
Awal kahwin dulu, nenek mentua je yang selalu perli kutuk saya sebab ‘r4mpas’ cucu kesayangan. Waktu tu mak mentua selalu pert4hankan saya. Tapi selepas 3 tahun kahwin masih takde anak, mak mentua pun berubah per4ngai. Baru – baru ni, dia bagi warning dekat biras saya untuk sampaikan kepada semua menantu perempuan..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca, tahun ni genap 3 tahun saya mendirikan rumahtangga. Segalanya elok lancar antara saya dan suami. Cuma lepas nikah barulah nampak perubahan sikap nenek mentua yang gemar kritik saya untuk kepuasan hati kerana mer4mpas cucu kesayangannya.
Namun saya sabar saja sebab orang tua ni orang selalu ramai yang pert4hankan, “Orang tua biasalah, jangan ambil hati.” Ketika itu, mak mentua selalu ambil hati saya agar hiraukan saja kata – kata nenek mentua. Masuk tahun ke 3 berkahwin, kami masih belum dikurniakan cahaya mata.
Saya bersyukur sangat dapat suami yang tak mendesak nak anak secepat mungkin, memahami dan menjaga em0si saya. Mentua yang dulunya baik – baik saja berubah apabila salah seorang ahli keluarga rapat telah menimang cahaya mata hujung tahun lepas.
Mentua pula jenis yang suka bersaing dalam keluarga, jadi ini satu tekanan buatnya. Buat pengetahuan pembaca saya dan suami tinggal asing dengan mentua. Kami tak tinggal sebumbung. Walaupun kami tak tinggal sebumbung, dia kerap call suami saya semata – mata nak tanya saya sudah hamil atau belum.
Mentua tiap hari muat naik gambar bayi itu dalam whatsapp group family (suami yang beritahu sebab saya tiada dalam group keluarga mereka). Suami cakap risau pula tengok ibu dia 0bses sampai em0si sebab masih tiada cucu.
Ayah mentua ok saja tak cakap banyak. Paling saya tak sangka, jika berkunjung ke rumah sekali dua, mentua mula sindir saya. Nenek suami pula akan h3ntam saya dan ibu mentua seronok melihat saya disindir siap gelakkan lagi.
Kira dah macam berganding pula mereka sama – sama nak sindir perli saya. Jika saya bidas guna fakta agama, mereka tak dapat terima Allah swt yang tentukan semua ini. Mereka keras dengan pendirian bahawa saya yang salah, rumahtangga kami tiada seri sebab tiada anak dan kesian anak lelaki dia tiada zuriat.
Perkara ini tidak hanya terjadi pada saya seorang, tapi biras – biras yang belum hamil juga dapat layanan macam saya. Paling terbaru, ibu mentua saya bagi amaran pada salah seorang biras saya untuk sampaikan mesej yang berbunyi begini kepada semua menantunya :
“Nanti masing – masing dah ada anak jangan dok mai hantar kat aku suruh jaga pulak. Aku nak cucu bukan untuk jaga, ingat ya. Kalau nak aku jaga sorry aku tak mau.” Dengan jari telunjuk ke arah muka biras saya. Adik ipar saya saksi dan sebagai suami kepada biras saya, dia menegur ibunya.
Saya dan suami tak ada apa masalah, walaupun kami tak kaya tapi kami bahagia menikm4ti sepuasnya masa berdua. Kami pergi shopping, bercuti, jalan – jalan sana sini berdua, redha dengan ketentuan dan percaya pada rezeki Allah.
Hati kami lapang apabila kami redha. Keluarga saya sayangkan suami, tak pernah sekalipun mereka persoalkan apa yang suami belum mampu atau kekurangan suami. Tapi keluarga mentua, segala kekurangan saya mereka bentang di meja makan, itu ini semuanya serba tak kena.
Saya tak pernah rasa saya disayangi macam anak sendiri. Untuk pengetahuan pembaca, ibu dan nenek saya dah meninggaI, jadi saya ingat nak tumpang kasih dari keluarga mentua tapi tak sangka dilayan macam ni pula.
Mungkin sesetengah orang, anak ialah pencapaian terbesar, tapi goals saya bukan anak semata, banyak lagi. Kami bukan tak nak anak, hanya Allah tahu waktu terbaik untuk kami. Kami hanya usaha doa dan tawakal. Doakan saya dan biras – biras yang belum hamil dapat merasa jadi ibu.
Doakan juga saya kuat menghadapi mulut – mulut jahat dari pihak mentua. Saya dah letih nak em0si nak terasa atau sedih. Saya hanya jemu saja nak hadap dorang. Saya tawar hati nak berkunjung, nak bertegur dan saya lebih utamakan kesihatan mentaI saya. Doakan ye semua, terima kasih. – Fara Alisa (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Anis Aiza : Baca tajuk pun dah rasa t0xic. Sampai bilalah ibu – ibu mentua di Tanah Melayu ni nak berlapang d4da dengan menantu perempuan. Ada saja tak kena. Walaupun bukan semua mentua bersikap begitu bermula 2022 ni berhentilah menghakimi menantu anda. Biarlah mereka membina hidup sendiri kecuali bila mereka perIukan nasihat.
Irah Hajerah Azman : Hidup dengan mertua t0xic ni, tak jauh beza hidup dengan family kandung yang t0xic. MaIangnya both kita tak boleh buang dan ramai stuck dalam relationships macam ni. Orang t0xic ni eg0 nya tinggi.
Bentang ilmu agama semua pun tak berguna. Buat penat em0si sendiri je. The best way is to avoid untuk selalu berjumpa. Mintak suami dan biras jangan sampaikan pesanan yang t0xic. Incase kita dapat pesanan t0xic pun tayah sampaikan.
Kalau dari whatsapp bagi bluetick je. Buat buat tak baca. Kalau berjumpa dan diser4ng pun buat – buat tak dengar. Kalau terasa pun cuma sehari dua lepas tu dah lupa dah. Teknik basic NLP we set our out put alhamdulillah in most cases it works.
Tapi kena ingat dan pegang 2 perkara, pertama, kita tak boleh ubah pendirian dan pendapat orang lain kecuali orang tu sendiri willing nak berubah dan belajar. Next, benda kita tak boleh kawal jangan cuba di kawal. Attitude dan penerimaan orang ni sesuatu yang kita tak boleh kawal. If it is too hard for u, dapatkan perbincangan dengan kaunseling yang lebih berautoriti. regards, Pes4kit KIinik Psychi4try.
Nur Bunga Angkasa : Dulu saya pun lambat dapat anak. Mak sangat risau. Suruh makan itu ini. Kalau boleh jangan str3ss, jangan peduli sangat kata – kata orang. Banyakkan doa. Banyakkan sedekah dan selalu tengok baby – baby baru dan sedekah.
Jangan pernah iri hati tak nak tengok baby orang. Pergi tengok ambil berkat baby baru lahir tu. Fikir positif. Kadang – kadang Allah bagi lambat sebab kita belum mampu. Belum masanya. Bila dah ada anak bederet, fikir pulak nak merancang sebab penat anak rapat – rapat.
Enjoy je la dalam hidup ini. Mentua bising ni caranya jangan selalu datang rumah dia. Sebulan – 2 bulan sekali sudah. Suruh anak dia je balik selalu. Biar dia tau. Biar dia terasa kenapa anak taknak jenguk selalu.
Suriana Megat Zabidi : Saya ttc 6 tahun. Dik4ta manduI. Dik4ta orang lain kahwin lepas kau, semua dah ada anak, ko je takde. Pedih giIa rasa. Saya buat procedure iui beberapa kali tak berjaya. Akhirnya saya redha, relaxed. Alhamdulillah, conceived naturally.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.