
Lepas je suami bercerai dengan isteri dia, kami terus kahwin. Waktu mula – mula dulu mak mertua selalu cerita keburukan bekas menantu, katanya pemalas. Tapi sekarang tiba – tiba mak mertua balik dengan bekas menantu. Yang paling saya tertekan sekarang suami macam bagi hint..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan warga facebook. Saya ingin luahkan perasaan saya dan minta pendapat semua. Saya telah berkahwin dengan duda anak 3. Kami kenal pada tahun 2015 dan dia bercerai pada tahun 2016.
Kami kenal beberapa bulan jer dia terus ajak tunang. Dan lepas dia cerai, kami terus kahwin. Silap besar yang saya lakukan bila saya berkahwin dengan dia tanpa mengenali keluarga dia terlebih dahulu. Adik – adik dia kerja dan menetap di KL.
Mak dia pun tinggal dengan adik dia sebab nak jaga cucu – cucu dia. Jadi diorang balik waktu cuti jela. Pada awalnya saya layan mereka dengan baik. Saya nak buat mereka macam keluarga saya sendiri. Tapi rupa – rupanya diorang tak suka dan bencikan saya.
Adik ipar saya berpantang saya yang masakkan tapi dia tak makan pun lauk yang saya masak. Dia campak dalam tong sampah. Ni sepupu suami yang bagitau. Masa awal – awal kahwin mak mertua selalu cerita yang bekas isteri suami ni pemalas sampaikan t4hi anak sampai kering pun dia tak basuh tunggu mak mertua yang basuhkan.
Macam – macam dia cerita pasal keburukan bekas isteri suami. Tapi saya hanya diam dan dengar jer. Tak pernah nak tambah apa – apa. Tapi kenapa sekarang mak mertua benci kan saya?? Diorang tuduh saya punca suami saya bercerai.
Sedangkan dulu suami saya cakap isteri dia minta cerai siap pasang lawyer sebab tak boleh terima kami bertunang. Lepas bercerai bekas isteri suami saya jadi rapat dengan keluarga mak mertua padahal sebelum ni biras dan saud4ra – saud4ra suami cakap keluarga mak mertua cukup benci dan jijik dengan bekas isteri dia.
Dulu suami dengan bekas dia tinggal di rumah mertua, bila diorang balik kampung bekas isteri suami akan balik rumah dia sebab adik – adik suami memang benci dan tak bercakap dengan dia. Tapi sekarang diorang dah baik plak.
Tu saya tak kisah pun sebab saya tak nak masuk campur. Cuma saya tak tahu apa yang dia cerita kat keluarga mak mertua sampai diorang benci saya sangat. Adik – adik ipar selalu masukkan gambar suami dan bekas isteri dia dalam fb diorang.
Lepas tu bekas isteri dia pulak selalu masukkan gambar nikah diorang dulu apa motif? Suami saya marah sangat diorang asyik berbaIas komen kat status bekas dia. Tapi adik – adik suami masuk komen dan cakap ni kifarah untuk saya sebab r4mpas kebahagiaan orang.
Suami saya terangkan hal sebenarnya tapi nampak macam diorang tak percaya. Diorang siap bagitau saya jangan nak putvs kan hubungan dia dengan kakak ipar dia. Sedangkan saya tak pernah buat macam tu pun. Selama ni saya sabar jer min.
Bekas dia kata saya macam – macam. Cakap anak saya macam monyet, saya diam jer. Saya tak bagitahu pun dekat suami. Saya dan suami nak pergi ambik anak, keluarga bekas isteri dia haIau kami dengan par4ng. Tak dinafikan anak – anak baik sangat dengan saya.
Saya layan diorang macam anak s endiri. Tapi saya tak tahu kenapa ibu diorang sampai hati buat saya macam ni. Sampai tuduh saya b0m0hkan anak – anak supaya sayang kat saya. Tiap kali kalau kami pergi ambik anak – anak, diorang mesti cerita kat saya yang ibu diorang panggil saya macam – macam.
Lembu la, perempuan giIa la. Tapi saya sabar jer. Tapi bila adik – adik dia komen cakap macam tu suami saya sangat marah smpai dia putvskan hubungan adik beradik. Suami h4ramkan kaki dia pijak rumah tu lagi melainkan mak dia s4kit.
Walaupun mak dia juga kata saya macam – macam dan tak suka kan saya, suami cakap kita pekakkan telinga sebab tu ibu. Tapi dia tak akan balik ke rumah tu lagi sebab dia tahu kalau dia balik pun, hati saya akan s4kit dan sedih sebab semua orang tak layan dan mengata saya.
Raya tahun lepas memang kami tak balik pun. Tapi diorang tuduh pulak saya yang hasut suami tak bagi balik. Nak putvskan hubungan adik beradik diorang. Sedangkan saya pujuk suami ajak balik. Tapi suami tak nak. Dia cakap dia dah cukup terasa hati dengan keluarga dia.
Hari pertunangan kami diorang tak datang, hari pernikahan kami diorang tak datang, saya bersalin pun tak de yang tanya khabar. Tapi sampai bila hidup kami nak macam ni? Saya sedih sangat. Saya ada terbaca yang redha Allah terletak pada redha ibu.
Saya takut mak mertua tak redha kan suami. Saya tak nak dia jadi anak derh4ka. Saya pun nak anak kami ada makcik, ada pakcik. Saya sayang kan keluarga mak mertua saya sebab adik beradik saya tak ramai. Kalau boleh saya nak menumpang kasih sayang keluarga mertua.
Sekarang alhamdulillah hidup kami dah senang min. Boleh beli kereta, saya dan anak mampu pakai barang kemas. Mampu buka kedai. Semua tu suami buat atas nama saya. Tapi keluarga dia cakap saya nak kikis harta suami.
Sedangkan saya kahwin dengan suami masa dia takde apa – apa. Motor pun dia takde sebab semua dah jual masa tu. Lepas kahwin saya pinjam duit mak saya untuk dijadikan modal untuk suami buat projek dia balik. Saya tak minta rumah, kereta di atas nama saya.
Tapi suami yang berkeras. Saya tak pernah terlintas nak kikis harta suami sebab kami susah sama – sama. Tapi pada pandangan mereka ada jer salah saya. Bekas isteri suami plak bila nampak suami dah senang dia sibuk nak minta harta sepencarian.
Saya tak tahu harta sepencarian apa yang dia ada sedangkan semuanya saya usaha semula dengan suami untuk sampai ke tahap ni. Bila beli baju untuk anak – anak dia bakar. Bila bagi duit selalu cakap tak cukup. Ni anak – anak sendiri yang bagitahu.
Saya tak tahu apa salah saya pada diorang. Tapi saya tak kisah pun pasal bekas isteri tu kalau dia nak benci saya pun. Saya cuma fikir kan keluarga suami saya. Smpai bila kami nak hidup dalam bermusvhan macam ni ?
Yang paling buat saya tertekan suami ada bagi hint nak rujuk dengan bekas isterinya sedangkan isterinya yang minta cerai dan suami pernah kata kalau sudah tak ada perasaan sayang pada bekas isterinya. Saya buntu sangat.
Komen Warganet :
Zaleha Abdullah : Undur diri lah senang sis. Buat apa hidup dalam tekanan je. Walau sebaik mana pun sis laku kan adik – adik ipar sis takkan pandang semua tu sebab yang diorang ingat kerana sis abang mereka berpisah dengan bekas kakak ipar mereka. Jadi jalan utama sis undur diri lah biar lah suami sis nak kembali rujuk dengan bekas wife nya tu. Ni je pendapat saya.
Bibiana Duinie : Salah.. pembetulan yaa.. kesilapan terbesar ko sebenarnya bertunang dengan laki yang masih sah suami orang. Mak mertua masa awal – awal kahwin burukkan bekas menantu, lepas tu giliran ko pula yang diperkatakan.
Begitula lumrah kehidupan berumah tangga, ada saja yang tak kena. Macam Mana ko berusaha masuk dalam keluarga diorang pun, takkan sama dengan keluarga sendiri. Apalagi kalau ko sudah di anggap per4mpas.. hehe.. Semoga terus bertabah.
Cahaya Hidupku : Tak kisahlah buruk macam mana pon isteri dia tapi selagi mereka dalam status suami isteri kau takde hak pon ganggu rumahtangga diorang. Sepatutnya masa kenal dia dulu, kau kena undur diri setelah tahu dia suami orang.
Ganggu tunangan orang pon dah berd0sa inikn plak ganggu suami orang. Bukan kau silap besar tak mengenali keluarga suami tapi kau silap besar sebab ganggu suami orang. Kalau kau baik, kau mesti sedaya upaya pujuk suami jangan bercerai dengan isteri dia dulu.
Ni tak.. kau teruskn perkahwinan walaupon isteri dia tak boleh terima pertunangan korang. Rasakan! Kifarah tu wujud. Jangan main – main. Mungkin apa yang berlaku sekarang adalah mustajabnya doa dari orang terani4ya, ex wife dia.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.