
Saya anak luar nikah dari keluarga yang sangat t0ksik. Saya ulang kesilapan mak, saya mengandung anak luar nikah. Saya pergi ke Pandamaran untuk gadai rantai emas dan telefon saya. Saya call teman lelaki bagitahu yang saya mengandung dan saya tak sangka dengar apa yang dia cakap..
#Foto sekadar hiasan. Kisah ini dikongsikan oleh salah seorang aktivis kemanusiaan. Salam encik, saya baca banyak kes – kes rakan sebaya saya yang banyak masalah seperti family t0xic, kahwin muda tapi semuanya tak indah seperti disangka.
Saya terasa nak bercerita kisah saya sebab saya pun tak ade siapa untuk bercerita selain suami saya. Saya dan suami berkahwin time saya umur 18, dan saya melahirkan anak pertama ketika umur 17 tahun. Ya, kami terIanjur dan saya BERNASIB BAIK sebab dia nak bertanggungjawab.
Untuk pengetahuan semua, ketika saya dapat tahu saya pregnant ketika kandungan dah 5 bulan. Sump4h saya tak rasa apa – apa perubahan pada diri saya dan saya tak minta pun dia untuk kahwin atau apa, sebab saya takut dan saya rasa dia macam lelaki lain yang akan lari dari tanggungjawab.
Jadi saya cari family angkat semua melalui agen – agen biomom dan saya dah dapat pun. Saya jauhkan diri dari suami saya masa tu tanpa dia tahu apa – apa. Tapi kuasa Allah maha besar, masa saya tunggu family angkat untuk datang ambil saya, saya pergi ke kedai dan saya terdetik untuk singgah ke bahagian baby.
Saya belek – belek semua baju baby dan saya nekad saya nak jaga anak ni. Jadi saya patah balik dan block family angkat tu. Esoknya saya pergi ke Pandamaran untuk gadai rantai emas dan telefon saya dan saya dah call mama untuk duduk dengan dia.
Saya call suami saya untuk bagitahu yang saya pregnant tapi sungguh saya terk3jut dia nak bertanggungjawab. Jadi dia pergi jumpa bagitau family dia dan lepas saya bersalin, kami pun menikah. Mungkin ada yang pelik, kenapa saya tak bagitau je family saya dulu tentang ni.
Sebenarnya saya dibesarkan oleh keluarga t0ksik. Mak saya menghisap d4dah dan asyik bertukar jantan dan ketika saya di tingkatan 1, saya dir0gol oleh bapa tiri saya sendiri dan hampir disembeIih oleh dia ketika mama dapat tahu tentang ni.
Yang paling saya tak boleh lupa, mama langsung tak percayakan saya. Kes ni terb0ngkar pun sebab saya bercerita dengan kawan saya dan kawan saya syorkan untuk berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah. Tapi maIang bagi saya sebab cikgu – cikgu konon nak tolong jadi dia berjumpa dengan mama.
Apa yang lebih teruk nasib saya, cikgu – cikgu di sekolah semua dah tahu dan kawan – kawan sekolah pun dah tahu tentang saya. Setiap kali teringat saya mesti menangis. Cikgu pun tak boleh dipercayai, mak sendiri pun tak boleh percaya dan akhirnya saya call makcik di terengganu dan dia nak ambil saya duduk bersama.
Saya dah masuk di satu sekolah pondok di terengganu dan menetap di sana. Allah, sungguh tenang sebab diorang ada pergi taklim ya namanya dan saya tak tinggal satu waktu solat pun. Tapi semua h4mbar bila pakcik saya pulang bercuti.
Rupa – rupanya pakcik yang saya hormat kerana ilmu agamanya pun sama per4ngai. Tak nak malu macam kes yang lepas, saya nekad larikan diri ke Klang semula. Bila dah sampai ke Klang, bergaul dengan kawan – kawan semua, saya jadi liar.
Apa saja yang saya tak lakukan, semua saya buat. Berz1na, m4buk, masuk ke club. Sampailah saya jumpa suami saya ni dan bila saya dapat tahu saya mengandung, saya berhenti semua walaupun r0kok. Saya tak nak baby ni jadi apa – apa walaupun pada mulanya saya tak nak jaga.
Selepas nikah, lain pula ceritanya. Saya diuji dengan mertua yang talam dua muka, ipar duai yang masuk campur dan tunjuk bagus, bapa suami saya kaki m4buk asyik bising – bising dan jual barang – barang di rumah. Macam – macam benda saya kena hadap dengan keadaan ekonomi kami belum stabil.
Tapi saya percaya dengan rezeki Allah dan suami saya dan saya bersyukur sebab suami saya seorang yang bekerja keras dan dia sangat sayang puteri putera dia. Saya lapangkan hati untuk terima family mertua dan saya nekad untuk buat tanggungjawab dan kerja saya je tanpa hiraukan mereka sangat.
Alhamdulillah, saya sangat happy sekarang, saya dah ada anak dua dan saya dah bekerja pun sekarang. Suami pun jalankan kerja sendiri dan kehidupan kami m4kin lama m4kin baik dari segi ekonomi juga. Kami mampu sekolahkan puteri kami yang masuk 5 tahun tahun ni.
Cuma yang buat saya galau hati sekarang hanya pasal surat beranak puteri kami. Kesian sangat sebab saya tahu perasaan jadi anak luar nikah ni sebab saya pun sama. Saya dah ulang kesilapan tu. Satu perkara yang saya tak boleh maafkan diri saya, kesian puteri kami.
Dan bagi saya agen – agen biomom ni pun bah4ya juga sebab diorang boleh didapati dalam fb dan diorang menawarkan sejumlah wang untuk baby tu. Para ibu akan diambil oleh family angkat bila kandungan dah cecah 6 bulan dan sehingga pantang.
Nasihat saya untuk kawan – kawan sebaya dan adik – adik kat luar tu, jaga diri elok – elok, macam mana t0xic pun family kita, kita tak boleh biar semua tu haIang kita. Teruskan hidup, belajar sampai berjaya. Yang dah tak belajar, kerja cari duit sungguh – sungguh. Tak ada siapa yang boleh berjaya tanpa usaha dan kita semua berhak bahagia
Komen Warganet :
Julin Peh : Tak mengapa Dik, semua dugaan telah pun adik tempuhi dan adik telah menjadi seorang yang baik. Kesusahan anda telah berlalu Dik. Biarlah semua yang terjadi menjadi sekadar pengajaran hidup tanpanya mungkin Adik tidak akan secekal ini. Semoga Adik bahagia selalu Dik.
Siti Hamizah Muhd Hussin : Sedih baca tapi tak sangka awak begitu kuat. Moga terus kuat dik. Moga Allah permudahkan urusan awak, diIimpahkan dengan rahmat kasih sayang-Nya. Berat betul ujian ni tapi awk berjaya laluinya dengan positif, akak akan kuatkan diri akak untuk menghadapi masalah akak yang tak seberat awak tu.
Azima Esa : Alhamdulillah. Buat puan ini. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang . Sedia menerima h4mbaNya yang bertaubat. Saya ucapkan tahniah pada puan dan suami. Semoga Allah Iimpahkan rezeki yang baraqah, kurniakan hidayah, kabahagian dunia dan akhir4t. Allah sayang puan sebenarnya pabila puan menyerahkan diri padaNya
Mas Su : I cried while reading this. Tahniah adik, being strong. Semoga Allah rahm4ti keluarga adik, bersama suami dan anak – anak. Semoga Allah murahkan rezeki adik dan semoga perkahwinan adik bahagia sehingga ke Jannah. You have gone thru a lot, you deserve to be happy.
Siti Syuhada Mohd Radzi : Kesian baca kisah dia. Dia pun tak mintak jadi macam tu tapi alhamdulilah walau hidup dia penuh ujian, Allah swt hadirkan suami yang baik dan bertanggungjwb untuk Iindungi dia dan anak – anak. Semoga awak terus kuat dan dipermudahkan urusan awak. Semoga anak – anak awak jugak menjadi anak – anak yang solehah.. aaminnn…
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.