Isteri berjaya carikan aku kerja baru dgn gaji 2.5k, mak terus suruh aku kahwin lain sebab dah mampu

Selama ni gaji aku 1.6k je, sedangkan gaji isteri 6k. Dia berusaha tolong aku carikan kerja sampai aku dapat kerja yang bagus, gaji naik 2.5k. Lepas aku dapat kerja, mak terus suruh aku kahwin lain sebab kami takde anak. Tambah lagi isteri aku tak pandai masak sebab sibuk kerja..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku buntu. Apa tips untuk ambil hati bekas isteri semula? Dia nampak lebih happy lepas cerai dengan aku. Aku sorang saja ke yang rindu dia? Aku rindu manja dia. Rindu suara lembut dia. Rindu masakan dia. Bau perfume vanilla dia.

Dulu masa awal kahwin. Aku tak de apa – apa pun. Isteri aku gaji 6k. Aku gaji 1.6k saja. Kereta pun takde. Masa tu aku bahagia sangat walaupun takde anak. Isteri aku ni tak berkira. Selalu pinjamkan kereta dia untuk aku bawak mak aku pergi beli barang dapur, bawak mak ayah aku pergi kenduri atau ke rumah anak – anak lain.

Isteri aku jarang dapat ikut sebab dia sibuk. Aku faham tapi keluarga aku, mak – mak sed4ra aku tak faham. Diorang selalu hasut aku katakan yang isteri aku tu s0mbong. Lama – lama aku pun terpercaya. Padahal aku sedar saja dia pergi outstation.

Aku tau dia kerja bersungguh – sungguh untuk tingkatkan ekonomi kami. Tapi setahun dua pertama saja aku faham. M4kin lama aku pun hilang jugak sabar bila isteri aku jarang – jarang dapat join kenduri, aktiviti sebeIah family aku.

Kalau dia beli barang kemas, dia akan cakap kat family dia yang aku belikan. Kalau balik kampung dia, dia akan hulurkan duit kat aku supaya bila pergi mana – mana aku yang bayar. Nanti keluarga dia nampak macam aku ni suami yang baik.

Family dia tak tau gaji aku kecik. Ayat dia selalunya, “biarlah mak ayah saya senang hati tengok saya bahagia.” Mak aku suka datang rumah aku, sebab isteri aku dah complete kan rumah yang selesa. Setiap bilik ada aircond, rumah dia deco lawa – lawa. Wangi. Tenang hati bila balik kerja tengok rumah. Tu semua duit dia.

Aku mana mampu. Tapi mak aku tak tahu, mak ingat tu duit kami bersama. Mak tak suka pergi rumah kakak aku sebab duduk flat. Ada yang duduk dengan mertua. Jadi diorang tak selesa. Tapi tiap kali mak datang mesti complain.

Sebab isteri aku tak masak. Kitorang makan luar saja. Bab masak memang isteri aku fail. Masuk tahun kelima kahwin, aku dapat kerja. Gaji besar. Itupun isteri aku tolong. Dia yang sediakan resume. Dia training aku cara cakap.

Dia ajar aku guna computer. Dari aku kayu. Aku jadi berkeyakinan. Gaji dalam 2.5k. Dengan gaji tu, lepas la untuk aku buat loan beli kereta tempatan. Masa ni la mak aku suruh aku kahwin lain, dia cakap ada dah mampu untuk berpoIigami atas alasan untuk dapatkan zuriat.

Mak kata isteri aku busy. Dia suruh aku cari isteri baru untuk jaga makan minum pakai aku. Mak aku marah sangat sebab masa dia masuk hospitaI seminggu, isteri aku tak boleh cuti untuk temankan mak di hospitaI.

Ye sekarang memang aku bakal dapat zuriat dengan isteri baru. Tapi hati aku kosong. Aku nak bekas isteri semula. Aku cemburu bila fikirkan dia banyak deal dengan client lelaki kat luar sana. Macam mana kalau diorang suka jugak bau perfume vanilla dia tu?

Isteri baru aku tak macam yang lama. Semua dia nak aku sediakan. Drive pun tak reti. Aku rimas isteri aku yang ni terlebih manja. Lepas tu sikit – sikit nak mengadu kat keluarga dia. Sikit – sikit up kat fb. Sangat tak matang.

Lepas bersalin dia tak mau kerja dah. Mana nak cukup gaji aku sorang. Aku rindu isteri dulu yang sangat berdikari. Yang pandai jaga aib aku. Isteri dulu aku sediakan nafkah rm50 saja sebulan. Tapi dia tak pernah merungut.

Tiap kali dapat nafkah dia sentiasa doakan moga aku murah rezeki. Isteri sekarang, nafkah rm200 aku dah bagi. Nanti dia nak beli skincare makeup semua dia mintak duit aku. Duit beli pad pun dia claim kat aku. Dulu dengan gaji 2.5k ni aku rasa cukup besar dah.

Tapi dengan isteri baru. Sungguh aku rasa gaji ni tak cukup. Isteri dulu memang mak aku, sed4ra aku tak suka sebab dia memang tak pandai masak. Tak kenal halia lengkuas. Lepas tu tak mengandung walau dah lama kahwin.

Tapi percayalah walaupun dia tak sempurna di dapur. Tapi dia sangat – sangat melengkapi aku, semua pergi sendiri. Dia s4kit pun pergi kIinik sendiri. Balik kampung mak dia pun drive sendiri. Pendek kata semua dia uruskan diri sendiri, memang tak susahkan aku langsung.

Isteri sekarang kejap – kejap aku kena ambik cuti. Sebab nak kena bawak dia. Bantu aku macam mana nak pik4t semula bekas isteri aku. Kadang – kadang habis saja kerja, aku akan pergi parking depan rumah dia, dapat tengok bayang pun aku dah happy.

Aku nak miliki dia semula. Korang tolong doakan moga Allah j0dohkan kami kembali. Sungguh dia wanita yang sangat berbeza dari yang lain. – Ady (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Radin Arishah : Tak pasti confession ni betul sebab rasa macam tr0ll. Tapi kalau betul, ko ni tak layak berbini sebenarnya, menyusahkan anak orang je. Nak berbini tapi nak senang – senang tak nak susah. Nak bini gaji banyak tapi kena hadap muka ko 24 jam.

Dapat bini baru yang boleh hadap muka ko 24 jam pun ko komplen sebab takde duit, ko kena tanggung ko kena drive sana sini. Eh, memang tanggung jawab ko sebenarnya tanggung bini tu, beli itu ini untuk dia. Kalau bini boleh tolong tu kira bonus.

Pegi duduk bawah ketiak mak dengan mak sed4ra tu sana. Gaji 2k pun rasa hebat dah. Sampah betul. Dan semoga x-bini jumpa orang baru yang hebat, beriman, hensem dan hargai dia selayaknya.

Nora Azih : Malas nak doakan kau. Cuma nak cakap kau kurang cerdik je, bini kena macam – macam dengan keluarga sendiri pun tak reti nak backup. Haih. Moga ex bini kau jumpa j0doh dengan yang sejuta kali lebih baik dari kau. Nasib dia baik dah cerai dengan kau.

Nur Cahya :Kahkahh padan muka. Sekarang mak kau suka lagi ke rumah kau? Rumah kau ada aircond? Mak kau puji isteri baru pandai masak? Join semua program keluarga kau? Semoga kau sengs4ra melihat janda kau bahagia dengan lelaki lain. Semoga mak kau bahagia melihat kau miskin dengan isteri baru. Bersyukurlah. Kau dan mak kau dah dapat apa yang diimpikan.

Shida Samsudin : Aku doakan.. aku doakan ko menyesal seumur hidup, aku doakan bekas isteri ko dapat lelaki yang lagi banyak duit dari dia, yang kaya yang loving yang ringan tuIang dan hensem. Bior padan ke muka kamu dengan mak kamu tu.

Dah dahla nak banding isteri sekarang dengan bekas isteri, nak jadi bapak dah pon. Bela la anak tu elok – elok, bimbing la isteri tu jadi bid4dari kamu. Bukan orang p4ksa, kamu jugak yang pilih.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.