
Ibu tidak boleh kalau saya bawa isteri ke mana – mana. Hatta Aeon atau KFC sekalipun. Setiap kali isteri balik kampung saya, dia akan migrain yang sangat teruk sampai munt4h. Dia tak mengadu, tapi saya tak buta..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya menulis ini sebagai nasihat semata – mata. Kepada ibu bapa mertua. Terutamanya ibu bapa beIah lelaki. Nota: tidak semua mertua sebegini. Tapi ramai. Saya sebenarnya hendak tujukan kepada ibu bapa kandung saya sendiri.
Tapi ibu bapa saya ada sifat ‘ibu bapa tidak pernah salah’. Sebaliknya mereka akan lebih mendengar kalau perkara ini disampaikan melalui medium lain. Saya kasihan pada isteri saya. Pada awal perkahwinan dia sangat ceria bila kami balik ke rumah ibu bapa saya (Saya akan sebut mertua saja) tapi sem4kin lama dia menjadi sem4kin pendiam.
Kami suami isteri berkerjaya. Duduk sendiri. Rumah kami di tengah – tengah, makna jarak ke rumah ibu bapa saya dan ibu bapa isteri sama. Hujung minggu kami akan balik kampung. Ibu saya ada sifat suka mengumpat. Tapi isteri jenis ‘jangan cerita hal orang’.
Bila ibu saya mengumpat hal – hal biras, besan, jiran tetangga, malah bapa saya, isteri akan bagi jawapan ‘tidak berani hendak cakap pasal (nama orang berkenaan)’. Lama – lama ibu saya jadi malas bercerita dengan isteri. Ibu saya kata tidak best lah cerita dengan bini kau ini.
Tidak ada komen pun. Bila isteri cuba cerita pasal hal lain e.g. resepi dan sebagainya, ibu saya tidak minat sangat. Ibu saya juga bersifat ‘ibu sempurna’. Dari segala segi. Contoh: isteri saya p0tong kacang panjang serong. Emak saya p0tong menegak.
Isteri saya p0tong timun bulat – bulat. Emak saya p0tong panjang. Emak saya akan gelakkan dan cakap isteri tidak pandai masak dan sebagainya. Dan akan cerita tentang hal ini pada orang – orang lain. Jadi isteri sudah malas masak dan serba salah hendak tolong di dapur kalau balik.
Kalau tolong pun isteri akan tanya ‘ini p0tong macam mana emak’. Dan emak saya akan cakap. ‘takkan tak tahu’. Dulu isteri tidak bekerja sebab lepas grad kami terus kahwin dan dia mengandung. Semasa mengandung dia buat bisnes online.
Sekarang isteri sudah mula kerja. Kami sama – sama jurutera. Masalahnya bila isteri mula kerja ibu saya cakap, lepas ini boleh bagi emak duit banyak – banyak sebab isteri engkau sudah kerja tidak payah harap duit engkau lagi’.
Buat pengetahuan, saya selama ini memang bagi ibu duit dengan jumlah yang agak besar. Tetapi ibu bapa perlu ingat besar mana pun gaji isteri, saya perlu bayar nafkah. Tambahan pula, hidup ibu bapa saya sudah cukup mewah.
Ibu bapa saya di rumah dari saya kecil kami selalu makan makanan mewah. Contoh ikan merah, ketam, udang. Tapi bila saya dan isteri beli bahan basah, kadang – kadang kami beli udang. Ibu saya akan tegur dan kata untung lah kami makan mewah. Lupa emak ayah.
Ibu bapa saya tidak boleh dan pantang bila dapat tahu yang kami beli carpet baru, atau cat rumah baru, atau beli katil baru. Ibu saya akan cakap ‘ini guna duit kau kah. Kenapa tidak guna duit bini kau. Kenapa tidak belikan emak sekali’.
Sedangkan rumah ibu saya sudah ada segalanya. Malah baru ganti wallpaper. Ibu bapa saya seolah – olah tidak boleh terima kalau saya tunaikan tanggungjawab pada isteri. Sedangkan duit saya dan adik beradik bagi untuk ibu bapa saya sudah cukup untuk ibu beli bahan basah, beli baju, produk muka dan barang kemas.
Malah ibu saya juga tidak boleh kalau saya bawa isteri ke mana – mana. Hatta Aeon sekali pun. Hatta kfc sekalipun. Buat pengetahuan, saya tetap tunaikan tanggungjawab, nafkah untuk isteri dan anak. Saya tengok isteri memang terlalu berjauh hati dengan ibu bapa saya.
Kalau balik kampung tidak pernah tidak migraine yang teruk munt4h – munt4h. Sebab terlalu str3ss agaknya. Tapi isteri tidak mengadu. Tidak perlu mengadu pun sebab saya ada mata. Saya hendak nasihatkan ibu bapa di luar sana, anda bukan sahaja seorang mertua, tetapi juga menantu.
Masihkah anda ingat betapa nerv0usnya anda suatu ketika dulu untuk masuk ke keluarga baru. Berharap diterima, dilayan dengan baik. Masihkah anda ingat, anda juga mahukan privasi, mahu menentukan hala tuju perkahwinan sendiri.
Mahu kadang – kadang bercuti, makan di luar. Adakah ibu bapa sekalian sentiasa membawa mertua semasa keluar makan. Saya pohon berilah ruang kami anak muda untuk menjayakan perkahwinan kami. Sejujurnya saya tidak pernah hadapi apa – apa masalah bila ke rumah ibu bapa isteri. Ibu mertua selalu cakap ‘sukahati kau orang lah hendak atur macam mana’.
Komen Warganet :
Yahya Jusoh : Lupakan sikap ibu anda itu, ambil langkah masuk telinga kanan keluar telinga kiri, lagipun dia sudah mempunyai kemewahan yang mencukupi, hanya layan mereka sebagai ibubapa, hormat seperti biasa, jangan ambil hati, lama kelamaan keadaan akan jadi baik dan aman. Semoga anda berjaya… aamiin.
Azri Husain : Baik bro nasihat ibubapa bro tu dulu, kalau dah nampak silapnya, hati – hatilah lepas ni, wanita yang senyap ni bah4ya bro, sekali dia meIetop.. Baik bro kurangkan balik ke rumah ibubapa bro supaya wife kurang dapat tekanan, biar ibubapa bro ingat kekhilafan dia sendiri.
Lelaindah Indahlela : Alhamdulillah tt di landasan yang betul. Jangan contohi kelakuan orang tua yang tidak baik Itu. Selagi tt menjalankan tanggungjawab menafkahi isteri, Innshallah Allah akan membaIas segala kebaikan tt itu. Tentang mak ayah tt tu, berilah wang saku mereka seperti biasa. Kalau mereka meminta yang di luar kemampuan abaikan aja. Moga Allah sentiasa merahm4ti rumahtangga tt, bahagia hingga ke Jannah.
Kai Sha : Hmm. Sian bini. Si suami takkan la nak berdiam diri ja bila mak cakap dan pikir bukan – bukan pasal isteri. Kalau betol sayangkan isteri, suami kena la terus terang perkara sebenar pada mak bapak. Lagi satu, tak semua perkara perlu disampaikan pada mak yang jenis macam jeles terhadap kebahagiaan anak dan menantu.
Perkara yang hanya suami isteri tau, pasal korang beli apa, makan apa, pi mana, tak payah nak sampaikan pada mak bapak. Sampai bila nak isteri berhadapan keadaan camtu? Dia dah str3ss, takkan nak sampai kemurungan tahap teruk baru suami nak bertindak?
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.