
Pegawai polis datang buat rondaan di kawasan rumah kami setiap malam selepas saya buat aduan di balai. Kemuncak kemarahan saya bila ibu mertua sering perIi saya, “orang Kelantan ni typical suka nak melawa, pakai barang kemas banyak – banyak,” selepas ibu melihat saya memakai gelang emas..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua pembaca. Terima kasih sekiranya cerita saya disiarkan. Sekadar pengalaman dan luahan hati. Perkenalkan diri saya, Hannah, bekerja dalam bidang profesional, asal pantai timur.
Tahun 2020, saya pernah berkahwin namun mahligai kami gagal dipert4hankan selepas 7 bulan berkahwin. Maaf jika penulisan ini panjang dan berserabut tapi saya cuba ringkaskan ya. Mac 2020 saya selamat diijabkabul dengan seorang jejaka yang bernama Luqman berasal dari Negeri Sembilan, juga bekerja bidang profesional.
Kami sama – sama bekerja dalam industri penerbangan cuma dia di syarik4t pengendali lapangan kapal terbang (KLIA airport), manakala saya pula bekerja di syarik4t penerbangan terkemuka. Memandangkan musim PKP, saya dan Luqman cuma bekerja dari rumah dan menetap di rumah mertua di Port Dickson.
Perkahwinan kami indah pada dua bulan pertama sehinggalah Allah takdirkan pada 1 Jun 2020, saya terjumpa beberapa chat Iucah dari skandaI Luqman bernama Nisa, bini orang yang bekerja sebagai nurse di HospitaI Salam, Terengganu.
Ketika ingin menutupi laptop Luqman, secara tidak sengaja saya terbuka Whatsapp Web. Demi Allah, sebak, geram s4kit hati marah sedih segalanya bercampur baur. Menggigil tangan kaki saya baca conversation mereka.
H4ncur hati seorang isteri.. Allah gerakkan hati saya untuk menutup laptop dia, sedangkan selama ini saya tidak pernah berniat nak check gadget suami. Saya menangis dan memanggil Luqman naik ke atas. Kami berdepan, saya meminta kesahihan serta penjelasan dari dia.
Luqman dengan angkuhnya mengakui segalanya, memarahi aku, “kau tak hormat privasi suami”. Kami bertik4m lidah dalam bilik. Saya tidak puas hati dan tanya apa kekurangan diri saya sehinggakan dia sanggup bermesej Iucah dengan bini orang.
Malah, Luqman mengajar Nisa untuk praktikkan ape yang saya lakukan ketika kami ‘bersama’. Saya sangat kecewa kerana Luqman kelihatan langsung tidak bersalah malah memukuI saya beberapa kali, men3ndang, menolak ke dinding dan katil.
Jari saya patah, Iebam kebiruan di serata badan. Allah saja mengetahui betapa k3jamnya perbuatan dia terhadap saya. Luqman hanya berhenti memukuI selepas saya ambil pis4u di dapur untuk mempert4hankan diri. Saya ada juga buat report di balai polis namun ibu mertua pada ketika itu merayu supaya saya tidak ambil sebarang tindakan undang – undang kerana memikirkan anaknya bakal kehilangan pekerjaan selamanya.
Disebabkan saya yang b0doh dan termakan pujuk rayu pihak mereka, maka saya tarik balik report dengan harapan bahwa Luqman akan berubah. Saya blocked semua nombor dan media sosiaI bini orang tu dan meminta password phone Luqman.
Saya sering check phone Luqman sebab sudah hilang kepercayaan terhadap dia. Buat pengetahuan semua, sepanjang kami berkahwin, saya basuhkan baju kami suami isteri. Setiap kali selepas subuh saya bawa turun baju – baju dari tingkat atas ke bawah, kemas ruang tamu tingkat atas, buang segala perabot dan pakaian lama yang tidak digunakan,
Teman dan bantu ibu mertua di dapur untuk masak tengahari dan malam, cuci toilet, memastikan bilik tidur sentiasa wangi, kemas kebun di belakang rumah, cabut rumput, alih pasu bunga, membersihkan rumah kampung peninggaIan arw4h nenek dia di daerah lain.
Saya juga beramah mesra dengan ahli keluarga besar beIah suami ketika kenduri, main dengan cousin, tolong makeup kan aunties, buat kuih atau tolong kacau – kacau masakan di dapur dan beberapa kerja rumah kampung lain aktiviti bersama saud4ra mara Luqman.
Di rumah Port Dickson pula adakala bila Luqman sedang meeting di dalam bilik, saya akan bawakan makanan dan minuman ke bilik atas, bimbang dia lapar. Bila Luqman ada kerja di office pula, saya akan sediakan minuman panas untuknya sebelum pergi kerja.
Pada masa yang sama, saya masih buat kerja hakiki, attend zoom meeting, department meeting dan task yang ditugaskan oleh boss. Kemuncak kemarahan saya ialah, ibu mertua sering mengatakan pada saya, “orang Kelantan ni typical suka nak melawa, pakai barang kemas banyak – banyak” selepas ibu melihat saya memakai gelang emas hasil dari duit hantaran.
Ibu juga sering membandingkan saya dan menceritakan perihal menantu perempuan sulungnya yang bekerja government sentiasa ada masa di rumah, kerja tetap dan gaji tak terkesan biarpun waktu PKP. Kebetulan pada bulan May – Jun, saya diarahkan oleh company untuk mengambil compulsory unpaid leave.
Saya pelik kenapa suami nak menceritakan hal pekerjaan saya dengan ibu bapa mertua sepatutnya hanya simpan perkara tu antara kami berdua. Saya masih berjimat cermat tak meminta apa – apa dari suami. Tidak cerewet, makan apa saja yang dihidangkan dan disediakan oleh keluarga dia.
Malah, Luqman meminta duit RM1,000 daripada gaji saya setiap bulan untuk disimpan dalam bank dia. Saya ikut saja permintaan Luqman. Jujurnya, gaji saya dan Luqman lebih kurang saja. Cuma saya ada penambahan beberapa elaun lain setiap kali outstation ke luar negeri atau luar negara.
Maka pada Julai 2020, kami berpindah ke rumah di Putrajaya, itu pun setelah saya mendesak Luqman untuk keluar dari rumah mertua. Bulan – bulan seterusnya, masalah sama berulang. Luqman tetap bermesej Iucah dan simpan gambar Iucah skandaI yang lain pula.
Ada album bersertakan nama setiap skandaI lagi. Berlainan perempuan dan mereka semua tahu bahwa Luqman telah berkahwin. Ada di antara mereka yang dating jumpa di airport, kedai makan dan sebagainya. Luqman masih dengan sikap baran, memukuI dan men3ndang saya tanpa belas kasihan walau kesilapan saya kecil, seperti kunci pintu bilik.
Saya amat tr4uma dengan sifat baran Luqman sebab tu tiap kali tidur kunci pintu dan letak gunt1ng atau pis4u kecil di bantal sebagai langkah persediaan pert4hankan diri. Namun dalam hati masih berharap dan berdoa Luqman berubah dan menjadi lelaki yang baik meninggaIkan skandal – skandal dia.
Banyak lagi kejadian di rumah Putrajaya hingga pegawai polis datang buat rondaan di kawasan rumah kami setiap malam selepas saya buat aduan di balai. Terima kasih Sarjan Azrul dan team kerana percaya dengan cerita dan kes saya.
Luqman pernah melafazkan cerai di rumah. Namun apabila saya ingin buat pengesahan lafaz cerai di mahkamah, dia tidak mahu bekerjasama. Malah ketika dalam perjalanan bersama – sama menuju ke mahkamah, Luqman menvmbuk bibir saya sehingga pecah dan berd4rah.
Saya rasa amat pedih dan s4kit. Kali ni saya membaIas sekuat hati. Menvmbuk dia kembali beberapa kali. Lalu mengvgut ingin ke balai polis untuk report, Luqman rasa takut dan memujuk saya untuk pergi ke mahkamah syariah saja.
Namun di hadapan pintu mahkamah, Luqman mem4nipulasikan saya dengan ayat sedih “tolong la fikir pasal family kita, abang tak nak camni”. Dan akhirnya kami rujuk semula. Sedangkan Luqman tak berubah dari per4ngai buaya dia, tidak solat, main phone setiap masa bawa hingga ke toilet, tidak bantu kerja – kerja rumah dan kaki pukuI.
Beberapa kali juga saya contact Pejabat Agama Wilayah untuk selesaikan kes kami. Saya pujuk Luqman untuk pergi kaunseling tapi dia sentiasa beri alasan sibuk. Dan disebabkan musim PKP juga lah, sesi kaunseling secara bersemuka tidak dapat dijalankan oleh pihak Pejabat Agama.
Saya berikhtiar untuk selamatkan rumahtangga dengan merujuk ustazah – ustazah dan beberapa pegawai agama secara dalam talian. Tidak lupa, Kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendengar permasalahan saya.
Dalam masa sama, berdoa pada Allah supaya Allah lembutkan hati L. Pernah juga saya mengajak Luqman untuk solat jemaah, baca Al-Quran bersama namun dia sentiasa leka bermain phone. Hanya saya yang melaIukan kerja rumah termasuk cuci pinggan, masak, basuh baju, buang sampah dan lain – lain.
Oktober 2020, sekali lagi Luqman melafazkan cerai di rumah. Kali ni keadaan sangat tegang hingga melibatkan campur tangan keluarga besar saya. Ada suatu kejadian Luqman menghalau saya keluar dari rumah, maka saya tinggal sementara di sebuah bilik condo berdekatan office saya di Petaling Jaya.
Keluarga saya (pakcik dan makcik) meminta Luqman membayar sewa bilik condo tersebut. Luqman tidak pernah contact ibu bapa saya sepanjang krisis ini. Saya juga tidak pasti kenapa dia tidak mahu bercakap dengan mama saya walaupun beberapa kali mama call, Luqman tiada hormat sebagai seorang menantu.
Sepanjang kami berjauhan itu, Luqman lagi rancak bertemu dan dating dengan wanita berlainan. Bukti dikukuhkan lagi, ketika saya diarahkan datang bertugas di airport, beberapa staff saya mengadu dan menunjukkan profile Dating Apps Omi yang Luqman daftar, gambar – gambar dating dia dengan skandaI wanita.
Seolah – olah dia lelaki bujang. Saya berasa amat malu dengan staff. Luqman merosakkan maru4h air muka saya di tempat saya mencari rezeki. Nov 2020, company buat keputvsan untuk mass retrenchment / pembuangan pekerja secara besar – besaran kerana business penerbangan ud4ra amat – amat terkesan disebabkan pandemik.
Saya salah seorang di antara kehilangan pekerjaan. Tekanan yang dialami buat saya hampir ingin mengakhiri nyawa saya sendiri. Allah saja mengetahui. Saya pulihkan diri dengan mendengar ceramah motivasi pagi Prof Muhaya selepas Subuh.
Solat taubat tidak henti – henti. Dari situ muncul sinar, harapan baru dalam hidup. Jadi, selepas retrenched, saya berusaha apply kerja lain, tidak lupa juga mengikuti beberapa kursus berbayar sebagai extra certification.
Pada waktu ni saya tinggal di Putrajaya, tidur berasingan bilik dengan Luqman. Setelah solat hajat, solat istikharah minta petunjuk jalan keluar bagi masalah rumahtangga, Allah bagi saya kekuatan untuk selesaikan kes di mahkamah.
Saya bersendirian pergi mahkamah dan buka fail saman ke atas Luqman supaya dia bekerjasama. Januari 2021 Alhamdulillah prosiding mahkamah berjalan lancar, sah lafaz cerai. Suatu kelegaan yang tak dapat saya gambar kan.
Di luar mahkamah, sempat juga Luqman memujuk supaya saya tidak membuat sebarang tuntutan nafkah tertunggak. Dia siap menunjukkan baki dalam akaun bank nya cuma tinggal RM200 saja untuk makan minum serta lain – lain.
Dalam hati saya berkata “siapa suruh kau pasang banyak skandal”. Luqman juga memarahi saya kerana remove segala gambar kahwin, gambar – gambar dia dari semua media sosiaI saya, katanya “Jangan buat camni. Nanti orang tahu la kita bercerai”.
Itu adalah kali terakhir saya berurusan dengan Luqman, dia tidak pulang ke rumah sehinggalah saya tamat iddah. Saya berharap tak akan berjumpa lagi Luqman hingga akhir hayat sebab saya tidak akan memaafkan segala perbuatan dia meny4kiti tubuh badan, pengh1naan ibu bapa dia terhadap saya, serta pengkhi4natan terhadap cinta dan amanah Allah.
Saya juga tidak redha dan tidak menghalalkan segala tenaga saya bantu kerja di rumah sepanjang kami berkahwin. Alhamdulillah tahun 2022 ini penuh dengan keberkatan, hikmah, Allah hadirkan sahabat – sahabat yang baik, keluarga yang support, berpindah ke rumah yang lebih selesa, serta banyak lagi perkara indah lain.
Saya juga kembali berkhidmat dalam syarik4t penerbangan baharu dengan jawatan stabil dan gaji yang jauh lebih tinggi. Bismillahi MashaaAllah Alhamdulillah. Sejak tahun lepas hingga sekarang ada beberapa lelaki confess, mengatakan hasrat ingin memperisterikan saya.
Ada suami orang, ada juga lelaki bujang. Mereka semua mempunyai kerjaya hebat – hebat dan bisnes tersendiri. Lelaki bujang yang mendekati kebanyakan mereka berusia jauh lebih muda. Sedaya upaya saya supaya tidak menerima atau melayan suami orang kerana saya sedar betapa peritnya bila kita dikhi4nati.
Lagi pun, Alhamdulillah saya telah menemui cinta hati yang baru. Orangnya menepati ciri – ciri lelaki yang saya idamkan selama ini. Bekerjaya, bijak, rajin solat di masjid walaupun dia tidak dalam kategori ‘alim, badan tinggi dan tegap, sangat penyabar, bagi semangat tiap kali saya buat sesuatu,
Kami mempunyai hobi yang sama, dia jiwa puitis romantik, dia melayani saya dengan baik, juga tidak segan memperkenal saya kepada teman – teman sekerjanya. Cuma saya masih dalam healing process dari tr4uma. Kadang – kadang buat saya kurang mempercayai pasangan.
Buat you, terima kasih kerana menerima i, bersabar dan buat i happy. Maafkan i kerna masih overthinking dalam segala hal, pengalaman serta tr4uma buat i lebih berhati – hati dalam buat apa – apa keputvsan atau tindakan.
Buat pembaca semua, tolong doakan hidup saya lebih bahagia lepas ni di samping lelaki yang tepat, lelaki yang mencintai saya seikhlas hatinya, mencintai kerana Allah, membimbing untuk kami sama – sama ke syurga. Pesanan saya.
Jangan biarkan diri kita terani4ya. Jika kita jatuh kerana manusia, bangkit lah kerana Allah, yang sentiasa ingin h4mba-Nya berg4ntung dan meminta – minta kepada-Nya. Jika kita berd0sa, lakukan taubat secepatnya.
Sentiasalah perbaiki diri ke arah lebih baik, mantapkan ilmu, kuatkan akal dan em0si. Buat para wanita, berhati – hatilah jangan sampai tersalah pilih pasangan nars1sistik. Jangan risau, tidak mengapalah sekiranya kita tidak ada pasangan di dunia ini, kerana semestinya Allah sudah sediakan pasangan buat kita di syurga kelak. Akhir kata, Percaya lah di sebalik ujian besar pasti ada hikmah nya. Salam sayang, – Hannah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cubebubbles Cart : Berhati – hatilah ye. Ada juga yang saya kenal, jenis kaki masjid, solat dhuha, soft spoken. Bla – bla.. Bila kawen satu persatu per4ngai macam Luqman tu keluar. Mintak doa moga dijauhkan dapat pasangan macam nih. Perit bila kena tipu hidup – hidup.
Fazz Ismail : Sikap atau per4ngai ni bukan sesuatu yang boleh dibuat – buat, semestinya itula yang sebati dalam diri seseorang, dah jadi d4rah daging, mungkin. Jadi kalau ciri – ciri negative seperti kaki perempuan, kaki pukuI dan lain – lain tu ada dalam diri pasangan, elok aje undur diri.
Memang tak rugi satu sen pun TT ambil keputvsan untuk berpisah. Keputvsan yang menyelamatkan masa depan diri sendiri. Semoga bahagia bersama TT hingga akhirnya,
NurAz Wan : Baguslah cepat proses perceraian dan belum ada anak pula.. Kalau sudah ada anak, takkan dapat lepaskan diri secara total. Mesti nak kena hadap juga walau macamana geram dan benci pun. Harap – harap kes ini, jadi pembakar semangat pada isteri – isteri yang hadapi situasi yang lebih kurang sama. Jangan biarkan diri jadi beIasahan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.