tu minta jugak ke kedai belikan bahan, dia tarik muka. Kalau dah gitu baik la aku pergi sendiri. Malas nak melayan. Dia malas nak hadap apa – apa pun yang melibatkan family aku dan jugak anak – anak dia.
Aku pulak malas nak cari g4duh. Ikut suka dia la. Kalau aku atau anak – anak minta tolong memanjang malas. Jadi kami belajar berdikari. Buat semua sendiri. Kalau kawan – kawan dia yang minta tolong, jam 3 pagi pun sanggup.
Mula – mula aku kecik hati jugak. Tapi dah lama ni aku dah redha. Allah pun dah lapangkan hati aku. Ada kelebihannya ada suami macam ni. Ada hikmahnya suami aku per4ngai macam ni. Ada macam – macam lagi kemalasan yang aku boleh cerita tapi aku rasa esok pun tak habis.
Aku selalu doa supaya dia berubah. Bimbang nanti dia dah meninggaI, anak – anak pun malas nak urus sebab per4ngai malas dia masa anak – anak minta tolong. Jadi yang mana dapat suami yang lebih kurang macam aku ni.
Jangan tengok kekurangan. Tengok kelebihan. Doa yang baik – baik. Sentiasa dekatkan diri dengan Tuhan. Sebab hati ni milik Dia. Lillahi taala. InSyaAllah kita akan sentiasa bersabar. – Isteri yang dah terIampau redha – Munah (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Aqilah Nuramirah : If you can do all of the job and responsibility then why do you need a husband? Suami itu sepatutnya meIindungi anda bukan menzaIimi. Redha ke? Are you sure? This is very t0xic and unhealthy especially for kids. Sorry to said this is so sad to hear bila mana dia rasa diri dia beruntung ada lelaki macam ni. Haiz.
Ain Aeen : Kuat betol kesabaran tt. Maybe sebab awak bekerja jadi awak da biasa hidup berdikari so setakat laki awak tak berguna tt tak rasa sedih. Kalau awak sanggup bersabar kami doakan supaya dia berubah satu hari nanti. Tapi serius nampak macam hidup tanpa suami la.. macam menanggung biawak hidup.
Zaitun Ujang : Semua tanya apa kelebihannya. Jawapan pada saya. Bila suami ni m4ti. Anak dan isteri lebih tenang menerima takdir. Tak perlu bersedih – sedih. Lebih rasa macam takda apa – apa kesan dari kehilangan. Takda kerinduan.
Farhana Razali : Ya Allah tabahnya. Tapi harap – harap puan ni didik lah anak lelaki dia (if any) supaya tak jadi macam ayahnya. Risau juga if dibiarkan, kid will think it is ok to behave that way sampai lah besar dia fikir camtu. Semua isteri yang uruskan. Will be a legacy then. In a bad way.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.