
Boss aku cakap ada sorang laki yang berminat nak kenal dengan aku dan nak jumpa dekat rumah. Mak aku beria masak lauk sedap – sedap. Sampai je ‘rombongan’ aku terk3jut laki tu sebaya mak aku. Aku pelik boss aku nak cari calon untuk mak atau aku?
#Foto sekadar hiasan. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Masa arw4h ayah masih ada boleh dik4takan semua adik beradik aku agak berdisiplin. MaIangnya setelah ayah meninggaI, masing – masing macam hilang arah.
Mak sendiri pun nampak struggIe nak uruskan 5 orang anak sendirian. Mak cakap dalam ramai – ramai anak dia, aku la yang paling serupa dengan ayah. Ayah ni jenis pembersih dan rajin. Mak aku pulak jenis yang suka berkebun.
Cuma bila ayah dah takde, rumah tu jadi tak terurus. Disebabkan aku anak bongsu dan siblings yang lain semua tengah belajar di universiti, aku la yang ambik alih kerja rumah tapi aku okey sebab mak aku kerja jurutera. Bila balik rumah, dia selalunya penat dan nak rehat.
Kemudian tiba masa untuk aku tinggalkan rumah sebab aku dapat biasiswa untuk sambung belajar kat luar negara. Sebenarnya aku berat hati nak tinggalkan mak tapi mak berkeras suruh pergi jugak. Mak pernah beritahu yang dia kena pencen umur 60, kalau tak dia tak cukup duit nak tanggung keluarga ni. Sedih aku dengar.
Lagi membuak – buak semangat aku nak senangkan mak di kemudian hari. Memang aku gunakan peluang belajar di tempat orang sepenuhnya. Aku buat double majors dan satu minor. Ketika rakan – rakan aku melancong sana – sini, aku sibuk kerja part time dari pagi ke malam.
Sepanjang 4 tahun tidak pernah sekali pun aku pulang ziarah mak. Tapi aku ada je kirim duit untuk mak belanja. Lepas dah lunyai berh3mpas pulas nak graduate first-class, aku pun tinggalkan Boston bersama kenangannya.
Majoriti kawan aku tanya, tak menyesal ke tak travel? Aku jawab tak sebab somehow aku dapat rasa yang satu hari nanti aku akan ke sini lagi. Setibanya di rumah, aku mengucap panjang. Dari luar, rumah aku nampak usang dengan lalang yang sama tinggi dengan pagar.
Bahagian dalam pulak terdapat banyak barang terbiar yang ditinggalkan oleh abang aku yang dah kahwin. Baju mak aku sendiri terg4ntung hampir di setiap tingkap mengakibatkan rumah tu jadi gelap. Memandangkan aku tak boleh hidup dalam keadaan sepah dan berdebu maka aku pun buat keputvsan untuk ceriakan balik rumah ni dan sediakan keadaan yang kondusif untuk mak.
Aku mula dengan sedekahkan atau recycle baju yang tak terpakai. Barang yang rosak dan buruk, aku buang guna khidmat lori sewa. Mak jenis yang sentimental dan sayangkan harta. Memang susah nak pujuk dia untuk buang barang yang tak guna tapi aku pujuk sampai dia setuju.
Bila dah selesai lupuskan apa yang patut, aku start mengecat pulak. Dari dinding ke siling, tingkap dan pintu. Kemudian aku tambah pulak perabot baru di samping susun balik perabot lama supaya ruang nampak lebih luas.
Semua tu aku guna duit sendiri sebab mak selalu kena stand by kalau ada adik beradik lain yang takde duit, kec3masan. Dah siap kerjakan bahagian dalam, aku fokus pada laman pulak. Aku cangkul semua lalang dan rumput liar.
Dengan bantuan mak, aku buat taman kecik yang simple. Pasu pokok bunga dan segala makhluk yang mak aku tanam, aku susun balik biar nampak tersusun dan cantik. Aku excited giIa dapat cat bahagian luar rumah pulak.
Aku uruskan jugak kucing – kucing yang ada kat rumah sehingga yang cekeding dan s4kit jadi sihat dan bulat. Semua kerja ni ambik masa 6 bulan untuk disiapkan. Mak ada jugak tolong sikit – sikit tapi aku tak p4ksa. Lagipun mak dah tua.
Aku happy bila mak dapat enjoy solat dalam bilik yang harum, di atas sejadah yang empuk menggunakan kain sembahyang yang digosok. Mak aku kata ada aku seorang je dah macam ada 10 orang anak. Aku gelakkan je. Tak penat ke buat semua ni?
Of course la penat. Aku pun manusia. Cuma sebelum aku start buat semua tu, aku dah rancang elok – elok budget, masa apa semua. Kalau aku penat, aku tak terus berhenti. Aku rehat dan buat apa yang aku suka. Paling penting, from the beginning lagi aku dah ikhlaskan hati apa yang jadi nanti.
Apa yang aku buat ni antara aku dan Allah. Harapnya Dia terima semua effort aku untuk bahagiakan mak. Cukup 6 bulan aku jadi YM (yang menganggur), aku pun apply la kerja. Pergi job interview sana – sini. Rezeki memihak kepada aku kerana aku lulus kesemua temuduga.
Tinggal pilih sahaja nak kerja yang mana. Aku pilih kerja dengan Puan N di syarik4t swasta. Puan N ni single lagi. Sangat cerewet tapi lawa orangnya. Majoriti umat yang kerja kat situ tak suka Puan N tapi aku boleh clicked dengan dia sebab aku faham apa yang dia nak bila masuk bab kerja.
Mungkin aku dah terbiasa berdikari dan uruskan hal sendiri menyebabkan kerja di syarik4t tu jadi sangat mudah. Puan N perlu beritahu je apa yang dia nak dan aku selalunya akan bagi lebih dari apa yang dia harapkan dia.
Perkara ni membuatkan aku dapat naik pangkat dalam masa yang singkat. Pernah aku luah kat mak, adakah semua ni istidraj? Sebab rasa macam perjalanan hidup aku terlalu mudah. Mak aku ketawa. Dia cakap apa yang mudahnya?
Sesetengah orang berkira nak berbakti pada mak ayah tapi aku berikan semampu yang boleh. Beberapa tahun aku jadi rapat dengan Puan N. Dia gemar bawak aku ke mana sahaja dia pergi. Kalau aku perhati betul – betul, Puan N ni baik je orangnya.
Cuma sedikit tegas. Biasa la nak jadi ketua mana boleh lembik nanti kena pijak. Dan aku perasan jugak ke mana sahaja Puan N pergi mesti ada seorang lelaki kacak ni. Bila ditanya siapa tu, Puan N dengan selamba bagitahu yang lelaki tu anak ikan dia.
Abang aku memang dah warning perihal dunia korporat ni tapi tak sangka yang benda tu akan muncul depan mata. Bila dah selesa berbual dan bergelak ketawa, Puan N tanya aku dah ada boyfriend atau tak. Aku geleng walaupun usia aku dah 26 tahun. Dia kata kalau nak berkenalan dengan lelaki bujang yang baik bagitau la. Aku berseloroh jawab sekarang pun boleh. Tak sangka pulak yang Puan N ambil serius.
Sebulan kemudian, hari Sabtu, Puan N called tanya rumah kat mana? Lepas dah beritahu alamat aku, aku tanya la kenapa? Puan N cakap dia dan lelaki yang berminat nak kenal aku tu hendak ke rumah. Aku dah berdebar macam apa.
Sekarang ke? Aku tanya lagi. Puan N cakap mungkin lepas Asar. Mak aku pun beria la masak pelbagai lauk untuk jamu tetamu sebab nak bagi good first impression tentang keluarga ni. Aku pun layankan je. Kemudian Puan N call lagi cakap dah sampai depan rumah.
Aku pun keluar la kat pintu sebab nak jemput mereka masuk. Aku senyum kat Puan N, dia bawak anak ikan dia dan seorang pakcik tua baya mak aku. Terus aku b4ntai gelak. Dalam kepala aku, Puan N ni biar betik. Ni nak jodohkan aku ke mak aku?
Bila anak ikan Puan N tu masuk ke ruang tamu, dia cakap sedapnya bau. Mak aku yang tak tahu apa – apa tu terus jemput mereka makan. Pertama kali seumur hidup, tomyam kaw yang mak aku masak rasa tawar. Aku sibuk fikir macam mana nak reject pakcik ni tanpa Iukakan hati dia?
Tiba – tiba pakcik tu tanya, rumah ni baru siap ke? Mak aku cakap tak, dah 15 tahun duduk sini. Pakcik tu tanya lagi, baru siap renovate? Berapa kena bayar upah? Mak aku senyum sambil cakap free. Kemudian dia duk cerita pasal aku yang s4kit pinggang sebab lama sangat diri untuk cat rumah.
Lepas tu jari – jemari takleh genggam sebab lenguh. Pakcik tu pandang aku dengan riak tak percaya. Sebab aku pendek, 155cm. Siling rumah tu pulak tinggi. Pakcik tu pun cerita la yang dia kerja as pemaju rumah dan dia kagum dengan hasil kerja aku sebab the end result nampak kemas.
Aku diam je. Tiba – tiba anak ikan Puan N tu mencelah. Dia cakap, saya pun boleh design rumah yang cantik – cantik, nak tak kita keluar date? Aku pandang Puan N, risau kalau dia marah. Perlahan je aku cakap tak boleh, you kan dah ada Puan N.
Semua orang kat situ nampak keliru dengan statement aku. Tiba – tiba lagi Puan N gelak kuat giIa. Dia cakap, “Hilya, ini adik I la not bukan anak ikan.” sambil tepuk lengan ‘anak ikan’ dia tu. “Habis tu you ingat siapa yang nak berkenalan dengan you sekarang?” tanya si anak ikan.
Aku pun sengih sambil tunjuk ke arah pakcik tu. Habis satu meja tu gelak termasuk aku. Selama 2 tahun aku kerja dengan Puan N, m4ti – m4ti aku ingat laki tu memang betul – betul anak ikan dia. Puan N ni jenis yang kalau dia cakap apa pun memang orang akan percaya sebab dia pandai yakinkan orang. Dia pun memang jenis yang serius memanjang.
Dan ya, pakcik tu bapak Puan N dan perkenalkan Fathi. Yang aku pelik, mereka bertiga takde iras. Langsung. Pakcik tu bagitahu la yang dia kahwin dua kali tapi sayangnya dua – dua pun gagal. Dia serik dah nak kahwin. 11 bulan lepas tu, aku selamat jadi isteri Fathi.
Sehari selepas majlis, Fathi cakap dia ada surpr1se untuk aku tapi sebelum tu dia kena jenguk rumah client dulu. Katanya esok owner nak pindah masuk. Aku pun ikut la dia pergi tengok banglo dua tingkat. Sebelum ni pun aku ada jugak teman dia buat site visit dan kongsi idea atau pendapat yang tak seberapa.
Cuma banglo yang dia tunjuk tu, decoration dia sangat kena dengan taste aku. Tak serabut sangat dan banyak nude colors. Aku tak suka rumput dan laman banglo tu dihias dengan artificial turf, pebbles. Sedang aku sibuk tilik perabot, Fathi cakap dah buat yang terbaik nak bagi owner suka banglo ni.
Dia tanya, aku suka tak? Aku angguk la dan cakap bagi aku banglo ni dah cantik sangat dah. Kalau owner rumah ni jenis yang simple dan suka ruang yang luas, mesti dia pun akan suka. Fathi pun cakap dengan beria, WELCOME HOME!
Aku macam terk3jut, ke anak beranak si Fathi ni memang pandai menipu? Tapi aku tetap gelak dan rasa terharu sebab aku sekarang dah ada rumah tempat yang boleh aku bina keluarga bersama Fathi. Meski aku kahwin dengan orang berada, aku tetap jadi diri sendiri, work hard dan bantu mak macam biasa.
Awal – awal lagi aku volunteer nak jaga mak dan Fathi pun restu. Bagi dia mak bukan jenis yang banyak kerenah. Fathi dengan aku memang serasi. Dia bukan lelaki kaya tipikal yang ditayang kat drama tv3. Kebanyakan kerja rumah dia yang buat kalau sempat sebab aku sibuk dengan anak – anak.
Sebagai seorang ayah, dia memang ajar anak – anak untuk rajin tolong aku. Tak kisah la laki ke perempuan, semua sama je dalam rumah ni. Mak aku pulak boleh tumpu sepenuhnya pada ibadah. Puan N masih tak kahwin dan anak – anak aku panggil dia mama.
Dia kini menetap dengan bapa mentua. Sampai ke sudah aku panggil dia Puan N. Rumah mak yang dulu kini dihuni oleh kakak dan keluarganya yang kurang bernasib baik. Mungkin akan ada yang kata buat penat je renovate rumah tu, akhirnya mak tak duduk situ pun.
Aku takde sekelumit rasa menyesal pun sebab kakak banyak tolong jaga anak – anak aku. Itu pun merupakan satu nikmat yang besar. Sepanjang aku hidup, terasa Allah banyak makbulkan doa aku. Namun aku sedar, ini semua hanya sementara dan aku tak impikan apa – apa kecuali dapat bersama dengan keluarga aku di syurga-Nya.
Semua orang diuji dengan perkara yang berbeza. Selain kena pastikan kami tidak hanyut dalam kesenangan, aku dan Fathi turut diduga dengan keguguran bayi di dalam kandungan sebanyak 3x berturut – turut sehingga aku hampir putvs asa untuk mempunyai anak.
Fathi pujuk supaya tetap bersangka baik dengan Allah dan kesudahannya aku dikurniakan 3 babies serentak. Terus Fathi serik nak tambah anak. Ketika upacara membatalkan wudhu’, ayat pertama yang keluar dari mulut Fathi adalah, kasarnya tangan you.
Nak bandingkan tangan aku dengan Puan N memang la. Puan N tu rajin pergi manicure. Aku ni apa je. Aku sebenarnya diduga dengan per4ngai abang – abang aku yang layan aku macam sampah, tapi aku tak ceritakan details dekat sini. Aku tak sanggup nak cerita pun.
Selepas kahwin dengan Fathi, aku jadi jakun kejap. Dia anak dan adik yang sangat baik. Cara dia cakap dengan Puan N pernah buat aku sedih dan terfikir kenapa abang – abang aku tak layan aku baik macam tu. Penuh dengan hormat, kasih sayang.
Fathi ni selalu peIuk kakak dia tapi aku tak pernah peIuk abang – abang aku. Masa akad nikah dulu aku menangis jugak la sikit fikir yang aku ni dah selamat dari abang – abang aku. Aku ada suami yang betul – betul protect dan jaga aku dan semua kesedihan tu dah berlalu.
Cuma aku harap this confession could make you understand that no one had it easy. Dear beautiful souls, please do not lose hope and continue f1ghting to win your battIe. I know you’ve given your best and trust me, only the best will come back to you. – Hilya (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Syahirah Mohamad : Kalau kita buat baik pada mak ayah, memang akan mudahhh je laluan hidup kita. Percayalah pada janji Allah. Saya sendiri rasa macam mimpi. Dari sekolah, asasi, degree, bekerja. Alhamdulillah, semuanya saya dapat, dengan cara yang mudah. Yang penting, jaga hubungan dengan Allah, suami dan mak ayah.
Ann Fardan : Ikhlas itu mudah diucapkan. Tapi payah dilaksanakan. Kerana saudari benar – benar ikhlas berbakti pada emak tanpa rasa tidak adil dengan adik beradik yang lain. ALLAH baIas keikhlasan itu dengan jodoh yang
terbaik.
Macam dramakan?? Tapi itulah kuasa hati yang bersih dan ikhlas. Tahniah saudari moga kekal istiqamah berbaik sangka pada orang lain. Sebab banyak dari kalangan kita ada peny4kit hati!!
Kak Yong Adeq : Saya dapat rasa keikhlasan pada cerita ni. Deep. Jaga mak, ikhlas tolong mak, memang Allah akan mudahkan perjalanan hidup. Yang tak rasa memang susah nak percaya. Abaikan jer yang negatif tu. Teruskan buat baik dengan semua orang sis, especially your mum.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.